Jumaat, 29 Mei 2015

Dima Arabian Dish

Assalamualaikum.....

Late lunch/early dinner untuk saya dan hubby di hari kelahiran saya bulan lepas. Sejak saya meninggalkan angka 2 didepan angka umur tu, saya dah tak teruja nak celebrate. Age is just a number and I don't like numbers, hahahaha. Anyway, takut juga....dah makin banyak umur, maknanya masa di dunia dah semakin pendek. How pendek, Allah Ta'ala saja yang tahu.

Happenned to be, macam biasa, hubby tak ingat birthday saya, hinggalah adik beradik wish saya dalam whatsapp group family, baru dia teringat. Well....expected. I should not expect anything from him. As long as kasih dia untuk saya ikhlas, saya harus terima dia seadanya, walau apa pun kekurangannya atau kelebihannya.

So, kebetulan pergi LHDN office di MITC Ayer Keroh masa tu. Singgah terus;ah di Dima Restaurant ni. First time kami cuba...

Sebelah kiri ialah manisan kacang kuda. Sorry, saya langsunggg tak boleh terima. Hubby juga makan sesudu saja. Sangat manis. Kanannya tu ialah humus. Saya nak cuba humus disini. Datangnya dengan roti arab standard yang liat dan tidak berperasa tu. Tapi bila dikautkan humus ni, mak oiii..sedapnyaaaa....

Humus dia, Wangi, sangat berlemak..halus tapi ada rasa kekacangannya itu. Saya rasa saya boleh makan humus ni sepiring tu sorang.


Kami ambil mix grill ni, portion untuk seorang. Sambal colek tomato tu pedas dan masam...though tak ler pedas melampau pun. Tapi saya suka. Ada daging ayam, daging lembu dan daging kambengggg. Hubby suka daging-dagingan tu.

Lepas tu bila Adam ada di Melaka, kami makan lagi di sini. Bawa Adam pula. And dia pula tengah lapar...chicken grill half bird tu dia makan sorang dengan nasi Mandhy sepinggan. Tapi chicken grill tu dah kecut dan nipis...but still..!!

Adam suka humus tu juga. Kami sempat tapau satu Tupperware humus untuk di makan kudap-kudapan kononnya. Takder maknanya, belum sampai beberapa jam, Adam dah licinkan humus tu juga. Mula lah terfikir, memang dia tak cukup makan ke kat asrama?

Nampak Adam? Ok now cuba tengokkk...

Ayam yang dia habiskan sorang. Mama cubit sikit, papa forked out a bit. The rest...khalas.

Humus yg jadi rebutan dan igauan.

Akhir sekali, mix grill again. 

Verdict......sangat memuaskan.


6 thoughts..:

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Pesal akak tengok couple yang dalam gambar Adam tu macam nak enterframe sama?

- ishhhh... very the busy body?

aizamia3 berkata...

Adam nampak kurus..

adianiez AIDA berkata...

kat mibc tu ekk?
dulu kala aida gi dima bkt beruang takde la gini menu nyer.
da lama x gi...
will try kot.
geram plak tgk humus tu hi hi...

Acik Erna berkata...

Acik pun suka humus kalau masuk restoren nasi arab

Pak Idrus berkata...

Thanks for sharing. We go for such food from time to time at the Wadi Hadramaut at Jalan Ampang. Have a nice day.

BTW my new blog is at http://idrus89.blogspot.com/

gadisBunga™ berkata...

mmm. cara akak explain pasal kesedapan humus tu adalah sangat mendroolingkan!

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink