Isnin, 4 Mei 2015

Good Bye Itik...

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah....syukur. Akhirnya, ada juga insan yang sudi nak take over bela itik2 hubby ni. Saya dah memang sungguh2 tak larat nak membelanya. Kadang2 sambil memberus porch rumah, sambil berjurai2 air mata menangis sebab penat dan tertekan. Hubby memang tak boleh lah nak berus2 lantai ni. Nanti takut luka pembedahannya bertambah teruk pula.

Sebenarnya, saya dah nekad...kalau tak ada sesiapa yang nak sanggup nak bela itik tu, saya nak lepaskan ajer di mana2 kolam atau tasik. Kenalah dia pandai2 cari makan sendiri kalau nak hidup. Zalim ke? Tapi, saya tak sampai hati pula nak sembelih itik yang baru nak meningkat remaja tu.

Syukur sangat2 bila ada kawan hubby yang ibunya memang penternak itik nak ambil itik tu untuk diberikan pada ibunya.

Itik2 kami ni jenis yang mengada2. Diorang sendiri geli geleman dengan bahan buangan diorang sendiri. Bila ada terlekat sikit jer, berlari2 dua2 ekor ni masuk kolam dia dan mandi. Kaki, bulu semua bersih jer. Maklumlah....tidur makan semua atas lantai porch kami. Bila saya bagi makan nasi...dah siap rebus lagi nasi tu dengan sayur2...konon tak nak bagi itik ni makan keras2....haram disentuhnya. Akhirnya nasi2 tu habis dimakan dek burung2 yang banyak di rumah kami.

Dia hanya nak makan dedak jer...walhal dia dah besar. Sepatutnya dah makan jagung, tapi bila kami beri jagung yang hancur tu pun diorang tak nak makan. Main pijak2 jer. Saya cuba bagi makan roti. Roti pun, roti Gardenia tau....pun diorang tak layan. Main pijak2. Sanggup la dia makan pucuk2 rumput dan buah2 dari pokok ceri hubby yang masam tu. Mengada2 kan....

Now, dah ada di ladang ternakan itik....pandai2lah mereka bergaul dan bawak diri. Tak merasalah lagi nak jadi putih bersih macam selalu tu....


Yang penting, rumah saya dah kembali seperti dulu.

4 thoughts..:

Daddy Ziyyad berkata...

hahahaha..culture shock itik dua ekor tu nanti kak bila tiba tempat baru!

Rai OurKizuna berkata...

hahaha.. kesian itik2 tu nanti..

Lee berkata...

Hello Aziela, you going to release the 2 iteks in a pond somewhere? Its ok, iteks are very hardy boleh survive on their own.
Long ago I had a friend, he too released his 2 pet ducks after his daughter became lazy to look after them...he released them at a pond in Ampang.

Interesting post, first time read about this, ha ha.
You keep well, best regards.
Lee.

Shahida Dzulkafli berkata...

Alahai.. putih gebu.. dan chomey je tingkah lakunya.. InsyaAllah dia boleh survive tu..
p/s: Itik nie daging dia lagi sedap bila di rebus kemudian di buat rendang..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink