Assalamualaikum.....
Sekejap saja masa berlalu. Diam tak diam, Adam dah habis setahun di MRSM. Alhamdulillah. Namun, perjalanannya masih jauh dan penuh berliku.
Esok, keputusan UPSR utk calon tahun 2015 akan diumumkan. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kami dalam memohon MRSM Adam tahun lepas.
Bagi pelajar cemerlang yang memiliki 5A, kalau benar dia dah nekad untuk sambung di asrama, apa salahnya beri peluang. Jangan pilih, apply jer semua. MRSM, SBP, SMKA....apply saja semua. Ada panggilan utk ujian, pergi saja. Dah dapat tawaran, baru pertimbangkan semula.
SBP dan SMKA, apply online saja. MRSM pun sama, tapi ada stepnya.
1. Sebaik terima slip dan permohonan di buka, pergi segera ke mana2 pejabat MARA. Bawa slip UPSR dan kad pengenalan. Di sana dapatkan nombor pin untuk permohonan online. Jangan lambat sbb takut lah kalau ditutup ke, habis ke kan.
2. Study dulu jurusan MRSM yang diminati. Ada 3 jurusan iaitu Sains, Ulul Albab (sains + tahfiz) dan IGCSE ( sains + Cambridge ).
3. Cari pula lokasi pilihan utk jurusan pilihan. Senaraikan 5 pilihan.
4. Isi borang dengan tenang dan berhati2. Anda hanya ada beberapa peluang saja utk edit sebelum submit.
5. Isi borang dgn tepat dan jujur. Hantar segera setelah siap.
Adam dulu, tanpa kami sangka memilih jurusan IGCSE yg mana kami semua tak pernah tahu kewujudan jurusan itu. Bila search...mak oiiii Cambridge tu nakkk. Boleh bawa ke? Dah la English kami ni semua so and so jer. Tp Adam nekad nak cuba. Dan saya terus pandang Adam dgn penuh pilu. Anakku dah besar, dh tahu apa yg dia nak. Baik...percayakan dia. Maka apply lah.
Kami mohon pusat temuduga sama ada di Alor Gajah atau Jelebu. Pilihan ketiga ialah Bt Pahat. Tapi disebabkan kami lewat submit, 2 pilihan utama dah penuh. Maka dapatlah di Batu Pahat. Oh, selepas submit jer borang, terus dpt tarikh dan lokasi temuduga. Jgn lupa print dan bawa sekali.
Kami dapat masa 2 minggu utk bersiap sebelum temuduga. Saya google sana sini. Dapatlah bayangan dan tipsnya. Maka bermulalah sesi persiapan utk Adam.
1. Revise kembali subjek maths, sains dan english. Kami terpaksa speaking siang mlm dgn dia. Sampai tersasul2 nenek atuk punya grammar.
2. Buat anggaran soalan yg akan ditanya. Antara tips yg saya terima, lagi bnyk pelajar bercakap dgn lancar, lagi disukai oleh penemuduga. Jadi, saya draftkan soalan dan jawapan utk Adam. Dia kena cuba ingat dan jawab. Tak hafal pun tak per. Soalan mcm berikut :
A. Tell me about yourself (include strength, academics, family background n interest)
B. What is your hobby and ambition
C. What do you know about IGCSE. Ni antara soalan penting.
D. Prepare utk soalan isu semasa. Adam prepare utk GST dan STAGG Police Team masa tu. So every day dia kena baca english newspaper and kami akan discuss tentang intipati berita2 tu.
Sehari sebelum intvw, kami dah tiba di Batu Pahat. Sewa homestay. Malam tu, buat revision lagi dgn atuk nenek pula. Atuk berlakon jadi interviewer.
Lepas tu berlatih cara jalan, cara senyum, cara bersalam dan eye contact dgn panel interviews. Cara duduk menjawab soalan, di mana letak tgn, kaki bengkok berapa darjah, posture badan, shoulder square...semua lah.
Hari intvw, ada tiga section rupanya. Section pertama, ujian maths, sains dan english. Computerized..bukan bertulis yer. So latih anak guna keyboard dan mouse.
Section 2, IQ test. Computerized juga.
Section 3, baru intvw.
Dlm intvw, yes..semua yg saya senaraikan di atas, mmg ditanya. Kalau ada 3 saat calon diam, dia akan tukar soalan. Kalau masih diam, dia akan akhirkan sesi temuduga with bye and tq.
Adam sedikit sangkut di soalan level akhir iaitu current issue. Soalannya ialah :
What is your opinion about the landslide tragedy in Cameron Highlands?
Hambekkkk.... Bukan What Do You Know yer...tapi What is Your OPINION! Aduhai...budak 12 tahun...ambik masa sikitlah. Tp more than 3 seconds, so dia tukar soalan. Dia tanya opinion about Suzuki Cup pulak. Mujur Adam kaki bola. Laju jer lah dia jawab.
Habis semua english questions, Adam kena mengaji, satu page Al Qur'an. Ok...this is new too. Tapi mujur juga Adam tahu mengaji. Syukur.
So, inilah serba sedikit tipsnya.
Oh, kalau ada yg gagal permohonan SBP, tak bermaksud anda adalah pilihan saki baki yer. Bila result dah ada, pihak SBP dan MARA akan berbincang utk meng'agih'kan pelajar pilihan mereka. Maka, apa saja tawaran yg anda dapat, sama ada terima dgn syukur atau bersedia untuk 50% kemungkinan tidak dapat langsung.
Of course, disamping berusaha, mohonlah, doalah dan percaya dgn ALLAH. Kalau gagal, ada yg lebih baik menanti, Insya Allah.
Selamat Maju Jaya semuanya.
.