Rabu, 17 Februari 2016

Fun Fair Telur Ikan D'Laila Santai Corner

Assalamualaikum.....

Aihh...ramai blogger dah share sebenarnya. Tapi takperlah, saya share saya punya experience pula. It might not be as interesting as others, but well...this is my blog anyway. Please hang on, ok.

Kami ke sini selepas hubby habis kerja. Agak lewat. Dah melepasi jam 10.00 malam. Hari Jumaat minggu lepas. Tapi mak oii...penuhnya food court Santai Corner tu. Ramai family group yang datang. Hubby pula nak makan bubur nasi D'Laila. Tekaknya tak berapa sedap. Tapi saya nak cuba beranikan diri memberi satu peluang lagi kepada telur ikan mayong kalau boleh. Dulu saya dah cuba megi telur ikan mayong, tapi saya tak boleh telan sebab bau hanyir. Tak terkunyah pun. Tapi this time kalau ada, saya nak cuba masak lemak dalam claypot tu.

Ditakdirkan, telur ikan mayong tu habisss.....

Tapi ada telur ikan tenggiri...hehehe...my fevered, you...

Set nasi dengan masak lemak telur ikan tenggiri. RM14.00

Telur ikan tu dimasak dengan kacang panjang.

Well, perfect masak lemak. Kuahnya pedas, tapi bukan membunuh. Santannya pekat tetapi bukan likat. Santan pun elok tak pecah. Ada pula kacang panjang yang terasa segar walau dah lembut. Kacang panjang tu pun jadi moist. Bila kunyah, terasa kuah tu memercik dalam mulut kita. Foremost, ada helaian daun kunyit. Harum dan memanggil selera untuk mengadap dia.

 Telur ikan tu pun terasa segarnya, kenyalnya and bila kunyah, telur2 ikan tu berderai dalam mulut kan. Lemak rasanya. Biji2 telur yang halus tu pun berselerak jer dalam mulut. And bila next suapan...nasi, telur ikan, kuah, telur masin..semuanya ber'fun fair' dalam mulut. Ha, korang pernah rasa dalam mulut ada fun fair? Kalau tak pernah, kena try menu ni...hehehe

Ada pula salad segar sebagai ulam sampingan. Ada telur masin yang lagi menambahkan 'kick' hidangan tu disamping sambal belacan. Tak perlulah sambal belacan itu. Hidangan yang ada tu pun dah perfect dah.


Hubby pula nak cuba mee udang.

Order yang medium jer, sebab hubby nak makan bubur. And memang tekak dia sedang tak sedap, so dia kata dia tak rasa mee ni sedap. Walaweh...sedap hokeyyyy!!! Kalah Kuala Sepetang tau (err...mak tak pernah makan kat K. Sepetang sebenarnya, nokss)


Makanan orang sakit tekak, bubur juga lah yang diselerakannya. Eh, saya yang sihat walafiat tekak dan usus ni pun rasa sedap makan bubur tu. Memang tak mengecewakan.

Cuma...cuma....

Lauk sampingan untuk bubur ni, dipamerkan tanpa bertutup. And bila kami dah habis makan, eh..Nampak pula lalat hinggap. Aduhaiii....bubur dah masuk perut pun. Tapi tunggu sampai esok, ok jer tak der cirit birit...Alhamdulillah, selamat.

Kak Laila, bubuh la lauk bubur dalam tray yang bertutup kaca jernih tu...saya rasa lagi ok kot kan...

Anyway, saya teringat makan bubur nasi di Kg Baru KL. Dia siapkan bahan2 mentah jer. Kita pilih, dan kita request nak masak apa bahan2 tu. So, bubur tu dimakan dengan lauk sampingan yang panas2 baru digoreng.

Again, ini hanyalah pandangan peribadi saya...



.

12 ulasan:

  1. Bila tekak tak sedap..
    Memang bubur lah yg sedap dimakan Aziela..
    Akak pun suka telur ikan..
    Sedapnya tengok makanan di pinggan aziela tu :)

    BalasPadam
  2. semua makanan yang kak laila masak memang sedap...

    BalasPadam
  3. Suami kakcik suka sangat makan bubur nasi dengan lauk sampingan walaupun tak sakit tekak...

    Eh... keetulan tadi kakcik terima panggilan katanya dari Santai Corner (kali ke 3 dah), suruh datang...bla...bla...bla... (macam hotel yang telefon konon dapat penginapan percuma tapi kena dengar ceramah sejam dua tu...)

    BalasPadam
  4. Arrgghhhh...meleleh air liur saya baca description masak lemak telur ikan tenggiri tu! hahahaha

    D' Laila ni kat mana kak? Saya nak try.

    BalasPadam
  5. Sedap nyer telur ikan...lama tak makan...

    BalasPadam
  6. Kalau rumah kakak walau sihat segar-bugar kami memang suka makan bubur Ziela. Jadi masa tak sihat kami biasa makan bubur dgn sup-sup.

    Manalah dia boleh dpt supply telur ikan selalu ye..

    BalasPadam
  7. serius.. rindu nak baca cara Ziela meng'exploere' sesuatu rasa makanan tu. telur tenggiri mmg sedap.. telur mayong, kalau tak kena gaya memang hanyir rasanya.

    BalasPadam
  8. Dahsyat betui review telor ikan tu... menjejes-jejes ayaq lioq makchaq..

    kat mana D laila ni... kalau dekat boleh la ajak pakchaq... klu jauh kena jamu mata je la....

    Mee udang kuala sepetang makchaq rasa x la sedapsangat

    BalasPadam
  9. Saya pun suka makan telu ikan. Tapi lagi suka telur ikan salmon atas sushi..

    BalasPadam
  10. telur ikan nyumnyum...
    ni kat pd ekk kak?

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com