Assalamualaikum.....
Alhamdulillah, selepas pernikahan sepupu saya pada entry yang lepas, tibalah pula giliran adik perempuan saya.
Majlis pernikahan yang simple. Kami rasa nak jalankan ringkas2 saja, tapi betul2 tak sangka jadi meriah pula. Syukur, murah rezeki kami.
Adik perempuan saya dengan pasangannya, Kamarul. Ini perkahwinan kedua bagi kedua-dua mereka setelah perkahwinan pertama masing2 tidak berpanjangan. Kami sekeluarga tak kisah sebab apa saja ujian dan pemberian....itu semuanya ketentuan Allah....
Penat. Tapi gembira. Semuanya under control. Mujurlah kami engage caterer. Masakan pun sedap, syukur. Adik ipar saya ni tentera yang bertugas di PD tetapi berasal dari Pulau Pinang. Adik saya pula nurse di Seremban.
Memandangkan ini perkahwinan kedua mereka, jadi kami semua sebulat suara untuk jalankan majlis ringkas saja. Nikah pagi, bacaan doa dan jamuan makan sedikit. Tapi tak sangka pula tetamu sampai ke petang. Mujurlah kami ada spare makanan yang agak lebih. Tak adalah tetamu yang pulang dengan perut kosong.
To Yana and Kamarul, semoga berbahagia, dimurahkan rezeki, dikurniakan rahmat sehingga hujung nyawa kalian. Amiin.
Badan dah letih sangat rasanya. Dah 2 hari berturut majlis pernikahan. Standby untuk next wedding. Adik bongsu hubby, adik ipar saya pula bakal bernikah dan melangsungkan majlis perkahwinan pada hari Ahad berikutnya. 6 hari lagi.... Berderet2 kan... Semuanya yang rapat2 pula tu dengan saya. Dan untuk wedding adik2 ni, dah tentulah saya dan hubby orang kuatnya...
Tak sabarlah rasanya nak tunggu minggu depan tu. Nak cepat2 jalankan tugas dan boleh rehat lepas tu.
Tapi, takdir Allah...ujian Allah tiba kepada kami beberapa hari kemudiannya....
...bersambung.
.
wahhhh.. akak terasa2 penatnya. Masih ingat lagi penat menguruskan manjlis perkahwinan adik.. macam2 nak fikir.. dan dikejarkan
BalasPadamSelamat Pengantin Baru buat adik akak dan pasangan beliau.
BalasPadamMoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)
wow penat gak berderet macamtu... takperler sekali penat biarkan penat... lepastu rehat panjanglahkan...selamat pengantin baru untuk kedua mempelai semoga kekal bahagia hingga akhirnya...
BalasPadamtahniah buat adik akak semoga perkahwinan yg dibina kekal hingga ke syurga insyaAllah
BalasPadamapa ujian tu kak
harap2 tak ada apa yg serius lah
Penat utk meraikan majlis gembira lain Ziela sebab ada rasa kepuasan
BalasPadamLepas ni sekali lagi ye..
Apa yg suspen agaknya?
Saya suka majlis-majlis yang simple begini.
BalasPadamYang wajib nikahnya.
Yang lain-lain tu banyak sangat mengikut adat.
Adat yang pada saya terlalu berlebihan dan membazir.
Awal depan ada majlis kahwin dirumah kakak ipar saya.
Awal-awal lagi mereka dah booked.
Nak suruh saya masak untuk pengantin.
Lama betul tak mengomen di sini.