Isnin, 15 Ogos 2016

Pernikahan Sepupu di Tasik Kundang

Assalamualaikum.....


Minggu yang sibuk untuk kami sekeluarga. Sabtu, 30hb April, sepupu saya bernikah di Tasik Kundang, Sb Buluh. Jadi, Jumaat malam, selepas kerja, saya hubby dan Adam terus berdesup ke Sg Buluh. Tidur di rumah makcik saya. Esoknya majlis nikah berlangsung.

Kami terpaksa kejarkan majlis nikah kerana majlis persandingannya, sama hari dengan adik ipar saya berkahwin. Clash lah pula...Jadi, sebab itulah kami usahakan juga ke majlis ini.


Sepupu saya yang lelaki. Anak ketiga makcik saya. Dia berumur 24 tahun, isterinya pula 21 tahun. Pasangan muda. Sama2 orang Sg Buluh.

Ibu pengantin dalam baju biru, bergambar bersama makcik2 saya yang lain.

Majlis diadakan di restoran steamboat di Tasik Kundang, kepunyaan pakcik pengantin iaitu adik ipar makcik saya. Pelaminnya dan jamuannya di adakan di tingkat atas. Kami tak dapat attend persandingannya pada esok hari untuk pihak perempuan...sebab esoknya, adik kandung saya pula bernikah...

Of course, kami suami isteri. Habis jer pernikahan, kami kelam kabut balik ke PD. Persiapan untuk majlis adik perempuan saya pula esoknya, 1hb Mei 2016.

Majlis pernikahan berderet2 rapatnya...lelah juga dibuatnya kami...


.

4 ulasan:

  1. tuuuuuuu dia! Bulan 4 punya cerita eyh.. hahahaha.
    Pengantin pun dah tak brp nak baru.. akak pun byk cete tertangguh ni Ziela.. hihi

    BalasPadam
  2. cantik pelamin simple je sedap mata memandang

    BalasPadam
  3. Saya yang baca ni terasa semput.. akak yang berhadapan entah macam mana.. ;)

    BalasPadam
  4. la baru baca yang ni bulan 4 punya cerita rupanya... ok .... anyway selamat berbahagia untuk pengantin itu... syioknyer kawen muda... cepat dapat anak lagi baguih... cam adik saya anak2 dah besar2

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com