Jumaat, 24 Februari 2017

Mini Buffet Genn Grand Lexis


Assalamualaikum....

Beberapa bulan yang lepas, kami dapat tahu yang Genn Japanese Restaurant ada buat mini buffet. Wah, yang di idamkan. Dah banyak kali cakap dengan chef...asyik ala carte jer...buatlah buffet. Last2 management Grand Lexis approvekan untuk Genn buat mini buffet. Kebetulan pula minggu tu Adam memang balik rumah. Maka hubby terus bawa ke situ.

Seperti sedia maklum, Japanese food ni memang fevered budak bujang ni. Tengok tu...bukan main tersimpul lagi senyum dia... Jom tengok antara pilihan makanan yang ada....

Sashimi memang wajib. Di sini, sashimi nya sangatlah segar. Chefnya memang betul2 jaga kualiti. Tak pernah lagi kami dapat sashimi yang tak bagus.


Bapak budak yang sangat seronok makan.... Ramai Chinese family. Ada lah juga satu dua family Melayu yang kebetulan menginap di hotel tu.

Pinggan siapa entah...saya tak ingat

Goreng..goring..bakar..bakar... Sosnya yang dalam piring kecik tu...Subhanallah..sedappp sangat.



Presentation pun cantik kan....

Owner blog kena ada. Barulah review ni valid.


Soba sup...sedaapppp. Hubby kata teringat macam masa dia study dulu.

Teriyaki...cantik jer chef buat...

Ada oyster bakar juga....

All in all, sangat tak mengecewakan. Walaupun mini buffet, tapi saya rasa sangat banyak menu nya. Tak larat nak upload gambar. Lepas tu desert dia...Allah..sedap2nya. Kadang2 kalau buffet, kek2 tu kurang laku kan...tapi kek dia..kuih2 tradisional Jepun..bubur, pudding...semuanya sedap2lah... Tak manis sangat, terasa lemaknya, moistnya....

Tapi, jarang2 ada. Kalau rasa nak makan dish yang sedap dan diyakini halal sebab chef2nya semua Islam, bolehlah datang ke sini. Cuma kami, nak pergi selalu tu tak ler mampu kan. On special occasion...boleh lah....

Kalau ke PD, sila lah cuba.


.

6 ulasan:

  1. Bunyinya mini buffet tapi tengok hidangan bukan mini tu Ziela:)
    Mahu sendat juga perut bila selesai makan..

    BalasPadam
  2. Kat rumah makchaq anak2 minat makanan jepun.. makchaq & pakchaq je tak berapa nak suka.. rasa masakan depa macam manis... ni nafisah dah pesan suruh kakak dia masak ramen,balik sekolah nak makan ramen katanya..

    Kot2 ter pi ke PD boleh la try.. tapi entah bila la kot tu...dah bertahun x pi PD

    BalasPadam
  3. Dah tak payah susah-susah pergi ke Jepun nak makan makanan orang Jepun. Makanan mereka dibentuk kecil-kecil dan unik serta berkhasiat.

    BalasPadam
  4. review memang wajib ada muka tuan tanah ye kak. hahaha.

    BalasPadam
  5. dah berubah wajah anak bujang Ziela skrg, akk masih ingat lagi masa jumpa dia dulu, rambut terpacak, la ni dah mcm hero Kdrama, hahaha.
    Bab makanan Jepun ni kan, memang kesian kat Iman sbb bonda dan babahnya dua2 tak berapa makan masakan Jepun, tapi kalau goreng dan bakar tu okeylah, Sashimi tu memang tak boleh masuk lalu kat tekak, teriyaki okey!

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com