Khamis, 23 Februari 2017

Tragedi Rebut Mesin Basuh di Asrama Ke2




Assalamualaikum semua....

Ini lah antara dugaan dan ujian untuk kami. Nak ketawa pun ada, stress pun ada.

Pada pagi hari Jumaat yang lepas, tiba2 Adam call saya. Saya tengok nama dia, dah rasa tak sedap hati. Selalunya saya yg call lepas Subuh...just nak pesan suruh belajar elok2. Tapi bila dia yang call, mesti something wrong.

Ayat pembukanya : Mama busy tak weekend ni?

Bila Tanya kenapa...katanya nak minta tolong hantarkan bekalan makanan kering lebih sikit sebab kakinya terseliuh. Jadi nak pergi makan di dewan makan susah sebab tak boleh jalan dah.

Bila Tanya kenapa, katanya masa dah light off di asrama, dia nak pergi jenguk washing machine asrama. Kalau tak ada orang guna, dia nak basuh baju sementara nak tunggu tidur. Kalau sebelum lights off tu, asyik penuh jer washing machine tu digunakan. Ber'cop' bagai..ikut giliran. Begitulah femesnya washing machine di asrama.
Tapi dalam pada nak turun tangga, nak cepat dan keadaan gelap...membuatkan dia tersilap langkah masa turun tangga. Terlipatlah tapak kakinya sampai bunyi meletup tulang katanya.Pagi tu, buku lalinya dah sebesar kuih pau katanya.

Dalam pada tu, saya suruh dia bersiap..pergi klinik dengan warden. Kebetulan saya cuti masa tu. Hati tak sedap. Terus ajak hubby ke sekolah. Adam dah jumpa doctor Klinik Kesihatan. Dapatlah Panadol beberapa biji dengan ubat sapu sikit. Kemudian di bandage kakinya.

Bincang punya bincang, kami mohon nak bawa dia keluar pergi klinik swasta utk x ray kaki. Just nak pastikan ok jer. Nak bawa balik, Adam tak nak balik sebab katanya Isnin dah start mid-sem exam. Jadi pergilah pejabat sekolah untuk isi borang. Tapi pihak sekolah nasihatkan bawa balik sebab susah dia nak bergerak. Takut lebih teruk cedera. Terpaksalah juga balik Melaka.




Sampai di Melaka, terus ke Mahkota Center. X ray dan lega hati bila sekadar terseliuh biasa. Dapat ubat lebih sikit untuk pulih cepat dan MC sehingga hari Selasa. Tapi exam bermula hari Isnin. Jadi, hantar juga balik asrama hari Ahad. Suruh dia pergi exam, lepas exam, balik rehat di bilik sakit asrama.

Alhamdulillah hari ni dah ok kakinya. Cuma nak duduk tahiyyat dan antara dua sujud tu, agak sukar sikit sebab masih sakit.

Ini lah tragedi yang berpunca dari mesin basuh yang kedua.


Yang pertama?

Entry lain kali lah...dah habis lunch hour. Kena sambung kerja....









.

8 ulasan:

  1. Kalau kakak pun sama tak puas hati kalau sendiri tak bawa ke hospital
    Dah buat walaupun terpaksa balik asrama sebeb exam tak apalah. Hujung minggu pergi jenguk balik.

    Terjadi pada anak dara kakak juga Ziela.
    Tapi bukan kerana mesin basuhlah tapi sebab bersukan.

    BalasPadam
  2. Alaaaaa...sambung...kesiannya adam..moga cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  3. Risau bila anak dok jauh sakit pulak.. alhamdulillh dah ok..

    Untung jugak sekarang boleh bawak phone, dah ada mesin basuh.. dulu2 asrama semua buat sendiri.. apa2 jadi telefon pun x de, sepanjang duduk asrama 5 tahun sekali pun keluarga x datang melawat..

    BalasPadam
  4. Semoga Adam segera sembuh..

    Begitulah ragam tinggal diasramakan Aziela..
    Semua kena pantas..
    Macam anak CH ni..
    Slow sikit..
    Jadi hari pertama udah menangis tak tahu macam mana basuh baju..
    Sebab berebut ajer..
    Penyudahnya CH suruh dia simpan nanti Jumaat mama datang collect utk basuh..
    Mujur sekolah dekat dengan rumah..

    BalasPadam
  5. Alaa kesiannya
    Moga anak akak cepat sembuh ya

    BalasPadam
  6. hai adam.. dah besar dah adam.. hehehe.. macam2 kerenah anak ye kak..

    BalasPadam
  7. Muga segera sembuh selioh kaki Adam. Tinggal di asrama sekarang sudah banyak kemudahan dan selesa. Masa zaman Mak Long dulu basuh baju semua basuh sendiri dengan tangan. Gosok baju sekolah pun kena buat sendiri. Sinki di bilik cuci kain tinggi. Mak Long kecil pendek kena berdiri atas bangku bila nak basuh baju....hihihi

    BalasPadam
  8. Masa anak acik dok asrama sekolah dia malas nak rebut mesin tu..siao suruh acik datang petang jumaat ambik baju bwk blk basuh..ahad petang acik hantar semula..dah tingktan 5 baru dia basuh sendiri

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com