Assalamualaikum semua…
Apa khabar? Bagaimana hari2 puasa anda semua?
Saya sebenarnya sedang edit entry menu Ramadhan, macam baisalah kan... Tapi dah nak habis menaip, entah macam mana hilanggggg semua yg saya taip, sekali dengan gambar semua hilang. Adoiiii…. nangess!! Anyway, kita cerita benda lain dululah ya...
Ini adalah kisah throwback ya....
Hubby saya setahun yang lalu ialah self employed. Cuba untuk bertukar karier yang sangat berbeza. Kami masih bertatih lagi. Sementara saya tetap bekerja seperti biasa.
Hubby buat bisnes ayam kampung sekarang ni. Dah setahun dah sebenarnya. Memang pelik sangat...tapi hubby minat. So kena start dari sangat bawah semula.
Buat masa ni, hubby banyak attach dengan FAMA Melaka dan N. Sembilan. Jadi kalau FAMA buat program, kami pun joinlah. Events ni biasanya ada melibatkan usahawan bimbingan FAMA. Since kami ni usahawan baru, jadi kami perlu bimbingan juga..hahaha
Jadi antara program yang kami sertai ialah bersama SSM Malaysia di Mydin Ayer Keroh. Hujung minggu, boleh la saya bantu. Perasmian di sempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negeri Melaka. Selepas perasmian...delegasi VIP pun melawat semua booth. Eh, dalam pada kami bersedia untuk menerima kunjungan VIP, tiba2 ada suatu suara memanggil nama saya.
Masya Allah!!!! Abang angkat masa zaman saya study dulu rupanya. Aduhaiiii...lama betul lost contact dengan dia. Sejak habis study, masing2 sibuk dengan haluan sendiri. Especially bila ada keluarga masing2. Masa study dulu, rumah kami dekat,..dan selalu masuk program univ bersama. So ibu bapa saya selalu pesan minta dia tengokkan saya. Memang type abang2 yang tegas. Selalu kena marah dengan dia...hahahaha.
Hubby pun bukan main happy jumpa dia sebab kami memang lama betul tak jumpa. Anak saya yang selalu dengar kami bercerita tentang dia, baru inilah akhirnya kenal dengan orangnya...hahaha. Hubby cepat2 suruh saya bergambar dengan dia. Hubby pun kenal dengan dia sejak saya masih study. Maklumlah, kami bertunang masa sedang belajar lagi.
Rapat dengan family saya juga. Sebab beliau mempunyai budi bahasa yang sangat halus dan sifat kepimpinan yang tinggi. Duely respected.
Oh ya, by the way, namanya Jaiya bin Abu. Saya tanya, dah terima Datukship ke? Belum lagi katanya sambil gelak besar. Hahaha...ni orang2 pihak atasan ni...
Saya pun ada sekali dua jer jumpa dengan isteri dan anak2 beliau. But so happy to know that he is doing very well now. Alhamdulillah.
Sampai balik rumah, kami suami isteri dok bercerita mengenang kisah lalu dengan beliau.
It was a happy day....
.