Majlis yang telah berlangsung dengan jayanya. Sangat meriah dan kita pasti semua orang gembira dan berpuas hati. Tak ada satu wajah pun yang tidak mengukir senyuman dan tawa dalam majlis tersebut.
Owh, ini belum entrynya lagi.. Sekadar warming up.
Insyaallah esok pagi kita akan publish entrynya. Maaflah, ada banyak kerja yang menunggu hari ini. Tambahan lagi, perjalanan kita sejak pagi semalam adalah sangat meletihkan.
Ahad pagi : Bertolak ke PD dari KL. Singgah di Nilai rumah adik untuk beri sample produk myChef. Tiba di PD jam 4 petang. Lepas jolok buah manggis, pukul 6 petang bergerak ke Melaka. Singgah di kubur arwah atok dengan adik beradik sekejap.
Tiba di Melaka, jam 8. Kelam kabut dinner di Cheng, rumah MIL, dan rushing balik rumah di A. Gajah. Packing baju dan kemas rumah dan bergegas keluar untuk bergerak ke Kuantan.
Jam 12.30 pagi, tiba di Muadzam dan pitt stop untuk tidur sekejap sebab tanpa rehat langsung sepanjang hari, kepala sangat berat rasanya. Terpaksa telan panadol untuk hilangkan denyut2. 2 jam kemudian, mula drive ke Kuantan. Tiba di persimpangan tol Gambang jam 5 pagi dan berpisah dengan hubby di situ. Hubby teruskan perjalanan ke Kuantan dan kita terus masuk tol Gambang. Singgah subuh di R&R Gambang dan bersiap di R&R Lancang. Seterusnya hingga sekarang masih belum rehat lagi.
So, harap bersabar untuk entry penuh yer.
Masih mencari idea bagaimana nak letak entry. Maklumlah, malam tersebut penuh dengan agenda. Tak tahu nak fokus yang mana. Nak ambil gambar, nak layan anak, nak borak2 dengan blogger, nak curi Kak Ida, nak menempel dengan chef2 selebrity dan nak makan. Sesungguhnya masa amat terhad. Oleh sebab itulah bila tengok folder gambar yang sangatlah tidak memuaskan hati itu, rasa sangat ralat sebab terlupa bawa compact camera. Dalam pada itu, bersyukur juga. Masih ada gambar untuk kenangan sekurang2nya...
So, akan menyusul beberapa entry tentang malam tersebut. Insyaallah entry rasmi tentang event, tentang organisers, tentang bloggers dan of course tentang makan2, the signature
Siapalah jejaka hangat yang sudi hadir nie yer...
Ahaaaa! Blogger tampan di kelilingi bunga2 merah...
Nantikan yer....
waiting for your next entry kak.. hehehe..
BalasPadampakat pakai merah ke kak..hahaha..
BalasPadamWahahaha.. warming up entry yg memang hangat. Sabar menanti entry seterusnya dr kak aziela. Synya entry yg wajib dah lepas, lepas ni entry susulan kecil-kecilan je. Hehe..
BalasPadamfewwit....ok ok saya tunggu mesti meriah hehehee!
BalasPadammerahnya makngah..semua comel2....
BalasPadamitulah macam2 nak diceritakn sampai tak reti nak wat entry..entry saya pun banyak episod..
BalasPadamSalam.. Wah seronok baca.. Ini baru entri pemanas badan.. Samalah, tak sempat mengarang lagi. Tulis panjang2 dan jangan lupa promote myChef.. Ada hadiah lagi utk 3 best entries..
BalasPadamKak Aziela nak gambar ke? Nanti emel Nur ye.. Add emel ambil di side bar blog.. :)
Wah! Banyaknya agenda.. Tak sabar nak baca next entri... Mesti meriah dengan gambar ni nanti.. =)
BalasPadamwah...function apakah tu...x sesabor nak tunggu...huhu
BalasPadamwah...bestnya...jeles nie...hehehe
BalasPadamcepat2 boh full n3
BalasPadamx sabaq nk baca ni ngeeee
Untuk semua, kita dah keluarkan entry formal. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini semuanya.
BalasPadamWaaaaa kita semua sangat best.. masih ingat lagi kenangan manis kita semua.. :)
BalasPadamgambo kita ada la, sukee, tq aziela
BalasPadam