Selasa, 17 Julai 2012

Majlis Penyampaian Hadiah GA Wowww 1001 Resepi

Assalamualaikum.....

Selepas entry pemanas semalam, inilah dia yang dinantikan.

Khas untuk pembaca-pembaca blog My Rainbow dan juga sesiapa juga yang sudi berkunjung ke blog ini, kita persembahkan layangan kenangan pada malam Anugerah Penyampaian Hadiah sempena Give Away (GA) untuk blog KOLEKSI 1001 RESEPI.

Menariknya GA dari blog Koleksi 1001 Resepi ini, ianya tidak seperti GA daripada blog-blog lain yang biasa dipraktikkan iaitu cabutan dibuat oleh empunya blog dan hadiahnya di berikan melalui pos, mahupun berjumpa secara individu.


GA dari empunya blog yang lebih mesra membahasakan diri beliau dengan Kak Ida ini memang sangat istimewa. Langsung tak pernah terduga yang hadiah-hadiahnya adalah begitu menarik sekali. Sebelum bercerita lebih lanjut, marilah kita perkenalkan serba sedikit tentang blog KOLEKSI 1001 RESIPI ini.



http://www.koleksi1001resepi.com/

Ianya adalah sebuah blog yang membawa karakter dunia dapur dan dunia penghuni dapur itu. Kedengaran seperti sempit, iaitu dapur. Mesti tentang masak-masak dan makanan-makanan sahaja kan? Ops, anda SALAH! Kita kata ...' dunia dapur dan dunia penghuni dapur..' kan? Siapa penghuni dapur itu? Kak Ida dan ahli keluarga beliau. Percayalah, ahli keluarga beliau bukan bermaksud suami dan anak-anak sahaja. Ianya bermaksud kehidupan mereka dan orang-orang yang berkaitan dengan mereka.

Maka oleh kerana itu, dalam blog masakan ini, anda akan disajikan dengan makanan-makanan dari setiap lokasi yang ditempuh oleh pemilik blog. Untungnya anda, pemilik blog ini tidak terhad langkahnya. Beliau sering mengembara sama ada dalam mahupun luar negeri, memenuhi undangan perkahwinan di sana dan sini serta berkongsi tentang hidangan-hidangan yang sempat di jamah beliau. Tak kiralah dijamah mata mahupun di makan. Hatta bahan-bahan mentah di pasar tani dan di halaman rumah beliau sekali pun akan di sajikan di dalam blog beliau.

Yang paling utama sekali, blog ini adalah rujukan hampir 5000 blogger serata dunia untuk mencipta hidangan hebat dengan mudah dan cepat. Kak Ida sangat bijak dan kreatif menggunakan bahan-bahan masakan yang mudah untuk kita semua cari di pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai masakan di seluruh dunia. Tidak terhad kepada Malaysia sahaja, dan tidak terhad kepada bahan-bahan basah yang kadang-kadang sukar di dapati pada zaman sekarang. Ini tidak termasuk lagi pageviews beliau yang dah melebihi 4 juta lebih dan ianya masih lagi bergerak pantas setiap masa.

Oleh kerana itu, Kak Ida dengan bermurah hatinya menganjurkan GA ini. Hadiah-hadiah yang ditawarkan, ada lebih kurang 10 jenis kesemuanya dan semuanya adalah hadiah yang bukan calang-calang. Yang pasti, mereka yang terpilih pastiii akan berpuas hati. Bagaimana cara pemilihan ini, anda boleh ke blog ini dan terokalah entry-entry beliau.

Tak di sangka kita antara senarai blogger yang terpilih. Blogger yang terpilih adalah seperti berikut :

Aziela ~ http://therainbowjourney.blogspot.com/
Nur-nbahttp://cetusanrasa-nba.blogspot.com/
Shuhada Salleh ~ http://www.syuhadasalleh.my/
Suzlin ~ http://suzlinazreena.blogspot.com/
Cheetah ~ http://cheetah87.blogspot.com/
Suriani ~ http://jikaduniaakuyangpunya.blogspot.com/
Zefa Nor Asmara ~ http://jemariasmara.blogspot.com/
Sariyusa ~ http://sariyusa.blogspot.com/
Salmi Khairil ~ http://salmikhairil.blogspot.com/
Nurul Siezuka ~ http://www.siezuka.com/
Zurina ~ 
http://www.reenorcollection.blogspot.com/

Oleh kerana blog Kak Ida ini sangat terkenal dalam dunia masakan, maka beliau sering mendapat jemputan majlis-majlis yang berkaitan. Dalam pada itu, satu jenama makanan segera sejuk beku telah mula menjalinkan kerjasama dengan Kak Ida. Anda pasti telah mula menyedari kehadiran produk ini di pasaraya-pasaraya besar dalam negara (Jepun tak ada lagi yer, sayang-sayang sekalian) dan iklannya juga telah mula disiarkan. Contohnya dalam rancangan MasterChef finale malam tadi, anda pasti menonton iklan produk MyChef.


Gambar ini dipinjam dari blog Koleksi 1001 Resepi

Ianya adalah makanan segera sejuk beku yang mudah disediakan. Selalunya kita akan jumpa sosej, daging burger, karipap, pau, ayam goreng segera dan berbagai-bagai lagi hidangan sampingan di pasaraya kan? MyChef pula menyediakan complete meal seperti masakan di rumah. Bezanya, kalau kita semua nak menyediakan makanan eksklusif setaraf restoran-restoran berprofil tinggi, ianya pasti memakan masa dan kos yang tinggi. Itu belum lagi difikirkan risiko pembaziran kerana masakan tidak menjadi dan terpaksa di 'sedekah'kan kepada Cik Tong belakang dapur kita kan. Jenis-jenis yang ada? Owh, sangat banyak dan sangat menyelerakan. Sudah pasti kualitinya terjamin kerana produk ini adalah hasil resipi chef-chef terkemuka negara. Chef yang terlibat ialah Dato' Chef Ismail, Chef Zam, Chef Liza, Chef Florence Tan dan tidak ketinggalan, Dr. Chef Ezani yang baru sahaja dinobatkan sebagai Master Chef pertama Malaysia.

Oleh itu, majlis makan malam untuk Penyampaian Hadiah GA tersebut di taja bersama produk MyChef dan pastinya pemilik Restoran Rebung iaitu Dato' Chef Ismail. Tak sangka MyChef dan Dato' Chef Ismail sangat bermurah hati menaja lokasi dan makan malam pemenang semua. Untuk pengetahuan pembaca, pemenang2 di jemput bersama pasangan masing-masing. Jadi, ada yang bawa suami, bawa rakan, bawa adik, dan untuk kita, kita bawa anak bujang kita Adam bersama. Berkongsi kemenangan dengan pasangan, hadiah berganda yang diberikan secara spiritual oleh penganjur dan penaja-penaja. Siapa lagi kalau bukan Kak Ida, MyChef dan Restoran Rebung.




Bergambar bersama En Fairuz, Tuan CEO kepada Flavor Innovation Sdn Bhd, syarikat pemilik produk MyChef.

Bersama Chef Ismail, Kak Ida, Chef Florence dan Chef Zam. Chef Ezani tersembunyi pula..

Pemilik Restoran Rebung, Dato' Chef Ismail memeluk anak kita Adam, dan rakan blogger iaitu Salmi.

Bersama Kak Ida yang sweet sangat dan Chef Ezani yang sangat polite.


Kami semua bawa pulang produk-produk MyChef dan Baba's di samping hadiah utama sempena GA tersebut. Cara yang digunakan untuk mendapatkan hadiah tersebut, pada kita agak unik. Tidak semata-mata bergantung kepada nasib. Memandangkan semuaaa blogger pemenang yang hadir mengimpikan Pie Maker yang didatangkan khas dari Australia (kecuali kita kerana ada barang lain yang lebih praktikal untuk kesesuaian hidup kita buat masa sekarang), maka Kak Ida mengusulkan satu cara unik untuk cabutan tersebut. 

Setiap hadiah yang ditawarkan disusun di atas sebuah meja panjang dan dilekatkan dengan nombor. Setiap pemenang kemudiannya diberikan sekeping kad kosong berlipat yang tertulis cantik Congratulations di hadapannya. Kami harus menulis nama, nama blog dan 3 nombor pilihan hadiah yang di ingini. Kemudiannya kad-kad tersebut di masukkan ke dalam satu bekas untuk cabutan. Setiap seorang Chef Selebriti yang hadir di minta untuk mencabut 2 keping kad. Jadi, sesiapa yang kadnya terpilih di awal-awal, bernasib baik lah kerana dapat pilihan pertama. Namun, ramai juga yang dapat merasa pilihan pertama mereka. Kita dapat pilihan ke dua iaitu Table Runner dari Ho Chi Minh. Memang suka sangat. Tambahan lagi dah nak raya nie. Bolehlah melaram dengan hadiah tu nanti.


Dan akhirnya, malam itu tangan kami semua penuh menjinjing beg-beg yang berisi produk-produk MyChef, produk Baba's dan hadiah masing-masing. Di tangan penuh hadiah, di hati sarat bahagia, di ingatan terpahat kenangan.


Produk My Chef dan dalam beg hitam itu ada lagi, produk Baba's dan hadiah cabutan.


Yang pasti, ukhuwah yang terjalin sepanjang masa majlis ini, Insyaallah tidak akan terkubur di situ saja. Ianya pasti akan berkembang dan kukuh. Tak kiralah sesama blogger, bersama penganjur, mahupun bersama selebriti-selebriti dunia masakan yang hadir.

Terima kasih sekali lagi.

Oh, akan ada beberapa lagi entry susulan secara tidak formal mengenai majlis ini nanti. Buat masa ini, harap anda semua berpuas hati membaca entry ini.



15 ulasan:

  1. wow... bestnyer rezeki ramadhan dan raya... heheh... tahniah...

    BalasPadam
  2. tahniah kepada anda-anda semua yang bertuah..seronok betul join GA kkida..menarik sungguh. sedih sebab tak berkesempatan nak join...apa pun tahniah semua!!

    BalasPadam
  3. Ibu Yusuf datang komen entry ni.. Bertuah Adam kena peluk Tok Mail ye.. Hehe..

    ps: Terus menanti entry dari kak Aziela yg seterusnya... Selamat melaram dgn table runner baru :D

    BalasPadam
  4. bestnya kak..nak dekat ramadhan ni senang kalau ada product2 macam ni.. lagi la kalau utk ibu yang bekerjaya kan..

    BalasPadam
  5. Akak comel.. Best kan kita semua hari tu.. Kita semua memang sangat sangat bertuah.. ;)

    BalasPadam
  6. seronok.. seronok teringin nak beli tapi tak beli2 lagi... jumpa ngan semua idola tu...

    BalasPadam
  7. Akak seronoknya! Siap dpt byk goodies tu....bekalan makanan sahur tahun ni dah banyak....mudahkah sikit tahun ni heheheh....

    Bestlah, ada banyak sponsor kan? Syukur alhamdulillah...

    BalasPadam
  8. senyum balik. ingat sweet moments ga kkida baca n3 ni

    BalasPadam
  9. Wah best dpt byk hadiah..jumpa chef lagi....tahniah

    BalasPadam
  10. Entri terbaik dari akak.. Nur pun baru nak mengarang nih.. Tengah cari idea.. Sememangnya ukhuwah yang terjalin ibarat telah lama berkenalan. Semuanya peramah, mesra dan sangat friendly.. Nice knowing you sis.. Nur harap kita dapat jumpa lagi nanti..

    Selamat berpuasa... :)

    BalasPadam
  11. Aduhai...memang seronok malam tu. Entry nie pun untuk sharing emosi dengan semua...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com