Jumaat, 28 September 2012

Makan di Kuantan : Sata Pak Din, Tg. Lumpur

Assalamualaikum.....

Hari Jumaat, esok weekend. Malam nie, balik Kuantan sebab esok hubby ada follow up check-up dengan doctor beliau. So, pada sesiapa yang nak datang Kuantan, kita nak share tentang kedai jual sata di Tg. Lumpur nie.

First sekali, tau tak apa dia sata?

Sata ialah sejenis makanan kudapan yang biasanya di makan pada petang hari di negeri2 pantai timur. Famous di Pahang dan Terengganu. Sata ni ialah bancuhan isi ikan, tepung, dan ramuan lain, antaranya bawang, serai, daun kunyit dan cili. Bancuhan ini kemudiannya di bungkus dalam daun pisang sehingga membentuk segitiga kecil, dicucukkan pada batang besi grill atau buluh untuk di bakar di atas bara api.

Setiap kedai ada ramuan sata masing2 yang tersendiri. Seperti makan nasi lemak. Setiap kedai kan ada rasa yang berbeza. So, terpulang kepada cita rasa masing2 lah yer.

Pusat kudapan petang di Kuantan ialah di Tg. Lumpur. Senang jer nak ke sini. Dari bandar Kuantan, pastikan anda cari signboard ke Pekan, melintasi jambatan Sg. Kuantan dan taraaa...anda sudah berada di Tg. Lumpur. Di sini anda akan jumpa banyakkk sangat kedai2 atau warung2 yang menjual sata, keropok lekor dan kuih muih untuk minum petang. Ada beberapa kedai yang sangat penuh sampai orang sanggup berdiri dan beratur, sanggup jalan kaki jauh kerana parking penuh dan sebagainya.

Tapi, kita sekeluarga, tetap rasa sata di kedai Pak Din nie menepati selera kami. Kombinasi ikan, kepedasan cili yang mencukupi, haruman daun kunyit serta serai yang menyegarkan memang betul2 seimbang.

Sign board

Banner dalam warung kecil


Sata yang sedang di panggang


Sata panass...


Sebahagian kuih muih...


Masa nie masih awal sangat lagi. Pukul 11.30 pagi hari Ahad. Biasanya kuih muih berderet2 di sini. Kita datang awal sebab nak tapau untuk bawa balik PD. Adalah 100 biji kami tapau sata tu. Kalau yang suka tu, 10 biji sorang baru puas makan.

Selain daripada tu, kebiasaan di negeri pantai timur, petang2 mereka makan seafood yang dicelup dengan tepung. Macam kita makan sotong goreng tepung, tapi bukan yang rupa cekodok tu tau. Ini macam salut tepung jer. Ikan kembung sekor2 di salut tepung dan goreng. Udang biasanya secucuk ada 5 ekor udang. Secucuk udang, seekor ikan semuanya berhara RM2.00 each. Sata pula, 5 biji RM2.00.

Nampak macam x ramai kedai Pak Din nie, tapi kami biasanya tak terpengaruh dengan gambaran kedai penuh. Kami hanya percaya dengan selera sendiri.

Selain daripada sata di Kedai Pak Din nie, ada sebuah warung lagi sebelum warung Pak Din yang menjual sata yang bersaiz lebih besar dan rasanya pun sama sedap. Tapi harganya RM0.50 sebiji. Tapi dia tak adalah meja kerusi nak duduk lepak lama2 macam di kedai Pak Din nie.

So, amacam? Nak rasa sata tak..?

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Assalamualaikum.....

Pagi nie bila bw, terbaca tentang entry ini di blog Fendy. Sangat menarik. Simple, ringkas, tapi menyeluruh. Bukannya kita semua tak tahu, tapi sekali sekala kalau remind diri sendiri, apa salahnya kan... Lagipun, ini adalah sebagai panduan memilih calon suami saja. Semestinya, kriteria seorang suami yang baik, ada lebih lagi dari yang tersenarai. Untuk adik2 yang sedang memilih, kakak2 yang nak bantu cari adik ipar, atau mak2 yang nak cari calon menantu, mungkin senarai ini boleh membantu.




10 Sifat Calon Suami Yang Baik

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturanya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia,

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Berwajah tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

 



Khamis, 27 September 2012

Semoga Fauziah Kembali Kedalam Cinta Abil

Assalamualaikum.....

Kita nak sambung sedikit kisah Abil untuk isterinya Pn Fauziah.


Abil dan Fauziah adalah orang yang berpendidikan. Mereka kaya dengan kasih sayang dan mereka berusaha menjadi seorang hamba yang taat dengan perintah Allah.

Maka oleh itu, ujian ini di tangani segera dengan bijak oleh Abil. Abil mula mengumpul dananya sendiri, menjual rumah di KL dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Beliau yakin dengan keputusan ini. Objektifnya ialah memberikan penjagaan yang terbaik untuk isterinya, Fauziah. Seringkali beliau tekankan di dalam blog, mahupun dalam wawancara media, keputusan dan tindakannya adalah kerana Fauziah itu isterinya. Dan ia memang tanggungjawab beliau untuk memberikan yang terbaik kepada isteri beliau.

Tapi mengakulah Abil... Tindakan anda adalah kerana kasih dan cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Fauziah. Cinta anda kepada Allah dan Rasul sehingga memungkinkan cinta untuk isteri ini menuntut pengorbanan dalam hidup.


Sejak Jun 2011, Abil menyediakan kelengkapan Fauziah di rumah sama seperti di hospital. Beliau menuntut untuk menjadi jururawat dan juga doktor untuk isterinya. Segala2nya dengan peralatan dan cara yang tersusun dan profesional. Kebersihan Fauziah dan kebersihan rumah sangat di titikberatkan sehingga tiada habuk langsung pun yang bebas di rumah beliau. Subhanallah...



Memangku Fauziah dan mendukungnya setiap hari untuk menonton tv.

Selain daripada rawatan moden, Abil juga mengusahakan rawatan tradisional dan sebagainya. Beliau sering mengurut Fauziah sebagai bantuan untuk merangsang sistem saraf isterinya. Beliau juga memastikan, isterinya hanya akan minum air zam zam yang di ambil bekalannya 2 minggu sekali.

Rawatan lain ialah kasih sayang.

Ya, kasih sayang Abil boleh membantu sel2 otak kembali aktif. Insyaallah. Sebagai contoh, dulu Fauziah hanya ada muka kosong apabila Abil memberitahu sesuatu, contohnya sebelum beliau keluar rumah. Tapi sekarang, Fauziah dah pandai merajuk sekiranya Abil lupa inform sebelum keluar rumah. Abil terpaksa ambil masa untuk memujuk Fauziah. Maknanya, emosi dan otak telah mula berhubungan. Syukurlah, Alhamdulillah.



 Yang bagusnya Abil ini ialah, tidak tertumpu dengan penjagaan isteri semata2, beliau juga seimbangkan dengan penjagaan diri beliau sendiri. Sedar hakikat beliau harus sihat untuk menjaga isteri, maka riadah fizikal dan riadah hati tidak pernah di lupakan.

Tengoklah gambar tu. Abil suka menyakat Fauziah seolah2 Fauziah sihat. Bergurau senda dengan isterinya, menyakat, memujuk, bercerita, menyanyi dan sebagainya adalah salah satu terapi yang akan membantu.

Walaupun doktor kata ianya tak akan sembuh, tapi Abil berusaha kerana yakin dengan kuasa dan ketentuan Allah. Ajal maut telah tertulis, tetapi siapakan tahu apa yang menjadi rahsia alam?



Sweetnya..

Banyak komen yang kita baca dalam blog Abil memberikan kata2 semangat untuk beliau. Memuji beliau kerana tidak mengabaikan isterinya. Memang betul. Berapa ramaikah lelaki yang sanggup menjaga isteri yang sakit begitu? Sedangkan isteri yang sihat, menawan dan telah banyak sama2 berkorban pun dengan mudah di tinggalkan, inikan pula bila tak mampu menjadi seperti manusia normal.

Maaf kaum lelaki, tetapi dah banyak yang terhidang di hadapan mata. Salah seorang kenalan kita yang menghidap penyakit kronik, jarang mendapat sokongan dari suaminya. Dia sendiri yang berusaha untuk mencari duit untuk penyakitnya sendiri. Bila media datang ke rumah, sang suami berlakon dengan muka sedih konon2 tengah menguli karipap untuk jualan bagi menampung kos rawatan isteri. Realitinya, tak pernah pun! Tapi bila isterinya menghadap Ilahi, tak berapa bulan kemudian, beliau telah menikah dengan perempuan lain. 

Tapi Abil.....

Abil x pernah nak tunjuk muka sedih. Tengoklah gambar2nya. Bukan gambar memancing simpati. Gambarnya tersenyum bahagia, tetap memadu kasih dengan Fauziah. Gambarnya adalah gambar yang melambangkan beliau redha dan ikhlas dengan dugaan ini.

Syukurlah kerana Abil tidak membuang masa mudanya dengan begitu sahaja.

Syukurlah Abil sempat menuntut dengan salah seorang Mufti Negeri Sembilan dan mendalami Islam dan Al-Qur'an.

Syukurlah Abil berpegang kuat kepada amalan Al-Qur'an dan Sunnah. Beliau pasti akan khatam AQ setiap 6 bulan sekali.

Syukurlah Fauziah sering di dendangkan dengan alunan ayat suci setiap hari dan setiap ketika.

Syukurlah Fauziah di rawat oleh suami sendiri dengan amalan As-Syifa'.

Alhamdulillah.... Alhamdulillah..... Alhamdulillah......

Namun, yang kita nampak ialah Abil tegak berjuang untuk isterinya.

Kita berikan kata-kata pujian dan kata-kata semangat untuk beliau.

Mungkin boleh juga diselitkan dengan kunjungan ke rumah beliau, atau menghulur apa yang mampu sebagai tanda sokongan kita semua dengan usaha seorang Abil Fikri ini.

Tapi, tangan kanan memberi, eloklah tangan kiri tak tahu. Yang penting dengan niat yang ikhlas. Keikhlasan itu adalah seumpama seekor semut hitam yang merayap di atas seketul batu hitam di malam hari yang gelap gelita.

Lagipun, bak kata Ustaz Abdul Hadi Kamil dari Yapeim tempoh hari, sedekah amal jariah kita tu sebenarnya mengundang rezeki lebih.

"Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang tumbuh tujuh tangkai dan pada setiap tangkai itu pula terdapat 100 biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui."
- (Al-Baqarah : Ayat 261)

Sekiranya terbuka hati anda untuk mengembangkan benih rezeki anda, klik SINI untuk melaksanakannya.

Betul, ramai lagi di luar sana yang lebih memerlukan sumbangan. Terpulang kepada anda. Tiada sesiapa pun memaksa dan tiada sesiapa pun yang menjatuhkan kategori kronik atau tidak ke atas sesuatu kes.

Tapi, Abil tak pernah kedekut dengan pembaca blognya. Dalam pada menghadapi getirnya ujian, beliau sempat pula mendidik pembaca blognya dengan sikap dan sifat terpuji berserta dengan perkongsian ilmu tentang amalan yang baik.

Contohnya :

Pada suatu hari, isterinya pernah bertanya kepada beliau sekiranya beliau sedang marah, adakah beliau akan menampar isterinya? Dalam pada menjawab dengan gurauan, sempat Abil berkongsi ilmu. Ada ulama yang berpendapat, memukul muka adalah larangan keras dari Allah. Sepatutnya, kalau muka rosak, kena denda. Contohnya, sebatang gigi yang patah, dendanya ialah se ekor unta harus dibayar kepada mangsa. Maka jawapannya, dia tidak akan menzalimi isterinya sendiri.

Subhanallah...

Berapa ramai suami zaman sekarang yang memukul isteri, sepak, terajang, tumbuk, malahan MEMBUNUH isterinya sendiri?

Abil juga berkongsi banyak petua rumahtangga dalam blog beliau. Contohnya :
- Amalan agar suami sentiasa cintakan isteri
- Amalan agar isteri cintakan suami sentiasa
- Petua untuk seri wajah
- Petua memujuk isteri yang merajuk
- Petua mengambil hati suami
- dan bermacam-macam lagi...

Nak tahu?


Panjangnya entry kita kan? Rasa macam boleh buat rencana dalam surat khabar rasanya..

Tapi memang kita berniat nak kongsi semua nie. Mungkin ada yang tahu, tapi x mendalami isi tulisan Abil. Ada banyak panduan yang tersirat di dalam blog ringkas tersebut.

Terima kasih En Abil kerana mengizinkan kita copy gambar2 tersebut.

Insyaallah, kami semua doakan semoga Allah berikan yang terbaik untuk En Abil suami isteri. Allah Maha Mengetahui. Rahsia alam ghaib tak mungkin diketahui oleh manusia biasa...



Rabu, 26 September 2012

Cinta? Hadiah Abil Fikri untuk Fauziah

Assalamualaikum.....

Sebenarnya dah lama terdetik dalam hati nak menulis tentang kisah pasangan ini. Kita yakin most of the bloggers dah kenal sangat2 dengan pasangan ini. Mesti ramai yang dah baca surat cinta Abil Fikri untuk isteri kesayangannya Fauziah di blog beliau Warkah Buat Isteri sejak awal tahun lagi. Bukan sekadar itu, kisah pasangan ini banyak dipaparkan di dalam majalah, stesyen2 tv dan akhbar2 utama negara. Mungkin ada yang menyangka publisiti itu adalah untuk mengutip derma (maaf Abil, saya agak 'kasar' disini), tapi hakikatnya, sekadar pendapat kita ialah kisah cinta yang ulung itu sendiri. Kisah cinta yang terbukti ikhlas apabila di timpa ujian sebagai satu 'wake-up call' untuk masyarakat di Malaysia tentang peranan masing2 dalam sesebuah perkahwinan.

Sebelum kita membebel lebih panjang, pada mereka yang tak pernah kenal pasangan ini, kita ceritakan sedikit sebanyak latar belakang pasangan ini yang menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Anda boleh baca sendiri di blog http://abil4fauziah.blogspot.com tetapi sekadar pengenalan ringkas, kita cuba paparkan di sini.





En Abil Fikri berkahwin dengan Pn Fauziah semasa umur beliau 40 tahun dan Pn Fauziah sendiri berusia 35 tahun pada waktu itu. Mungkin ada sesetengah pembaca berpendapat lewatnya baru nak kahwin? Tapi itu bukan inti patinya. Yang pentingnya, sepanjang usia mereka itu, mereka mencari pasangan hidup, dan pada masa itu mereka berjumpa dan berkenalan lalu terus menghalalkan hubungan. Daripada apa yang kita faham berdasarkan kiasan dan maksud di sebalik entry beliau, Abil memulakan percintaannya dengan isteri tercinta selepas nikah, selepas halalnya hubungan. Barakallah bikum, ya akhi.

Abil adalah seorang perunding kewangan (Financial Consultant) dan Fauziah juga dalam bidang yang sama, rasanya sebagai Financial Planner. Bertemu dalam suasana kerja sepertimana cantiknya aturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. 2-2 mereka bekerja di Kuala Lumpur dan memulakan kehidupan berkeluarga juga di KL.

2 tahun mereka memadu kasih, berhoneymoon setiap hari, setiap jam dan setiap ketika, mendalami hati budi masing2, berusaha untuk mengorek rahsia yang boleh menggembirakan dan membahagiakan pasangan masing2 dan saling mendidik akhirnya tibalah tarikh keramat dalam bulan Jun 2011.

Telah Allah tetapkan yang pelayaran itu harus di berikan sedikit gelombang seperti mana pasangan dan makhluk yang lain. Namun ujian yang datang bukan sedikit, malahan berat rasa memandangnya, apatah lagi untuk di pikul.

Pada suatu pagi, Abil dikejutkan dari tidur oleh isterinya kerana sesak nafas. Sedia maklum penyakit asma, kita ulang yer, ASMA... menyerang, beliau segera menghulurkan inhaler seperti biasa. Namun kali ni, inhaler tersebut tidak memberi kesan. Dalam panik dan cemas yang melanda, sempat isterinya menyebut 2 perkataan  -   PANGGIL       AMBULANS

2 perkataan terakhir isterinya kerana sejak dari itu, hingga sekarang tiada perkataan lain yang mampu di ucapkan.

Dalam perjalanan ke hospital, jantung Fauziah berhenti berdegup. Namun di usahakan sedaya upaya oleh doktor2 di wad kecemasan untuk kembalikan Fauziah. Dan syukur Alhamdulillah, akhirnya Fauziah kembali bernafas. Tetapi, bahana daripada 30 minit jantung terhenti mengepam darah ke otak, doktor mengesahkan Fauziah menghadapi brain damager. Mengikut kata doktor, brain damage akan kekal sepanjang hayat. Maknanya, otak Fauziah sudah tidak mampu berfungsi, kecuali untuk bernafas. Bayangkanlah.....

Siapa yang tidak terjelepok mendengar berita ini? Baru semalam menyulam kasih dan menganyam cinta, tiba2 hari ini kekasihnya .......  Anda fill in the blank sendiri yer. Tak mampu untuk kita luahkan.

Namun, Abil bangkit semula. Beliau cari masa untuk menenangkan diri. Dalam masa 3 jam, menghambur sedih, kembali mencari tapak untuk berpijak dan mula mengatur langkah. Semangat seperti seorang pahlawan gagah perkasa untuk mendapatkan kembali isterinya, untuk mendapatkan kembali cintanya.

Dan di dalam blog itu, dalam siaran2 tv, dalam majalah dan akhbar semuanya diceritakan usaha Abil untuk Fauziahnya.

Kita nak bercerita lebih lanjut lagi tentang mereka, tapi rasanya entry ini dah cukup panjang. So, kita stop di sini dulu. Insyaallah akan sambung lagi kisah mereka sebab ..... Ada banyak sebabnya. Insyaallah semua akan dapat manfaatnya.


Makan di Sg. Buloh, Selangor - Char Koey Teow

Assalamualaikum.....

Dah lama pula tak buat pasal entry makan kan. Antara reasonnya, kami jarang explore tempat makan lately nie. Maklumlah, sibuk dengan berbagai urusan. So, makan pun mostly di rumah. Err...rumak mak atau rumah Mommy.

Kebetulan, after kerja a few days sebelum ke Kuantan 2 minggu lepas, ajak hubby singgah rumah Mak Uda kita untuk beraya. Kami x sempat beraya lagi dengan mereka sebabkan masa pertembungan tak selari. Adik kepada mak kita memang agak jarang balik kampung. Sibuk katanya. Kitalah yang muda nie kena datang melawat sebagai tanda kasih dan hormat.

Baru balik kerja, so perut rasa lapar. Segan pula nak makan rumah dia, so hubby ajak lepak mana2 untuk duduk minum dan alas perut.


Jumpa kedai nie di tepi jalan dari arah Sg. Buloh menghala ke arah Ijok, sebelah kiri. Sebelum junction masuk ke Guthria Highway. Gah betul signboard dia kan. Raja Udang.



Ada jenis2 nya.

Ada yang kosong, ada yang bertelur mata nie, ada udang 2 ekor, ada udang lebih.. Tanyalah dulu apa bezanya berdasarkan menu yer.

Tapi verdict kita, x kena dengan selera kita. Kuahnya cair bair. Dah jadi macam kuay tiaw bersup kicap. Rasanya pun tak kena dengan selera kami. Kalau tak adalah cili jeruk tu, memang tak mampu nak tolak masuk anak tekak. Perut tengah lapar pun, tak mampu nak mengaburi tekak dan selera.

Pada kita, char kuay tiaw yang sedap haruslah yang pekat dan basah2 sedikit saja. Nama 'char' tu maksudnya goreng. Kalau goreng, kenapa sampai banjir berkuah?

Setakat nie, belum jumpa lagi yang betul2 menepati selera. Pernahlah makan yang sedap masa kecik dulu, tapi kedainya dah tutup untuk pembangunan di Seremban.

Selalu ajak hubby ke Penang sebab teringin nak xplore char kuay tiaw yang sedap. Tapi selalu x berjaya. Hubby kata tak ada apa di Penang. Kita belum puas explore Penang. At least boleh bawa Adam ke Bukit Bendera, tengok Fort Cornwillis (salah eja kan..?), nak tengok toy museum, nak explore food variety... Hai lah, walau pun a few times request pun, masih tak di layan oleh hubby. Kalau dia kata ok pun, macam main2 jer. Sajer nak nyakat kita.

Siapa boleh bawa kita ke sana? Hubby x nak bawak, kenalah ubat hati lara sendiri... Er, Miss Banu kat Penang kan..? wink..wink...

Selasa, 25 September 2012

Adam, Ingatlah Jasa Mereka - Tugu Negara

Assalamualaikum.....

Menyambung jejak patriotik untuk Adam sempena sambutan Hari Malaysia, tepat2 pukul 8.00 pagi kami dah berada di dataran Tugu Negara.

Sebenarnya, selepas melawat Masjid Negara, kami jemput adik hubby iaitu Ain yang baru habis kerja. Ain sedang menuntut di Kolej Jururawat dan sekarang dia sedang manjalani latihan praktikal di Hospital Kuala Lumpur. Shift pagi, kerja habis pukul 2.00 petang. So, dia ikut ke Muzium Negara.

The next daynya, Ain kena masuk hospital pukul 7.00 pagi, so lepas Subuh terus hantar dia ke Hospital Kuala Lumpur. Kami sarapan ala kadar di sebuah restoran mamak dan terus ke Tugu Negara.

Walaupun dah pukul 8.00, tapi matahari belum memancar terik lagi

Di dataran masuk ke kawasan Tugu Negara



Senarai nama pahlawan yang gugur


Adam, cuba relax sket. Tengok Papa tu, takder cover line (err) langsung pun..


Masuk kawasan dataran Tugu Negara. Tugu Negara di sebalik kubah itu.


Perlahan-lahan melangkah menghampiri tugu ini.

Entah kenapa, bila kaki melangkah, semakin menghampiri tugu ini, hati mula di pagut rasa sayu. Sebak dan terharu. Walaupun tugu ini sekadar simbolik, tapi entah kenapa seolah ada semangat di situ. Rasa bersyukur kerana menjadi anak Merdeka dan bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia.

Tak perlu dihuraikan natijah pengorbanan pahlawan ini semua. Anda semua tentu lebih 'arif.


Akhirnya kami berdiri saling berpandangan, saling berhadapan.


Model teruja di sini..


Mood patriotik


Baru perasan, di bumbung bangunan yang ada kubah tu, ada di tampalkan plet berwarna emas.


Penuh disusun..


Plet berbagai lambang patriotism.


Akhirnya, selepas Tugu Negara, kami terus bertolak pulang ke Melaka. Adam kata dia seronok, walaupun ekspresi dia tak begitu. Mungkin nak kontrol macho kot. Yang pasti, dia belajar banyak perkara, walaupun kami sempat singgah di 3 buah tempat saja.

Insyaallah akan menyusul lawatan ke check point lain. Tak perlu tergesa2. Bila ada masa, baru tunaikan supaya dapat menghayati dari mata turun ke jiwa.



Inilah Kenangan Malaysia, Adam - Muzium Negara

Assalamualaikum.....

Wah, ramai juga orang KL yang belum jejak Dataran Merdeka yer. Tak apa, ada masa nanti boleh singgah yer. Tapi, kalaulah Dataran Merdeka tak pernah jejak, Muzium Negara tu lagi payah sikit kot ekk..hehehehhe.

Tempat lawatan standard.

MUZIUM NEGARA


Zaman kanak-kanak dulu, teruja dengan Muzium Negara. Bila masuk remaja, dengar nama Muzium Negara di dalam agenda lawatan, mulalah nak gelak ramai-ramai. Bila dah masuk zaman sekarang, kita sedar semua yang memberontak di luar sana WAJIB masuk Muzium Negara dan jejak kembali bukti-bukti perjuangan dan pengorbanan pahlawan-pahlawan sebelum ini supaya kita dapat shopping di Twin Tower, supaya kita dapat bawa anak mandi swimming pool di mana sahaja, dan supaya kita semua dapat melayan emosi apa pun jua dalam diri masing-masing dengan bebas dan tanpa halangan.

Muzium Negara sedang di renovate untuk lebih keselesaan di masa akan datang. Tiket masuk hanyalah RM5.00 seorang. Ruang pameran 2 tingkat. Banner kata ada pameran tentang Magic sedang berlangsung, tapi x jumpa pula yang berkaitan.

Anyway, walaupun agak sukar untuk Adam nak faham semua, sekurang-kurangnya dia ada gambaran kasar tentang Malaysia.

Inisiatif Muzium Negara untuk memulakan pengembaraan sejarah sejak di zaman batu lagi. Semua tinggalan masyarakat zaman batu beserta tengkorak-tengkorak, peralatan dan sebagainya di pamerkan. Yang ini Adam faham sebab ada belajar tentang penempatan zaman batu di sekolah. Tapi cara penceritaan digital beserta rekaan set pameran memang sangat menarik.

Kemudian di bawa ke zaman Melaka. Datuk Hang Tuah dengan slogannya :

TA' MELAYU HILANG DI DUNIA




Entah kan betul entahkan tidak itu rupa Laksamana Hang Tuah. Bengis sangat ukirannya. Apalah salahnya wajah yang serupa itu dipamerkan dengan kriteria tegas tapi berkarisma. Usahlah ditonjolkan bengisnya itu kan.. Tapi yer lah, sekadar pendapat rakyat marhain.

Kemudiannya ditonjolkan pula tentang zaman kegemilangan pemerintahan Melaka. Perdagangan yang sibuk, portugis dan sehinggalah pengIslaman sultan pada waktu itu. Adam takkan faham. Kita yang ibu bapa nie kena bantu sikit2. Sebelum Islamnya sultan di Melaka, semua orang bukan Islam. Mungkin mengikut agama dari Indonesia iaitu Hindu. Termasuklah Laksamana Hang Tuah 5 bersaudara. Ada juga pameran beserta aksi digital tentang aktiviti perdagangan pada zaman tersebut. Menarik sangat. High tech!

Kemudian, kami ke zaman penjajahan dan seterusnya perjuangan semua pahlawan dalam menuju kemerdekaan. Berapa banyak peristiwa berdarah, lokasi, dan bilangan yang terkorban, semua tersenarai. Radio zaman dahulu yang digunakan untuk mencuri2 dengar. Tinggalan akhbar sebagai pemangkin semangat berjuang juga dipaparkan. Ada satu sudut tayangan video yang di lakonkan oleh Dato' Rahim Razali disediakan. Lebih santai dan lebih mudah di fahami oleh Adam.



Ini di dalam bilik explorer untuk kanak-kanak rasanya. Di bahagian luar muzium.

Dalam nie lah Adam jumpa gua..

Bahagian yang terakhir ialah Malaysia selepas kemerdekaan. Zaman sekarang...

Tak banyak gambar sebab kat sini tak boleh klik2 sana sini. Especially yang guna flash tu memang x boleh. Ada banyak sangat papan tanda larangan. Tapi kita curi juga gambar Hang Tuah tu. Tak boleh tahan sebab kita peminat mati susah dia.

Cumanya, pelawat yang ada tu semuanya TAK PAHAM BAHASA!!!

Terang-terangan snap sana sini. Flash sana sini dan takder cover line langsung. Benci betul tengok macam tu. Mat Saleh yang datang melawat pun x snap sana sini. Semua ikut peraturan. Yang rakyat Malaysia pula, siap berposing sakan dekat bahan pameran. Kita nak dapatkan gambar Hang Tuah pun dari jauhh jer. Itupun tanpa flash tau. Mungkin kalau guna flash akan merosakkan artifak kot, sebab tu lah ada larangan. Lampu dalam ruang pameran pun semuanya samar2 jer. Mestilah ada sebab kan..

Inilah Malaysia. Perangai tetap tak berubah...


Adam Menjejak Merdeka

Assalamualaikum.....

Setibanya kami di KL lepas meredah Banjaran Titiwangsa, hubby sajer lah ajak kami pusing KL sekejap. Pusing mana jer pun...round Tasik Titiwangsa lepas tu bawa Adam ke Dataran Merdeka.

Main objective trip ke KL ialah untuk menanamkan sikap patriotik di dalam diri Adam. Dia dah berumur 10 tahun. Dah sampai masa untuk dia memulakan sedikit pengetahuan tentang asal-usulnya. So, Dataran Merdeka nie dia selalu tengok kat TV jer. Tak pernah jejak langsung ke sini. Kesian Adam kan... Mama dan Papa nya dulu berlari2 atas Dataran Merdeka nie. Bukan masa bercinta, kami dengan kawan kami masing2 lah. Menimba ilmu di KL, mencari rezeki di KL, memulakan keluarga kami pun di KL. Tapi anak seketul pun tak pernah nak bawa explore KL.

So, kami parking sekejap di tepi Bangunan Sultan Abdul Samad supaya Adam dapat berdiri di atas bumi bertuah itu.

Satu Malaysia


Malaysia dah Peace (Aman)

Alhamdulillah, Adam berpuas hati. Cuma tak dapatlah nak bawa Adam jalan2 ke 'shopping complex' di bawah padang Dataran Merdeka nie. Eh, ada lagi ker? Ada sesiapa tahu tak apa jadi dengan shopping mall bawah padang tu? Masih beroperasi ke, atau sudah di tukar untuk kegunaan lain. Ke....ada yang tak tahu di bawah padang nie ada shopping mall. Shopping mall bawah tanah, barulah betul namanya underground kan.

Ada 2 tempat jer lagi yang Adam pergi untuk jejak Malaysia nie..



Isnin, 24 September 2012

Chini ke Chenor : Banjaran Titiwangsa Ku Daki

Assalamualaikum.....

Uwaahh, tajuk tak boleh nak proses kan...hahahahhaha.

Sebenarnya nak berkongsi perjalanan balik ke KL dari Kuantan ikut laluan yang bukan lebuhraya. Hehhehe, sajerlah kan kami nak cuba. Kami memang suka explore route baru. Yang penting luaskan pengalaman dan boleh menikmati alam semulajadi.

Lepas follow up hubby, kami terus gerak ke KL kan? Tapi dulu ada seseorang pernah beritahu yang ada shortcut dari Temerloh ke Kuantan tanpa mengikut highway biasa tu. So, first time cuba dulu, dah malam. Memang cuakk sangat. Tapi redahkan juga. Gelap gelita. So, this time nak try lagi sekali untuk familiarkan jalan pula.

Dari Kuantan, ikut Gambang or ikut Pekan pun boleh. Sampai di simpang 4 sebelum Balai Polis Paloh Hinai, masuk simpang ke Chini. Jalan straight dan make sure ikut signboard ke Chenor.

Silapnya, tak trip mileage dan tak take note duration. Lagipun nak tengok jalan dan view jer. Kereta memang lengang. Tenang jer. Hutan belantara kan. Signal hp pun kejap2 jer ada. Menariknya ialah pemandangan hutan sebab kita kena mendaki bukit iaitu sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dan turun bukit terus ke Chenor. Lepas turun bukit, jalan tepi sungai jer. Seronok...

Kami berhenti di jalan nie sebab hubby tertarik dengan sungai yang mengalir di bawahnya.
Lengang jer kan...


Keroh. Tapi tetap mendamaikan.


Tenanggg jer kan. ( Err..ada En Croc ke ek..?)



Antara bahagian delta sungai.



Malas nak keluar dari kereta.


Kita tak keluar dari kereta pun sebab panas dan penat. Hubby jer yang keluar dan klik klik. Lagipun doctor suruh dia berjalan dan berdiri setiap 45 minit. Selamba sungguh berhenti atas jambatan kat tengah2 jalan raya. Ishh..kalau malam memang menyeramkan situasi nie. 10 minit kemudian baru ada sebuah kereta lalu.

Next time kena trip mileage dan duration pula. Kalau menjimatkan masa dan mileage, memang boleh redah. Sebab kami terus keluar ke Chenor, masuk Temerloh, lalu Lanchang dan tembus ke Karak. Masuk highway di Karak. Bayar tol untuk Bentong dan Gombak jer. Journey not bad..lancar jer.

Anda suka explore tak?

Jejak Patriotik : Ampun Tuanku

Assalamualaikum.....

Sebelum start bebel apa2, nak lepas geram dulu tentang blogger dashboard yang baru nie. Sangat2 tak stabil. Tu pasal lah menyampah bila blogspot tukar dashboard nie. Yang lama tu elok jer loading, user friendly and simple. Yang baru nie, selalu sangat reading list tak keluar. Hari nie dia buat hal lagi. Tak keluar reading list. So, macam mana nak BW? Grrrr...gereeemmm niehhh!

Anyway.. semasa weekend minggu lepas yang ada cuti Hari Malaysia tu, kita dengan hubby ambil kesempatan untuk memberi mukaddimah tentang Malaysia kepada Adam. Kebetulan, hari Sabtu tu, hubby ada follow up treatment di hospital di Kuantan tu. Doktor dah buka jahitan operation hubby. Mak oii, ngeri betul masa dengar bunyi gunting tu. Zrassss...dia tarik keluar benang jahit tu.

So, doctor dah sarankan hubby untuk try walking as much as possible untuk mengembalikan fungsi saraf2 yang terlibat tu. Kami terus balik ke KL dan rehat dulu. Esok paginya, terus bawa Adam ke Istana Negara lama untuk pameran Raja Kita. Nak harapkan educational trip dari sekolah, memang tak adalah kan. Kita sebagai ibu bapa nie lah kena pandai2 selitkan educational trip untuk anak.




Tiket masuk berharga RM2.00 untuk dewasa dan percuma untuk kanak2. Jauh sikitlah nak jalan ke dewan pameran daripada gate depan istana tu. Kita sarankan u all datang awal pagi macam kami hari tu. Nyaman jer, konon macam bersiar2 di halaman istana sendiri.. Hahahhahaha

Anyway pameran ini adalah untuk Agong yang memerintah. Kalau next 4 years tukar Agong lain, barang pameran akan bertukar juga.






Sekarang nie, dia punya pengenalan barang pameran semua pakai digital. Senang, ringkas, cantik dan high tech. Bagus Malaysia kan..




Nama pun istana lama kan. Bila datang sini, memang patut sangat Malaysia bina istana baru untuk Agong. Sedih tengok condition istana lama nie.

Father in law kita cerita, asalnya istana lama nie adalah sebuah banglo kepunyaan seorang tauke cina zaman dahulu. Kerajaan beli banglo tu beserta tanahnya dan renovate untuk di jadikan istana. See, memang patut sangat2 bina istana baru. Tak apa, kita halalkan cukai kita untuk bina istana Agung... Tapi kalau cukai yang kita bayar tu untuk masuk poket orang yang mengaku pemimpin, ko tunggulah kat Padang Mahsyar sok. Aku tuntuuttt!

Ops, drift pula...

So, sesuai lah kalau nak bawa anak2. Sebenarnya, kita sendiri pun perlu refresh tentang Malaysia juga sekali sekala kan.

Sabtu, 22 September 2012

Perkongsian Suami Mithali di Al-Hijrah

Assalamualaikum.....

Kita cuma nak ajak pembaca sekalian untuk menonton channel Al-Hijrah pada jam 8.30 malam hari Sabtu, 22hb September 2012. Sepatutnya hari nie lah, kalau entry nie keluar mengikut schedule. Maklumlah, entry nie auto publish. Weekend kan...

Siapa suami mithali nie?

Apa yang melayakkan dia mendapat gelaran itu?

Bacalah WARKAH BUAT ISTERI

Banyak pengajaran yang anda akan dapat dari blog itu.

Sang suami pun orang yang berilmu tapi tak kedekut langsung untuk berkongsi ilmunya. Ambillah segala pengajaran yang boleh. Insyaallah...

Jumaat, 21 September 2012

Petua Tolak Bala dan Panjang Umur

Assalamualaikum.....

Sempena hari Jumaat yang mulia nie, kita rasa nak berkongsi sedikit tentang ilmu baru yang kita dapat semalam. Petua untuk tolak bala dan panjang umur mudah saja. Selain daripada jaga makan, jaga hati dan jaga minda, amalan yang satu nie sangat mudah.


SADAQATUL JARIAH

Yer, bersedekah.

Sebenarnya semalam pagi, kami menerima kunjungan rasmi dari pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia atau nama ringkasnya YAPEIM. Kunjungan rutin 2 tahun sekali kepada pencarum-pencarum Amal Jariah di syarikat. Kami di syarikat ini memang telah lama mengamalkan caruman Amal Jariah kepada petugas2 yang ikhlas ingin bersedekah. Caruman ini dilakukan melalui potongan gaji. Tak banyak pun...terpulang kepada kemampuan masing2. In fact ada yang buat potongan bawah daripada RM5.00. Yang penting ikhlas.

Wakil yang datang semalam ialah Ustaz Abdul Hadi Kamil bin Mohd Shariff.

Bila dia melangkah masuk, kami semua terpegun. Mak aii, mudanya. Confirm set2 Imam Muda nie. Rupa2nya umur dia baru 24 tahun. Wah, muda2 lagi dah jadi ustaz, dengan kecekapan dia berkomunikasi, memberikan tazkirah ringkas, penampilan yang sangat kemas dan shining jer seri wajah dia. Perghh..kalau ada anak dara, kita booking dah dia kot..hahahhahaha.

Anyway, itu semua tak penting. Yang pentingnya ialah ilmu yang dia kongsikan bersama.

Antaranya :

- Kalau nak tolak bala, katanya tak perlulah jumpa bomoh. Sedekah seikhlas mungkin sebanyak yang mampu kerana Allah, Insyaallah Allah peliharakan kita dari sebarang ancaman. Maka dengan itu, Insyaallah panjang umur kita. Melainkan telah tertulis kita 'pergi' awal. Tapi siapa yang tahu bila hari matinya? Itu semua rahsia Allah. Kita sebagai manusia, hanya berusaha sebagaimana yang di sarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Kita pangkah bomoh2 nie yer..


- Katanya lagi, Rasulullah juga ada menasihatkan umatnya untuk 'mengejar' syurga. Bagaimana nak dapatkan syurga? Secara ringkasnya ialah 'Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Amalan yang baik dan Jauhi Kemungkaran. Segala2nya haruslah disertai dengan niat kerana Allah, kerana Rasul dan kerana agama. Apa sahaja gerak dari kita, lahiriah, batiniah mahupun sekilas detik dalam hati, semuanya harus bermula dengan niat yang baik. Innamal A'malu BinNiaat. Sesungguhnya Amalan kita Dengan Niat (yang baik).

- Realiti zaman sekarang, kalau derma RM50 kedalam tabung masjid, kita rasa BESARRR sangat. Tapi beli kasut kat Jaya Jusco harga RM200.00 kita rasa sangat berpatutan. Subhanallah.

Sedangkan, kata Ustaz Kamil, masa sebelum Perang Tabuk di zaman Rasulullah s.a.w. dulu, Sayyidina Abu Bakar senyap2 balik ke rumah dan bawa satu uncang berisi 40,000 dirham dan diletakkan di pangkuan Rasulullah s.a.w. Sehingga Rasulullah s.a.w. teragak2 untuk mengambilnya kerana mengethaui bahawa itu jumlah keseluruhan harta Sayyidina Abu Bakar. Bila Rasulullah s.aw. tanyakan..

"...apakah yang kamu tinggalkan untuk anak isterimu?.."

Jawab Sayyidina Abu Bakar : ".....aku tinggalkan mereka dengan Allah dan Rasulnya..."


- Insyaallah, segala harta yang kita sedekahkan, Allah balas semula dengan berlipat kali ganda.


Banyak lagi yang di kongsi dalam masa yang singkat, namun semuanya amat bermakna.

Semoga apa yang kita kongsikan di sini memberi manfaat kepada pembaca blog ini.

'Amma Ba'da


Khamis, 20 September 2012

Macaroni Goreng dengan Crabstick

Assalamualaikum.....

Ishh...susah betul nak adapt dengan dashboard yang baru nie. Rasa sangat tak seronok...

Anyway, sajer nak share macaroni goreng yang kita masak weekend baru lepas nie. Malas nak masak nasi sebab lepas tu dah nak balik PD. Nanti kelam kabut nak mengemas dapur. Masak yang simple jer.

Adam memang suka macaroni. Hubby pula suruh campurkan crabstick. Dia tak nak kerat crabstick tu, dia belah 2 memanjang jer crabstick tu. So, bila dah masuk kuali, jadik bercerai berai la kepingan crabstick tu. Rupa2nya hubby suka betul macam tu. Dah 11 tahun kawen, baru ku tahu. Ishh..dasyat betul kita kan...

Tak sempat nak make-up dish. Keluar dari kuali, masuk mangkuk terus snap jer.
Resipi tak ada apa sangat. Kita just tumbuk bawang merah dan bawang putih, pecahkan cili beberapa biji dan tumiskan. Masukkan crabstick dengan carrot, perasakan dengan garam. Siap.

Adam makan dengan ditaburkan parmesan cheese. Sukahatilah Adam...janji pueh hati.

Bapak dengan anak puas hati lah... bertambah2 makannya..