Assalamualaikum.....
Ok..macam pelik kan.
Ada novel baru di pasaran. Rasanya dah mula ada di market minggu nie.
Novel terbaru dari Eliza AB. Respect betul. Dalam masa setahun, Eliza dah producekan 2 novel yang mantap. Kita dah pernah review novel pertama beliau di SINI.
Memang dah plan nak beli, tapi tiba2 Novelis Yusnida Tajudin buat contest untuk novelnya Biar Cinta Bertaburan. Antara hadiah untuk 3 tempat pertama ialah novel Gurauan Berkasih. Teruja juga kita nak mencubanya. Manalah tahu ada rezeki kan. Tapi kalau tak ada hadiah tu pun, kita tetap akan join contest tu sebab novel Biar Cinta Bertaburan adalah antara novel kesayangan kita. Kita dah review kat SINI.
Keputusan untuk contest nie dah dikeluarkan Jumaat lepas. Tapi kita tak sempat jenguk. Tapi masa hari Sabtu, kita terima message dari novelis tu mengatakan kita mendapat hadiah saguhati. Seronok rasanya sebab masa kita join tu memang time busy. Buat karangan pun, ayat2 skema dan lurus bendul jer. Cumanya hadiah saguhati nie, tak dapatlah novel tu sepatutnya. Tapi Eliza AB telah bermurah hati untuk beri juga novelnya kepada kita, mengikut kata novelis Yusnida Tajudin. Syukur Alhamdulillah.
So, dalam pada kepala macam nak pecah pikirkan kereta nie, terubat juga hati bila dapat berita gembira macam nie.
Terima kasih Ya Allah.
Alhamdulillah kerana rahmatMu
Alhamdulillah di atas ujianMu
Alhamdulillah di atas kasih sayangMu
Tahniah kak.. Peminat novel rupanya akak ni. Boleh sembang pasal novel dengan anak2 dara Kak Zakie. Mereka banyak koleksi novel2terkini.
BalasPadamAlhamdulillah.. ada rezeki untukmu.. kena carilah novel tu, jangan cintaku lak yg bertaburan sudah, hehehe
BalasPadamTahniah! Seornoknya dapat hadiah dari novelis terkenal.
BalasPadamSaya dah lama juga tak beli novel. Dah 3,4 bulan dah. Harus nak cari juga.
Nur : Memang akak minat sangat. Cuma baru2 nie jer baru aktif semula. Sangat banyak tahun akak jauh daripada novel sebelum nie.
BalasPadamSeri Kandi : Hahahahah....bertaburan cinta maknanya banyak sangat sampai bertabur2, di mana2 saja ada cinta. Bukannya berguguran Kak Sari.
BalasPadamazieazah : Saya peruntukkan setiap bulan at least satu novel Kak Azie.
BalasPadam