Khamis, 30 Mei 2013

The Long Unhealthy Absents

Assalamualaikum.....

I actually have not touched the computer since last Friday. Started shivering out of nowhere in the morning and fever touched me at night. Tonsils started to take effect the next day. Adoii...swallowing and sleeping were tough.

After 2nd round of antibiotics, I am trying to stand back to the fullest.

Cough! Cough!


P/S : Sebab tebang pokok ker..?


Ahad, 26 Mei 2013

Makan di Terengganu : Monica Bay's Dinner

Assalamualaikum.....

Setelah kita kecoh menanyakan tentang ikan apa di entry INI, maka tibalah masanya kita kongsikan kisah ikan itu.

Kisahnya, masa kita dan hubby berhoneymoon berdua, kami tiba ke Kemaman. Kemaman bagi kami tidaklah jauh sangat kalau tak ada apa2 perancangan. Lepas singgah sana sini, tengok orang memancing dan melayan hembusan bau laut di pantai2 peranginan, kami memutuskan untuk cuba makan malam di Pantai Mok Nik atau dalam Bahasa Inggerisnya, Monica Bay.


Dalam pada mencari2 kedai yang berkenan, kami tertarik dengan kedai nie. PC Ikan Bakar dan Ikan Stim Asam Limau. Nampak macam meriah dan terang benderang. Pelanggan pun ramai.


So, kami nak lah pilih ikan. Mula2 nak ambil siakap jer.


Tapi bila nampak ikan yang pelik nie, sebabkan kami x pernah makan, maka teringinlah nak mencuba. Kamikan adventorous sikit bab2 makan nie. Seperti kata blogger Kasih, betul lah kot ini ikan ayam. Kami memang x pernah makan ikan ayam. Fine, kami pilih ikan ni di masak 3 rasa.


Ikan itu tiba begini. Penuhhh dilitupi dengan khazanah dan harta karun. Sampai terselimut ikan tu. Tapi memang masakan kedai tu sedap. Cuma tu lah, isi ikan tu memang liat dan keras. lebih padat dan keras dari ayam. Agaknya betul lah, ikan nie sedap kalau di masak sup yer Kasih... Tapi, tak nak membazir punya pasal, kami habiskan juga. Tapi tak leh 'bersih' ikan tu kami kerjakan.


Tengok, penuh dengan khazanah kan. Tapi masakan kedai tu sedap.

Sotong goreng tepung. Saya tetap menangkan Kedai No. 5 di Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka. Cuma sotong nie kesegarannya jer sama.

Kailan. Sayur mesti ada. 

Kerang bakar. Sekejap jer licin kami suami isteri makan.

All in all, memang boleh repeat di sini. Insya Allah nak abwa Adam pula minggu nie...


Owh, blog nie mungkin akan senyap beberapa hari sebab nak concentrate dengan family. Birthday Adam is coming.....



Jumaat, 24 Mei 2013

The Tears of Mermaid

Assalamualaikum.....


Remember about my entry HERE ? I won this key-chain, the Tears of Mermaid from Eqbal Zack. Thank you so much to the sponsor : Ixbarr Abdullah.

I was extremely excited when the result was published by EZ. I have never known about the existence of this jewel nor that I have ever touched it in my life. Thus, when the parcel arrived, I was jumping up and down, running here and there in the office with a very broad smile.



The Tears of Mermaid


I believed that not many people appreciate a piece of broken glass found laying on a beach. But when that piece of broken glass has gone through a series of life on the beach, it transformed into a kind of precious jewel. You will not ever expect that this jewel derived from a broken glass because of it's beauty.

I may not received the most rare species or the expensive type, but to have it in my hand makes me realize that even a broken glass could turn into a precious stone. So why can't we?



Thank you Eqbal Zack. 

Khamis, 23 Mei 2013

Pembinaan Kapal Kayu

Assalamualaikum.....

Penjelasan WW gambar semalam kan...


Ketika berjalan2 dengan hubby di Kuantan untuk meninjau port jeti untuk menyewa sampan bagi memancing udang galah, kami ternampak bengkel ini.

Ada beberapa pekerja yang sedang bekerja keras bagi membina kapal yang besar ini. Jenis kayu yang digunakan memang nampak kuat dan mahal. Bengkelnya burukkk jer, tapi harga kapal nie pasti mencecah ratusan ribu ringgit. Nampak gaya seperti kapal besar untuk nelayan laut dalam bergred A.



Lihatlah kayi kayan yang di susun di bawah tu... 


Mungkin kayu kayan itu di potong dengan teliti daripada batang balak yang besar ini.


Ini adalah kapal nelayan bergred B. 


Malaysia memang telah mula terkenal sebagai hub pembinaan kapal. Ini yang kecil2. Kalau perusahaan yang lebih besar dan canggih, kita boleh lihat di persisiran sungai di Kuala Terengganu. Itu tak termasuk lagi di negeri2 lain. 

Menarik kan....?



Rabu, 22 Mei 2013

Selasa, 21 Mei 2013

Terima Kasih Tirana Aduka

Assalamualaikum.....



Beberapa minggu yang lepas (Giler lama kan...?), kita tiba2 menerima satu parcel yang tak dijangka. Pelik juga sebab tak ada join contest atau order buku. So, bila buka parcel, terkejut melihat nota ringkas dari Tirana Aduka. TA kata terima kasih kerana mengunjungi blog beliau.

Subhanallah...TA. Kenapalah susah2. TA nie memang betul2 ikhlaslah dalam berkawan. Ini, kawan di alam maya, tak pernah bersua muka dan taklah bergayut dan bertenet dengan TA selalu. Agak2nya, kalau kawan dia yang hakiki tu macam manalah agaknya kan.

Untuk anak dan sang isteri yang dicintai tu jangan cakaplah. Siapa yang jenguk blog TA mesti tahu betapa TA tanpa ego, dengan jujur dan ikhlas menyiarkan rasa cintanya.

Banyak sungguh kasih sayang yang TA sebarkan di sekeliling beliau. Semoga kasih sayang yang beliau terima berlipat kali ganda banyaknya.

Terima kasih yer kakang...

.

Isnin, 20 Mei 2013

Weekend Tebang Pokok

Assalamualaikum.....

Ha...itu nama weekend kita yang baru berlalu.

Hubby ada kursus weekend yang lepas ni di Colmar Tropicale. So, tak dapatlah kami berjumpa. Tapi, adik2 kita datang rumah kita di Melaka. Mak dan ayah pun ada...Alhamdulillah. Meriah sungguh kami semua di situ. Makan dan makan dan makan.

Tapi hari Ahad pagi (semalam) kita dan mak telah 'mengerjakan' balcony di rumah kita yang habis di takluk oleh burung2 dan meninggalkan khazanahnya sepanjang ketiadaan kami. So, dah penat2 membersihkan kembali dan merampas kembali kawasan kami (balkoni itu akuuu yang punyaa, wahai burung!), maka kami cubalah cari jalan untuk mengelakkan burung2 tu kembali ke situ.

Salah satu fakta yang menyebabkan banyak burung ialah pokok mangga di tepi dapur rumah kita tu jadi taman syurgawi burung2 tu semua. Hubby pun macam agree nak 'let go' pokok tu. So, ayah dengan berbesar hati offer nak tolong tebang. Tak adalah besar sangat, tapi dah 4 tahun di tanam, boleh tahan rimbun. Puncaknya dah sama tinggi dengan bumbung rumah kami yang 2 tingkat. Batangnya dah besar peha manusia yang err..macam kita! So, parang dah tak 'makan' lah batang tu.

Ayah ada chain-saw. Wah, sekejappp jer ayah kerat2 batang pokok tu dengan chainsawnyer. Masalahnya, nak membuang dahan2 dan batang2 tu laaa... Kawasan taman perumahan...bukannya kampung boleh seret ke tepi sikit dan bakar kan...

Kat hujungggggg jalan rumah kita, adalah kawasan semak sikit. Maka menyeretlah kita batang2 pokok tu dengan Adam untuk di humban ke situ. Tapii...matahari dah terpacak atas kepala...badan dah letih mengerjakan balkoni rumah, jadinya stranded la lagi separuh. Betul2 tak terdaya dah rasanya.

Petang tu pula, masih teruskan mengemas rumah, Jenguk rumah mommy, dah maghrib baru balik ke PD. PD pula ada a few lagi urusan yang menunggu.

Sudahnya, hari nie semua badan sakit2, sangat penat dan mengantuk. Dalam pada letih nak tidur, malam tadi tak lena pula tidur sebab ada gangguan bunyi cengkerik yang sangat kuat kat tepi dinding bilik. Aduhai, rumah kampung, macam2 binatang ada kan. Sangat mendambakan rehat yang secukupnya. Tak sabar nak tunggu malam nie untuk rehat.

Er, doktor, boleh bagi MC tak...?


P/S : Opis lengang jer hari nie. Silap2, belum tengah hari, dah hanyut..ZZZzzzzzz....

.

Sabtu, 18 Mei 2013

Practical Furniture

Assalamualaikum.....

Some people love to decorate their house with fancy furniture  classic furniture and cozy furniture  But for me, I like practicality in furniture. For examples....



Jumaat, 17 Mei 2013

Mayat Di Azab Sehingga Dikebumikan.

Assalamualaikum.....

Kita membaca entry ini daripada blog Emas Putih. Memang sangat memberi iktibar. Manusia zaman sekarang sewenang2nya perlekehkan dan permainkan agama. Walau untuk bergurau, namun segalanya ada batas. Kalaupun senang masa hidup, panjang lagi kehidupan selepas kebangkitan semula nanti. Bagaimana nak kita harunginya nanti?


Oh, saya tak pasti catatan asal ini daripada siapa, tetapi yang penting ialah iktibarnya.






Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.

Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama.Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.

Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.

Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.

Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham.

Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.

Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.

Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham.
Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut.

Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa.

Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya.

Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.

Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan.

Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan.

Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.

Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.

Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi.

Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.

Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya.

Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan.

Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan.

Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya.

Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya.

Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Pergi dan Selamat Kembali

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, Mommy dan Ba telah diberi peluang oleh Ilahi untuk mengerjakan ibadah umrah.

Hari ini, flight mereka berlepas petang dari KLIA. Mommy dan Ba pergi mengikut kumpulan PERKIM, Melaka. Kita offer nak hantar ke KLIA, tapi mereka kata rancangan oleh travel agent dah ditetapkan.

Cita2 mereka untuk menunaikan haji masih belum tercapai lagi. mengikut jadual, ada beberapa tahun lagi mereka harus tunggu. Tapi, keadaan kesihatan Ba yang tak menentu membimbangkan kami. Ba pun risau kalau2 hajatnya tak kesampaian. Telah bertahun2 kami buat rayuan dengan Tabung Haji, tapi masih tiada rezeki lagi.

Rasanya lately nie, keadaan kesihatan jantung Ba pun dah semakin merosot. Namun, kita hanya berusaha dan bertawakal. Selebihnya, redha dengan ketentuan Allah.

Jadi, semoga perjalanan Mommy dan Ba selamat dan dilindungi. Semoga mereka beroleh kesihatan yang baik, dan jiwa yang tenang agar dapat menjalankan ibadah ini dengan sempurna.

Amiin.


Rabu, 15 Mei 2013

Ikan Apakah Ini..?

Assalamualaikum.....




Note : Dah pernah tanya dalam entry sebelum nie, tapi tak dapat jawapan. Harap sangat this time ada yang tahu dan sudi membantu.

Selasa, 14 Mei 2013

Baru dan Baharu

Assalamualaikum.....

Kita terbaca di dalam sebuah blog e-novel last week yang mana penulisnya guna perkataan baharu. So, macam peliklah kan.

Rupa2nya, bila dengar Halim Othman dalam Ceria Pagi di Suria FM semalam, barulah kita tahu ada perbezaan rupanya. Mengikut penerangan HO, perbezaan dua perkataan itu adalah seperti berikut :

Baru : Merujuk kepada tempoh, masa. Atau, dalam tatabahasa, ianya adalah kata kerja.

Contoh : Majlis kesyukuran itu baru sahaja selesai.
              Nenek baru tiba dari kampung.




Baharu : Merujuk kepada penjelasan tentang kata nama.

Contoh : Bangunan baharu itu memang cantik.

Minggu yang baharu dalam bulan ini.


Ok, untuk blogger2 cikgu Bahasa Melayu sekalian, sila bantu sekiranya penerangan saya salah.





           

Isnin, 13 Mei 2013

Happy Mothers Day, Happy Nurses Day and Happy Birthday.

Assalamualaikum.....

12th May 2013, Sunday.

It was yesterday. Pardon me for the late entry, but I feel obliged to write something for this day.

We celebrated those 3 occasions back in Port Dickson with my family. We have 3 mothers and 1 mother to be in the house, we have 2 nurses which are my mom herself and my sister Yana and we have 1 birthday lady which is Yana as well. Yeap, we didn't know that she was born on the Nurses Day many years ago. She studied engineering, scored highest mark in the faculty, brought back the best student award, but at the end she finished her race as a dedicated nurse.

To all of the people involved above, including all of you out there....

May your dreams come true.



Jumaat, 10 Mei 2013

Pak Cik DON Wakil Rakyat Bagan Pinang Baru

Assalamualaikum.....

Cik Don, bukanlah satu muka baru dalam barisan politik di Negeri Sembilan. Oleh itu, kepercayaan Tok Mat Hassan dalam diri beliau terbukti berhasil. Kemenangan BN yang diwakili Pak Cik DON memperoleh majoriti undi yang bukan sedikit.

Dari pihak rakyat, iaitu masyarakat PD sendiri, kami emmang berpuas hati dengan beliau.

Semoga sifat beliau yang sentiasa sudi membantu rakyat dan masyarakat, tanpa mengira umur, bangsa, peringkat, mahupun isu yang kecil atau besar akan tetap diteruskan.

Manalah tahukan, manusia kadang2 bila dah ada di puncak, selalu lupa ada kaki bukit. Belum gunung lagi pun...bukit jer baru. Tapi kalau bukit ini sentiasa di tambak, di suburkan, Gunung Everest pun akan segan nanti.

Walaubagaimanapun, di tengah2 kemelut PRU13 yang belum berakhir ini, kita semua telah pun menjalankan tanggungjawab masing2. Jari semua dah bercalit, kini giliran mereka yang terpilih pula menjalankan tugas.

Pakcik DON dua dari kanan



.

Rabu, 8 Mei 2013

Selasa, 7 Mei 2013

Perniagaan yang berjaya!

Assalamualaikum.....


Hubby kita download game nie ke dalam hp nya.

Ralitlah dia mengerjakan game nie. Kita tak berapa sangat dengan electronic games nie. So, everytime ada notification baru and hubby tengah busy, kita pula yg di suruhnya untuk layan. Kopi dah siap lah, kek nak kena servelah, kena buat pudinglah...segala macam.

Kalau di layankan, memanglah seronok, tapi bila being carried away by the game, kadang2 sampai kehidupan realiti pun macam terganggu. Masa terbuang. Minda jadi penat.

Maaflah, kita memang tak berkenan dengan electronic games nie.


Isnin, 6 Mei 2013

Bila Adam Layan Naluri Kanak2...

Assalamualaikum.....

Adam nie, umur dia 11 tahun. Di kalangan rakan sebaya, dia selalu jadi seorang yang lebih matang dari kawan2nya. Dia yang sering jadi rujukan tentang semua perkara. Masa kita beri dan bebaskan dia dengan handphonenya sejak awal tahun, Adam dah jadi macam wakil rakyat pula. Segala jenis soalan kawan2 dia akan telefon dan tanyakan dia. Bukan setakat pasal home work, pasal masalah peribadi, masalah kawan2, masalah ko-ko dan even ada yang call semata2 sebab kekurangan kasih sayang. Apakah? Oh, memang betul berlaku. Salah seorang rakan rapatnya, call dia at least 5 kali sehari. Sampaikan kita rasa masa kita dengan Adam terganggu. Satu kali tu, kita minta nak cakap dengan dia.

 Kita tanya dia : Kenapa awak asyik call Adam jer? Awak kekurangan kasih sayang yer?
And dia reply.... : A'aah. Nak cakap dengan Adam boleh, Aunty?

And later, bila kita tanya Adam...mmg betul kawannya datang dari broken family. Allah...kasihannya.

Malangnya, sebab itu jugalah, keputusan peperiksaan dia merosot. Mungkin sebab banyak sangat gangguan. So, kita terpaksa ambil semula fon tu dan hanya beri dia guna masa weekend dan cuti sekolah saja.

Tapi, bila kami pulang dari Kong Kong Masai yang lalu (sila refer entry bulan lepas), kami singgah lunch di Restoran Singgah Selalu di Danga Bay. Semasa menunggu ketibaan makanan, Adam masuk ke dalam bilik mainan kanak2.

Hubby snap gambar2 dia...





Masih ada naluri dia sebagai seorang kanak2 kecil rupanya. Kasihan dia....

Sekali sekala tengok dia melayan diri dia sendiri, seronok pula rasanya.

After that, Adam kembali jadi seorang kanak2 yang macho, yang selalu nak protect dan menjaga mamanya, yang concern dan ambil berat. Pertanyaan : Mama okey tak? Nak abang tolong tak? ....sentiasa dia ucapkan.

Alhamdulillah.


Ahad, 5 Mei 2013

Hubby Memancing Lagi

Assalamualaikum.....

Hubby memancing lagi. Kali ni, di Tg Lumpur di Kuantan jer. Ada jeti yang baru di bina di situ. Jadi tumpuan kaki pancing lah untuk lepaskan gian.

Ikan biasa2 jer...tapi 'menarik' tu sedap juga lah hubby kata.


Dapatlah gelama besar2 macam tu a few. Ada sekali tu, hubby dapat sampai 6 ekor gelama besar tu. Habis memancing dah pukul 2.00 pagi. Rumah di Kuantan tu tak ada peti ais pun. Rumah bujang. Bila kita tanya dia tak nak beli fridge kecik satu ke, dia kata tak perlu. Nanti nak pindah ke, banjir ke, susah dia kata. So, since tak ada fridge, ikan tu x bolehlah simpan. Nak bagi neighbour pun dah lewat sangat. Solutionnya, dia bawa balik rumah, siang dan terus goreng. Makan panas2 sambil lepaskan penat memancing. Sampai kenyang jadinya dia kata.

Kalau kat pantai Melaka atau PD, nak dapat gelama yang kasar2 macam nie tak berapa senangkla. Kadang2 ikut nasib2 jer. Kalau pergi laut dalam baru yer seronok. Banyak ikan boleh dapat.



Anyway, apa nama ikan yang warna putih kat bawah nie? Ada sesiapa tahu tak? Kita terjumpa ikan ni di Kemaman. Ada story nak share....tapi nak kena cari dulu nama ikan nie. Ada sesiapa yang boleh bantu...?




Psst : Macam mana pengalaman anda mengundi hari nie...?



.

Jumaat, 3 Mei 2013

Beras, Gula dan Tepung Untuk PRU13

Assalamualaikum.....

Ha, nak buat apa pula beras, gula dan tepung tu kan? Takkan nak tabur sepanjang jalan ke dewan mengundi kan?

Sebenarnya, maksud kita ialah bekalan barang makanan asas. Mak kita dengan arwah atuk selaluuu pesan, bila orang nak mengundi, siapkan bekalan makanan tambahan dalam rumah. Bukan apa, mereka takut berulangnya peristiwa 13 Mei doulu2 kala tu kan.

Walaupun negara kita aman damai, namun please! Predict the unpredictable s. Manalahhh tahu kan... Kalau tak ada apa2 berlaku pun, bukannya bekalan tu basi kan. Owh, belilah dan simpanlah stok yang tahan lama.

Beras, tepung, minyak, gula, sardin, meggi, susu tepung, susu lemak manis, spaghetti, butter, biskut dan apa2 lagi yang anda terfikir. Especially untuk yang ada anak2 kecil tu, standby lah apa yang patut.

Oh, bukanlah kita kata yang rakyat Malaysia akan berperang, tapi apa salahnya kalau cuaca panas pun kita kembangkan payung. Tak perlu tunggu hujan baru nak kembangkan payung.

Oh, selamat mengundi semua. Pilihlah yang mana berkenan di hati. Jangan menjahanamkan undi anda, cukuplah yer....



Khamis, 2 Mei 2013

Lega Rasanya Ada Blog...

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Semalam cuti, apa aktiviti anda? Ada tak yang sambung cuti hari nie? Sampai ke hari mengundi, mungkin?

Semalam, kita rasa sangat seronok sebab Adam ada and hubby pun ada dengan kita di KL. Adam nak spend time di KL. Walhal, tak ada pergi mana pun. Semata2 pergi ke One Utama untuk longgg lunch dan ke IKEA sekejap cari bangku hubby nak fishing.

Namun, leganya rasa ada blog sebab kita share feeling dalam blog. Luahan hati kita yang tak sihat sebab hubby lupa birthday kita, rupa2nya hubby baca. Memang kita maklum hubby baca blog nie, tapi bukan semua postings. Kadang2 yang mana sempat jer. Kadang2 sekali sebulan jer...heheheheh, tapi hubby baca dan support blogging activity kita.

So, hubby belanjer longgg lunch semalam. Memang betul2 long lah... Adam makan non stop...seronok betul dia. Kita, makan dan lepak sambil baca novel. Hubby pula melayan Adam. Memang semalam kami betul2 spend time together as a family. Seronok sangat2.

Walaupun ada juga calitan warna gelap dalam warna warni berblog nie, tapi setakat ni warna2 itu lebih indah dari warna warni facebook kita.

To hubby and Adam, I love you so much!


Rabu, 1 Mei 2013

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja untuk semua. Kita semua bekerja setiap masa so qe deserve this day...  Jangan lupa masuk kerja semula esok yer.