Rabu, 18 September 2013

Susahnya Nak Berjumpa...

Assalamualaikum.....

Sejak jadi blogger nie, kita sentiasa rasa cemburu dengan blogger2 lain yang selalu berkumpul, gathering, beramah mesra, kenal2 dan merapatkan silaturrahim.

So, bila ada peluang nak berjumpa, kita rasa sangat teruja. Tapi bila ada kesempatan, selalu sangat tak ada rezeki nak berjumpa.

Contoh terbaru ialah nak berjumpa, nak peluk2 cium sikit dengan Kak Ain daripada Blog Sekadar Satu Coretan. Cerita2 pasal raya tahun ni, rupa2nya kampung Kak Ain pun sama di Melaka. Kampung sebelah jer pula tu.

Minggu lepas kebetulan Kak Ain dan familynya ada kenduri sikit. Memang dekat sangatlah. Jalan kaki pun sampai, tapi kita pula terkejar2 ke hospital Melaka sebab FIL masih sakit. Keadaannya masih belum stabil. So, setiap ada masa terluang, kami akan berada di sisinya.

Tapi, dalam hati meronta2 teringat kat Kak Ain. Penuh mengharap. Adakah ada keajaiban untuk kami bertemu dalam situasi kita masa tu? Sebab masa yang singkat, bila balik rumah sekejap petang tu, kita minta juga hubby pusing sekejap ke rumah Kak Ain. Kerusi meja dah bersusun. Khemah jer yang belum buka masa tu. Call Kak Ain, tak angkat pula. Maka kami terus berlalu. Sedihnya hati, Allah saja yang tahu. Bukannya jauh pun, namun kiranya bukan dengan izin Allah, memang tak dapatlah nak bertemu kan.

Bilalah kita dapat peluang nak gather2 dengan semua. Kalau kita sendiri yang nak anjurkan, confirm tak ada yang datang. Maklumlah, semata2 nak datang gethering di Melaka, blogger KL mesti rasa terbeban. Dan pasti, kita akan rasa sedih lagi.

Namun, pendamkan sajalah kesedihan ini. Family lebih utama berbanding kegembiraan kita kan. Walaupun pasrah dan redha, kadang2 mengalir juga air mata mengenangkan sejak dulu hingga sekarang, belum ada lagi waktu yang kita betul2 boleh berkumpul dengan rakan2 hatta rakan2 sekolah dan pengajian sekali pun.

Tapi, bersyukurlah kan. Selalu sangat kita nie melupakan rahmat Allah yang lain. Syukur ada blog. Walaupun tak dapat peluk cium, tapi dapat juga berkawan2 di alam maya.

Kak Ain, saya minta maaf.



25 ulasan:

  1. kiter xpnah lg jmpa mana2 blogger spnjng berblog nie

    BalasPadam
  2. ala kak..jgn sedih kak..insya allah ada jodoh kita jumpa..bila2 je akak roger.. insya allah saya ada je kat rumah.. tapi kena bagi 2jam la utk saya bersiap sikit..hehehe..

    BalasPadam
  3. lieya pun seronok berblog sebab dpt kawan baru .... ade gak la join gathering ni dulu2....sebab tu kawan balik lieya pun asalnye dari blog jugak heheheeheh

    jgn sedeh kak, ade rezeki tuk jumpe di lain kali...

    BalasPadam
  4. takpe kak.. panjang umur insyaAllah dapatlah jumpa tu..
    macam saya, tak tahu bila lagi nak balik kampung..

    BalasPadam
  5. Nanti kita g makan ikan bakau kat sana yea..leh la jumpa..

    BalasPadam
  6. sedangkan ikan di laut asam di darat pun boleh disatukan. Mungkin blm ada rezeki

    BalasPadam
  7. Insyaallah suatu hari ada rezekinya nanti, masa belum sesuai untuk berjumpa. Memanjangkan ukhwah melalui blog, Aina pun suka.

    BalasPadam
  8. ziela, mintak maaf banyak2, dah sampai rupanya ye petang tu, knp balik, nak tahu kak ain siap pesan dgn anak2 sedara kot ada ziela datang...khemah tu sebab guna khidmat katering jadinya cepat la disusun kerusi meja tu...kalau ziela datang boleh jer masuk terus rumah kakak kak ain tu tau...

    lepas kenduri tu kakain petang tu pergi ziarah pusara mak dan abah di bukit mas tu jer, dan terus pergi tengok rumah peninggalan mak kat kg air putih..bila malamnya baru la perasan ada miss col..hp tak bawak la pulak gi ke kubur.

    maaf ye ziela, nanti jemput datang kerumah kakain di shah alam..bkn jauh pun kann...


    BalasPadam
  9. kita hanya mampu merancang...
    ada rezeki insyaallah.. :)

    BalasPadam
  10. dua tiga tahun lepas selalu juga jumpa kawan bloggers..tapi sekarang dah mkin bizi dah..

    BalasPadam
  11. Belum ada rezeki nak dipertemukan tu Ziela. Kalau kakak dah sampai masuk aje macam Ain kata tu... bagi salam tanya.. hihi... kakak kalau cakap pandai Ziela, kena batang hidung mesti macam Ziela juga berlalu pergi...

    BalasPadam
  12. sepanjang berblogging saya x pernah jumpa blogger lain..teringin jugak nak gathering sama2..

    BalasPadam
  13. Akak pn sama, masih blm brpeluang jumpa rakan blogger...huhuhu...

    BalasPadam
  14. kdg2 Tuhan dh rancang utk kita.tiba2 bertembung.apa lagi sembang la, peluk la kawan tu, nangis la..smbil gelak2 suka..

    BalasPadam
  15. saya pun nak jumpa akak. tapi tak berkesempatan lagi...

    BalasPadam
  16. Saya suka tengok gambar dan baca kisah berkaitan gathering blogger ni.. Seronok tengok muka ceria dan excited masing2..


    Tapi saya sendiri tak berapa suka nak menghadirkan diri dalam gathering.. Saya segan sebab saya ni banyak kekurangan.. Kang rosak pulak majlis disebabkan kekurangan saya tu..

    BalasPadam
  17. assalam, sweetnyer jalinan persahabatan kalian..alhamdulillah..

    BalasPadam
  18. assalam, sweetnyer jalinan persahabatan kalian..alhamdulillah..

    BalasPadam
  19. assalam, sweetnyer jalinan persahabatan kalian..alhamdulillah..

    BalasPadam
  20. sepanjang saya berblog, cuma sekali aje gathering yang pernah kami buat. pi lepak di Cameron Highland back at year 2008. lepas tu stop blogging kejap.

    dan lagi, saya pun kurang bersosial, tu yang agak keberatan nak gather-gather ni.

    BalasPadam
  21. alahai..sedih pulak baca

    bile kite nak jumpa? :)

    BalasPadam
  22. assalam ziela..in syaa allah.nanti dapat la jumpa teman2 blog

    BalasPadam
  23. blog ni actually menambahkan jaringan sahabat dlm hidup kita, walau sekadar di alam maya, kita mampu create satu friendship yang sangat unik tau....semoga ukhwah yang terjalin kekal selamanya

    BalasPadam
  24. ala siannya...


    Sis ta minta maaf..jarang dtg tempat sis kebelakangan ini.

    BalasPadam
  25. Kak Aziela....sabar...jangan bersedih....insyaallah nanti adalah rezeki akak nak beramah mesra dengan rakan-rakan di alam maya....

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com