Khamis, 23 Julai 2015

Bubur Nasi Mudah

Assalamualaikum.....

Bila dah sebulan berpuasa, perut dah mengecut, tiba2 kita paksa dia mengembang semula pada hari raya dengan berbagai2 hidangan dan jenis2 makanan yang kita cuba elakkan atau kurangkan selama sebulan...maka macam2 ragamlah tubuh kita memprotes.

Kami pun sama. Haipp...bukan sebab balas dendam sebulan berpuasa yer. Tapi sebab kasihan dengan makanan yang banyak dan sedap2. Penat2 mak masak, penat2 sanak saudara masak. Kenalah makan juga. Kata nak merapatkan ukhuwah kan... Kalau setakat merasa makan sesudu, confirm diorang kecik hati juga sebab ingatkan masakan mereka tu tak sedap. Nak tak nak...sepiring itu, sepiring ini...puji sana..puji sini... yang tak sedap...kita diam2 dan cover puji lebih yang sedap...hahahaha.

Oh...berbalik kepada topic.

Saya masak bubur ni bila hubby tak sihat hari tu. Tekak sakit, perut rasa tak selesa dan mata terasa panas jer... Hubby juga yang request saya masakkan bubur ni untuk beliau.


Dah namanya pun bubur nasi...kosong jer lah saya masak. Saya offer untuk masakkan sup ayam dimakan dengan bubur ni, tapi hubby tak nak. Dia nak bubur nasi jer. Maka, saya terpaksa lebihkan air. Buat bubur yang cair. 2 jam juga lah saya merebus nasi ni. Saya masukkan lobak merah cincang agar dapat menambah khasiat sikit. Tapi saya masukkan juga satu kiub ayam dalam bubur ni masa memasaknya. Tak perlu tambah garam dah.

Sementara bubur lembut dan masak...saya buatlah bawang goreng ni. Malas betul nak menghiris bawang kan...tapi nak beli yang dah siap tu, memang saya tak pernah berkenan langsung. Saya memang lebih suka yang saya goreng sendiri. Sambil2 tu, kacau2 bubur atas dapur. Api kecil jer...jangan besar2. Kacau2 selalu pun takper sebab kita nak bubur tu halus dan pecah2 nasinya.


Pening saya, nak laukkan apa. Telur asin, ikan masin, ikan bilis, telur mata...semua hubby tak nak. Kacang goreng pun dia tak nak. So, saya hanya hiris2 sosej dan fish cake yang ada dalam peti ais, tumis dengan bawang putih, salutkan saja dengan kicap bagi hitam melegam.


End product, walaupun ada sosej kicap hitam legam, nak juga tambah lagi kicap kipas udang merah dalam bubur ni. Dalam pada hubby tak selera nak makan itu ini...habis juga dua mangkuk bubur ni hubby makan. Syukur Alhamdulillah. Lepas makan bubur, makan ubat, saya sapukan minyak balm buah pala sikit pada perut dan dadanya...dan suruh dia tidur. Tidur pun, saya tepuk2kan...nak beri dia rasa selesa... Dan memang, bila dia bangun, dia sendiri kata rasa kebah sedikit....

Simple saja. Tak ada sayur..tak ada ayam daging...tapi cukuplah utk merasa setitis bahagia....


.

Khamis, 16 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Assalamualaikum.....

Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca tak kiralah anda saudara mara, sahabat, kawan2 ataupun pembenci saya. Mohon maafkan segala salah silap saya.

Tahun ni kami sekeluarga beraya di PD dulu. Hari Raya kedua baru balik Melaka. Saya mohon pada adik beradik ipar untuk ambil giliran kerana sejak arwah Ba sakit, saya beraya dulu di Melaka untuk teman Mami. Maknanya dah 3 tahun berturut. Syukur adik beradik hubby sudi berikan saya peluang untuk untuk beraya dengan mak ayah tahun ni. Alhamdulillah...

Pada saya, beraya maksudnya pagi raya tu...bersama2 dengan keluarga. Keluarga saya di PD, exxactly lepas solat subuh, kami semua berkumpul di rumah nenek dan terus ke kubur. Balik dari kubur, solat raya pula. Maknanya, memang meriah sangat. Valuenya adalah dari subuh hingga tengah hari tu....

Anyway, anak saya sorang jer. Nnt kami dah tua, mesti ada masa, kami hanya beraya suami isteri saja.

Oh...jangan lupa. Berhati2 di jalan raya. Minyak, tol..saman semua mahal ni. Bil hospital pun mahal juga tau....




.

Rabu, 15 Julai 2015

Persediaan Raya Kami...

Assalamualaikum.....

Tahun ni, Alhamdulillah saya dah bersama2 dengan hubby..tinggal sebumbung selepas berbelas belas tahun hidup sebagai weekend family. Cuma saya hanya kena travel jauh ke pejabat setiap hari. Ikutkan keupayaan tubuh, rasa macam dah tak mampu...tapi redah sajalah dulu.

Anyway, di Melaka ada banyak tempat shopping baju raya. Macam2 ada. Dapatlah baju hubby. Tapi baju saya, tak banyak pilihan sebab saiz...huhuhu. Sedih betul. Baju Melayu Adam, dapatlah juga..tapi kasut la pulak takder yg berkenan. Kalau ada yang berkenan, tak ada saiz pula. Dan dia sangat perlukan kasut sebab yang ada semuanya dah buruk betul. Kasihan anak bujang saya ni.

Maka...dalam desperate tu, hubby ajak ke Kuantan. Tempat yang masih dirindui beliau kiranya. Bagi orang lain, jauh kot. Tapi kami dh terlalu selalu berulang alik dulu, maka perjalanan ini kacang saja lah...


 Gigih papa mencari kasut yang sesuai untuk anak kesayangan....

Alhamdulillah, saya dapat baju saya, baju mak semu di Kuantan Parade. Seronok sebab banyak la pula saiz saya.

Barang2 Adam, kami cari di East Coast Mall. Complete.

Berjaya..! 

Tidur satu malam di Kuantan. Terus balik hantar Adam ke asrama dulu. Selesai semia. Dapat rehat awal...bersedia untuk kerja esoknya.

Oh, saya kerja sampai hari Khamis. Cuti Isnin dan Selasa. Tahun ni raya di PD dulu selepas 3 tahun beraya di Melaka. Alhamdulillah..mesti meriah tahun ni. 

Selain daripada tu...rumah x sempat kemas...so saya stress. 

.



Sabtu, 11 Julai 2015

Berbuka Dengan Mak Ayah

Assalamualaikum....

Ya....hanya berempat.

Semalam buka puasa kat rumah mak dengan Adam. Ambil cuti sebab pagi uruskan Mami di Melaka. Petang, kelam kabut pergi Jelebu jemput Adam balik dari asrama.

Sampai PD dah hampir Maghrib. Penatnyaaa.... Buka dengan mak dan ayah dan Adam. Nampak keseronokan mak ayah berbuka dengan anak cucu walau hanya kami. Pilu hati saya. Bukannya meteka minta wang ringgit saya, tapi hanya secebis masa untuk bersama. Mujurlah saya sekarang bekerja di PD. Bolehla seminggu tu singgah 2,3 kali.

Anyway....ada sambal goreng. Happynya saya.... Sambal goreng Jawa Port Dickson ni lain sikit. Tak ada su'un dan fucuk. Tak masukkan kicap. Tapi yang mak buat ni rencahnya minima jer. Nnt raya kami buat complete version, saya kongsikan di blog ini kemudian.


Ada juga asam pedas ikan parang....

Ada durian baru gugur di belakang rumah. Antara pokok terbaik hasilnya tahun ni...


Paling world, sambal cili api yang dimasak oleh ayah. Makan pedas, gaul dengan durian...tekak berdendang ria. Tapi mesti usus perut caca marba. Adehhh...

Apa2 pun, Ramadhan tinggal lagi beberapa hari jer. Tak kiralah Lailatul Qadar dah berlalu atau belum....kita hanya perlu fokus untuk melipatgandakan amalan kita. 

Oh...siapa dah mula cuti raya?


.

Khamis, 9 Julai 2015

Buffet Ramadhan di Melaka : Casa Del Rio

Assalamualaikum.....

Ini kisah dah lama...tapi of course dalam bulan Ramadhan juga la kan...
Kami adakan majlis iftar untuk family hubby. Setakat hubby, Mommy dan adik beradik hubby dan anak2 kami saja. Tahun lepas dah buat iftar untuk family saya di Port Dickson, maka tahun ni ambil giliran untuk family di Melaka pula la.

Tahun ni kami nak cuba Casa del Rio pula. Tak pernah lagi masuk hotel ni. Selalunya kami selesa dengan Ramada Plaza jer, atau Equatorial. Lagipun, sebelum ni dengan hubby di Kuantan,, memang susah nak dapat peluang berkumpul bersama.

Puas saya google dan memilih. Takutnya lah kalau tak memuaskan hati. Maklumlah, kita ni nak bawa tetamu...takutlah kalau ada apa-apa yang tak kena pula nanti. Last sekali, oklah...Casa del Rio sajalah. Restorannya sebelah Sungai Melaka. Tapi saya request untuk duduk di bahagian dalam. Pertama, sebab ada budak kecik. Takut nanti di open space, mereka meragam pula sebab panas. Keduanya, takut hujan....

So, mari tengok makanan... Oh, saya tak elaborate tentang makanan ni semua kali ni yer...banyak sangat. Tak terkejar saya sebab seriously, kerja saya sekarang sangat menuntut komitmen setinggi langit. sampai sakit bahu, sakit pinggang, sakit mata dan sakit jiwa!

Ada kambing golek....
 

Kambing sekor tau...
 

Udang masak lemak dengan nenas. Boleh pula saya bukan main makan lagi nenas dalam gulai ni, walhal saya alah pada nenas. Nanti gastrik. Tapi hak yang ni...elok jer pula.

Bakar2. Tak berapa menarik pun. Tapi, boleeeh laa...

Sup gear box..perghhhh. Saya aim juga menu ni, tapi entah kenapa lupa pula nak ambil.

Ini antara makanan hubby. Kambing, sate dan roti nan tandoori.





Pasta ni, bukannya banyak pun. Pastanya 3 jenis. Spaghetti, macaroni dengan spiral jer. Sos, merah dan putih. Tapi entah kenapa, si Firdaus makan ini sahaja sepanjang malam. Habis jer, dia minta lagi. Lepas sepinggan...sepinggan lagi. Lauk, nasi...lain2 semua, langsung dia tak hiraukan.

Antara desert yang ada. Pie kacang pecan tu khabarnya antara yang tersedap orang lain pernah makan..
 

Senang. Tulis pakai liquid paper atas daun pokok mangga. Tak perlu buang kertas.

Lastly, ini saja yang saya makan....ha..jangan percaya. Anyway, pie pecan nuts tu memang sedap betul la... Saya hanya makan 3 kuih ini, dan lepas tu terus pergi solat dulu. Bukan apa, saya tak selesa nak rebut2 saf dan telekung di surau. Mujur saya pergi awal, memang surau tengah kosong pun. Lepas kami habis solat, barulah menderu orang lain datang. Oh, macaroons tu tak sedaplah. Kena order dengan Mommy ZZZ jugalah gamaknya nanti.


Overall, kami puas hati. Restorannya selesa, parking selesa, suasana sangat mendamaikan dan kami dapat berkumpul dengan selesa sekeluarga walaupun sebiji piring pecah kerana terkena kaki anak buah saya tu. Tapi mereka tak minta bayaran pun.

Saya tak letaklah gambar kami semua...sebab saya tau pembaca blog saya kebanyakkannya berminat dengan gambar makanan kan...macam saya..hahahahha


Ramadhan dah tiba ke penghujungnya. Saya rasa saya belum sempat nak bersungguh2 menggumpul saham akhirat. Kena marathon lepas ni.




.

Sabtu, 4 Julai 2015

Untung beli Minyak Kenderaan Siang Hari

Assalamualaikum.....

Dalam pada kegawatan isu harga minyak yang semakin meningkat ini, kita semua cuba berbagai2 cara untuk mengurangkan kos minyak.

Saya ingin kongsi satu maklumat yang saya baru tahu. Untuk pengetahuan, saya kan baru saja berpindah ke syarikat baru. Kami adalah kontraktor untuk industri oil n gas. Antara tugas kami ialah memadtikan bahawa isi padu minyak di dalam tangki di dalam tanah ini masih sama seperti asalnya. Bila telah disahkan, maka stesyen minyak ini akan dapat sijil pengesahan yang diluluskan oleh Sirim.



Gambar di atas ni ialah gambaran ringkas keratan rentas sebuah stesyen minyak. Ini adalah yang mempunyai satu tangki. Kebanyakan stesyen minyak sekarang mempunyai beberapa buah tangki yang ditanam di dalam tanah stesyen itu sendiri.

Maka team kami apabila di request akan menjalankan tugasnya, maka berkurunglah mereka di bawah tanah untuk mengambil ukuran dan sebagainya.

Dan daripada merekalah saya tahu yang sebenarnya isipadu gas dan minyak mampat di siang hari. Bila atas tanah panas, bawah tanah sejuk. Bila malam, bawah tanah pula panas. Sebab tu mereka buat kerja siang..sebab sejuk.

So...cuba isi minyak siang pula lepas ni.







.

Khamis, 2 Julai 2015

Bila Tetamu Bersahur Di Rumah Saya

Assalamualaikum.....

Weekend lepas, kebetulan kawan adik ipar saya tumpang tidur di rumah kami. Yang saya ni memang tak prepare lah kan. Jadi, bila ada tetamu di rumah, saya pening kepala. Nak masak apa. Peti ais memang dah lama tak stock-up.

Maka, saya repeat jer menu sardine masak lemak saya sebab itu jer yang tinggal pun untuk waktu kecemasan macam ni. Saya tambah sayur tumis biasa, ayam drumet instant dan ikan masin.


Mula2, hanya saya dengan Adam saja sebab bila dikejutkan berkali2, liat pula nak bangun tetamu kami tu. So, saya biarkan sajalah. Segan pula saya nak berulang kali ketuk pintu biliknya.

Lepas saya dengan Adam makan, baru saya suapkan hubby makan pula. Yer, kalau sahur, hubby saya kadang2 bersuap makannya. Dan dia akan makan banyak sikit kalau saya suapkan. Anyway, masa tu lah tetamu kami ni turun dari biliknya. Maka terpaksalah dia makan seorang diri.

Tapi rupa2nya, dia makan sampai bertambah. Katanya masak lemak sardine tu memang kegemaran dia. Dia pun dah lama tak makan. Hmmm....tak sia2 saya gigih memasak rupanya...hahahhaa.

Lepas ni, saya mungkin akan 'berehat' dari masak sardine untuk beberapa ketika kot. Dah 2 kali makan sardine untuk sahur nie.... Jemu pula lah .



.