Macam biasa, setiap tahun kami akan berbuka dengan mak ayah di luar. Selalunya jarang dapat kumpulkan semua orang. Macam2 halangan ada. Tapi tahun ni, Alhamdulillah, ada rezeki untuk semua orang berkumpul dan makan bersama.
Mula2 nak makan Chinese food di Chinese Muslim restoran di Seremban 2, tapi adik lelaki kita yang sorang tu mengada2 nak makan kambing golek. Yang sarat pregnant, isterinya. Tapi yang mengidam lebih2nya dia pulak. Puas kitorang satu family melayan selera mengidam bapak orang...hahahahaha.
So, cari2 di Seremban, semuanya dah fully booked untuk hari Sabtu yang baru lepas ni. cuba cari di PD...kebanyakannya semua takder kambing golek. Cuma ada satu jer yang ada kambing panggang. Klana Beach Resort, Port Dickson ada kambing panggang. Everyday ada. Katanya dia panggang satu bahagian besar kambing....bukanlah kambing sekor tergolek2... Ok lah...jadilah tu...
Meh tengok hotel dulu....
Reception area.
Hotel ni baru beroperasi 3 tahun lepas, so semuanya masih bersih dan cantik. Tidak dihias dengan mewah. Not luxury. Hanya sederhana. Tapi semuanya bersih. Sangat menenangkan.... Hotel ni di dalam kawasan Kompleks Baitul Hilal yang sering digunakan untuk meneropong anak bulan. Cantik betul kompleksnya... So, terawih di adakan di kompleks ini setiap malam. Lepas iftar di hotel, boleh terus terawih di kompleks ini.
Swimming pool....boleh nampak laut kan... Swimming pool ni sebelah Kompleks Baitul Hilal. Bangunan hotel dan bangunan Kompleks Baitul Hilal ni berkongsi parking lot yang sama. Mereka saling berhadapan.
Oh yer. Hotel ni adalah kepunyaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. So, dia adalah syariah compliance hotel. Swimming pool, walaupun open, tapi ianya mengasingkan lelaki dan perempuan. Dipisahkan oleh dinding.... Oklah juga...takderlah bercampur gaul dalam satu pool.
Ok, jom tengok buffet pulak yer. Harga untuk dewasa ialah RM48.00. Dengan kambing panggang, harga ini kami kira murah... Warga emas separuh harga dan kanak2 pula RM28.00. Oh yer, kita datang awal 3 jam untuk buat reservation dan bayar terus. Hot seat okehhh. Nak booking through phone pun kena bayar deposit juga untuk confirmkan reservation sebab tempat selalu penuh.
Kami sekeluarga
Jarang kami dapat bergambar sekeluarga. Adam dah besar kan...?
Kami sampai situ pukul 7.00. Lepas bergambar sakan tepi laut, kami pun masuk lah. Hotel siapkan meja besarrr untuk kami. Kami lah group yang paling besar kot...hahahahha. Lebih kurang 13 orang... Orang lain semua 4 orang lah, 2 orang lah...palinng ramai pun 6 orang semeja.
Ok jom tengok makanan.....
Lemang yang nampak sedap. Cantiikkk...elok jer masaknya kan. Tapi kita tak sempat makan...
Telur itik masak lemak cili padi. Perghhh....original resipi nogori. Right amount of chillies and everything. Kuahnya cukup lemak dan pekat.
Ikan keli salai masak lemak cili padi juga. Pun sedap. Right amount of pedas. Not too hot. Terasa garam kunyit dan asamnya... Harum dengan bau ikan salai...
Ayam masak ungkep yang kita tak rasa langsung. Tapi hubby dengan Adam cakap ayam ni sedap sangat.
Pecal Jawa. Kita dah aim yang ni. Tapi malangnya sah2 chef yang masak ni bukan orang jawa. Kuah pecalnya macam kuah kacang ketupat. Masin la pulak... Sayang...sayang....
Rojak buah yang jadi rebutan. Kita sanggup abaikan menu ni...hehehehe
Sambal2 dan ikan masin serta telur masin. Ada bergedil, tapi kurenggg sikit. Takperlah, ini semuanya sampingan jer. Side dishes kan...
Sup tulang rawan minang. Sedap agaknya.... Tapi kita tak sempat makan juga...Sob..sob...
Buah2an. Ini jer yang kita makan banyak sampai perut penuh dan tak dapat makan menu2 lain...
Kuih muih tradisional
Berbagai jenis kurma
Kuih muih moden pula...
Puding, agar2 dan kek
Caviar hijauuu. Eh tak lah..hahahha. Sago gula melaka sebenarnya... Kuah gula dan santan kita tuang ikut suka sendiri...
Kita punya hidangan pertama. Buah dan kuih cara berlauk. Kuih cara tu sedaaaappppp..
Baru panggang ikan pari... Kambing menyusul 10 minit selepas masuk waktu. Kita tak ambil gambar kambing...tak sempat. Maybe weekend dan full house, so kami bertuah sebab bukan dapat kambing panggang,. tapi betul2 dapat kambing sekor besar tergolek2 dipanggang... Alhamdulillah...
Antara jenis2 bubur
Nampak tak...ayah dan mak happy kan... Tudung oren tu adik bongsu kita...
The latest center of attraction in the family. Danish Hafiy.
Main course kita. Ikan keli, tekur itik, rendang minang daging dan sambal jawa. Perghh...sedap...sedap....
Tak nak cerita detail...bulan puasa...
Side dishes kita... Sambal tu sedap tau....
Star menu. Kambing golek dengan sos pudina. Hubby dengan adik lelaki kita entah berapa kali ulang entah...hahahahahah.
Lepas solat maghrib, mak dan ayah dah tak sabar2 nak balik. So, kami pun gerak juga lah balik. On the way balik mak dengan ayah bukan main puji kata food semua sedap. Walaupun menu tak lah bersusun banyak sangat, tapi semuanya sedap2 kecuali yang kuah kacang masin tu. So, di maafkan menu yang satu tu.
Mak kata, buat apa nak pergi jauh2 untuk iftar. Di PD tu jer macam2 buffet sedap2 yang ada....
Betul tu mak. Next year kita try tempat lain pula yer...Insya Allah....
.
14 thoughts..
sama lah kita..anak bujang dah nak sama tinggi dgn umminya ni :-)
kot dekat mau jugak acik nak mencuba tu aziela..tapi suami acik ni jenih tak mau berbuka diluar..dah masuk 32 tahun acik kawen..sekali pun tak pernah..kecuali jemputan adik beradik je boleh
menu mcm2 ada !!
hehehe
jom komen, folo n klik tabung...will do the same !! :)
saya ni bila la nk rasa berbuka di tmpat2 class mcm tu.sntiasa tertunggak.ni posa dah nak habis dah..last2 tk jadi juga.bnda berpakat ni mcm tu.org ni boleh org tu tk boleh..
Yes Adam dah besar..skejap ja dah lain muka dia kan?
Yg penting mak-ayah puas hati..
Hati pun tak terkilan.
Lagi setahun/dua Adam sama size daddy dia:)
nampak cm best je menu2 dia
wahhh meriah nyerrr!!!
RM48 utk all those menu, mmg berbaloi...dan yg paling best, boleh terus gi terawih...tempat buffet macam ni la yg saya cari..tapi dah nak hujung ramadan...tahun depan, Isnya Allah nak try buffet ke sini
Hello Aziela, I sure love this posting. And the so many food dishes looks simply delicious, susa nak jalan lepas makan, ha ha.
The last time I was at PD was wayyyy back late 1978.
I guess from what I heard PD has changed a lot what with the many new hotels, resorts.
You have a beautiful family there, Aziela...Bet they all enjoyed the food dishes. Incidentally, for some reason or other I have never eaten ikan keli, or any fresh water fish, except udang galah. Not keen on fresh water fishes.
You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
80 kali telan ailio baca pasal kambing golek... RM48 mmg amat berbaloi
kalau berbuka kat luar, takde kambing macam tak lengkap menu berbuka puasa tu rasanya..
berbaloi sgt tu kak.. murah sgt tu pada ita... suka tengok org tua gembira kan?
adam dan tinggi... makin nampak muka ayah dia la kak...
hepi tengok akak..makin ceria sekarang ni..
akak mcm lieya...kalo nk pi buffet mmg wajib cari yg ade kambing heheeheh..almaklum laa lieya laki bini mmg peminat kambing....
menarik gak menu yg ade kak...walupun tak bersusun tapi kire okey laa pada lieya...yg penting semua berase....lieya tahun ni tak berbuffet..en laki ade ajak tapi lieya malas sbb mcm rugi sbb lieya tak makan byk ....
wow menarik!
aida skali aje berbuka di hotel. majlis opis asben last week. selebihnya byk makan kat umah aje...
Catat Ulasan