Khamis, 10 Julai 2014

Bersahur Western Fusion Dish Pula...

Assalamualaikum.....

Ha, orang lain semua gigih bercerita tentang menu berbuka, buka kat mana, makan apa buka..dan semua pasal buka.... tapi kita dokkklah sibuk cerita sahur. Yang pelik2 pula tu kan...durian lah, western la...hahahahhaha

Oh, ini hidangan melayan tekak kanak2. Adam dan sepupu kita bersahur di rumah mak. Selalunya mak atau adik kita Yana tu panas2kan lauk atau masak lauk simple2 jer... Setelah seminggu, Adam dah mula bosan. Makan pun sikittt jer.

So, bila kita ada masa tidur di rumah mak dengan dia, kita suggest spaghetti untuk sahur. Bukan main bersinar2 lagi mata dia bila dengar menu tu. Yana pun seronok jer sebab dah ada org take over kitchen masa sahur.

Kita pilih nak masak fettuccine carbonara jer. Semua pakai pregio maaa...senang maaa.... Cuma nak tambahkan sosej hiris jer.

So, malam sebelum tidur tu, kita rebus dulu siap2 fettuccine nya....sementara Adam tolong potong2 sosej. Dah siap dadu bawang besar dan garlic, dan dah susun tin2 sos pregio tu..ahaks. Nanti bangun senang, terus tumis.

Sekali, masuklah ayah kita ke dapur. Dia pun jadi excited.

"Podeh tak?" Tanya ayah...
"Tak. Nak podeh ko? Kok nak podeh, bulih yo masukkan cili api hiris sok.." Kita jawab.
"Cubo masukkan ado tuna dalam tin ayah boli ari tu. Cili tuna tu... Podehlah sikit agak eh..."

Ha, kita yer kan saja. Ada rasa cili sikit2 pun ok. Ayah pun carilah tuna cili ayam brand yang dia beli ari tuh. Bila jumpa, dia hulurkan kat kita. Laa, tuna bercili dalam sos tomato rupanya....
Hantam saja lah labu....ikutkan saja. Kita yang buat dia kan....hehehehhe

Esok paginya, pukul 4.00 kita dah bangun. Tumis2 bawang, masukkan sosej, gorengkan sekejap, lepas tu leburkan lah semua sos, susu cair, air dan cili tuna tu... Didihkan. Perasakan dengan garam sikit...sikittt jer...

Tadaaa....dah siap. Kita namakan hidangan ni, "Carbonara Fettuccine with Spicy Tomato Tuna". Nampak kuah kaler oren tu bukan sebab cili, tapi sebab sos tomato. Tak pedas pun, cuma ada rasa hint cili sikit. Yerlah, kuah seperiuk, tunanya satu tin kecik jer....

Adam sahur tu, tambah 3 kali okehhhh.... Sepupu kita yang darjah satu tu pun sepinggan licin.... kalau tak, nak suruh makan 2-3 suap pun susah kalau sahur. Yang dewasa ni, makan juga nasi sesudu dua selain spaghetti.

Alhamdulillah....sekali sekala masak menu pelik2 sikit pagi2 buta ni, segar sikit selera kita kan....


.

10 thoughts..:

Daddy Ziyyad berkata...

tu fusion western punya sahur :P

aizamia3 berkata...

menu macam ni saya tak berani nak cuba waktu bulan Ramadhan, takut tak kena kat tekak anak2..

kakyon berkata...

Sekali sekala kena ubah selera. Terutama anak2 sentiasa kena ubah menu bagi dia berselera makan. Western food senang dimasak dan sedap dimakan..

Nurzakiah Hanum berkata...

sedapnya

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Iman tahun ni berselera betul sahur. Kalau dulu2 secoet jer makan. Yang peliknya tak kurus2 juga.. hihi. Akk pun ada plan nak sahur pasta.. tapi takut akk yg makan bnyk, hihihih

Wak Gelas berkata...

wahh sodapnyer makk.,ahHKs

NzA berkata...

mesti adam seronok sgt2 bila mama ada n tlg masakkn utk dia.....air tngan ibu mesti terbaik.

p/s:
ttg n3 akak tu, program mentor mentee biasanya diadakan disetiap sekolah terutama utk murid thn 6. tujuannya mendekatkan pelajar dgn cikgu..sebrg masalah mrkada tempat utk mengadu.
Taddarus tu ada terpulang pd program sekolah. semua murid sk akak terlibat. biasanya murid2 thp2 dh boleh membaca al-quran w.pn tajwidnya masih byk yg xsempurna.....

Ujie berkata...

Utk sahur blm penah ber spaghetti lagi. Utk buka pernah le..gara2 tak larat nak masak. :D

ta berkata...

tapau sis .cam biasa buat ta

Zefa NorAsmara berkata...

Kami pun dah pernah bersahur ala2 western ni. Hasil bantuan prego jugak. Hehe..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink