Sejak malam tadi lagi kita dah terima berita ini dari ahli whatsapp group HR kita. Cepat2 buka tv untuk pastikan kesahihan berita. Istighfar tak lekang sejak malam tadi.
Kasihannya....
Sedihnya....
Marahnya.....
Apalah lagi dugaan untuk Malaysia... Terlalu banyak dosakah rakyat Malaysia? Yer, muhasabah diri adalah perkara pertama untuk dilakukan.....
Antara 15 orang krew, seorang India dan yang lainnya adalah Melayu. Itu kata bekas HR MAS malam tadi. Menurut beliau, semasa beliau berkhidmat untuk MAS, perkara yang paling sukar ialah menyampaikan berita seperti ini kepada keluarga kakitangan yang menjadi mangsa. Paling luluh hati ialah apabila melihat kesedihan wajah anak2 kakitangan...
Itu kakitangan....
Bagaimana pula dengan orang awam?
Maka kakitangan penerbangan semua, setiap kali melangkah untuk kerja di awan biru, niat mereka adalah untuk berjuang.
MAS seharusnya memberi kebebasan beragama kepada kakitangannya. Yang ingin menutup aurat, benarkanlah. Sekurang2nya, tidak akan dipersoalkan di akhirat....
Kita sangat2 berharap agar ada hero yang cukup berani dan gagah untuk tampil dan menjelaskan perkara sebenar tentang tragedi ini kepada masyarakat. Janganlah dibiarkan diam seperti MH370. Tolonglah beri kenyataan benar dan janganlah beri alasan palsu seolah2 kita semua bodoh.
Apa2 pun, Al-Fatihah untuk keluarga mangsa. Mereka pergi dalam kemalangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan.... Alhamdulillah.
Marilah sama2 hadiahkan mereka dengan Al-Fatihah....
.
11 thoughts..
Alfatihah..kesedihan peristiwa mh370 masih di rasai Aziela..berita sedih baru pula kita terima..
al-fatihah
al fatihah buat mereka yang beragama Islam..
berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul
Al fatihah
Kali ini tak dpt ditutup lagi Ziela. Kejadian yg seluruh pelusuk dunia dah nampak dan tahu...
Al fatihah...
Innalillahiwainna ilahirajiun....
Moga keluarga mangsa kuat dan tabah hendakNYA.
Innalillahiwainna ilahirajiun....
Moga keluarga mangsa kuat dan tabah hendakNYA.
sama2 kita hadiahkan bacaan alfathihah kepada arwah2 yg berugama islam ..
suka pd part yg ziela tulis psl kebebasan utk menutup aurat ..
faham psl tuh
orang lain bertelagah orang lain yang mendapat padah..
ya, betul tu Ziela... banyaklah bermuhasabah.. dan marilah kita berdoa semoga negara kita terpelihara dari segala musibah. Semoga tiada kejadian buruk lagi selepas ini.
Catat Ulasan