Selasa, 1 Julai 2014

Sotong Sambal Simple di Bulan Puasa

Assalamualaikum.....


Semalam kita dengan hubby pergi ke pasar Ramadhan di Bt 4, PD. Mencari juadah berbuka puasa. Dari pagi memang dah pesan dengan mak, tak yah masak sebab mak dah letih buat revision sains dengan Adam. Kebetulan, kami memang bercadang nak berbuka di PD.

Bila pergi ke sana, tengok lauk pauk yang orang jawa panggil 'cebleh', lauk2 yang terdedah dan di hinggapi lalat, kuih muih yang kecut2 tak tahu bila di masaknya, kita jadi tertanya2. Peniaga2 ni pernah berniaga tak? Ikhlaskah mereka berniaga?

Last2, kami tak beli walau sekeping kuih pun. Lauk pauk pula kami hanya beli yang dibakar panas2 di situ, atau yang sedang menggelegak dalam kawah atau kuali. Ada juga kami beli sayur pecal yang dah siap dibungkus kemas dan bersih. Itu saja yang boleh diterima....

Maka mulalah tekak membayangkan menu yang simple macam sotong sambal ni. Bukannya susah, tumbuk cili padi dengan bawang putih, tumiskan sampai wangi. Lepas tu masukkan bawang besar yang dihiris. Masukkan sotong yang dipotong bulat. Kacau2 seminit, perasakan garam gulanya, angkat. Nak siang sotong pun bukannya susah kan.

Rasanya, kos lebih murah, kebersihan terjamin dan kesedapannya memuaskan hati. Nak masak yang susah2 tu...memang jauh lagi la kita nak mencapainya.....

.


22 thoughts..:

Rozita berkata...

kami dah lama tak berkunjung ke bazaar ramadhan kak.. semenjak terkena terbeli karipap yg dah basi tapi masih panas..zalim kan?

:: Cik Viva :: berkata...

Suka sgt masak sotong tumis camni je..teringat dulu2..

azieazah berkata...

Actually, ini la menu sotong yang Kak Azie pun selalu main lempar lempar jer dalam kuali. Mudah. Cuma saya tambah serai untuk naik rasa seafood sotong tu.

Memang sedap nih. Makan dengan nasi panas.

Lynda Che Lah berkata...

idea masak sotong..tq kak Aziela..biasa buat sambal tumis je atau masak kari..bolh cuba ni..Lynda mmg tak g PARAM..x selera nak membeli pun

Nurzakiah Hanum berkata...

bestnya

Shamsiah Abdul Rahman berkata...

Mcm nak kena try buat jugak ni..

aby berkata...

salam aziela ..
nasib baik tengok sotong tu belah malam ..
klu waktu siang mau terkebil kebil tu

Kakzakie berkata...

Sebenarnya masak tak susah tapi nak kena ada kerajinan sikit kan Ziela. Kakak ni kalau ramadhan memang malas dia lebih so banyak beli ajelah..

Selamat berpuasa dari kakak.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

betul Ziela, akk pun kurang selera dgn masakan yg dihurung lalat dan kuih muih yang dah kecut, mahal pulak tu. Lebih baik masak campak2 sendiri mcm ni... kecur ailio tauuuu!!

Rai Ourkizuna berkata...

akakk!!!

Aziela berkata...

@Rozita Waaa....zalimnyaaaa....

Aziela berkata...

@:: Cik Viva :: Senang kan

Aziela berkata...

@azieazah Saya tak rajin nak ketuk serai, kak...hahahaha

Aziela berkata...

@Lynda Che Lah Tak best kan, param.

Aziela berkata...

@Nurzakiah Hanum Bessstttt...iihihihi

Aziela berkata...

@Shamsiah Abdul Rahman Alaaa..Kak Sham lagi terror..ni lauk amatur jer nie kak..

Aziela berkata...

@aby Kalau tak di sini, di mana2 pun banyak gambar makanan kang..hehehehehehe

Aziela berkata...

@Kakzakie Takperlah kak...hari2 biasa, kakak mask setiap hari...

Selam Ramadhan kembali, kak...

Aziela berkata...

@Seri Kandi Tanah Jauhar Tapi kat JB tu paramnya best kan kak...hehehehehhe

IndaMarya berkata...

simple dn sedap.tk prlu berpeluh2 blend itu ini kan kan? keep cooking dear.lama2 terror punya la..

Nora Karim berkata...

Mmg betul la... lauk pauk terdedah lalat hinggap pulak tu... saya mmg xbeli la... eh menu menarik la... nanti nak buat juga la sotong tumis ni...

Sukma Haron berkata...

Menu yg simple

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink