Khamis, 19 Julai 2018

Ikan Kerapu Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum semua...

Wah, lama sungguh saya tak buat entry. Saya semakin sibuk dan semakin banyak halangan. Nak menulis blog, saya suka menghabiskan banyak masa sebab saya enjoy membebel disini. Tapi kekangan masa, saya hanya update di instagram dan kadang kala di facebook saja. Oh, kalau sudi, followlah saya. Senang jer...Id saya aziela.adam seperti nama saya disini.

Hari ni nak cerita tentang resepi.
Saya masak ikan kerapu hari ni. Masak yang mudah2 jer. Slip disc saya semakin kerap mengganggu kebelakangan ni. Saya memandu terlalu banyak beberapa tahun kebelakangan ni..disamping kerja2 berat lain.
Anyway, resepi saya mudah..cara saya pun mudah.

Ikan kerapu seekor, potong 4.
Timun sebiji
Santan sekotak kecil
Asam keping, 2
Serai 2 batang

Bahan kisar halus:
Cili padi setengah genggam
Kunyit hidup 2 inci
Bawang merah besar 1biji
Santan cair satu cawan

Cara2:
Masukkan ikan dengan bahan kisar, serai dlm periuk atau kuali. Didihkan sebentar dengan api kecil
Masukkan pula santan pekat, timun, garam dan asam keping. Didihkan hingga masak.
Seimbangkan rasa masin dan asam.
Hidangkan.

Mudah kan...
Oh..cara saya masak lemak ialah masukkab bawang merah. Tak perlu bawang putih. Bawang merah tu untuk rasa manis dan lemak semulajadi. Petua dari nenek saya..

Mudah kan...
Hingga kita bertemu lagi...

.

Isnin, 18 Jun 2018

Aidilfitri 2018

Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Raya saya ucapkan, secara langsung dalam talian daripada blog My Rainbow.

Tahun lepas dan lepas dan lepas rasanya entry raya ala-ala kadar jer kan. Tapi tahun ni saya rindu nak bercerita dalam blog. Tapi ni kira sekali harung punya cerita jer ni. Kalau dulu, matilanak,, pecah dua tiga entry dah ni...hahahaha.



So, let's start with us. Kami bertiga baju raya tema caca marba namanya. Sepatutnya kelabu, tapi dah hubby punya baju yang ditempah tu tailor salah buat. Hubby pula sebelum ni punyalah confident tak menerai… Sekali pagi raya dah jadi mcm kluang man nak masuk sawah. Ok, sila interpretasikan dan bayangkan sendiri. Gunakan daya imaginasi anda semua...hahahaha


Tahun ni, kami punya giliran beraya di rumah Mommy di Melaka. Dua tahun lepas, saya masakkan rendang. Tahun ni mommy mengalu2kan saya supply rendang lagi. So masak sorang diri di rumah. Rendang ayam. Ayam dalam 7kg lebih. Guna resepi Kak Azie lagi tahun ni. Dulu ikut resepi yang lain, tahun ni resepi lain pula. Memang konfem jadi...walaupun saya amatur.

Untuk 7kg ayam, daripada mula hidupkan api kawah kuali besar saya sehingga selesai, mengambil masa 4 jam keseluruhannya. Itu tak termasuk masa untuk menyediakan bahan2nya... By the time saya selesai masak petang raya tu, saya dah tak boleh rasa kaki dah. Pinggang yang sedia ada slip disc ni, memang semakin parah. Mujurlah ada ubat dari hospital. Lepas buka terus makan ubat dan baring luruskan badan sambal sendal bawah lutut dengan bantal.
Rendang ayam yang dah siap
Jadinya malam raya tu, saya bawa lah satu bekas ke rumah mommy, untuk rasa anak beranak jer. Tapi cuma adik ipar saya dan suaminya jer yang makan cicah dengan lemang sebab orang lain semua kekenyangan dan keletihan. Pasangan tu kata sedap jer rendang tu. Tapi maybe belum sampai ke level expert la untuk mommy...hahahaha. Setakat lulus, syukur dah. Orang yang jarang masak macam saya ni, bila orang luar dari hubby dan anak makan, saya jadi hilang konfiden sebenarnya. Hehehe.



Hari Raya pertama, saya bawalah semua rendang tu. Adalah dalam satu periuk yang agak besar juga, Terperanjat Mommy. Banyak, Mommy kata. Tapi syukur, kebetulan Hari Raya pertama tu ramai pula tetamu dari tahun-tahun biasa.

Antara tetamu yang paling awal datang ialah nenek saudara hubby. Satu family sampai ke cucu dia datang. Saya suka sangat sebab diorang ni sangat baik dan friendly. Untuk group pertama ni, berdebar saya menunggu diorang makan. Adam yang jadi tukang report. Katanya mereka tambah rendang ayam. Ok...pass. Hahahaha. Kesian betul saya ni kan...cuak yang bukan2. Yer lah, Mommy masak sangat sedap. Jadi bila saudara mara dan sahabat handai datang ke rumah Mommy ialah mereka dah ada expectation standard makanan yang sedap. Sebab tu lah saya risau. Tak naklah memalukan Mommy...hihihihihi.


Group yang seterusnya dan seterusnya dan seterusnya semua memberikan respon yang sama. Sama sedap makannya. Takderlah saya punya rendang dipinggirkan. Syukur. Menjelang petang, dah habis rendang dan saya pun bergegas balik Ke PD untuk beraya di rumah mak ayah saya pula.

Kelam kabut habiskan 5 rumah malam tu, dan terus pulang ke Melaka semula. Settle first day. 

2nd day raya, kami bersiap balik kampung di Rantau pula.

Adam yang dah sama besar dengan papanya.

Umat paling muda dalam family hubby. Aurora namanya. Friendly and mudah mesra..hahaha

Di jamu pula dengan mee jawa. Masya Allah, sedapnya….

Rendang Udang Galah

Hari raya ke-3, saya sempat sediakan rendang udang galah. Sekadar untuk hubby dan family kami saja. Malam tu hubby dah nak balik Terengganu. So, saya cubalah masakkan apa yang dia suka. Alhamdulillah, puas hubby makan, Resepi saya akan buat dalam entry lain ya....

So, cukuplah rekod Aidilfitri 2018 saya. Cuma gambar dengan family saya di P. Dickson jer tak ada. Maklumlah...memang betul2 nak cepat semuanya. 

Sebelum terlewat, Selamat Hari Raya semua. Maafkan saya sekiranya ada yang pernah terguris hati dengan Bahasa atau tingkah saya…

Semoga kita semua bertemu kembali dengan Ramadhan dan Aidil Fitri tahun depan.


.
.
.
.

Khamis, 31 Mei 2018

Berbuka dengan mee segera

Haip... bagi salam dulu. Assalamualaikum semua.....

Ok...megi yang sempoi. Permintaan anak bujang yg dah lama tak dapat makan megi. Al maklum....musim exam kena butakan pandangan ke arah megi..kah..kah..kah..

Sorry, gambar pun gelap dan malap

Ha...bukan mee segera sempoi keluar dari peket. Tapi gigih juga la menumis, berbawang, bercili bagai dan campur ayam juga, Tapi campak mix vegie jer.

Tapi mama tetap kena prepare lauk dan nasi juga. Tak puas anak bujang tu makan megi semata. Mama zalim kan, bagi anak berbuka dengan megi jer.. hahahaha. Yang sebenarnya sampai rumah dah lewat sangat. Sempat siapkan yang ni jer lah. Lepas maghrib baru start bersilat semula…

Siapa pernah buka puasa dengan mee segera juga?

Rabu, 30 Mei 2018

Pertemuan Semula

Assalamualaikum semua…

Apa khabar? Bagaimana hari2 puasa anda semua?
Saya sebenarnya sedang edit entry menu Ramadhan, macam baisalah kan... Tapi dah nak habis menaip, entah macam mana hilanggggg semua yg saya taip, sekali dengan gambar semua hilang. Adoiiii…. nangess!! Anyway, kita cerita benda lain dululah ya...


Ini adalah kisah throwback ya....

Hubby saya setahun yang lalu ialah self employed. Cuba untuk bertukar karier yang sangat berbeza. Kami masih bertatih lagi. Sementara saya tetap bekerja seperti biasa.

Hubby buat bisnes ayam kampung sekarang ni. Dah setahun dah sebenarnya. Memang pelik sangat...tapi hubby minat. So kena start dari sangat bawah semula.
Buat masa ni, hubby banyak attach dengan FAMA Melaka dan N. Sembilan. Jadi kalau FAMA buat program, kami pun joinlah. Events ni biasanya ada melibatkan usahawan bimbingan FAMA. Since kami ni usahawan baru, jadi kami perlu bimbingan juga..hahaha


Jadi antara program yang kami sertai ialah bersama SSM Malaysia di Mydin Ayer Keroh. Hujung minggu, boleh la saya bantu. Perasmian di sempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negeri Melaka. Selepas perasmian...delegasi VIP pun melawat semua booth. Eh, dalam pada kami bersedia untuk menerima kunjungan VIP, tiba2 ada suatu suara memanggil nama saya.

Masya Allah!!!! Abang angkat masa zaman saya study dulu rupanya. Aduhaiiii...lama betul lost contact dengan dia. Sejak habis study, masing2 sibuk dengan haluan sendiri. Especially bila ada keluarga masing2. Masa study dulu, rumah kami dekat,..dan selalu masuk program univ bersama. So ibu bapa saya selalu pesan minta dia tengokkan saya. Memang type abang2 yang tegas. Selalu kena marah dengan dia...hahahaha.

Hubby pun bukan main happy jumpa dia sebab kami memang lama betul tak jumpa. Anak saya yang selalu dengar kami bercerita tentang dia, baru inilah akhirnya kenal dengan orangnya...hahaha. Hubby cepat2 suruh saya bergambar dengan dia. Hubby pun kenal dengan dia sejak saya masih study. Maklumlah, kami bertunang masa sedang belajar lagi.

Rapat dengan family saya juga. Sebab beliau mempunyai budi bahasa yang sangat halus dan sifat kepimpinan yang tinggi. Duely respected.

Oh ya, by the way, namanya Jaiya bin Abu. Saya tanya, dah terima Datukship ke? Belum lagi katanya sambil gelak besar. Hahaha...ni orang2 pihak atasan ni...


Saya pun ada sekali dua jer jumpa dengan isteri dan anak2 beliau. But so happy to know that he is doing very well now. Alhamdulillah.

Sampai balik rumah, kami suami isteri dok bercerita mengenang kisah lalu dengan beliau.
It was a happy day....






.

Jumaat, 18 Mei 2018

First day Ramadhan 2018

Assalamualaikum...

Wah...its already Ramadhan. How time flies... sob..sob...

We had a simple but yet busy first day of Ramadhan. Hubby is away...so its just me and Adam. And sometimes Mommy too...

 Had our first sahur in PD. At my parents' place. I prepared simple stir fry chinese cabbage with tomatoes. And fried some chicken with a bit of sambal. Good enough for us...

And for breakfast, I have no energy to cook...whats with the travelling and appointments. So, the simplest decision was having it at mamak's. Just three of us. Me, Adam and Mommy...  Done...

How's yours?

Rabu, 16 Mei 2018

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum....

Bila mama dah keletihan, mood ke laut, maka sarapan pagi pun kat mamak jer lah sebelum ke sekolah.....

Lepas ni sebulan tak sarapan. Kita break fast jer....

Selamat menyambut Ramadhan untuk semua. Maafkan segala tingkah dan bahasa saya. Semoga Ramadhan kali ini ibadah kita lebih baik dari yang sebelumnya.

Amiin...

Selasa, 15 Mei 2018

Roti Telur Goreng Berapi

Assalamualaikum..

Sajer nak share. Saya dan Adam kalau makan roti telur ni, mesti nak kena ada cili api. Sebab tu lah namanya berapi...hahaha...

Tambah daun sup utk bagi aroma yang best sikit. Buat utk minum petang masa cuti weekend...kenyang sampai malam...

Khamis, 3 Mei 2018

Buku Dr Zoul Dahan Wajib Ada

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak cerita sikit pasal buku lah ya.
Dah lama saya tunggu dan dah terima pun. Alhamdulillah...sangat..sangat..sangat best.


Ya....wajib ada dalam simpanan dan bacalah. Fahami...selusuri kisahnya dan pahatkan dalam ingatan. Apa yang terkandung dalam buku ni adalah kisah benar Dr Zoul di blognya  http://zouldahanblog.blogspot.my/



Saya memang jadi follower tegar blog Dr Zoul bertahun2 lamanya. Sangat interesting. Membuka mata dan hati tentang susah payahnya seorang doktor. Dulu saya ingat doktor klinik ni senang. Tak ada shift, tak payah layan kerenah orang atasan, ada bisnes sendiri, waktu kerja sendiri dan bebas menjana pendapatan sendiri. Tapi bila baca postingnya lepas satu dan satu... terbukalah mata hati dengan jerih perit nya.
Juga, saya panjangkan buku ni pada Adam, agar dia tahu...nak belajar untuk jadi doc dah tentu susah. Dah jadi doctor pun susah juga. Sama juga dengan apa2 kerja sekali pun. Kenalah bersusah dahulu...



Saya dapat autograph dari beliau...Yeayyyyyy!!!!!!

Suka...suka....sukaaaaa sangat. Gembira sebab Dr Zoul adalah seseorang mendapat penghormatan saya. Walaupun tak pernah bertemu, tapi rasa bebas bertanya dan berbicara. Doktor yang friendly dan tak berlagak.

Kalau tak jumpa kat bookshops, contactlah Doc Zoul sendiri melalui blog beliau. Beli direct dan In sha Allah dapat autograph.





.

Sabtu, 28 April 2018

It's my Birthday

28th April...my birthday.

Celebrated birthday only a few times through out my life. The rest of the years, it just went off just like any other normal days.
That is ok....

At this age, I am considered at silver years. Soon...going to be golden age. Few more years...

Life has been giving me a lot of good things. Taught me a lot. Loves me in so many ways.

Well....thank you for the wishes in my facebook and instagram and whatsapp. I love everybody...for better or worst.

Regards from me at my silver age.

Salam everybody....

Khamis, 8 Mac 2018

Mee Kari di Sg Putat, Melaka.

Assalamualaikum everybody...


Lamanyaaaaaa saya tak update blog. Harapan tinggal harapan azam yang tahun lepas tu kan..hahaha.

Alasan memang banyak. Tapi tak perlulah senaraikan...kita move on jer sama2, ya tak?

Ok...hari ni nak share experience makan2. Review? Bolehhh lah....

Kisahnya, ada satu weekend tu. Saya dan Adam setelah menyelesaikan beberapa urusan di Ayer Keroh, teringin la nak minum petang. Yang sebenarnya dah lapar. Lunch kami pujul 12.00tgh hari sebelum tu. Jadi bila dah pukul 5pm, opkos dah menjerit tali perut.
On the way nak balik ke Alor Gajah, kami melencong ke Sg Putat. Rasa macam nak try mustabak cheese. Tapi tak buka la pula masa tu. Terus ke station Mango Float Royale di Sg Putat. Setelah berbincang dua
beranak, kami ke station mango float. Duduk di salah satu meja kosong.

Tapi tak nak minum Mango Float pu. Masa tu panas terik. Terbayang tahap kemanisan Mango Float tu,seram pulak. So kami order air biasa jer...janji sejuk dan hilang haus. Tengok menu...wah macam2 ada rupanya. Ada western..ada mee kari...ada churros...perghhh.

 Firstly, order cheesy fries dulu. Sementara menunggu mee kari. Bolehlah ngap2 dulu. Fries biasa...dicurahkan dengan cheese dan mayo. Sedap gila tu tak ler. Tapi impressive la. So makanlah kami dengan sopannya walau tengah kebuluran.

Dan akhirnya sampailah mee kari ni. Mee kari special katanya. Ada udang. Sepinggan 15.00. Udang besar ada 6 ekor.
Well....utk minum petang, sesuailah kot. Kuah dia jenis kari tang cair, tapi adalah rasa mee kari. Kira petang2 tengah lapar,.mee kari panas2, minum air sejuk...slurpp....slurp...layan giler juga menghirupnya. Kami share berdua. Kalau x share susah nak habis rasanya sebab banyak.

Rupa paras mee kari tu memang menarik, tapi rasa bukan de bomb. Setakat nak memenuhi permintaan perut dan tekak dengan rasa bersyukur memang lulus dah...

Tapi ada banuak lagi menu lain. Laksa sarang next time nak try... And of course, the churros...

Until then....

.