Selasa, 30 April 2013

Nenek kepada Aziela di Buletin Utama TV3

Assalamualaikum.....



Yang sebenarnya, kami semuaaaa tak sangka lah pula nenek masuk tv. Kami sekeluarga di rumah masing2, sedang leka2 tengok buletin utama tu, terperanjat bila nenek masuk berita utama. Hahahahahaha. Nenek nie, kelakarlah.

Ianya sisipan tentang Tun Hairudin, a relative of us yang baru dicalnkan untuk DUN Bagan Pinang, Port Dickson. Sejujurnya, kita sendiri dah lama 'banned' Buletin Utama. So, nenek punya pasal, godeklah semula website TV3.


http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Calon_Dun_Bagan_Pinang_Suka_Membantu.html

Nenek memang Ratu Air Mata. Biasalah, dah warga emas nie, semua perkara sayu jer di hati dia. Kalau 2 minggu kita tak jenguk dia, pun dia boleh nangis teresak2. Rindu katanya.

Nenek...nenek....

Nenek and Adam few years back.

P/S :

Kalaupun Cik Don wakil UMNO, wakil rakyat dalam BN,
Kalaupun nenek puji BN melambung
Kalaupun kereta kita penuh dengan payung, topi biru
Hari ni dan esok tak mungkin akan sama...


.



Gembiranya Dalam Hati....

Assalamualaikum.....

Pertama sekali, terima kasih kepada yang sudi wish kita dan sudi mendoakan kita. Terubat rasa hati. Hubby tersipu2 jer bila kita ingatkan dia birthday kita. Macam biasa. Hehehehehe...

Anyway, bak kata Kak NzA, betul sangat2. Terima dia seadanya. Dah berbelas tahun dah pun..hahahahahah. Cuma awal2 usia perkahwinan jer rasa sedey2, lepas2 tu...sendiri ingatlah Aziela yer..

And, betul kata Dr. Zoul, yang penting setia. Alhamdulillah, telah banyak kegembiraan dan kebahagiaan yang saya terima. So, Dr Faiz, starting next year, saya akan godek handphone dia.

Anyway, gembira sangat hari nie, sebab Adam ada. Adam ada rombongan sekolah ke pesta buku di PWTC pagi nie. Pagi tadi mereka bertolak dari Port Dickson. Sekarang dah berjimba jimba dengan buku. Kebetulan pula esok ialah hari cuti kan, so tengah hari nie bolehlah ambik dia di PWTC. Tak perlulah dia ikut balik ke Port Dickson. Adam request nak melawat KLCC. Kesian dia, tak pernah ke KLCC.

And malam nie pula, hubby akan join kami. Maybe hubby lewat sikitlah kot, sebab jauhkan, dari Kuantan. Tapi yang penting, happy sangat sebab kami 3 sekeluarga akan spend time together tanpa penglibatan orang lain.

Semoga pertemuan kami kali ini penuh kegembiraan, kebahagian dan rahmat.

Amiin.



Isnin, 29 April 2013

Random Gambar : Buffet Breakfast di Grand Seasons Hotel

Assalamualaikum.....

Kita temankan adik kita tinggal di Grand Seasons Hotel selama 2 minggu dia berkursus bulan lepas. So, everyday balik kerja is balik hotel. Heheheheh. Bestttt!

And, everyday breakfast is hotel's buffet breakfast. More or less, food lebih kurang sama every day. Sigh...tapi syukur Alhamdulillah, ada makanan yang lazat setiap pagi kan.

So, kita tepek2 gambar jer lah hari nie yer...

Monday blues kan semua orang hari nie...

Ini, kita makan dengan Yana. Berdua. Samosa tu sedap. Tapi hash brown tu rasa macam makan gabus. Seriously!


Idli. Sangattt sedap! From Indian Cuisine section.


The Chinese Cuisine section, Soup Noodle. Everyday dia tukar mee, yee mee, kuay tiaw and mee hoon. Ada prridge juga, tapi tak berapa menarik minat kita.


Indian section lagi. Wadey tu sedap, tapi mee hoon goreng tu serious kita tak boleh telan. Rasa macam tosei rawa/spices tapi digoreng dengan mee hoon. 

Nasi goreng 2 sudu, ayam amsak merah, kacang goreng dan sayur chap chai. 


Pakora yang sedap, tapi bendi tu terlalu pekat rempahnya. Tak tertelan juga. 


Nasi goreng, tapi lauk nasi lemak. Owh, kalori. 


Pancake yang nipis melayang2, popiah dan baked beans.



Untuk maklumat, setiap gambar, setiap pinggan adalah pada hari yang berlainan setiap satunya yer.. Ini namanya, report bergambar secara pukal.

.

Ahad, 28 April 2013

Happy Birthday and Happy Anniversary, Sayang!

Assalamualaikum.....



Alhamdulillah. Syukur seribu rahmat kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup. Masih banyak lagi dosa yang belum terlupus, masih banyak lagi pahala yang perlu di cari untuk bekalan hari kemudian.

Kita wish diri sendiri lah. Tak pernah lagi seumur hidup, kita menerima ucapan : Happy Birthday, Sayang! So, ucapkan sendiri untuk diri sendiri, boleh? Heheehhehe. Janji happy kan. Hubby? Owh, dia adalah seorang lelaki yang paling tidak romantik dalam dunia, hahahahahha. Dia sangat tidak pandai meluahkan rasa sayangnya. So, at the end setiap tahun bila tibanya birthday kita, kita akan paksa dia untuk ucapkan Happy Birthday pada kita. Kejam kan..? Hahahahhaha

Ada sekali, 2 tahun lepas, sajer jer kita tak remind dia, tak tanya and tak bagi hint pun. Sudahnya, memang dia x wish langsung pun. Sampai kita nangis merajuk sebab husband tak ingat birthday. Anniversary? Anniversary kami ialah birthday kita...uwaaaa! So, no birthday wish, no anniversary wish as well. Sebab tu lah redha dan pasrah jer paksa dia wish kita every year, kan? Hahahahahha.

Request hadiah? Sepanjang kami bercinta, tak pernah request apa2, kecuali tahun lepas. Last year, kita siap canang kat adik beradik, nak hadiah. Adalah yang kita nak kan. Tak mahal pun. Bawah RM50 jer boleh dapat benda tu. Sudahnya, tak dapat2 juga. Kena beli sendiri juga.

So, apa yang kita harapkan untuk birthday kali ini?

Nothing!

Sebab tahu, hati pasti akan kecewa bila mengharap dari manusia lain.

Yang pasti, mohon dari Allah, mengharap dari Allah, menagih kasih dari Allah. Setiap hari, buka surat cinta dari Allah dan pasti feeling tu rasa macam everyday is birthday and anniversary kan...

Happy Birthday to me.


Jumaat, 26 April 2013

Makan di Melaka : Asam Pedas Power Puteri Hang Li Po

Assalamualaikum.....

Apa...apa? Ingat asam pedas tu orang Melayu jer ker yang makan? Kat melaka kan, Puteri Hang Li Po punya asam pedaslah yang paling power sekali.

Ehheheheheh...jangan tertipu. Itu ayat propa kita jer tu. Kasi dramatik sikit.

Anyway, ramai yang dah tahu dan dah pernah makan, tapi kita tetap nak kongsi pandangan dari sudut aspek kita dan keluarga.

Sebenarnya masa nie, adik kita Yana tu datang Melaka. Tidur rumah kami. Dia sebenarnya nak cari kain untuk baju uniformnya. KPJ dah 2 tahun tak bagi kain untuk uniform. Nurses dia semua kelam kabut pergi cari kain sendiri sebab uniform dah nak naik reput jadinya. Tak taulah HR dia buat kerja macam mana. Dah lah tu, kalau beli sendiri, tak boleh claim juga. So, demi melaksanakan amanah, nurses nie semua gunalah duit sendiri untuk buat uniform sendiri.

So, kami bawalah Yana try asam pedas kat sini. Dia tak pernah try lagi. Lagipun dia kata dia nak belanja sebab dia happy sangat kain uniformnya dapat dengan mudah dan siap ada diskaun pula tu.

Asam pedas nie, hanyalah sebuah warung baisa. Kecil2an jer warungnya. Letaknya betul2 di sebelah Perigi Puteri Hang Li Po. Buka malam jer tau. Makan semua open air. Berbumbungkan langit. Kalau hujan, larilah bawak pinggan nasi dengan mangkuk asam pedas bawah bumbung kaki lima kedai2 sebelah tu. Tapi, pelanggannya tetap ramai. Kenapa? Ha, meh kita cerita.



Warung open air yang sempoi dan open air. 

Keistimewaan kedai nie ialah kepedasan masakannya. Kita tahu, ramai yang tak makan pedas. Tapi, ramai yang fancy pedas juga. So, kedai nie ialah untuk mereka2 yang makan pedas.

Asam pedasnya memang pedas, ditambah pula dengan kepedasan lada hitam selain daripada cili kisar. Asam pedas panas2 di masak segar dengan pilihan ikan mengikut selera kita semua sendiri. Ikan2 pilihan memang banyak. Sama macam di medan ikan bakar. Di atur ikan2 segar, sotong, udang dan kupang. Kita pilih dan beritahu nak buat masakan apa. Tapi x adalah yang minta bakar kan, sebab datang sini nak menikmati asam pedasnya.

So, kami pilih beberapa jenis makanan masa tu. Dahlah guruh2 plak tu...takuttt jer tengah makan kang berkuahkan air hujan pula. Mujurlah makanan kami cepat sampai dan kami pun belasah cepat2. Dah kebulur pun yer juga masa tu sebenarnya.


Ini ialah kupang. Setiap kali ke sini, kami mestiii minta masakan nie. Kupang Berapi namanya. Tapi kali nie tak berapa berapi macam dulu. Walaubagaimanapun, tetap pedas dan mantap. Tapi yang dulu punya lagi berdesirrr pedasnya. Lajuu jer menyuap nasi sebab walaupun pedas, rasanya sedap. Ada rasa manis kicap, ada rasa sos tiram, ada rasa halia, serai dan semestinya rasa cili padi kisar. Kupang pula segar kan. So, kunyah kupang tu, jus kupang tu beradun dengan kuah yang mantap nie. Sedar2, aik, habis dah sepinggan besar? Ratah macam tu jer pun dah memang best.


Asam pedas ikan pari Power! Ikan pari nie, Adam yang nak. Ikutkan kita dengan hubby, kami nak balun kupang tu jer... Tapi dah ada kan, so sedap jerlah kami makan. Cuma, ikan pari malam tu tak berapa best. Ada rasa macam hamis pari tu. Kita memang gagallah kalau pilih ikan pari. Sebab tu kita jarang makan ikan pari. 

Ini ialah Siakap Tiga Rasa. Yana yang suggest. Kami tak pernah pula order masakan ni. Tapi rupa2nya memang sedap betul. Ikan nie, kami makan ber-empat jer. Sedar2 dah tinggal tulang. Hehehehehe. 

Adam sangat seronok dapat asam pedas ikan pari. Tapi kenapa dia hadapkan ikan siakap tu kat dia ekk? At last, ikan pari entah ke mana, siakap juga yang dia bahamnya. 

Mesti ada sayur. Baru seimbang pemakanan kan. Kangkung goreng belacan yangsangattt sedap. Tak kedekut kangkung langsung. Tak ada rasa pasir langsungg. Berbeza betul dengan kangkung di hotel yang kita cerita kat SINI. Kat situ, lebih pasir dari kangkungnya. Hotelll tu! Elok lagi warung kecik tepi jalan macam nie. 

Siakap yang posing dengan macho..

Lagi gambar ikan pari



Senang jer nak cari tempat nie. Cari Perigi hang Li Po, mestiii jumpa kedai nie. Ada sesiapa lagi yang nak ke Melaka selain dari Kak Ummiross?


Mungkinkah Tercapai...?

Assalamualaikum.....

Hari ini bermulanya Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. Hajat hati dan perancangan dengan sahabat kita ialah untuk terjah waktu tengah hari nie sebab nak kejarkan novelis Melur Jelita. Ada pelancaran buku terbarunya, MyPI. Lagipun, adik kita memang dah kirim soh beli buku tu.

Punyalah semangat datang kerja hari nie, dengan impian nak berlari2 ke PWTC. (Ishh..niat datang kerja, dah terpesong kan..) Tapi malangnya terima khabar bahawa CEO kami nak masuk opis tengah hari nie. CEO kami nie kalau masuk opis, lunch hour ker, lepas waktu kerja ke, kami biasanya kena sentiasa standby untuk attend dia sebab dia jarang masuk opis. So, bila dia masuk, semua dokumen, proposal dan segala macam memo nak kena bentangkan depan dia.

So, macam punahlah harapan nak PWTC. Weekend memang tak mungkin sebab balik Melaka. Next week pun takkan boleh lah sebab kerja. Cuti Hari Pekerja, hubby plak ada. Hubby kita tak suka ke tempat2 macam nie. Part  membaca nie, kami tak berkongsi minat.

So, macam mana? Kenalah order online juga jawabnya nanti.

 Huwaaaaaa....sedihnyaaa!!!!

Khamis, 25 April 2013

Al-Kisah Kembara Terjumpa Kerbau

Assalamualaikum.....

Macam biasalah kan, bila hari Khamis, mesti nak kena cerita tentang gambar Wordless Wednesday. So, gambar semalam ialah gambar kerbau. Memang kita paksa hubby berhentikan kereta di sebelah kawanan kerbau tu dan bersungguh2 ambil gambar mereka. Kebetulan, seekor kerbau dengan tanduk yang perfect  cantik jer posing kan. Perfect!



Okeylah, meh cerita. Yang sebenarnya, weekend di Kuantan masa tu, macam biasalah kami laki bini jer tanpa anak. So, hubby ajak kita merayau2 nak cari port memancing. Tak ada nak kejar apa kan. Sajer nak explore jalan2 yang tak pernah di lalui. Jalan2 ke Sg. Lembing, nampak ada sungai di tengah ladang kelapa sawit yang ada 3-4 orang pemancing. Kami singgah kejap tengok teknik memancing dan umpan. Tapi macam tak berapa nak seronok sangat, so kami teruskan perjalanan.

Oleh kerana nak memancing sungai, dan hubby tak standby dengan umpan, kami cubalah cari2 biji kelapa sawit yang gugur sepanjang jalan tu. Hingga ke tahap kami mengekor lori yang angkut buah kelapa sawit. Bila lori tu terhentak sebab jalan tak rata, pasti berterabur beberapa ulas biji sawit dari lorinya. Masa nie, hubby berhentikan kereta di tepi jalan dan kita berlari2 kutip biji sawit nie. Hahahahhaha...tak pernah2 seumur hidup kita buat kerja macam nie. Kami laki bini gelak2 sampai sakit perut dengan gelagat kami sendiri.

Dalam pada meneroka jalan, kami masuk ke satu simpang yang nampak macam perkampungan. Ada signboard, ada balai polis dan ada sekolah yang semuanya menyatakan bahawa tempat itu ialah Kg. Air Putih, Kemaman. La...! Kami dah masuk kawasan Terengganu rupa2nya. Ish2... Tergelak2 kami berdua sebab sedar x sedar, dah masuk Terengganu.

Anyway, cuaca yang baik, matahari yang menyinar terang, suhu yang tidak terik panasnya berserta angin yang bertiup nyaman takkan kami bazirkan. Satu kegemaran yang kami suami isteri kongsi bersama ialah meneroka kawasan baru. Masuk kampung orang, kami memang betul2 macam rusa masuk kampung. Setiap kali ada penduduk kampung yang kami lewati pasti kami menjadi tumpuan pandangan mereka. Iyerlah, pasti mereka saling kenal mengenali, kan.

Kami melewati jambatan yang merentasi sebatang sungai yang lebar, tapi cetek kerana nampak dasarnya. Sungai yang jernih airnya tu, rasanya adalah kawasan perkelahan kerana kami nampak beberapa orang pengunjung di tebingnya dan ada kanak2 yang sedang mandi manda. Hubby dah teruja sebab mengandaikan pasti ada port memancing di mana2. Jadi kami teruskan perjalanan.

Hinggalah akhirnya kami tiba di satu bendang sawah padi yang luas terbentang dan dikelilingi oleh pemandangan bak dalam lukisan. Betul2 di tepi jalan, ada tali air yang sangat memikat hati.






Lihatlah kecantikannya. Waktu nie, dah hampir tengahari. Tapi, pemandangan dan cuaca seolah2 baru jam 8.00 pagi. Subhanallah. Mana datangnya rasa damai dan tenang bila tiba ke sini yer? Seperti magis.


Masih kelihatan lapisan kabus di gunung ganang itu. Rasa seperti tak nak berganjak dari sini. 


Hubby nampak macam ada anak2 ikan yang berenang2 dalam tali air tu. Ada anak ikan, adalah maknya kan. Tapi kami tak ada umpan yang sesuai. Biasanya kalau ikan kecik2 macam nie, umpan cacing tanah tu memang berseleralah ikan. Atau paling tidak pun, cengkerik. Tapi kami kan x prepare. Hanya ada kelapa sawit jer.





Yang sebenarnya, inilah pertama kali hubby nak guna umpan kelapa sawit nie. Untuk dijadikan umpan, biji sawit nie harus di hiris2 sebesar kuku jari dan sangkutkan pada mata kali dalam beberapa lapisan. Tapi mungkin sebab tak kena dengan ikannya, maka kami tidak mendapat apa2 hasil.

So, tak dapat hasil, maka kami pun teruskan perjalanan. Target kami ialah nak survey Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah di laluan Jabor tu. Ada sekali jer kami lalu situ, dah malam dan kami rushing nak tiba segera ke Kuantan. So kami tak singgah. Saja nak survey bandar. Manalah tahu, next time lalu sini, kami dah bersedia apa2 yang perlu.

On the way nak ke bandar tu, nampak ada satu lagi simpang. Hubby terus masuk simpang tu. Ada signboard air terjun. Ada air terjun, mesti ada sungai kan? Kami menghala ke Kg Pasir Raja.

Kami jumpa kampung tu. Memang damaiii sangat. Tak ada pembangunan yang menyesakkan. Seolah2 kembali ke zaman 80-an. Dan kami akhirnya tiba di sebatang sungai yang besar. Memang cantik kawasan tu. Lama juga kami lepak di situ. Cuaca pun sejuk jer. Mungkin sebab baru lepas hujan renyai kot.




Air sungai nie memang boleh ralit bila di pandang kan. Tapi oleh kerana mood memancing dah hilang, hubby hanya pusing2 sekitar situ jer...

On the way nak ke Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah dari Kg Raja nie lah kami terjumpa kawanan kerbau tu.
Sesuatu yang menarik kan...?

Oh yer, air terjun tu kami tak jumpa. Entah macam mana kami sampai ke dead end. Jalan tar yang bersambung dengan jalan tanah merah. Off road memang tak sesuai dengan kenderaan kami lah kan. Terpaksa u-turn semula.

Entah bilalah lagi nak mengembara macam nie.






Rabu, 24 April 2013

Selasa, 23 April 2013

Happy Birthday Miss Banu!

Assalamualaikum.....

Walaupun telah lewat petang, tapi masih belum terlambat untuk kita mengucapkan Happy Birthday kepada Miss Banu yang sangat friendly and sporting.

Semoga segalam impian Miss Banu menjadi kenyataan. Semoga kebahagiaan milik adik selamanya, okey!


All the best, darling....




Makan di Melaka : Kedai Pak Cik Abbas

Assalamualaikum.....

Hari nie kita nak share tentang sebuah warung sarapan pagi yang sangat sempoi. Memang kiranya warung kopi kampung la walaupun lokasinya dah masuk ke dalam area bandar juga sekarang nie.

Kedai ni, atau warung nie tak ada nama. Signboard pun tak ada. Tapi, memang pelanggan dia kenal nama owner dia dengan nama Abbas. Dah lama bertapak di sini. Lokasinya adalah di sebelah Masjid Kariah Kampung Cheng. Kalau dari Tesco Cheng menuju ke bandar Melaka, kedai nie selepas traffic light yang ke dua, sebelah kiri.




Walaupun kedai nya sempoiii jer, tapi kalau pagi memang penuhhh orang. Tengoklah tu...ada yang berdiri, menunggu meja kosong. Selalunya pelanggan yang datang sini bersama keluarga. Ada juga pakcik2 yang datang minum kopi dan makan roti canai sambil bersembang sesama mereka dengan meriahnya. Senang cerita, kalau datang ke sini, suasana memang sentiasa meriah. Ha, lagi satu, kat sinilah nak dengar orang Melaka berbicara style Melaka. Alahai, yang selalu ada perkataan2 kasar tu. Tapi kat sini, yang kasar tu lah yang mesranya.

Menunya memang tak banyak. Simple menu... sangat simple. Tapi yang simple nie lah yang orang cari especially untuk breakfast kan.... Jom intai sikit menunya....



Nasi Lemak. Tak ada lauk pauk. Nasi lemak yang sangat basic. Kalau minta nasi lemak, inilah yang anda akan dapat. Tak ada kacang goreng. Aroma nasi lemak yang wangi, tapi tak terlalu heavy lemaknya bila di makan, sambal yang rasa betul2 macam di rumah, dan ikan bilis goreng yang yummmm....crunchy memang sungguh menambat selera. Ini adalah antara pilihan kegemaran kita secara personal.


Roti canai. Roti canai ini di buat sendiri oleh Pakcik Abbas. Ini adalah favourite Adam. Hubby pula, memang wajib akan minta roti canai telur double. Maknanya, telur ayam tu, dia nak 2 lah... Lately nie, ada nama pula roti telur double nie. Pakcik Abbas cakap, Roti Jantan. Errr... Melaung2 la mereka kat dalam kedai nie, orang tu nak roti jantan 3, orang nie, roti jantan 1, roti kosong 3...dan sebagainya. 


Anddddd....menu wajib ketiga kami ialah telur ayam 3 suku masak. Adam suka juga. 


Selain daripada yang di atas, mereka ada juga mee goreng dan nasi goreng. Itu saja. Tak ada menu lain.

Tapi, lepas breakfast kat sini, sampai ke petang kenyangnya.

Ada sapa2 nak ke Melaka ke..?

Ahad, 21 April 2013

Kenangan Kampus : Memerangi Dadah!

Assalamualaikum.....

Dalam pada kita menyertai Caring Club seperti mana yang kita pernah ceritakan sebelum2 ini, salah satu program yang diadakan ialah program memerangi dadah, musuh negara. Sebagai permulaan, kami di berikan seminar pendek sehari tentang dadah, sifat2nya, risikonya, cara membanterasnya dan berbagai2 info lagi.

Seminar nie, adalah kerjasama antara pihak uni dengan Agensi Dadah Kebangsaan dan juga bersama dengan Rumah Pengasih.

Dalam seminar, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan adalah pembentangan yang harus dijalankan dan sebagainya.

Ini adalah antara peserta dan tenaga pengajar.

Sempat lagi kita memberikan pembentangan...


Gambar kabur. Tapi, masa nie, lampu tutup, kami semua berpegangan tangan dalam bulatan besar. Kemudian lagu R. Kelly di mainkan. I Believe I Can Fly....

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly


Memang berbagai2 input yang kami dapat. Kemudian, setiap kumpulan ada tugasan yang menunggu. Field research. Ada yang kena pergi outreach di Chow Kit, kena pergi Pusat pemulihan Dadah, pergi balai polis, Jabatan Narkotik dan kumpulan kita akan dibawa ke Rumah Pengasih. 

Terlalu berharga kenangan itu dan pengalaman itu buat diri kita sendiri. Insya Allah kita akan kongsikan tak lama lagi. 




.

Jumaat, 19 April 2013

Kuantan : Ikan Patin Bakar Tempoyak, Daging Salai dan Sambal Hitam

Assalamualaikum.....

Owhh...maaflah sebab kita ambil masa yang sangaaattttt lama untuk explain tentang WW kita yang INI. Tapi memang ada masalah dengan gambar sikit. Now, Alhamdulillah, resolved. Hari ini, kita nak tepek gambar puas2 dan banyak2 dalam entry nie walaupun gerun sebab takut picasa album penuh dengan cepat sampai dah tak boleh tepek gambar dalam My Rainbow ini lagi nanti. Rasa itu memang berleluasa dalam jiwa.

Asalnya begini....

Hubby kita di bawa ke satu tempat untuk makan pa'eh. Dia memang curious.... Apa bendanya pa'eh tu. Tapi ada ramai budak2 kilang nie cakap sedap...orang beratur nak nunggu laa..itu la..ini la.... So, pada suatu hari tuh.. dia berjaya sampai ke tempat tu dengan rakan2 yang selalu lunch dengan dia.

Memang tempat tu sangattt tersorok. Kena lalu Tg Lumpur dari Bandar Kuantan, masuk di simpang Yayasan Pahang dan terussssss ke belakangggg sekali hingga sampai ke MabiQ. Apa itu MabiQ? Sila klik MABIQ. Hehehehehe...


First sekali, hubby racun kita dengan gambar2 yang mengancam. Lepas tu, mulalah membuak2 rasa ingin tahu tu datang...


Daun pisang yang dah licin dan sup tulang yang menanti.

Kawan lunch seangkatan hubby. En Amriza di kiri dan En Zaki di kanan.


Barisan Menu

Ahaaa....star of the day. Pa'eh Ikan Patin.

Pinggan hubby. Terung goreng, daging dan bergedil.


Kedai nie di tutup pada hari Jumaat dan Sabtu. So, hari Ahad ada chancelah nak merasa kepada sesiapa yang berkunjung ke Kuantan. Kedai mula di buka dari jam 11.00 pagi sehingga jam 3.00 petang.

 Secara langsung, kita pun berpeluanglah untuk merasai sendiri pengalaman untuk explore makanan di MabiQ. Pada hari Ahad, bersemangat sekali kami suami isteri terjah restoran ini lebih kurang 10 minit sebelum pukul 12.00 tengah hari.

Syukurlah ruang parking masih lapang lagi. Customer pun tak ada lagi...hahahahhaha. Tapi, lauk dah mula di hidang. Masuk jer ke kedai, kami dengan senang hatinya memilih meja untuk berkubang makan mengikut pilihan hati. Meh tengok lauk2nya.



Antara deretan lauk. Dari kiri, daging salai masak lemak, daging salai masak kicap, kepala ikan patin masak gulai tempoyak, kurma ayam dan sambal ikan bilis tempoyak bersantan.


 Kat atas nie ialah daging salai masak kicap. Sejujurnya, ini adalah kali pertama kita makan daging salai masak kicap. Taste exotic. Memang unik sangat rasanya. Daging yang empuk, di salai, dihiris nipiiisss dan di masak kicap yang enak. Wah, makan 2-3 keping hirisan yang nipis tu, terus menikmati rasa yang seimbang antara manis dan masin dan sedikit layangan rasa bercili. Paling istimewa ialah smokey taste daging tersebut.

Bila ada smoked beef yang nipis, enak dan penuh dengan aroma nie, mula la minda terbayang2 sandwich. Alangkah nikmatnya kalau daging nie di sumbat dalam belahan roti bun atau croissant yang dilapis dengan daun salad, tomato dan ditutup pula dengan kepingan cheddar cheese. Panaskan 20 saat dalam microwave, dan nikmati dengan satu mug nescafe sambil menikmati keindahan laut. Wallahhhh! Ok..saya dah drift jauhhhh dari trek.




 Yang di atas ini pula ialah daging salai di masak gulai lemak. Walaupun tak sama macam masakan di Negeri Sembilan, tapi rasanya, keunikannya tetap mantap. Berbanding dengan masakan nogori, gulai ini agak pucat sedikit warnanya dan ada daun kunyit. Kita pasti ada adunan bawang di dalam gulai ini.

Kalau resipi asal orang Negeri Sembilan, gulai daging salai ni hanyalah menggunakan cili padi yang di tumbuk halus dengan kunyit hidup dan garam. Gaulkan terus bahan tumbuk dengan hirisan daging dalam periuk dan renehkan tanpa minyak bersama serai tumbuk pecah hingga kering airnya. Kemudian baru dimasukkan santan cair sedikit dan masukkan santar pekat bila dah mendidih. Perasakan dengan asam keping dan garam lagi.

Walaupun macam tu, gulai ini tetap ada keistimewaannya sendiri. Mungkin sebab tulah namanya gulai lemak berbanding resepi N. Sembilan yang dinamakan Masak Lemak Cili Api. Gulai kan berbeza kan....



Ini pula, first time juga kita jumpa kedai yang menjual menu ini. Kadang2 ada yang masak di rumah jer kan. Walaupun kita pernah baca pengalaman orang lain, tetapi secara personal, ini pengalaman pertama kita. Sambal tempoyak ikan bilis yang di masak dengan santan, di tumiskan dengan cili dan bawang. Wah, memang betul2 menyengat dan mengancam. Betul2 menambah selera.



Ini, jangan tak tau....kepala ikan patin masak tempoyak. Walaupun patinnya bukan lah patin buah, tapi kesegarannya tetap terasa. Aduuhhh....boleh tak menoleh kiri kanan kalau mengerjakan kepala dia. Tapi, kita tak pilih menu nie sebab dah sering dapat.... Maka kita dan hubby attack menu di bawah nie...



Inilah dia.... PA'EH IKAN PATIN BAKAR!

Kepingan badan ikan patin yang dlumurkan dengan rempah dan cili berserta tempoyak, di bungkus dalam daun pisang dan di bakar di sini. Oh, masa pembakaran pula, ditutupkan dengan surat khabar lembap, agar ikan2 ini tidak kering hasilnya.

So, sementara menunggu batch pertama pa'eh patin tu, kita meninjau2 kedai tu dulu.

Rupa2nya kedai nie bersambung dengan pusat pengajian untuk madrasah nie. Keuntungan kedai ni adalah bagi membiayai operasi madrasah ini, untuk anak2 fakir miskin di sini. Dan, operasi kedai ini juga di bantu oleh anak2 ini. Ada yang membantu bancuh air, mengemas meja, menghidang lauk dan sebagainya. Oh, anak2 yang membantu semuanya ialah remaja lelaki. Cerah dan jernihh jer air muka masing2. Oh, terus teringat pesanan novelis Melur Jelita. Firman ada ramai. Hilman juga banyak. Cuma, carilah mereka di tempat yang mana Hilman dan Firman suka. Memang betul. Pandang jer muka anak2 ini, terus terbayangkan figura Firman. Hatta Hilman sekali pun menjelma di sini.


Air self service. Nak cepat, ambil jer sendiri air ni. Atau, boleh juga kalau nak order air lain. Tapi, yang kita sangat, sangat, sangat kagum ialah segala bekas air, cawan2 minuman dan even bekas air batu sekali pun, sangattttttt bersih. Langsung tiada rasa was2 dan langsung tak perlu memilih cawan. Subhanallah. Islam is the way of life.


Ini plak ialah ruang makan di sebelahnya. Ada juga yang di bahagian depan, tapi panas sikit. Sebelah kiri ialah classrooms mereka. Sebelah kanan, di sebalik dapur ini ialah musolla mereka. Open space. berbumbung tanpa berdinding. Depan tu ialah pejabat pentadbirannya. Nampak tak sinki basuh tangan atas kaunter sebelah kanan? Sangatttt bersih. Langsung tak ada keladak!


Akhirnya, ikan dah masak. Pelanggan pun dah mula ramai. Kami pun mula cedok2 nasi dan lauk pauk.

Sayur kita. Mesti nak rasa kualiti sambal tempoyak mentah kan. Ulam yang sangat segar nie betul2 menggoda citarasa. 

Nasi kita. Daging salai masak kicap, of course sebab first time jumpa. Sambal tempoyak ikan bilis bersantan, pun sebab nak rasa. Sesudu jer pun, bukan main menyengat lagi. Dannn sekerat ikan pekasam goreng tercotok di pinggir pinggan. Yess...ada pilihan ikan2 masin dan ikan pekasamm tauuuu. Aduhhh...ikan pekasam yang digoreng garing dengan hirisan bawang dan cili. Betul2 exotic appetizer. 


Inilah diaa! Paeh ikan patin yang di tunggu2. Dua ketul untuk kami berdua. Dan juga sepiring gulai lemak daging salai yang hubby ambik.


Setelah di buka bajunya daunnya, nampaklah seketul ikan patin yang berlumur dengan tempoyak yang penuh rasa dan penuh aroma. Ada rasa lemak, rasa pedas, rasa bakar, semuanya bergabung dengan isi ikan yang lembut dan melt in mouth. 


Sekali tu masa membayar di kaunter, kita ternampak pula bersusunnnn tupperware di atas kaunter. Rupa2nya ianya berisi sambal hitam Pahang yang femes tu. Sambal tu kan di buat menggunakan belimbing buluh. Wah..., another first experience for me. Terus capai 2 bekas yang paling kecilll sekali. Ala, macam tupperware isi tapai yang bulat kecikk tu. Harganya RM5.00 satu. Satu untuk kita makan di opis dengan kawan2 dan satu lagi untuk family.

Alhamdulillah, kami sempat tapaw untuk bawa balik PD. Dapatlah family di PD merasa.



Pintu masuknya....

Ada signboard.


Ada banyak lagi hidangan yang tak sempat kita snap. Maklumlah...concentrate kat makanan eksotik. Tapi antar lain menunya yang femes ialah bergedil daging yang penuh dengan rasa daging serta besar2. Keluar jer dari kuali, tray bergedil tu terus clear. Bila masatah orang2 tu semua ambik sampaikan kita tak merasa langsung. Next time kena aim bergedil nie juga...

Owhh...esok weekend yer... Happy weekend to all.