Jumaat, 29 Ogos 2014

Bertimpa2 pula lagi....

Assalamualaikum.....

Kaki kita masih belum sembuh. Jalan masih senget lagi. Memang ambik masa panjang sikit nak pulih seperti biasa kalau ligamen koyak ni kata doktor... Oklah. Pasrah.

Rabu petang kita dh blk PD. Duduk dgn mak. Rehat bnyk sikit. Patutnya kita jaga mak. Ini mak ayah pula jaga kita. Rasa bersalah plus terharuuu sangat. Rasa masih disayangi. Alhamdulillahhh. Disamping tu, dapat berkepit dgn Adam juga.

Oh, tapi disebabkan kaki masih sakit, so kita jalan pun limping lagi. Mandi semalam pun duduk. Maklumlah, rumah mak takder shower. Kena ceduk air pakai gayung. Mada mandi pagi semalam, terajin pula nak basuh tong air. Masa angkat tong, dah tergelincir pula. Terus rasa pandangan kabur, pinggang sakit sangat dan badan semua rasa kebas.

Lepas dah bernafas semula, dah nampak jelas semula, terus kesakitan dekat pinggang tu terus menghentam. Adoiiiii.... sakitnyerrrrr!!!!

Bila berjalan, ada bunyi kuk...kuk... mengiringi setiap langkah. Jalan dah pegang dinding. Langsung tak boleh tegakkan badan. Baring lagi siksa sebab nak kena bengkokkan badan, tapi bila mengiring atau bengkok badan, kaki pula sakit. Ligamen kita masih belum sembuh. Kaki pun bengkak lagi.

Sehari semalam makan ubat tahan sakit. Celebrex 200mg dengan Lyrica 75mg. Pun tidak memberi kesan. Uwaaaa!!!!

Pagi ni pergi klinik. Doc tu.dah pening nak bagi ubat apa. Arcoxia dah tak boleh...kaki jadi sembab.

Last2 dapat Tramadol 50mg jer. Nak pergi urut takut jadi semakin teruk pula. Aduhaiii, minggu depan nak masuk kerja dah. Tak nak la sambung mc lagi...huwaa.

Suggestions pleaseeee.



Psst : Mandi laut boleh membantu tak? Hihihi.


.

Isnin, 25 Ogos 2014

Debaran UPSR Semakin Ketara

Assalamualaikum.....

Pejam celik, pejam celik... bulan Ogos semakin berakhir. Bulan September tahun ini paling mendebarkan. Satu2nya anak kami bakal menduduki UPSR.

Sedihnya, mama masih terpaksa menjalani rawatan. Kalau ikutkan hati, sentiasa nak berada di samping Adam. Hanya doa yang mampu mama titipkan buat masa ini.

Mana ibu atau bapa tidak inginkan kejayaan annya kan. Semua ibubapa mengharapkan kejayaan anaknya. Namun harapan itu semata2 kerana ingin melindungi anaknya. Tak mahu melihat kesukaran hidup anak menjelang dia dewasa. Waktu itu ibubapanya sudah uzur atau mungkin telah tiada. Siapalah yang mahu  membantu.

Anyway, Adam sasarkan 5A. Tapi kita tidak mahu mengharap setinggi itu. Apa saja yang termampu olehnya. Dia masih kecil. Proses menuntut ilmu tidak sepatutnya melalui paksaan sehingga menjadi beban. Ianya sepatutnya terjadi atas.keghairahan kita mengumpul sebanyak mana ilmu yang boleh.

Jadi, di minggu2 terakhir ini, kita tak mahu terlalu memaksa Adam. Dia dah mulakan persediaannya 6 tahun lepas. Dia sepatutnya lebih tahu dimana dia sekarang.

Aih.... bila lah boleh jalan semula macam biasa ni.

Sabar Aziela....sabaaarrrr.

Sabtu, 23 Ogos 2014

Berbagai Kisah di Bilik Fisioterapi

Assalamualaikum.....

Semalam kita masuk wad semula. Disebabkan sakit yang masih belum berkurangan, maka rawatan intensive terpaksa doktor beri. Intensif disini bermaksud fisioterapi. 2 kali sehari dan lebih detail lagi.

Maka kita pun dah mula berumahtangga dengan bilik fisio ni. Jadinya, berbagai2 kisah yang ada.

Contohnya pagi ini kita berjiran dengan seorang remaja yang kemalangan motor pada cuti sekolah untuk raya yang lepas. Kakinya tak patah, tapi ligamennya putus. Berjahit la melalui pembedahan. Pagi tadi selain rawatan ais dan senaman, beliau mula di ajar menggunakan tongkat.

Semalam, seorang pemuda yang berbungkus kakinya dan semua jari kakinya seperti dipagar oleh alat khas menjalankan sesi senaman ringkas. Katanya tulang jari kakinya patah kerana berhempas pulas nak menang dalam acara tarik tali. Tapi kalah juga.. Kalah dan
dirinya pula ditimpa kemalangan itu.

Seminggu sebelumnya kita jumpa seorang pensyarah yang juga ketua kampus, putus tendonnya kerana bermain badminton.

Itu antaranya.... Kadang2 sampai melopong kita mendengar kisah mereka.

Kemalangan tidak berbau......





Isnin, 18 Ogos 2014

I Need Rest To Heal

Assalamualaikum.....

It has been over two weeks I am on MC. Continues physiotherapy session and also medication.

It is only a micro tear ligament. No stitches needed. But I can't understand why does the pain is so unbearable.

According to my therapist, I need to rest to let it heal. I can only walk to the toilet a few steps whenever needed.

But I was not able to do that. Once at home, my family need me to do chores as usual. The cookings, the laundry, the cleaning and in fact the shopping. And I have never been able to say no. But my pain has never ease. In fact it got worst. The pain is  continuously disturbing me even while I am sleeping at night. My nights and day is. filled with my tears of pain. It shouldn't be like this..

The only way is for me to stay on bed and let my leg to heal itself. But how does a mother and wife could rest in her home?

.

Selasa, 12 Ogos 2014

Masih Berehat....

Assalamualaikum.....

Waduh..waduhhh.... Maaflah yer. Lama betul tak melawat kawan2.

Oh, kaki kita masih sakit. Jalan pun terloncat2 sekarang ni. Kena teruskan fisioterapi, kata doktor. Aduhhhh........


Doakan kita....



Khamis, 7 Ogos 2014

Menceceh...

Assalamualaikum.....

Seronoknya baca cerita raya kawan2. Maaflah, kita tak dapat tinggalkan komen. Entry dan surfing dr fon jer. Itupun susah sebab kat rumah kami line internet dan celcom agak nyawa2 ikan dalam sinki dapur menunggu untuk disiang.

Minggu ni minggu physio. Sementara tunggu elektrik treatment ni, bolehlah update sikit. Lepas ni baru start exercisenya.

Nak attach gambar memang tak reti la...sorry yer.

Basically mc sampai selasa minggu depan. After that dah boleh rock n roll, baby!

Ok...dah habis menceceh.

.

Rabu, 6 Ogos 2014

Hari Raya Ke-2

Assalamualaikum.....

Macam biasa, pagi2 kena gerak ke Kuala Pilah, kampung ayah. Ziarah kubur arwah wan dan atok. Kemudian kami teruskan ke rumah adik beradik ayah. Masa ni lah dapat jumpa sepupu2 dan anak2 buah yang ramai2 tu.

Tahun ni kita rasa happy. Alhamdulillah, nampaknya semua dah mula berjaga2. Sepupu...pakcik..2 pupu semuanya menjaga aurat. Yang bukan muhrim kami saling tersenyum dan memberi ucapan. Tiada salam-salaman. Kalau tidak dulu2, jenuh jugalah kita nak menjaga. Yer lah...masing2 konon ingat saudara, macam adik beradik, so hulur jer tangan bersalaman. Serba salah dibuatnya...

The ladies in the family

Rumah Mak Ngah ialah rumah pertama. Apa lagi, kami pulun makan habis2an kat sini. Merangkap breakfast la sekali. Selain juadah raya, ada juga nasi goreng kampung dengan cekodok cicah sambal sardin. Mak oii, terbaikkkk pagi2 raya sarapan macam tu.

Habis 5 rumah pada jam 12.00 tengah hari. Memang pantas betul la...ala2 touch n go jer. Kita pula nak segera gerak ke rumah nenek saudara hubby di Sg Buluh....

Kami bertolak dari Kuala Pilah pukul 12.30 tengah hari dan tiba di Sg Buluh ngam2 azan Asar sedang berkumandang. Ya Allah...jem teruk highway.

Tapi selesai juga..... Alhamdulillah....

.


Selasa, 5 Ogos 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum.....


This is us....

I do not feel like celebrating anything this year. Even Mommy did not prepare dishes as she used to do since 40 years ago. She cooked only for us to eat as our daily routine. We miss Ba so much....

Rain poured heavily that morning. Hubby went to the mosque with the boys in that rain. They reached home at about 9.00 am and we went to visit Ba. We had our meal after that, took some pictures and guests started to come. It was a non-stop activity. We entertained guests until 4.30pm. When my brother in law arrived at last with his family, we departed to my hometown in PD. We were supposed to reach PD within 1 hour time, but I couldn't made it. I was too tired, hubby was too tired too. Hubby let me drive. But I managed to drove half-way when I finally surrendered and stop the car by the road side to take a nap.

We reached PD just before 7.00pm. I hugged and kissed my parents....eat some rendang with kuah kacang and sambal goreng Jawa. Mak cooked the most delicious sambal goreng with ayah as the Quality Assurance director...hahahahha.

We proceed to visit uncles and aunties houses and settled down around midnight.

Sorry, no food pictures this year.

.

Isnin, 4 Ogos 2014

Sambutan Birthday di Malam Raya

Assalamualaikum.....

Dah boleh start cerita pasal raya ke? Bloggers dah back in action kan? Barulah best nak kongsi2 kisah raya kan.... Minggu lepas lemau jer.... Tak nak lah share pasal raya lagi...

Tahun ni kami mulakan raya di Melaka. Kebetulan, hari terakhir puasa tu adalah birthday Mommy. Since masih berpuasa and malamnya pula sibuk memasak untuk raya, maka kami belikan kek saja untuk menandakan bahawa kami tak pernah lupa birthday Mommy walaupun Ba dah tak ada.


Beli carrot cake di Secret Recipe jer. Nak beli cheese cake atau yang chocolate2 ni, Mommy tak berapa suka. Kita harap Mommy suka...

 Mula2 bergambar dulu. Selepas solat Maghrib, dah buka dah makan, mari bergambar dulu...

Kita suka tengok Mommy senyum lebar macam ni.... Adam dan Firdaus bersiap nak ke surau. Lepas Isya' mereka join group surau pergi takbir di kawasan perumahan ni. Adam pakai baju Melayu arwah atuknya. Sedang elok jer dia pakai. Sayu pulak rasa. Raya pertama tanpa Ba...sangat terasa kehilangan itu. Tapi tak ada sesiapa pun yang bersuara. Semuanya diam dan pendam dalam hati agar tidak menimbulkan mood sedih.

Alhamdulillah, semua orang suka kek tu. Rupa2nya mereka tak tau pun SR ada carrot cake macam tu...dek kerana popularity kek2 lain. Mommy pun suka kek tu juga. Ada fruits, ada carrot dan ada kekacang. Sedap kan....

Okey...nanti baru cerita pasal raya pula yer. Ni, intro jer ni...


.

Sabtu, 2 Ogos 2014

Kesan Terjatuh

Assalamualaikum.....

Ingat tak entry yang kita jatuh tu? Alhamdulillah ankle yg terkehel tu dah semakin elok. Boleh berjalan dah. Tapi lutut pula sakit. Mula2 ingatkan sakit biasa, tapi makin hari makin sakit sampai jalan terdengkot2. Bila drive, dampai menangis menahan sakit pijak pedal minyak.

Khamis tu tak tahan betul. Duduk pun sakit, baring pun sakit sampai mengalir air mata. So Jumaat semlm kita gigihkan juga drive ke hospital utk dapatkan ubat yang lebih baik. Iyerlah, dah pergi 3 klinik tapi x elok juga.

Discuss dgn doktor, kita pun check in la kat Pantai Ayer Keroh ni. Semalam juga buat MRI, dapatlah detect ligamen yg terkoyak. Fuh...syukur kita pergi hospital juga.

So, mari beraya di hospital lagi kekdahnya tahun ni.....