Ahad, 31 Julai 2011

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum.....

credit to google

Sempena tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja yang mengenali diri kita, baik secara zahir mahupun sekadar di alam maya.

Sama-samalah kita semua merebut peluang ibadah yang hanya tiba sekali dalam setahun ini. Semoga kita semua akan sama-sama menghidupkan suasana Ramadhan.

Amiinn...

P/S : Doakan kita puasa penuh ekkk...

Jumaat, 29 Julai 2011

Rancanganku DiHujung Minggu..Menjelang Ramadhan..

Assalamualaikum.....

Lulu buat segmen. First time nak join segmen Lulu... Err....Lulu nak tau kita plan apa weekend nie kan..heheheh

Lulu...plan akak x bnyk beza kot. Sama mcm weekend yang biasa.
Sabtu pagi, kol 4, pick-up hubby kat Malacca Central. Then, breakfast anak beranak. Maybe merangkap lunch la kot. Rehat kejap. Petang pulak hantar anak bujang tu ke karate class. Lepas tu balik rumah MIL. Maybe mlm nak special dinner outside sket sempena birthday celebration MIL.
Sunday plak kemas2 rumah. Lunch rumah MIL. Hantar Adam balik PD dan straight ke Kuantan hantar hubby. Monday morning, lepas sahur, boleh gerak ke KL untuk bekerja.

Oppss.., jangan ikut lifestyle ini. Sgt tidak menyihatkan yer..

Oh yer..ada sesiapa yang naik join, sila klik sini yer. Cik Lulu nie sangat friendly...


P/S : Yess..masih bertahan di waktu ini. Semoga akan mampu terus mendaki bukit untuk mencapai stereng kereta petang karang... Amiin.

Tidak terdaya

Assalamualaikum.....

Hari nie sebenarnya rasa sangat tidak terdaya. Kita perlukan rehat dan tidur yang cukup. Tolonglahhhh....

Awal minggu nie kita tak sihat dan sepatutnya perlu berhati2 lagi. Tapi Rabu balik PD sebab rasa sangat tak sihat. Takutlah kalau kita dok KL, pengsan sensorang, tak ada sesiapa notice. Konon nak berehat malam tu.

Tapi, sepanjang malam tidur asyik diganggu dengan peristiwa yang tidak terduga. Maka dengan kaki yang longlai, kita heret diri (bersama selimut) meredah malam ke sana dan kesini.

Malam esoknya pula (malam tadilah kiranya) kita terpaksa korbankan waktu rehat dan tidur lagi kerana sesuatu.

Pagi tadi dengan daya yang tinggal sedikit, kita meredah hujan lebat yang mencurah di Seremban dan juga melalui jalan-jalan yang ditenggelami air dengan doa yang tidak putus agar kereta kita terus bergerak dan tidak tersadai seperti beberapa biji yang bernasib malang ke KL untuk menyambung kerja.

Malangnya, tgh hari tadi kita tewas. Rasanya dah kering tenaga. Longlai di petak kerja kita...

Ini pun, nak menunngu penghujung waktu kerja, rasa macam nak terburai segala isi bodi (kalau boleh kan bagus..boleh kurus..hehehe). Sakitnya segala organ badan. Tambah sekait bila mengenangkan jalan raya menghala ke selatan yang confirm..pasti sesak dengan umat Islam yang balik kampung untuk berpuasa bersama keluarga tercinta.

Nak pick up SIL kat Serdang dulu. Pastuh ke PD utk pick-up Adam. Kendian ke Melaka. Jam 4 pagi esok pick-up hubby kat Melaka Sentral plak. Seterusnya...Allhua'lam.

Allah...selamatkanlah perjalananku yang masih panjang lagi ini. Amiin.

TAHNIAH HARIMAU MALAYA

Assalamualaikum.....

Cakaplah apa saja....kita tetap dengan pendirian bahawa kekalahan malam tadi sebenarnya kemenangan. Jangan kecewa kerana kita semua tahu apa kebenarannya...

MERDEKA..!!!!

Khamis, 28 Julai 2011

SELAMAT BERJUANG !

Assalamualaikum.....

Topik yang paling hangat dibincangkan pada hari ini. Perkara yang paling membimbangkan rakyat Malaysia pada hari ini.

Khabarnya, mereka akan turun dengan jersi biru..? Birukah, kuningkah, tetap warna Jalur Gemilang.

Harapnya mereka tidak sekadar 'tunjuk taring', tapi bahamlah pasukan lawan dengan semangat waja, dengan kebijaksanaan mutlak dan dengan berhati-hati. Pertarungan malam ini harus ikhlas.

Penyokong2 sekalian, bakarlah semangat pejuang negara ini.

Jangan memalukan mereka dengan berkelakuan seperti orang tidak bertamadun. Ianya pasti akan menjadikan mereka kucing di atas padang.

Doa dan kematangan harus dipersembahkan dalam sokongan anda sekalian.

Perjuangan ini adalah perjuangan MALAYSIA.

Rabu, 27 Julai 2011

He said : Potong Jer.....

Assalamualaikum.....

I was not in good condition days before.

This is how exactly I felt (and feel). Even the office floor seems like moving. Doc gave me MC for 2 days since Monday. I stayed in bed whole day. Hubby will have to pick me up every day for dinner.

Maybe due to hectic weekend, jumble up schedule and lack of rest, top up with the hot and dry weather in Malacca, my tonsils got infected. Can see big ulcers at my throat. I can't drink and eat which caused the dehydrations.

Adam said and has been saying many times : Hah..tunggu apa lagi? Potongg jer maa.... Mama suruh Adam potong tonsil, tapi mama sendiri takut nak potong.

YESSS!!! Takuttt... The thoughts were so scary. Adult and children's tonsil removal situations are totally different. It was so awful for adults. I've seen it many times. But children take it more easier.

Sigh...I hope there won't be any more tonsilitis attacks esp during Ramadhan. Aminn...

Ahad, 24 Julai 2011

Orang cakap....

Assalamualaikum.....

credit to google



Ada orang cakap, kalau bulu mata kita gugur, tandanya ada orang rindu kat kita. Betul ke?

Ada orang cakap, kalau bulu mata gugur kita letak kat rambut, tandanya kita ubati rindu tu. Betul ke?

Ada budak-budak cakap, kalau letak bulu mata kat rambut, mujarab untuk cepat panjangkan rambut. Betul ke?

Jumaat, 22 Julai 2011

BW Segmen Ben dan HELLO..

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...syukurr dah kenyang. Burpp. Opss...sorry yer, tak jemput sbb dah lapar sangat. Hari nie kerja dari pg non-stop. Orang dah balik Solat Jumaat baru we all ada kesempatan nak gie makan. Bukan apa. Hari nie siapkan urusan pengiraan dan pemberitahuan kenaikan gaji pada staffs. Ada yang dapat naik pangkat. Tahniah kepada yang berusaha.

Anyway, sesambil menunggu surat keluar dari printer, sesambil mengira, sempat la juga selit-selitkan dengan lawatan muhibbah kepada blogger2 yang sudi singgah sini. Alhamdulillah...selesai dah semua. Ada la lebih kurang 10% yang kita tak boleh nak masuk blog dia sbb x tinggalkan address dan profile pun diorang tak sharekan pada public. Jadi, kalau ada yang mcm tu, silalah tinggalkan url anda yer. Mudah kita melawat2 dan memberi pendapat.

Kepada follower2 baru kita, selamat datang ke dunia kita. Terima kasih kerana sudi berkawan. Bila follow maknanya berkawan kan sebab kita sentiasa update story sesama kita.

Sekadar pengenalan diri, kita dah mencecah umur 35 tahun, berkahwin dan ada seorang anak yang berusia 9 tahun. Bahasakan diri 'kita' sebab dulu guna aku, tapi rasa kurang sopan pada pembaca yang lebih berusia dan juga contoh yang tidak baik pada adik2. Nak bahasakan diri akak...kang x sesuai pada yang tak muda dari kita plak. Nak guna saya, aduhhh sangatlah skemanya. Thus, 'kita' adalah ganti diri yang kita rasa paling selesa.

Oh, anyway, kita adalah weekend family. Location kami sekeluarga adalah seperti berikut :
Melaka : Sbb family in law kat situ and dulu hubby keje sana. I fell in love with Malacca juga so we decided to settle down di sana. Thus, we bought house in Malacca and of course kena selalu jenguk. But sort of sarang yang selesa kalau balik Melaka tu.
KL : I've been studying and working in KL since almost 20 years ago. Fine, I am a single lady in KL.
Port Dickson : My son staying there with my parents. Sekolah pun kat situ. My son is the eldest grandchild for my parents. So, susah sangat nak ambil dia. Macam2 alasan my parents bagi nak jaga cucu yang sorang nie. Tapi, it's a bless. Senang hati bila mak sendiri jaga. Tak jauh sgt. Bila rasa nak balik, boleh balik. And kerja kita pun x menentu. Nak jaga prestasi kerja, sometimes sampai 12 jam sehari. Kalau anak tinggal dgn kita, bila nak ajar dia buat homework, sekolah agama, tuition, attention and others.
Kuantan : yeap, hubby baru tukar company dan took up offer in Kuantan. So, either dia balik Melaka, or kita ke Kuantan.

So, weekend kita biasanya sangat pack, padat dan penuh. Nak maximisekan masa untuk hubby, anak, parents, parents in law, siblings, siblings in law, neighbour, rumah, pokok2 buah, kereta dan bermacam2 lagilah.

Sounds hectic kan. Cuma hopefully tak berjangkit la kekecohan di dunia sebenar dengan dunia blog.

So, sekali lagi...welcome everybody. Silalah jamu selera yer. Oh..self service yer kat sini....

Nice Fresh Windy Morning

Assalamualaikum.....




credit to google


How are you guys? I woke up fresh this morning. It's Friday!!! Yey..!!! Can go back to Port Dickson and meet my son. Can hug him and kiss him endlessly....

Prepared early than usual to work today. And the weather is nice. It's cloudy and windy and it's cool. Looks like it's going to rain, but I like it. I know some people do not like rainy days and some do not like sunny days but I do know a lot who always complain. Whether its sunny or rainy, they will still complain. What is wrong with these people? Oh right. They do not know how to say : Thank you Allah.

So, if it's sunny, we can dry up our clothes outside and if its rain, we can enjoy the intimacy of family bonding. It's cold, so sort of sticking everyone together while enjoying the hot cups of coffee with cekodok pisang (always about food eh..).

The message :
1. Be thankful. Bersyukurlah...
2. Extract positive elements in everything. You will dig out the happiness and smiles from your heart.

Happy Friday friends.....  I love you all... (ceh..macam artis ek..)

Khamis, 21 Julai 2011

Award : Stylish Blogger

Assalamualaikum.....

Waaa...kawan baik kita bagi award la. Alahai Pn Rahmah..layak ke saya nie terima award. Terima kasih banyak-banyak. Awak memang seorang kawan yang baik dan ikhlas.. Semoga kita akan terus bersahabat walaupun jauh di mata...huhuhu.. ( awak..postpone la..postpone la...)

Kita dapat dari blog Bla Bla Blub Blub...hehehe..menarik kan? Memang menarik..sila terjah beliau.

Ada tag la...kita nak tag. Kita tak ramai rakan-rakan blogger. Namun, terimalah seadanya sebab kita bagi dengan iklhas.

1.) Dd
2.) its my life!!!!
3.) Akak Nora Berkisah
4.) Cahaya Kewanitaan
5.) Blog Anak Jawer

Silalah terima yer. Jangan lupa tagkan pada kawan2 lain...

Kehilangan Itu Amat Menyedihkan...

Assalamualaikum.....

Kita macam biasa...bw kat blog2 yang kita follow. Salah satunya ialah blog Lydiamiza. Tapi entry terbarunya merujuk kepada entry Pinky Momma. Satu kenyataan perit yang harus dihadapi. Tak terkata. Hanya air mata yang menceritakan segalanya....

Blog Atok Kena Kutuk?

Assalamualaikum.....

Sebenarnya dah lama atok suruh, tapi kita buat tak reti jer. Sebab Atok soh kita kutuk blog dia reramai. Siap bagi hadiah tau kalau ada yang kutuk kaw2 punyer. Tak caya, cuba tengok kat sini.

Tapi tak sampai hati la pulak. Tengok banner pun cukup la...


Kesian kan...

Tapi tok, mintak mahap la...tak dapek den nak menipu diri sendiri. Yo laa kan.... den takdo apo nak kutuk kek blog atok tu. Sumo eii dah hokey. Tapi den takut atok nangih... meh la den list downkan satu duo yg tak berapo nak best kek situ yo... Ini ikut selero den nie yoo...kok orang lain muntah hijau, tak koso den nak layan...

1.) Kaler template macam kaler gomen ( tau la atok nie oghang ado pencen..)
2.) Entry satu page tu satuuu yoo..buek laa bebanyak sikit. Ompek ko..limo ko... Bukan apo..maleh den nak bukak page sesatu...
3.) Menyampah boto bilo gambar cucu atok si Suhami tu kuar, mato eii asyik 'buto' yo..Sian kek dio...

Ha..tu yo. Lenlain mmg takdo...den mmg gomar menjongah atok. Dun worry yo...

Pergh...dapek ko tidak fm tu agak eh....

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Assalamualaikum.....


Ben buat segmen lagi..yeyyyy. Banyak sungguh dah segmen Ben yang kita join...

Segmen nie untuk cari blog baru. Blog kita tak baru..dah few years, tapi kita baru mula aktif. Boleh kira sekali tak? Tak pedulilah...kira ker tak..nak join juga la yer Ben....

Silalah jamu pembacaan anda dengan singgah di blog ini. Kita cuma mencuba menzahirkan diri kita di alam maya melalui blog ini.

Salam perkenalan semua.

Oh yer...sila klik sini untuk join...

Rabu, 20 Julai 2011

"Aku Blogger Baru La Bang!!"

Assalamualaikum.....

Tergerak pulak hati nak join segmen Hasrul Hassan dari blog Bangku Kosong. Tarikh tutup petang nie...ngeeee.... Buat segera..segera..segera...


•Buat satu entri dengan tajuk berikut: "Aku Blogger Baru La Bang!!"
- Ok dah buat....

•Letak header blog Bangku Kosong dalam apa jua versi yang anda suka ...



•Lepas tu, jawab beberapa soalan ini:

◦Nama blogger dan nama blog
Jawapan : Nama saya Aziela dan nama blog ialah My Rainbow

◦Tarikh atau tahun pertama kali berblog
Jawapan : 7hb Mac 2008
◦Entri paling popular
Jawapan : Rasanya2nya kan = Report on My Child's Tonsil Removal

◦Widget paling best
Jawapan : Sungguh...saya tak ada widget best! Apa yang saya sayang ialah 'jiran sepagar' saya dan bloglist saya.

◦Widget paling tak best
Jawapan : Errr...paling x best pun x ada sebab kalau x best, saya tak letak...hehehehe.

Lastly, sedikit ucapan ekk...
- Terima kasih jika ada sesiapa yang sudi membaca entry kita dalam blog nie. Kita cuba untuk tidak beremosi sangat dalam blog nie, tapi kita pun manusia. Sesekali, blog nielah medium utama yang kita paling selesa berkongsi rasa. Tujuan awal kita berblog adalah kerana kita suka nak berkongsi kisah kita dengan rakan-rakan rapat. Asalnya bila kita terjumpa semula seorang rakan lama masa study dan bila tanya tentang perkembangan hidupnya, beliau minta kita baca kisah2 beliau di blognya. Kita rasa kembali rapat dan kembali masuk di dalam lingkungan hidupnya bila membaca kisah di blognya. Ada satu faedah yang nyata dan jelas dalam penubuhan blog.
  Seterusnya bila kita sedar tentang kekuatan kuasa blog, kita perluaskan lagi skop entry dengan pengalaman2 kita yang x seberapa. Walaupun sedikit, mungkin ianya membantu seseorang di sana atau sini dan bila2 saja. Selain itu, semoga keikhlasan kita dalam berblog dan berkongsi sekelumit ilmu duiniawi ini akan menambahkan kenalan di alam maya.
  Kita tak offer fun and happy entry all the times, namun kita rasa cukup berterima kasih kiranya entry kita mampu meninggalkan secubit rasa di kalangan pembaca.

Sekian, terima kasih. Nilailah seadanya En Hasrul Hassan. Saya terima dengan hati yang terbuka.

Selasa, 19 Julai 2011

Nak Tembak Babi Hutan, Tapi Tertembak Rakan Sendiri....

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Waa, lama sungguh kita tak update blog. Sebenarnya, lepas buat entry jerebu, memang kita yang jatuh sakit.Setelah cuba bertahan beberapa hari, akhirnya kita tewas juga dengan sakit kepala. Terpaksa jumpa doktor dan doktor nasihatkan berehat. Khamis hingga semalam. Mengikut kata doktor, kita jatuh sakit sebab terlalu banyak berfikir. ye ker? Ermm..kebelakangan nie, memang ada sedikit tekanan lebih di tempat kerja. Mungkin kerana itu.

Oleh kerana itu, semalam hubby balik kerja awal dan bawa kita jalan-jalan di kawasan Kuantan. Dia suruh kita tenangkan fikiran dan ambil udara segar. Hubby bawa kita ke Tanjung Selangor, Pahang. Duduk minum teh, sambil menonton orang memancing di jeti nelayan. Memang selalu ke situ. Udara nyaman dan kawasan amat mendamaikan.

Tapi semalam memang warung tepi jeti yang biasa tu penuh dengan orang. Kita dengan hubby buat tak peduli jer. Bila semua dah balik, baru owner warung lepak dengan we all pula dan bercerita. rupa-rupanya kisah seperti tajuk di atas. Cerita lanjut di blog Cik Lulu Caldina kita.

Kita nak tambah sikit. Ceritanya memang amat menarik. Kita buat dalam point la yer.
- Mereka beramai2 plan untuk tembak babi hutan yang banyak di kawsan itu kerana banyak tanaman yang musnah.
- Penembak dan mangsa sama-sama dalam pasukan RELA untuk bertahun-tahun lamanya. Jadi, mereka memang sangat arif dengan peraturan ketika prosedur menembak berlangsung.
- Tapi entah macam mana, semasa penembak menembak babi hutan, secara tiba2, mangsa berlari dan menghampiri babi hutan itu dan masuk di dalam perimeter larangan.
- Peluru menembusi sisi badan mangsa. Mengenai serpihan jantung dan terus menusuk ke paru-paru.
- Owner warung makan berada di dalam kelompok penembak dan dia berlari memangku mangsa dan menutup luka.
- Owner warung dan rakan bergegas menaiki pajero menghantar mangsa ke hospital Pekan, Pahang. Waktu biasa, perjalananan ambil masa 20 minit, tapi mereka tiba di hospital dalam masa 9 minit.
- Rakan-rakan mangsa sempat 'membawa' mangsa mengucapkan 2 kalimah syahadah sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir.
- Mangsa adalah pekerja sebuah kilang kenderaan di Pekan, Pahang.
- Mangsa berkelakuan ganjil dalam tempoh 24 jam sebelum kejadian. Contohnya, kelihatan seperti tergesa2 dan tidak sabar, mudah hilang sabar dan berkomunikasi lebih daripada biasa.
- Penembak bukan kali pertama menembak. Penembak di tahan reman dalam tempoh 24 jam sebelum dibebaskan selepas rakan-rakan lain selesai memberikan keterangan.
- Antara bahan bukti ialah sepasang kasut mangsa yang berlumuran lumpur.


Mereka-mereka yang terlibat dengan siasatan pergi dan datang di warung itu. Maka kita dengan hubby seronok memasang telinga. Kadang-kadang mereka bercerita kepada kami sama. Pasukan polis tiba antara 3-4 kereta petang semalam dan kelibat petugas kilang kenderaan mangsa turut tiba. Maybe HR nya datang membuat siasatan untuk laporan perjawatan dan insuran mungkin.

Kesimpulannya : Kemalangan boleh berlaku di mana2 dan pada bila2 masa. Betul lah.. AJAL DAN MAUT DI TANGAN TUHAN.

Al-Fatihah untuk mangsa...

Rabu, 13 Julai 2011

Tahap Ke'Jerebuan' Malaysia

Assalamualaikum.....

Apa khabar semuanya? Hmm..mesti ramai yang selsema, batuk-batuk, demam dan pening-pening kan. Yer la, pagi tadi kita dengar radio, hanya 30% sahaja kawasan dalam Malaysia yang udaranya bersih. Selainnya semua dilitupi jerebu sejak beberapa hari yang lepas.

Jadi, jagalah kesihatan anda dan anak-anak anda sekalian. Kalau ikutkan, dah bolehlah kalau nak spare face mask untuk keluarga. Spare kan dalam handbag kita supaya mudah dicapai bila keadaan memerlukan.


credit to google
Jangan lupa juga galakkan ahli keluarga dan diri kita juga untuk minum air masak dengan banyak. Kalau boleh, cubalah kurangkan ais.


Sebolehnya, kita banyakkan aktiviti di rumah dan elakkan daripada bercanda di tempat terbuka. Shopping complex adalah salah satu contoh tempat riadah yang menyihatkan. Nak lagi menyihatkan, sila bawa banker (suami2 sekalian) anda bersama-sama. Heheheh..jangan marah yer untuk pembaca kaum Adam. Tak apalah kan, asalkan keluarga sihat dan bahagia. Disamping tu, belilah stok2 makanan lebih sikit untuk mengelakkan keluar rumah selalu untuk membeli makanan kan.

Kita faham ada sesetengah orang tu belum ada peti ais jadi agak sukar nak menyimpan makanan. Gunalah kreativiti masing2. Pernah dulu MIL ada seorang bujang menyewa di rumah sebelah. Oleh kerana nak simpan ikan keli yang banyak tapi tak ada peti ais, maka dia biarkan ikan tu hidup dalam air yang berisi baldi. Setiap hari nak makan, dia tangkap dan siang. Ha, ciri2 orang berjimat. Kalau kita, ya ampun...lebih rela makan sardin dek nonnn...

Yang penting sekali, sentiasalah mengikuti perkembangan semasa. Manalah tahu, sekolah tutup ke, tak yah datang kerja ke sebab jerebu tebal kan..(horeeyyy).

Selamat berperang dengan jerebu..!!

Isnin, 11 Julai 2011

Kisah Seram : LPT

Assalamualaikum.....

Waa...buat apa tu? Nampak rilekk jer. Syukur, jangan susah2 hati yer.

Hmm, selain dari berkongsi percutian, tempat makan, buah fikiran dan juga sedikit ilmu, kita rasa macam nak memulakan perkongsian kisah seram pula la. Kisah seram yang kita tulis dalam blog ni, adalah sama ada dari pengalaman sendiri, mahupun pengalaman insan2 yang dekat diri kita. Tak ada copy paste punya. REAL punya bebeh....

Untuk hari nie, kita nak kongsikan pengalaman pelik dan seram di LPT. LPT ialah Lebuhraya Pantai Timur. Seperti sedia maklum, hubby kita ada di Kuantan. Jadi, memang sering benar kita pergi kerja di KL nie daripada Kuantan nun di sana.

Pada suatu pagi Isnin, kita keluar dari rumah di Kuantan dalam pukul 4.30 pagi sebab nak sampai awal ke pejabat. Biasanya akan berhenti Subuh di Hentian Temerloh. Jadi, by the time masuk tol Gambang, jam dah menunjukkan pukul 5.00 pagi. Kita memandu seperti biasa. Tak pecut dan tak perlahan. Kelajuan di sekitar 100km sejam.

Tapi, beberapa minit selepas ambil tiket tol, lampu kereta kita menyuluh susuk tubuh satu lembaga yang melintas jalan dari kiri. Maksudnya, 'dia' dari tepi jalan di kiri dan melintas ke tengah divider yang mana mestilah tujuannya untuk melintas ke seberang sebelah kanan kita kan. Kalau ada yang biasa dengan lebuhraya nie, akan tahu kiri dan kanannya adalah hutan dan bukit bukau. Dan bukan kereta kita sebiji seketul sebuah saja yang lalu. Ada juga kereta-kereta lain berselisih yang menuju ke arah Terengganu. Jadi, pancaran cahaya lampu dari kereta kita dan kereta yang berselisih jelas menyuluh 'orang' ini. 2-3 saat kemudian, kita tiba di spot 'orang' itu melintas, tapi tiada apa-apa langsung. Kita sangat pasti sebab lepas 'orang' tu melintas, kita brek dan perlahankan kereta. Bimbang terlanggar. Tapi memang tak ada orang langsung. Mustahil dia boleh disappear sepantas itu. Dan tiada apa-apa kenderaan atau pun bangunan di sekitar kawasan itu. Yang ada hanyalah lebh raya yang diapit oleh belukar tebal di samping bukit bukau dan lurah. Secara tiba-tiba kita terus rasa seram sejuk. Kita pecut kereta dan teruskan perjalanan dengan iringin Ayat Kursi. Setibanya kita di Hentian Gambang, kita terus lepak di Petronas sementara menunggu Subuh dan hari terang sedikit sebab di petronas jer yang nampak meriah dengan pekerja-pekerjanya.

Sejak dari hari itu, kita tak pernah berani lagi bertolak lebih awal dari azan Subuh. Biarlah lewat sedikit masuk pejabat, asalkan selamat...

Anda semua macam mana? Ada pengalaman menarik nak dikongsi untuk sekitar kawasan LPT nie?

Entry Ini Menarik..!

Assalamualaikum.....

Tak payah cerita banyak...boleh baca di sini . Terutama sekali kepada kaum wanita, meamng penting... untuk menjaga nilai kewanitaan kita secara total...

Sila baca...

Dapat Award Beautiful...

Assalamualaikum.....





Waa..Dd kasik award la kat kita..hik..hik..hik... TQ Dd.. I lap u....

Tapi ada assignment. Dah lama tak dapat award dengan assignment ek. Takper...demi mu award..eh...demi mu Dd...kita turutkan jua....

7 perkara tentang kita yang orang belum tahu ekk?

Err... kita rasa kita bgtau semua dah. Kita cubalah yer...

1. Masa kita kecik2 dulu, kita sangat kurus. Kurus giler, sampai kawan2 mak kat tempat kerja cakap kita macam BANGAU. Sebab sangat kurus, tinggi dan leher panjang.

2. Badan start meningkat naik sedikit demi sedikit masa dok asrama Form 1. Maybe sebab kena ikut peraturan. Sehari sampai 6 kali kena makan di dewan makan. Kat rumah, ikut suka tekak jer. Kalau 2 kali ke, 3 kali ke..nenek tak marah...hehehehe.

3. Kita start jadi GEMUK masa Form 4. Sebabnya cuti tunggu result SRP lama sangat kat rumah dan secara rasminya kita adalah Kitchen Manager kat rumah nenek. Walaupun masak pakai dapur kayu, tapi 24jam dikelilingi makanan. Sampaikan masuk Form 4 jer, ada ustaz kita terperanjat sangat sampai dia jerit dari seberang padang sekolah yang besar tu.. "Azila??!!!! Kenapa awak jadi gemukk..??!!". Hehehehhe....bermulalah episod tidak kurus dalam hidup kita.

4. Kita disahkan menghidap PCOS pada tahun 2007. PCOS adalah ketidakstabilan hormon pada seseorang wanita. Ianya juga penyumbang kepada kegemukan kita...huhuhuhu.

5. Oleh kerana PCOS dan tidak mendapat rehat yang secukupnya maka tepat pada birthday kita tahun 2010, kita disahkan menghidap Diabetes Type 2. Ini adalah satu kesedihan maksima dalam kehidupan kita. Sampai sekarang masih belum overcome lagi. Rasa seperti at the end of the world. Lagi sedih sebab kita bukanlah peminat makanan atau minuman yang manis. Tambahan lagi, kita sangat memerlukan 4 liter air kosong untuk diminum setiap hari. Jadi sangat sedih sebab cara hidup kita bukan xtravaganza dengan gula...

6. Kita sangat teringin nak hubby bawak ke tempat dia belajar di Jepun dulu.

7. Kita suka mandi laut, berenang kat laut dan tidur terapung atas air laut...

Ok cukup.

yess...kita plak nak tag orang.

1. Rahmah Ram Ram

2. Atok Apo2 Yolah

3. Aura Jari Nora

4. Cahaya Kewanitaan

5. Gadis Bunga

Aturannya : Ceritakan 7 perkara tentang diri anda yang belum diketahui pembaca blog...heheheh...

Sabtu, 9 Julai 2011

Adam's Birthday Celebration 2011

Assalamualaikum.....

So, here comes June again. Last year we celebrated Adam's birthday in Port Dickson. And this year it had to be in Malacca. To be fair to both sides of grandparents. Oh, you can read about last year's celebration here which I think the most happening birthday party ever in my family.

So, this year's celebration will be a private family celebration. He has to share his celebration with his Mak Su, which is my sister-in-law. Adam's is on 9th and the Mak Su's is on 29th.

However, to be fair I asked my sister to help me by buying a cake for him and blow the candle on the beach. My PD's family was having a get away at the Pengkalan Balak's beach during the school holiday. That was on the 7th of June. They rented a few chalets and enjoy the sea under the sun. That cake also Adam has to share with my cousin (a.k.a. Adam's uncle) Iwan who shares the same date of birthday.

So, on 25th of June, me and hubby used our free 1 night stay voucher at Renaissance Hotel in Malacca for parents in law and birthday boy and girl to stay and enjoy the facilities.


Ain and Adam, birthday owners with Malacca river as the background


Adam and Firdaus as usual. 2 buddies with different personalities, enjoy the same wildness.
 We were given a big room at the 18th floor. Though I've been in Malacca for many years, but this is the first time ever I viewed the beautiful scenery. Ok guys...I really think you should go and visit Malacca. It's soo different from at least 5 years back in time. Look at this. You can even see the boat cruising the river all the time.


Ok, let's drop about the view.

We had a formal dinner that night at the Italian restaurant.


Birthday cake was as usual complimentary from the hotel. Everybody pick one menu and we received a big plate of food each. I and my mother in law couldn't finish our food.

When everyone has set place and food arrives, the restaurant's manager called the singer and musician to sing the birthday song.


It's dark eh? Well, I make use of whatever gadget that I have. At least I have the pictures...hehehehe.

Adam spent the evening before that with Firdaus at the pool and they continued the swimming session on the next morning. He fell asleep that nite in the hotel and had to share the bed with Firdaus. Me and hubby went back to our home sweet home.

Adam,
Happy Birthday sayang. Mama and papa loves you without boundaries. Do remember the sweet memories that we painted together.

Jumaat, 8 Julai 2011

Bengkel : Menangani Masalah Disiplin Pekerja

Assalamualaikum....

Apa khabar semua hari ini? Makin lama, makin dekat dengan bulan Ramadhan kan. Ada perubahan tak agaknya kualiti diri kita hari ini berbanding dengan hari ini tahun lepas? Kalau ada perubahan lebih baik, Alhamdulillah. Kalau menurun, atau tiada perubahan, apa kata kita mula mengorak langkah sekarang.

Ok, kita nak cerita tentang kehadiran kita pada kursus seperti yang ada di tajuk entry ini.

 Seperti yang tertera, bengkel ini adalah anjuran daripada Jabatan Tenaga Kerja Malaysia. Atau dulu kala lebih dikenali dengan nama Jabatan Buruh.

Ilmu ini penting untuk semua. Tak kiralah sama ada anda pelajar, petugas tetap, kontrak mahupun sementara, ataupun anda sekadar suri rumah. Sebab ilmu ini kalaupun tidak digunakan untuk diri sendiri, mungkin boleh membantu orang-orang yang dekat di dalam hidup kita. Tak ramai yang nak ambil pusing perkara nie dan sangat ramai yang tak tahu. Akibatnya, bila terjadinya bencana, kita tak tahu bagaimana nak mempertahankan hak kita sebagai pekerja. Dan lebih sakit bila kita canangkan pada seluruh dunia yang kita dianiaya, dizalimi dan menjadi mangsa keadaan. Sedangkan kita tak punya ilmu itu dan orang yang berilmu itu hanya mentertawakan kebodohan kita dalam hati mereka kerana tak sampai hati nak berterus terang tentang kejahilan kita.

Wah, panjang pula entry kita hari ini kan. Erm, tak apalah. Daripada menulis dengan kawalan jumlah perkataan yang mungkin tak berjaya menyampaikan maksud, biarlah panjang sedikit asalkan jelas dan terang.

Bengkel ini khas untuk wakil majikan tentang cara yang betul menangani masalah disiplin pekerja dan prosedur yang harus diikut bagi menjayakan satu siasatan dalaman. Sekiranya ada prosedur yang tertinggal, maka secara otomatik ia akan jadi pincang dan akan menyebabkan kegagalan di dalam tuntutan mahkamah di kemudian hari.

Tengok, bilamana kita sebut tentang 'wakil majikan' bermakna Jabatan Tenaga Kerja telah mengenal pasti bahawa masih ramai lagi wakil majikan yang kurang ariff tentang ilmu ini. Kalaulah wakil majikan pun x berapa pasti, apatah lagi anda semua yang sememangnya petugas rakyat jelata.

Walaubagaimanapun, sekiranya terjadi sesuatu kes salah laku di tempat kerja, tak kiralah besar atau kecil, majikan TAK BOLEH BUANG pekerja serta merta! Ini kerana, tidak semestinya pekerja itu bersalah. Perlu siasat secara terperinci bersama bukti-bukti yang jelas, nyata dan kukuh, baru boleh di ambil tindakan. Ini kecualilah kes yang melibatkan dadah. Sebaik saja ujian air kencing mengesahkan penyalahgunaan dadah, maka petugas boleh dibuang serta merta seperti mana yang termaktub di dalam polisi syarikat terbabit.

Ok, mari kita fokuskan kepada langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat kes salah laku.

1. Jabatan Sumber Manusia menerima laporan tentang salah laku yang telah berlaku secara BERTULIS. Tolong jangan gunakan e-mail, sms atau blog walaupun tetap dalam penulisan. Buat masa ini, bukti kukuh yang digunakan dalam mahkamah iaitu melalui surat yang ditandatangani. Laporan ini boleh dikeluarkan oleh Ketua Jabatan terbabit. Dan sekiranya Ketua Jabatan tiada semasa salah laku berlaku, ianya hendaklah diterima dari orang bawahannya sebelum dimajukan ke Jabatan Sumber Manusia. Di dalam laporan haruslah disertakan maklumat-maklumat berikut :
          - Tarikh, hari dan waktu
          - Lokasi kejadian
          - Butiran petugas yang terlibat
          - Penerangan kejadian
          - Rujukan laporan
2.) Jabatan Sumber Manusia akan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (Show Cause Letter) kepada tertuduh yang terbabit dan mohon penjelasan dan jawapan BERTULIS dalam tempoh 5 hari bekerja (boleh juga pendekkan atau panjangkan sedikit, tapi sebaiknya jangan lebih dari 7 hari).

3.) Menerima jawapan dari tertuduh dan buat keputusan. Sekiranya masih menimbulkan keraguan dan tiada penjelasan, ataupun ada pengakuan bersalah, maka diteruskan dengan Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry). Sekiranya jawapan adalah memuaskan, jelas, terang dan tidak bersalah, maka kes akan di tutup.

4.) Sekiranya meneruskan dengan Siasatan Dalaman, maka Jabatan Sumber Manusia akan memberi surat pemberitahuan akan tarikh DI tersebut akan diadakan. tertuduh juga boleh mebawa saksi-saksinya sendiri ataupun membawa wakilnya dari Kesatuan Pekerja iaitu Union (sekiranya ada). Sekiranya tertuduh ingin membawa saksi dan Union, harus dimaklumkan secara bertulis kepada Jabatan Sumber Manusia.

5.) Proses DI akan dijalankan. Pihak syarikat akan melantik 2 atau lebih ahli panel  untuk membicarakan tertuduh dengan tuduhan yang dikenakan. Ahli panel mestilah yang berpangkat lebih tinggi dari tertuduh dan juga yang tidak terlibat dengan kes pertuduhan untuk mengelakkan 'bias' atau berat sebelah.

6.) Sekiranya tertuduh tidak memberikan kerjasama seperti tidak hadir dan sebagainya, maka DI akan diteruskan seperti biasa walaupun tanpa kehadiran tertuduh dan  keputusan akan dibuat daripadanya.

Jadi, adalah penting untuk petugas yang disabitkan kesalahan untuk hadir. Sangat penting untuk mempertahankan diri.

TETAPI..., sekiranya keputusan tidak memihak kepada tertuduh dan tertuduh merasakan bahawa dia tidak dibicarakan dengan adil, maka dia boleh membuat tuntutan untuk meneruskannya di Pejabat Tenaga Kerja. Walaubagaimanapun, laporan dan makluman ke Pejabat JTK haruslah dibuat DALAM TEMPOH 30 HARI.

Ok, ada faham tak? Kalau nak cerita lagi, memang lagi panjang. Tetapi, sekadar pengetahuan am, bolehla untuk permulaan. Jangan tidak berilmu langsung pula kan. Ok, ini contoh pemandangan semasa Siasatan Dalaman berlangsung (yang diatas pentas).

Yang 2 di kanan ialah pihak tertuduh bersama wakilnya. Dikiri yang berdiri ialah wakil majikan bersama saksinya. Lelaki 3 orang ditengah ialah ahli panel termasuk Pengerusi dan seorang perempuan berbaju pink ialah setiausaha. Sementara seorang perempuan bertudung dihadapan panel ialah saksi yang sedang memberi keterangan.

Ok, rasanya ini dah cukup jelas untuk permulaan. Lagi sekali kita nak ingatkan. Segala bukti, laporan, dokumen dan sebagainya haruslah disimpan, bertulis dan ditandatangani bersama tandatangan saksi yang terlibat.

Ada soklan? Sila tanya. Kita pun tak berapa mahir, tapi kalau ada soalan, kita akan cuba cari jawapannya. (kalau dah pandai, tak derlah pergi bengkel nie kan..)

Salam 1 Malaysia....

Iklan Radio Bahasa Melayu Menjelekkan...

Assalamualaikum.....

Salam hari Jumaat untuk semuanya... Macam mana dengan ketiduran anda malam tadi? Nyenyak tak?

Ok, tajuk entry kali nie macam ganas yang amat kan. Keh..keh..keh... Sebenarnya tak teruk sangat pun.

Ok, anda semua perasan tak, kalau dengar sluran radio Bahasa Melayu, kadang-kadang ada iklannya yang menggunakan suara latar seolah-olah membaca skrip saja. Ada pula yang cuba menggunakan intonasi, tapi sangat tersasar dari intonasi sebenar percakapan. Contohnya, ada satu saluran radio yang popular nie, mengeluarkan iklan khidmat masyarakat mengenai bahayanya membiarkan anak-anak main air. Ayat dari ibu untuk memujuk anak yang menangis kerana nak main air, memang menyakitkan telinga.

"Bukan MAAAK tak kasi Amin main air, tapi.......".

Ok, ini satu contoh. Belum di kira contoh yang menggunakan anak2 kecil sebagai pelakon iklan radio. Iklan Bahasa Melayu, tapi intonasi dan sebutannya bukan Bahasa Melayu. Seperti cara bacaan di dalam murid darjah seolah2 mereka ini mebaca petikan yang disuruh oleh guru kelas.

Oh..tolongglahh!! Ini bisnes. Ini media. Ini BAHASA KEBANGSAAN..!! Ini BAHASA KEHIDUPAN kita sehari-hari. Tak peka langsungkah mereka yang terlibat dalam media elektronik zaman sekarang nie?

Kita cuma nak mohon agar semua rakyat dapat bersama-sama memeartabatkan Bahasa Melayu ini seadanya. Dahlah dipandang sepi, dicemarkan baik di dalam kehidupan sosial mahupun di dalam filem yang diangkat tinggi, ini media elektronik pula menjadi agen pencemaran bahasa...

Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang?

Khamis, 7 Julai 2011

Bro, Kasi Kritik Blog Gua Sikit, Bleh?

Assalamualaikum.....

Secara julung-julung kalinya, kita membuka hati dan bersedia untuk menerima kritik dari rakyat jelata sekalian. Dah alang-alang Ben buat segmen, ini mungkin peluang yang baik untuk kita di nilai melalui kritikan. Sila tinggalkan komen anda di entry ini mengenai blog kita dan kita akan membalas kunjungan anda dan membuat sedikit review tentang blog anda pula. Amacam? Kawan tolong kawan meh... Opss..jangan terburu-buru, sila ikut prosedur yang ditetapkan oleh Ben dan rujuk sini untuk mengetahui cara-caranya.

Profesional, Tapi Tak Senonoh...

Assalamualaikum.....

Sila rujuk gambar di atas berkenaan entry ini.

Kita attend satu brief workshop last month. Orang yang dalam gambar nie adalah salah seorang peserta. Dia duduk di barisan hadapan kita, tapi di hujung sebelah kanan kita. Masalahnya, dia nie kebetulan ada selsema. Dan sepanjang bengkel tu berlangsung, dia sentiasa memuzikkan sok sek sok sek selsema dia tanpa selindung-selindung. Dan yang paling rasa meloyakan tu, setiap tisu yang dia dah lap hingus tu, dia boleh kumpulkan atas meja dia sampai membukit dan menggunung dan penuh meja.

Kita percaya dia nie bukan sebarangan pangkat. Cara penampilan dia rasanya dia antara orang penting dalam syarikat dia. Tapi kenapa lah dibawanya sikap yang pengotor ini sekali...

Profesional... tapi bukan dalam segenap aspek. Jadi apa maknanya profesional itu sendiri...?

Rabu, 6 Julai 2011

Cantik nombor

Assalamualaikum.....

Err...nombor follower....jadik 123. Cantek kan? Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada followers semua tak kira baru atau lama. Kredit penghargaan tertinggi juga kepada Ben sebab sudi menganjurkan segmen yang membantu peningkatan rating blog kita. Terima kasih semua...

Darurat semasa BERSIH?

Assalamualaikum.....

Apa khabar pembaca blog kita yang tak seberapa nie? Rindu nak menulis, tapi off late nie agak sibuk sikit. Weekend yang baru lepas nie, kita menghadiri training di Berjaya Hills Resort dan sambung Seminar di PWTC pada hari Isnin. Badan rasa sangat penat. Nantilah, kalau ada masa lagi, boleh cerita panjang.

Now, nak cerita tentang BERSIH. Nothing much sementelah khabarannya ia dibatalkan untuk diadakan di jalanan pada hujung minggu nie. Baguslah tu. Bila pemimpin dan rakyat bertelagah, sekurangnya2 perintah Yang DiPertuan Agung masih lagi dihormati. Alhamdulillah, tanah ini masih lagi ada daulatnya. Namun perhimpunan tetap akan diteruskan, cuma tiada kepastian tentang pilihan lokasi. Mungkin di Stadium Merdeka dan dengar khabar juga, kerajaan Negeri Selangor menawarkan Stadium Shah Alam sebagai lokasi. Apa-apa juga keputusannya, terpulang kepada kita yang memegang status kerakyatan warganegara Malaysia untuk memilih. Kuasa di tangan kita semua.

Ok, mari kita pergi ke intipati entry. Sebenarnya kita baru saja dimaklumkan oleh aunty kita. Kita pernah cerita aunty kita ialah policewoman kan. So, dia yang memang sentiasa mengambil berat, berpesan dan minta menyampaikan kepada ahli keluarga dan rakan2. Katanya simpanlah stok makanan di rumah. Yang penting, makanan kering mesti ada. Contohnya seperti beras, tepung, minyak, telur, makanan dalam tin, dan lain-lain lagi. Ikutlah keperluan dan kreativiti masing-masing. Ini adalah kerana, setiap balai polis di Malaysia nie, telah memulakan operasi bilik gerakan sebagai langkah berjaga-jaga. Amaran yang dikeluarkan adalah level kuning sekarang. Maksudnya BERJAGA-JAGA.


Dah tentu perkara ini tak akan diwar-warkan oleh pihak media. Sekiranya dimaklumkan, mesti akan berlakunya situasi 'pembelian panik' di kalangan rakyat. Secara tak langsung, permintaan supply di pasaran akan meningkat melebihi penawaran dari pihak supplier. Apa kesannya murid-murid sekalian? Yeeee.....HARGA AKAN MELAMBUNG TINGGI.

Ok..jangan panik. Beratur, beli apa yang perlu sedikit demi sedikit. Bagi yang ada anak-anak kecil tu, kalau boleh siapkanlah supply susu lebih sedikit dari biasa. Yang pakai pampers pun boleh lah siapkan supply lebih di rumah. Selain pampers, apa salahnya siapkan kain lampin anggaran satu ke dua dozen. At least bila pampers habis, boleh juga guna kain lampin tu. Basuh, kering, pakai semula macam zaman kita kecik dulu2 tu.

Jangan lupa, kalau ada banyak simpanan di bank, keluarkanlah sedikit untuk kegunaan di masa kecemasan. Manalah tahu, kalau-kalau keadaan diisytiharkan darurat, mungkin pejabat-pejabat dan bank-bank akan terhenti operasinya. Maka kalau banyak sekalipun duit kita di bank, mana mungkin kita menggunakannya kan.

Ada lagi, mak kita selalu pesan. Walau apa keadaan sekalipun, setiap rumah MESTI ada simpanan air bersih. Kita tak tahu apa kemungkinan yang akan terjadi bila-bila masa. Hasilnya, di rumah kita dan adik beradik kita, at least mesti ada 2-3 tong atau baldi besar yang bertutup menyimpan air paip yang bersih. Kalaulah ada paip bocor tiba-tiba kan ker susah nak menguruskan diri kan? Jadi, kita rasa teknik menyimpan air bersih nie pun perlu ada untuk persiapan menjelang perhimpunan ini. Dah alang-alang menyimpan air bersih, apa salahnya sediakan lilin dan ubat nyamuk barang sebatang dua kan. Pastikan torchlight dirumah bersedia dengan bekalan bateri dan sebagainya.

Memang. Memang apa yang kita tulis dalam entry nie seolah-olah keadaan semakin meruncing dan menakutkan. Tak perlu takut dan panik. Tak perlu berlari-lari dan melaung-laung. Cukuplah sekadar membuat persediaan yang mencukupi dengan bijak dan tenang. Kita semua berdoa dan yakin tiada apa-apa yang akan berlaku. Tetapi mesti simpan sedikit untuk keraguan sekiranya masalah melanda.

Terpulang kepada interpretasi anda semua. Ini cuma peringatan seperti mana yang kita terima. Jadi kita kongsikan dengan rakan-rakan blogger sekalian.

Semoga ukhuwah kita akan terus terjalin....

Jumaat, 1 Julai 2011

Gegar Blog Julai 2011

Assalamualaikum.....

Ben buat gegar blog. Rasanya tak dapat nak partcipate secara komited, tapi tetap juga cuba nak memeriahkan persada blog tanah air.

Ben minta letak sedikit sebanyak coretan. Kita tak pandai menulis kata-kata hikmah. Anyway, hari ini kita belajar bahawa tiada siapa yang akan menolong diri kita seandainya kita sendiri tidak menolong diri sendiri. Sebenarnya dah macam2 contoh yang kita lalui sepanjang kehidupan, tapi hari nie kita betul2 insaf. Bagaimana nak menolong diri, itu terpulang kepada kemampuan dan perspektif masing-masing. Apa yang perlu ditolong? Juga berbeza dengan setiap individu. Cumanya, nawaitu untuk membaiki dan meningkatkan diri harus ada.

Oh yer, untuk gegar blog nie, Ben kata ada hadiah menarik. Kita pasti kita tak akan dapat dan kita akan tumpang rasa gembira kiranya ada rakan2 bloggers yang menang. Maklumlah, priority kehidupan berbeza bagi setiap manusia dan pada setiap peringkat umur.

Cuma, kita rasa seronok kiranya dapat berkealan dengan lebih ramai bloggers lagi. Banyak ilmu yang dikongsi oleh bloggers lain yang boleh kita manfaatkan dikemudian hari, dan mungkin ada sedikit selitan dari blog kita boleh memberi sedikit cahaya kepada yang memerlukan....

Jadi, sesiapa yang rasa nak join, sila klik sini.

Jangan uji kesabaran saya...!!!

Assalamualaikum.....

Marahhhhhh sangat nia tau. Hari Jumaat yang mulia nie pun nak cari pasal juga. Bengang la. Bila ada politik opis, dan bila ada orang yang bangang bekerja bersama dengan kita, lama-kelamaan darah, angin semua naik tauuuu.

Bangang bukan bermakna bodoh tak pandai sekolah. Bangang bermakna tak pedulikan orang lain, suka2 nak orang ikut perintah dia tanpa ikut prosedur yang ditetapkan dan suka2 nak salahkan orang lain. Orang yang lari dari tanggungjawab akan buat perangai macam nie.

Dia tau tak orang sekeliling semua menyampah dengan dia...????


Padan muka dia sebab kena tengking herdik dengan kita tadi. Dah lama betul bersabar. Hatta orang lain dah hilang sabar pun kita masih bersabar. Hari nie...semua sempadan kesabaran tu lupus sama sekali. Opss...tak lupus...ada sebaris kesabaran yang sangat sama2 masih bernyawa dalam jiwa kita. Nasib dia baik. Kalau tak...free jer terima carut marut dari kita. Nasib baik kita masih waras...tak macam dia..HILANG WARAS!!


(Sekadar melepaskan perasaan)