Isnin, 31 Oktober 2011

It Comes Back.....

Assalamualaikum.....

Alahai....dari pagi tadi saya baca beberapa blog yang kena tag dah. Seriaunyaaaa.... Sekali kena jugak daaa.... Ingatkan tak kena... Kena tag dengan jiran sepagar kita, a.k.a. BFF kita Pn Rahmah. Beliau dah jadi mangsa dulu. Maka haruslah berjangkit kan....

Baguslah juga kan. Untuk rakan2 baru, ini adalah antara ringkasan pengenalan diri yang empunya blog. Nak baca entry yang dulu2, dah tentu juling biji mata...et least ada tagging nie, sufficientla kot yer.

Ok Let's start.

RULES:

You must post these rules
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal
  • Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her
  • No tag back!
  • No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS "YOU LEGITIMATELY (a.k.a. REALLY, TRUST WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

 11 Information Blog Owner.

1. Married with 9 years old boy. Yeap..sorang jer... Jangan susulkan soklan lain pasal anak yer...
2. Weekend family. Jumpa anak dan hubby weekend jer. Kita di KL, Hubby kerja di Kuantan, anak sekolah di PD dengan my parents.
3. I am an independent woman. I drive around and settle things around by myself.
4. I feel secure and happy with working environments. Love to be in the office. Truely!
5. Suka masak, tapi x ada masa dan peralatan yang complete untuk masak. Sekadar basic untuk masak lelauk kg tu..ok la kot.
6. I am a good menantu. Hahahhaha...masuk bakul angkat sendiri naaa...
7. Started blogging last year, but this year baru nak mula active..kununlaa kan.
8. Loveeeeee reading novels. Love story only yer.
9. Movies pun sukaaa sangat. Samalah..love story juga.
10. Kuat berangan la kita nie rasanya...
11. Kalau dah depan tv...ralittt jer. Apa kerja pun x jadi dah.

Ok siap. Nak kena jawab soklan pula ekk...

  1. lagu cinta yang menyentuh hati dan sanubari anda : Alahai... susahnya. Apa2 lagu romance lah kot. Janji slow melody
  2. berapa kerap anda pergi ke toilet dalam sehari : Er...minum plain water 4 liter sehari, makanya toilet sejam sekali..hehehhehe
  3. makanan kegemaran anda : Nasi dan sambal cili padi
  4. lebih gemar mebeli-belah sendirian atau bersama suami/kekasih, anak-anak atau kesemua sekali (berduyun-duyun pergi) : Sendirian, atau dengan hubby
  5. tempat bulan madu yang menjadi idaman : Ichinoseki, Japan
  6. hidangan hari raya yang paling anda gemari : Lontong Mummy dengan Rendang Paru N9 mak.
  7. apa yang anda buat apabila tiba hari cuti i.e. sabtu & ahad : Apa sahaja bersama suami dan anak
  8. tempat peranginan yang terakhir anda kunjungi : Port Dickson, ngeeee
  9. suka tak makan di kedai mamak? : Bolehlaaahhh
  10. masakan ibu yang paling anda gemari? : Sambal tempoyak daun kayu mak
  11. apa yang anda ingin/impikan di dalam hidup anda? : Hidup bahagia bersama keluarga



Haddooiiii...siap...

Halahai...nak kena buat soklan pulak yer. Err...rasanya kita nak buat soklan lain dari yang lain.... Mungkin ada yang dah pernah jawab, tapi layankan jerlah soklan kita nie yer.. Ok, let's try yer...

Anda semua diberikan situasi ini. Sedang berjalan di dalam sebuah hutan :

1. Binatang apakah yang anda harapkan akan menemani perjalanan anda?
2. Anda terjumpa sebatang sungai dan harus cross the river. Ada jambatan yang reput. Apakah option anda. Berenang atau cuba lalu jambatan itu?
3. Selepas sampai di seberang sungai, nampak sebuah rumah yang kosong, tapi bersih. Hari dah nak gelap dan anda perlu tempat berlindung. Kebetulan pintu rumah terbuka, masuk atau tidak?
4. Anda sangat dahaga. Anda nampak ada 3 jenis cawan di rumah itu berisi air oren. (ada botol oren sunquick kat situ) <---ini saja2 tambah. Anda minum dari cawan yang mana : cawan kayu, gelas kaca, gelas kristal.
5. Anda mengantuk dan perlu tidur. Binatang apakah yang anda pilih?
6. Berjalan lagi esoknya. Jumpa bunga yang cantik dan sangat besar. Anda bawa tak bunga itu bersama dalam perjalanan?
8. Dalam rumah idaman anda, berapa banyak bilikkah yang anda inginkan?
9. Warna kegemaran anda.
10. Hadiah terhebat pernah dapat dari ibu bapa
11. Hadiah terhebat anda beri pada ibu bapa.


Feww...merapu jer kannn...
Lantaklah kome. Kita saling berkenalan..yer tak?

Ok...nama2 di bawah, silalah jawab tag kita...pleaazzzeeee....

(Nak tag Dd...tapi dia yang ajar soklan2 tu...eishh..)

1. Laman Ayah Su
2. Azham
3. Lulu Caldina
4. Atok Apo2 Yolah
5. Gen2 Merah
6. Kak Ina KL
7. ainnoraini
8. cho zila
9. mrs puex
10. Lady Ayu
11. Kancil 8349


Haddoiii....separuh hari nak menyiapkan entry nie. Er...sebab diselang seli dengan kerja. Jadi..selamat menjawab semuanya....



SEGMEN NASZ : PERANG BLOGGER

Assalamualaikum.....


NasZ buat segmen lagi. Setelah kemeriahan segmen yang lepas, kali nie kita rasa teruja untuk join lagi. Cuma NasZ dah warning :

SETIAP BLOGGER YANG JOIN SEGMEN NI DIWAJIBKAN MENERJAH SEMUA BLOG YANG JOIN SEGMEN INI JUGA

Setelah fikirkan masak2, timbal balik risiko dan untung...maka kita join. Bermakna, kita berjanji yang kita akan terjah semua peserta segmen. Cumaaaa....cepat atau lambat jerlah yer....

Ok..saper nak join..klik SINI..


Oh yer...selamat datang penyerang sekalian...! Pilih lah senjata mana yang berkenan...Hieeyyaaahh!!

TAHNIAH N9!

Assalamualaikum.....

Selepas habis cerita yang boleh muntah darah tentang trip 2 hari ke KB...maka kita kembali ke alam blogger isu semasa semula.

Er..Tahniah N9. Yesssss.....!! Ramai yang memperlekehkan N(. Yer...kita sedarr.. ) Kita pun x mengharap sangat sebab Terengganu mempunyai pasukan yang sangat stabil dan konsisten. Itu kekuatan yang jelas dan nyata. Namunnnnn... Janganlah perlekehkan pihak lain kan. Kita semua tak tau bila kita akan naik dan jatuh. Adat pertandingan. Tengok can N9 nie..tup2 kepahlawanan terserlah di babak akhir. Alaa...macam hero Real Steel la kan. Dah last kita pun tunjuk kehebatan sebenar.

Terpulanglah apa pendapat semua..yang penting :

DEN BANGGO JADIK ANAK NOSIMBLAN...

(hehehhehe...)

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 9 (Akhir)

Assalamualaikum.....

Hari baru di minggu baru. Tapi hari terakhir di bulan Oktober 2011. Tak akan berulang lagi tarikh ini kecuali wujudnya time machine dan kita boleh pulang ke hari ini. Eh..apasal merapu nie? Oh yess...Monday blueeesss....!!

Ok...dah habis muntah? Ini episod akhir catatan perjalanan kita. Lepas nie, bebas dari siksaan pembacaan panjang lebar ini kan.....

So, lepas sarapan, kami pun bergegas nak gerak ke Pengkalan Kubor untuk ambil jersey anak bujang kami tu. Masalahnya, awal sangat la pulak. Belum cecah pukul 9.00 pagi pun lagi. Padahalnya, tokey kedai tu dah inform, soh datang ambik selepas pukul 10.00 pagi.

Dan hubby x puas hati pergi ke Munduk semalamnya. Maklumlah...survey keadaan jer dulu kan. Dia ajak kita pergi lagi. This time, kami berazam untuk beli juga beras siam yang femes tu. Nak tau juga apa yang sedapnya.... Maka kami pun parking kereta dan terus naik perahu tu. Kali nie kita dah standby. Ha..macam nak pergi perang. Ada bawak air mineral 2 botol, dan bawa kipas tangan. Panas kaaaannnn.....

Sampai di sana, peniaga sedang menyusun2 barang. Baru nak buka kedai. Kami datang seperahu dengan satu family lain, orang tempatan. Hubby kata jom follow. Sebelum tu, kami nampak pakcik kayuh perahu pun naik juga. Memang ada seorang anggota keselamatan yang kirim soh dia beli barang masa kat tebing tadi. Dia siap2 bagi duit. Kami pun berlari2 anak follow pakcik tu. Apa yang dibeli dan kedai mana yang dia tuju. Yesss......berjaya! Pakcik tu beli payung besar yang orang meniaga kat pasar tani tu...2! Satu harganya x sampai 50.00. Memang murah betul la harganya.

Oh yer...memandangkan kami pergi hari Ahad, keadaan lebih lengang sebab dah kira hari bekerja di Kelantan kan. Jadi kami ambil kesempatan untuk round dan take our own sweet time. Sampaikan kedai hardware pun kami masuk juga..hehhehehe. Panas...mujur ada bawa kipas. Tapi tak perasan la pula tissue x bawak. Round la pulak cari kedai runcit di celah2 kediaman penduduk Thailand tu. Dapatlah beli tisu sebungkus yang 30 sen tu. Yang jaga kedai, seorang lelaki, dia tak tau cakap Melayu. Dia panggil maknya. Maknya datang tanya...cakap bahasa Kelantan yang sangat pekat tu. Dia tanya " hok 3 kok tu ko?" Fuhhh...mujurlah kita pernah baca buku cerita (tajuknya Salsabila kalau x silap ), dan belajar sedikit dari penulisnya melalui novel itu. 3 kok = tiga posen.

Hari dah mula panas. Matahari dah mula meninggi. This time, orang x berapa ramai, bolehla nak leisure sikit. Hubby kata nak duduk minum dulu... panas2 minum teh o ais, memang nikmat sungguh. Kami duduk di sebuah warung yang kelihatan bersih dan kemas. Sekor lalat pun x ada. Dan kita yakin tokeynya Muslim..kakak tu dengan anak2nya semua pakai tudung dengan sopan dan sempurna. Tapi rasanya most of them kat situ, memang Muslim...hehehehe.

Kita gatal....nak cuba rasa laksa Siam dia. Tak pernah makan. Cuma pernah baca di sana sini jer. Jadi, kami order semangkuk dan share dua orang. Alahai...breakfast sate 2 cucuk kat hotel tadi, memang rasa kenyang lagi. Anyway..inilah laksanya. Di hidangkan dengan sepinggan daun2 ulam. Kita pun x tahu apa nama ulam2nya, tapi belasah jer ambik 2 jenis. Memang sedaplah! Kuahnya pun sedap..terasa isi ikannya, lemaknya, balance rasa masin, masamnya... Hermm..x sangka.






Yang gerai jual fishball segala macam nie, kami tak berani nak makan. Tak tau ok ker tak kan. Memang banyak gerai2 yang mcm nie kat situ. Mungkin juga sebab kami pun dah kenyang sangat.

Anyway, this time memang beli beras cap pisang tu, 10kg (5kg x 2 kampit), beli toto, beli bantal besar 4 biji, beli mangkuk2 melamin, beli tub isi nasi yang tahan panas tu. Itupun, dah penuh tangan nak angkut. Dan kami memang jumpalah kedai yang murah. menyesal beli selimut semalam, sebab kedai hari nie lebih murah lagi.

So, amacam? Ada rasa nak jalan2 ke Kota Bharu tak? Ok..siapa yg dah lama tak balik Kelantan tu, pulanglah. Best wooooo.....

Trip kali nie paling jimat dan memuaskan hatilah rasanya. Berbaloi dengan ongkos yang keluar. Tapi next time pergi, nak bawak kereta hubby pulak. (Bonet dia lagi besar...warghhh...hahahahhaha).

Saper nak ikut...?


Ahad, 30 Oktober 2011

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 8

Assalamualaikum.....

Kita sambung.... Tahan nafas yer.... Entry nie tak jadi nak jadikan yang last. Ini 2nd last. Kenapa? Sajerr.... Kasi u all nyampah...hehehhehe. Apa orang kata? Benci2 sayang? Ha...sayang kannn...?

So, malam tu kami pun tidur dengan nyenyak. Maklumlah...dah keletihan dan kekenyangan. Esoknya, terus bersiap2. Kami plan untuk terus check-out dan bersedia balik ke Kuantan. Cumanya nak kena pergi ke Pengkalan Kubor untuk ambil jersey anak bujang yang di tempah tu. Apa2 hal pun...kita sarapan dulu.

Seperti yang diberitahu, harga bilik nie, termasuk sarapan untuk 2 orang. Orang di kaunter dah cakap. Tak adalah buffet sarapan atau yang mewah2. Mereka cuma akan belikan kuih dari kedai di luar dan siapkan air minuman jer. So, memang tak expect much la kan.

Jadi, pagi tu, kami di hidangkan dengan bungkusan ini. Macam, kalau ada guest yang sampai ke dewan makan nie, adalah waiter dia yang akan servekan kita makanan. Yang ada di atas meja hanyalah kopi dan teh. Makanan tu diorang akan bawa keluar dari dalam pantry mereka.





Yesss....itulah sarapannya. Sate ayam 2 cucuk serta nasi impit 4-5 ketul. Di ikat dalam plastik ialah kuah kacang untuk sate. Selain daripada tu, ada kuih badak sorang sebutir. Yogurt Nestle Bliss tu, kami beli sendiri.

Well..memang tak expect much...tapi tetaplah rasa berbaloi. Nampak macam sikit...tapi sebenarnya bila makan semua tu..minum pulak kopi... memang kenyang dan bertenaga rasanya. Lagilah rasa berbaloi2....

Ok..perut dah kenyang....angkut barang bawa masuk kereta dan check-out.

Kami teruskan perjalanan lagi... 


Sabtu, 29 Oktober 2011

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 7

Assalamualaikum.....

Ok..sambung cerita. Mak oii...panjang sungguh penceritaan ke Kota Bharu nie... Dah 2 minggu x abis2 lagi (nampak sgt ngelat carik idea nak buat entry...).

Selepas selamat jejak tanah Malaysia kembali...kami pun teruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Tapi baik kita...hubby pun sama...kurang bernafsu dah nak shopping kat sini. Apa x nyer..kedai memang lah banyak. Banyak dan sesak. Tapi almost semuanya jual barang yang sama. Ikut kepandaian kita jer nak tawar menawar macam mana. Lagipun, malas dah nak guna skill. Dah tau kat 'seberang' sungai tu lagi murah. Diorang buka mulut jer, harga dah lagi murah dari yang kita boleh tawar di Rantau Panjang. Nak buang masa untuk apa lagi kan.

Ha..tapi kita dapat sambar tudung untuk diri sendiri 3 helai. Harga yang takkan boleh dapat di KL dengan kualiti kain itu. Janjiiii pueh hati...

Diskass dengan hubby, hubby kata dinner terus. Nanti nak rayau wakaf Che Yeh plak. Padahalnya dia sendiri dah penat. Bawak kereta pun sampai nak terlelap. Kesiannn hubby tersayang. Tapi dia teruskan juga perjalanan. Kita offer nak ganti drive pun dia tolak. Kita kata nak balik hotel dulu, tapi dia kata nnt buang masa.

Makan...kita teringat dalam rancangan ulangan Warung Kita... ada cerita makan steam boat dengan benda bakar2. Restoran apa..no tepon, address semuaaa kita x ingat langsung. Yang kita ingat, tepi jalan arah ke Airport. Hubby pun ikutkan juga lah...walaupun terkapar2 tengah bandar KB yang besar tu. Kami ikuttt jer signboard ke airport. Mujurlah akhirnya kita nampak juga kedai tu.

Nama kedai, Food Village. Offer stail makanan ala buffet steamboat. Tak adalah extravaganza... Dengan bayaran RM17.90 seorang untuk dewasa, dapatlah makan dengan kenyang sesuatu yang lain sikit. Cuma air jer bayar lain. Mehlah tengok kami makan apa...
Dinner. Cari tempat yang pernah keluar di rancangan Warung Kita.








Benda nie macam 2 in 1. Ada steambot dan ada bakar2. Yang bakar2 tu namanya Chim Chum, sehenis cara makanan orang Korea. Itu mengikut penerangan ownernya dalam Warung Kita tu. Selain tu, adalah makanan sampingan lain. Nasi goreng, all sort of noodles, laksam, laksa dan mee sup semua ada.

Makanan untuk chim chum tu, dah siap diperap dengan perisa2 tersendiri. Kami suka sangat daging dan udang perapnya. Yang mentah lain tu, kami rebus dalam stok kuah tu.

Satu tip : Kalau bakar...jangan tindih2kan. Nanti tak masak dan akan melorot jatuh masuk dalam rebusan stimbot. Bakar layer by layer. Kalau dalam big group, tentu bakar banyak dan lama...maka akan ada kerak di tempat bakar tu. Bila agak tebal kerak tu, makanan pun susah nak masak. So, mintalah pelayan tu hantar set periuk yang lain....

Hubby boleh masuk dessert lagi. Tapi kita dah x mampu nak makan. Selain dari kenyang sangat, penat sangat pun yer juga kot.

Lepas makan, kita pujuk hubby untuk balik hotel dulu. Tak boleh jadi. Kalau nak round Wakaf Che Yeh, kena mandi dan rehat dulu kejap. Baru ada tenaga nanti. So, hubby pun drive semula ke hotel.

Malangnyaaaa......

Selepas mandi dan rehat...kami teruskan berehat sampai ke esok pagi...hehehhehehehe. Terpaksa skip jadual Wakaf Che Yeh...

Kita x kisah..sbb pada kita, rehat lebih penting. Takperlah papa...nanti lain kali kita bawak Adam..kita pergi sana yer....

Apa kisah esoknya...? Ha...bahagian terakhir. Nantikan finale kisah ini.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Cermin Diri dari Tulisan Tangan

Assalamualaikum.....

Ok..dah cool down semua? Hari nie hari Jumaat....mana ada cool down kan? Kita buat entry selingan untuk trip ke Kota Bharu tu ekkk.... Tripnya 2 hari... reportnya dua minggu. Memang berjela sungguh. Lebih kurang macam drama la. Cerita sikit2, sambungannya berjela2. Tambah2 kalau cerita dari seberang...nak tunjukkan muka terkejut pun dah 2 minit... siap music..siap close up 2-3 kali zoom. Aiyoo..kita dah bebel lagi.....

Sebenarnya, entry nie nak share sikit kisah INI seperti mana yang diwar2kan dalam blog INI.




Kita diberikan satu dua tips tentang 'membaca' peribadi melalui tulisan daripada senior Upper 6 masa di sekolah dulu. Tak silap, kita baru di Form 3 masa tu. Maklumlah...dok di boarding school. Kakak2 tu semua manjakan kami yang adik2 nie. Dapatlah korek sikit2 ilmu dari mereka. Tak semua dapat ilmu nie. Selected people only. Of course ada reason yang tertentu.

And bila masuk U, belajar dari lecturer di kelas psychology sikit2 and lepas tu korek2 lagi dengan kawan2 yang major in Psychology. Yang kita paling ingat, Dd lah banyak bagi tunjuk ajar juga. TQ Dd darling....

Based pada ilmu yang sangat cetek inilah, kita jadi minat nak 'baca' personaliti individu melalui tulisan tangannya. Tapi limited. Ada ramai lagi yang lebih pandai dan lebih banyak ilmunya. Sekadar untuk kita suka suki tu...boleh lah.

Itupun, tak semuanya tepat. Ada juga yang tersasar sedikit sebanyak. Apa2 pun, ilmu yang sedikit inilah kita gunakan dalam bidang kerja kita. Setiap candidate yang datang untuk interview, mereka dikehendaki untuk menulis karangan pendek mengenai tajuk yang diberikan. Selain daripada menilai tahap pengetahuan mereka, kita juga ambil kesempatan untuk menilai personaliti calon sama ada sesuai atau tidak diterima bekerja.

Secara dasarnya, melalui tulisan nie kita hanya boleh baca tentang kecenderungan individu itu dari aspek sosial. Antaranya :
- Cara berkawan bagaimana. Susah dihampiri atau mesra alam.
- Menjaga rahsia dengan baik atau tidak...
- Etika bekerja sedikit sebanyak....

Adalah satu dua lagi. Tak banyak pun kan...

Mesti ramai yang nak kita kongsikan ilmu tu disini kan?

Kita tak bersedia nak kongsi di blog. Terlalu public dan dikhuatiri akan disalahgunakan. Bukan kedekut, tapi ada sebabnya. Kerana itulah yang dipesan oleh ustaz dan senior masa belajar dulu.

Yang paling penting, setiap individu yang mahukan ilmu nie harus sediakan diri menerimanya. Apa persediaan itu?

Mesti belajar untuk menerima dengan redha setiap kekurangan dan kelebihan manusia. Setiap manusia berbeza. Masing2 ada kelebihan dan kelemahan. Kalau kita masih lagi belum redha dan optimis dalam pandangan kita pada orang lain, maknanya kita belum bersedia. Selayaknya, kita juga harus sentiasa bersedia untuk kenali diri sendiri. Di takuti bila ada ilmu ini, kita jadi riak dan memilih manusia dalam pergaulan kehidupan seharian. Maka bagaimana carakah ilmu Islam itu akan berkembang?

Yerr...... ilmu ini secara kesimpulannya adalah untuk kaunselor supaya boleh menjalankan tugas membimbing dengan baik melalui identiti orang yang bermasalah. Selain daripada itu, ianya juga adalah untuk persiapan da'ie2 (pendakwah) sekalian dalam menyebarkan ajaran Islam.

So, bagaimana? Sudah bersediakah anda? Apa buktinya...?

Kalau dah bersedia...boleh google...hehehehhe. Tak susah nak cari. Ada banyaaakkk sangat sites yang explain. Cuma nak memahamkan dan betul atau tidak saja lah kan. Itu kenalah test dan implement kan...

So...enjoy the weekend friends...

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 6

Assalamualaikum.....


Sambung lagi....

Naik perahu...seberang ke Munduk. Saturday tak berapa ramai sangat... Mengikut kata penduduk tempatan, hari BESAR untuk shopping di sana adalah pada hari Jumaat. Mungkin kerana Jumaat juga adalah hari cuti hujung minggu di Kelantan.

Setelah meredah arus sungai dalam panas terik dan hati yang cuak sambil duduk ala-ala cecah jer bumper di kayu nan sebatang dalam perahu tu, kami tiba juga di tanah Thailand (macamlah baru 1st time ke Thailand..hehehehehehe). Mendaki anak2 tangga satu persatu perlahan2.

Memang agak sunyi. Umpama seperti pekan koboi yang aman damai. Kelebihannya....dapat berjalan dengan selesa. Inilah contoh keadaan pekan tu... Masa nie, ngam2 pukul 4.00 petang. Pakcik sampan kata, servis dia sampai pukul 6 petang jer. Maknanya kami ada 2 jam lagi.






Walaupun agak lengang, namun di beberapa kedai nampak penuh juga dengan pelanggan. Contohnya di kedai beras. Kita tak tanya langsung pun tentang beras2 tu. Hanya tengok dari luar jer. Barang yang di jual lebih kurang sama dengan di Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang. Cumanya harga memang tak boleh murah langsunggg.... Rasanya diorang nie semua tau kami nie orang luar. Memang mcm tu ekk? Org luar....bayar mahal... orang local dapat murah. Adoiiii..tambang dan kos ke sini jer dah kira satu pelaburan. Beli barang pun tetap mahal juga.

Anyway, walaupun kita dah puas cuba cakap slang Kelantan...tapi sbb x biasa..ada la lenggok bahasa yang tergelincir sana sini tu....cepat jer proses tawar menawar dihentikan. Paling tak best...mereka terus x nak layan kami dah bila proses tawar menawar tu kami teruskan. Geram pula rasanya.

Hubby cadangkan kami follow group penduduk tempatan dan perhatikan cara mereka berkomunikasi dalam tawar menawar. Kita pun setuju. So, kami followlah ada satu dua family nie. Disamping tu, kami survey harga barang2 dan tanya setiap kedai untuk tengok yang mana paling murah.

Ada jual bantal, toto, tikar, pinggan mangkuk, periuk belanga dan barang2 keperluan yang lain. Malangnya, kita tak berapa bernafsu nak shopping. Dah pening, penat, panas, dan geram. Last2, kami hanya beli sehelai selimut kain cotton jer. Ala, macam comforter, tapi nipis lagi. Dah ada 2 kat rumah, beli di Pasar Payang, saja tambah koleksi sebab senang bila ada tetamu di rumah. Sangat berguna dan selesa. Dapatlah beli dengan harag 15.00. Di Pengakalan Kubor, semuanya dah letak harga 18.00. Beza 3.00, tapi itu harga pelancong luar macam kami lah kan.

Kami pun naik sampan semula. Hubby dah suruh kita tanya beras tu, tapi x larat pula rasanya nak menyelit2 celah orang tu semua. Apa yang special sangat dengan beras siam nie pun kami x tahu sebab tak ada pengalaman lagi. Dah orang kata bagus..sedap, kami pun nak ler meneray(men'try'). Disamping tu (mcm ayat karangan skolah la...) ada jual buah2 la..mangga, delima dan buah salak, tapi kita memang tak terdaya langsung. Mata pun dah nampak bintang2 jer...sebab panas sangat dan dehydrate.

Bila sampai semula ke Malaysia, (ecehhhh...) abang2 askar tu gelakkan kami. Terkontang kanting bawa selimut tu sehelai....hahahahhaha..... Kami kata kami survey jer dulu. Nanti tahun depan, boleh datang lagi (bawak duit satu guni....sambung dlm hati jer..hahahhahahaha).

Hari pun dah petang. Tapi kalau dah namanya melancong...mesti gunakan sebaik2nya setiap detik yang ada sebab nak datang selalu memang susah kan.... Oleh itu...kami pun teruskan perjalanan....

(bersambung)

Khamis, 27 Oktober 2011

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 5

Assalamualaikum.....

Wahh...panjang sungguh catatan perjalanan kita kan.... Harap2nya tak bosanlah yer....

Ok..ok..sabar..sabar...

(sambungan....)

...dalam perjalanan tu kami terjumpa signboard "PARKING UNTUK KE MUNDUK"!

Aiikkk.... Apa itu Munduk? Ini ker yang pakcik masa sarapan tadi sebut tu? Yang sempadan Siam tu? Hubby pun u-turn semula sebab dah terlepas. Kami pun masuk ke kawasan parking. Ada beberapa biji kereta dah parking dikawasan tepi sungai belakang rumah penduduk situ. Dan ada 3 orang tentera yang berkawal di tebing sungai... Di tepi sungai, nampak sebuah perahu kayu parking sebelah longgokan kayu dan papan yang diikat dan floating di air.

Kami duduk dalam kereta dan perhatikan dulu. Ooo..ramainya orang ke sana. Memang sangat dekat tebing sungai Thailand tu. Kami pun bincang dan setuju untuk cuba meredah sungai sempadan negara ke seberang.

Lepas kunci kereta, kita pun mula la snap gambar sungai, jeti, tempat parking dan abang askar. Tiba2 mereka perasan kita snap picture. Terus salah seorang halakan senapang M16 pada kita dan arahkan kita delete segala gambar. Mak kauuu...ketarrr lutut masa tu.

Bila dah delete, dan rasa gemuruh dah hilang, kita apologize. Kita kata tak tau sbb 1st time. Tp brader tu friendly la pulak. Dia kata x apa...ramai yg mcm tu...x tau. Sebenarnya memang tak boleh, tapi nak buat mcm mana. Bolehlah bagi rezeki sket pada pakcik perahu. Cuma mereka berkawal, jangan ada yang seludup senjata api, mercun atau barang2 larangan lain. Hubby tanya juga..selamat ke kat situ? Abg askar kata kalau x selamat, jeti semua diorang tutup... Ok maknanya selamat la kot ekk....

Tapi kita sempat juga menyelamatkan sekeping gambar....

Siksa juga nak duduk dalam bot tu. Tempat duduk nya betul2 sebatang kayu yang diletak melintang. Adoiii...sakit nya bumper akak dekkk.... Mujurlah sekejap sangat2. Tambang sorang singgit. Maknanya pergi balik 2 hengget.

Tebing Thailand yang sebelah sana tu, di jetinya siap ada pelantar. Siap lagi tangga yang lebar untuk memudahkan kita ke sana. Maklumlah, nak sambut pelanggan kan.... Ermm..apa ada di sana? Nanti kita cerita.

Selasa, 25 Oktober 2011

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 4

Assalamualaikum.....

Baiklah...sebaik saja kami selesai berehat, kami mulakan perjalanan kembali. Setelah berbincang, kami sepakat untuk serang Pengkalan Kubor terlebih dahulu. Sebelum2 nie, kalau datang sini, sama ada dah nak tutup, ataupun dah tutup. Kali nie, kami nak ambil kesempatan untuk ronda betul2.

Bila tiba disana memang ramai orang. Parking pun main selit jer. Letak no telefon atas dashboard kereta, kalaulah kami menghalang laluan. Bila tanya tentang toto, bantal, kain baju dan sebagainya, rata2 kedai menjual harga yang sama. Rasanya dah diselaraskan dan mereka mungkin dah berpakat. Cuma ada periuk yang 5 dalam satu set jer kita beli. Bukan untuk masak, tapi macam untuk hidang la...ada penutup, ada gambar bunga2 dan ada tangkai. Satu kedai nie jual murah RM1.00 dari orang2 lain.

Cuaca sangat panas. Kita pula maybe sebab tak cukup rehat, rasa macam dah nak pitam. Tapi demi hubby, kita heret juga diri untuk jelajah kedai2 tu. Itupun x lama sebab hubby tengok kita dah penat.

Kami ke kedai yang jual baju jersey berhampiran dengan blok tandas awam tu. Dulu dah pernah beli jersey dan minta buat nama Adam di jersey tu. Kali nie kami buat lagi. Untuk Adam dan Firdaus pula. Tapi abang tu kata siap lewat sket sbb staff yang in-charge tu balik rumah nak settlekan tempahan org lain. Maka kami decide untuk ambil esok pagi jer sebab x nak buang masa disitu.

Kemudiannya kami bergerak menuju ke Rantau Panjang. Dalam perjalanan, nampak signboard yang menunjukkan laluan alternatif ke Rantau Panjang. Kami pun ciloklah cuba ikut situ. Dalam perjalanan, tiba2 kami terserempak......

(bersambung....)

Isnin, 24 Oktober 2011

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 3

Assalamualaikum.....

Sihat ker semua? Alhamdulillah. Opss..ada gak yang terselit x sihat. Erkk..berjangkit dari kita? Bukan..bukan... bukan kita....
Makan ubat yer...jangan jadi mcm kita... hehehehe

Orait...kita sambung....

Dah tiba ke KB yer?

Mula2 sekali kena cari tempat bermalam. Diskas dulu dgn hubby, nak pergi mana dulu? Hubby kata nak shopping terus pun boleh? Tapi kita rasa x selesa. Kita suggest cari tempat utk stay overnite dulu. Nak kena rehat gak kejap. So, dah biasa ke Renaissance, kami pun terus ke sana. Tapi aduhai..penuh la pulak. Tu laa..x booking dulu kan. Hubby pun jalan2. Kita kata, cari hotel biasa2 pun x per. Kalau di KB nie, kita confident sket dgn hotel standard biasa sebab usually Muslim punya, so terjamin sikitlaa kan.

Pusing punya pusing, jumpalah hotel bajet betul2 berdepan dengan menara jam di roundabout dalam bandar tu. Namanya Hotel Harmoni, terletak di Jalan Temenggong. (tel : 09-7447558). Ok..x ada benefits yer promot nie. Cuma untuk kemudahan sesiapa yang perlukan sahaja.

Kami ambil bilik yang ada katil double. Cukuplah utk kami suami isteri nak meluruskan pinggang. Surprise sebab harganya cuma RM65.00 sahaja. Nett tau..x der plus minus ke..++ pun x der. Memang sangat murah. Bayangkan kalau bilik untuk family, boleh masuk 6 orang (atau lebih) dengan 2 katil double (4pax) dan 2 single bed (2 pax), hanya RM150.00 satu malam. Ok..ok...tak percaya ekk? Ingatkan macam rumah tumpangan Ah Seng ekk? (Erkk..guna nama uncle hubby plak). Meh tengok gambar bilik kami.



Bilik memang kecik. Tapi kalau nak solat, memang ada space. Nak jemaah husband and wife pun boleh. Furniture sangat basic. Bantal pun sorang sebijik. Tapi sangaaaaattt BERSIH! Tilam dan bantal sangatlah selesa. Tapi yerlah...katanya baru setahun dibuka. Mungkinlah sebab tu. Tapi jelasnya, sangat puas hati...berbanding dengan Seri Malaysia Kuala Terengganu. Kenapa? Nantilah kita ceritakan pengalaman pahit dengan mereka. Back to KB, harga ini TERMASUK breakfast tau! Ha...macam mana? Walaupun bukan buffet, tapi adala makan dan minum di waktu pagi. Apa yang kami makan? Eh..itu story lain hari la kan.....

Bila dah masuk bilik mcm nie...katil pula memanggil2...on jer air cond...terus landing dulu. Dapatlah setengah jam rehatkan pinggang yang asyik duduk dalam kereta nie. Kemudian, kami refresh dan keluar semula selepas zohor.

Mana pula kami nak pergi lepas nie?

Sabtu, 22 Oktober 2011

Makan di Melaka : Pengkalan Balak

Assalamualaikum.....

Apa aktiviti anda semua hari nie? Kalau petang2 cuti macam nie, bawak family pusing2 ambil angin tepi pantai seronok juga kan? Paling best, parking kereta dan jalan2 menyusuri pantai. Boleh juga beriadah sikit...walaupun sekadar berjalan.

Inilah salah satu aktiviti kami pada suatu petang Ahad yang lalu..lalu...lalu....

Singgah di warung simpang 3 di Pengakalan Balak, betul2 bersebalahan dengan pondok polis. Walaupun ada banyak lagi kedai dan warung yang baru dan meriah, tapi kami yakin dengan masakan dan kebersihan warung nie. Pakcik dan makcik nie memang dah lama buka warung nie. Yang lain2 tu..err...susah sikit nak cakap bab kebersihannya.

Masa tu kami makan ini...




Kami makan mee goreng pedas. Mak aii..memang pedas dan moist (bukan berkuah) dan sedap sangat. Dah lah panas petang tu....makan mee goreng pedas, minum pula dengan air kelapa muda sejuk... wahh...bahagia betul jadi rakyat Malaysia. And untuk ratah2, makan keropok lekor goreng nie. Of course x sama sedap macam di pantai timur, namun cukuplah bagi menghilangkan rindu.

So apa lagi...bawalah family jalan2 makan angin di tepi pantai...



Jumaat, 21 Oktober 2011

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 2

Assalamualaikum.....

Mari kita sambung kisah perjalanan kita nie yer.... Nanti lama tertunggak..jadi sejuuuk pula. Tak best kan bila dah sejuk nie...

So pagi tu, kami menikmati pemandangan kampung2 dan pantai yang nyaman dan permai. Memang seronok betul rasanya. Di samping tu, dok usha2 gak la, kedai mana nak berhenti untuk breakfast kan. Everytime nampak kedai yang macam best, dah terlajak. Hubby x kisah kalau nak u-turn, tapi kita kurang gemar nak u-turn2 nie. Kalau dah lepas, terus jer la..maybe kat depan ada yg lagi best.

Dalam pada tu, kami dah melepasi kawasan Marang. Tapi masa nak sampai di salah satu traffic light, nampak signboard yang bertulis Laluan Alternatif ke Kota Bharu melalui LPT II. Kami decided untuk cuba jalan tu.

Mula2 masuk simpang, jumpa kampung, lepas tu jumpa kawasan sunyi..dengan belukar. Takut juga..betul ke nie? X sesat ke? Minyak pulak, tak sampai setengah tangki. Kalau penuh, bolehla nak pusing ke sana sini. Tapi syukur, jumpa juga pekan2 dan signboard yang jelas. Alhamdulillah..laluan yang betul. Kami teruskan perjalanan.

Tibalah kami di satu simpang 4 yang agak besar dengan laluan hadapan menunjukkan LPT sudah bermula. Kawasan nie berdekatan dengan kawasan Bukit Payung. Nampak pula ada warung betul2 di simpang tu. Hubby kata bolehla nak try. Kita x kisah sbb nampak mcm best sebab ada orang bakar2 ayam. Mesti best pagi2 makan ayam bakar panas2.

Inilah kedainya:

Nama kedai nie Ani Nasi Kerabu. Entah macam mana boleh hilang pulak gambar banner dia. And yang pakai tudung purple kat kaunter makanan tulah ownernya, Kak Ani. Ada macam2 makanan sarapan kat sini. Segala jenis nasi ada. Nasi lemak, kerabu, minyak, berlauk, dagang dan apa ntah lagi. Kuih muih pun sikit punya banyak la. 

 Ini pinggan hubby. Dia nak rasa nasi minyak. Dia minta lauk daging bakar dan ayam bakar. Harganya RM5.00. Tapi memang sedap betul. Daging bakarnya lembut betul dan rempah ratus yang menyalut daging dan ayam nie pun memang sedap betul.

Ini pula pinggan kita. Ambil nasi berlauk. Cuma ayam bakar. Harganya RM3.00. Makan dengan kuah gulai yang sebelah kiri tu. Ada hirisan timun dalam gulai tu. Gulainya pula memang sedap betul. Campur pula dengan sambal belacan, memang menyengat tak ingat. Lain kali kena singgah lagi rasanya.

Ini adalah meja yang penuh dengan lauk pauknya. Kami sampai di kedai nie dalam pukul 7.40 pagi dan separuh kedai telah dipenuhi pelanggan. Menjelang pukul 8.00 pagi, semua meja dah dipenuhi pelanggan. Bila kami hampir selesai makan, ada sepasang suami isteri dalam lingkungan umur 50an menyapa dan minta kebenaran untuk berkongsi meja. Kami persilakan. Tak ada masalah. Apa salahnya kan....

Dalam menjamu selera, kami pun berbual lah. Pasangan nie kata ini kali ke-2 mereka sampai. Kali pertama, x dapat makan ayam bakar sebab dah habis. Mereka kata mereka lewat sikitt jer. Kali nie mereka datang awal sebab nak rebutkan ayam bakar tu. Maknanya warung nie memang femeslah di area situ dan area sekitar yang jauh sikit.

Semasa makan juga, couple nie tanyalah kami dari mana nak ke mana..anak mana...bla..bla..bla... Bila kami cerita saja jer nak jalan2 ke KB..diorang mcm terperanjat sikit la. Agaknya dalam hati : Sajer jalan2...diorang nie ingat KB tu dekat ke..? Hehehhehe...

Then diorang ceritalah, kalau gie Rantau Panjang...naiklah sampan seberang Sg. Golok tu...pergi ke Munduk. Beli beras kat sana. Memang murah dan sedap berasnya. Dia kata yang paling mahal dan sedap ialah beras Cap Pisang dan juga Cap Serindit. Kami anggukkan jer. Dia kata tambang bot baru seringgit. Kami pun dengar jer sambil melopong sebab memang x dapat imagine lagi mcm mana. Kami aim, nak jalan2 ke Pengkalan Kubor dan rantau Panjang jer. And malam, nak tawaf wakaf Che' Yeh. Abis...dah orang bercerita, kita dengarkanlah. Boleh juga kutip pengalaman orang lain.

Selesai makan dan bersalam2an, kami teruskan perjalanan. Melalui LPT II...ingatkan mcm mana lah. Rupa2nya tak siap lagi...hehehehhe. Dia tembus sampai ke Permaisuri. Maka lalulah juga Jerteh dan sebagainya.

Akhirnya tibalah kami di Kota Bharu....

(bersambung...)

Khamis, 20 Oktober 2011

Jalan-jalan ke Kota Bharu 2011 - Part 1

Assalamualaikum.....


Kisah bersambung daripada kisah ini buat mereka yang baru menjengah ke  sini dan baru sahaja berkenalan dengan blog kita. Selamat berkenalan semua...

Lepas packing dan siapkan semua, kita tunggu decision dari hubby. Hubby dah selesai mandi...dia terus lay down. Kita ingat dia x jadi pergi. Mesti dia dah penat. Bila tanya, dia kata nak pergi malam nie ke esok? Aisshh..kita ckp kita takut dia x larat drive sbb kita dah memang x mampu nak drive lagi. Jangan belum lepas dari Kuantan dah parking keter tepi jalan untuk tidur, sudahlah. Hubby pula kata dia rasa fresh lagi..boleh drive. Dah boleh..kita on jer... Sebab kalau nak tunggu esok, nanti buang masa pula. Kita nie risau mengenangkan Ahad nanti. Pukul berapa nak sampai Kuantan? Isnin kerja..nak drive ke KL lagi. Tapi, kasi redah jer lah bang.... Kalau penat, kita tidur. Siap angkut bantal besar dan selimut sehelai. Nak tidur best punya pasal. Yer la, dah penat, so mesti dapatkan rehat yang cukup, baru boleh travel.

Maka kami bergerak dari rumah, tepat jam 3.30 pagi di awal hari Sabtu. Dah jadi kebiasaan, kita akan baca doa panjang sikit sebelum memulakan perjalanan jauh. Permudahkan perjalanan, berikan kegembiraan dan kebahagiaan, selamatkanlah kami dan bantulah kami mengembara untuk menikmati alam ciptaan Allah s.w.t. Selain daripada itu, sekiranya ada apa2 yang tidak diingini terjadi, itu adalah dugaan dan cabaran. Allahu'alam.

Di jalan Beserah, ada beberapa kereta polis melintasi kami dengan laju sambil menyalakan lampu dan siren kecemasan. Dasar busy body rakyat Malaysia kan...sibuklah kami suami isteri memanjangkan leher nak tengok apa yang terjadi. Tak jauh kehadapan, dan kebetulan traffic light warna merah, nampak ramai dah polis2 berkerumun di sekeliling kereta ni.



Tak berapa jelas sangat kan...? Tapi kereta tu habislah diselongkar. Bonet, kerusi depan belakang semua kena punggah. Kereta peronda ada lebih kurang 3-4 biji dan berbiji2 lagi motorsikal polis. Kita buka cermin tingkap...dapatlah dengar sedikit sebanyak. Tapi x pasti tentang apa. Mula2 ingatkan dadah, tapi tak lama kemudian, dengar polis2 nie semua bersorak keriangan. Rasanya mereka dah jumpa sesuatu, tapi x pasti apa dia.

Tak lama sebelum traffic light bertukar hijau, nampaklah seorang polis menyerahkan pada polis lain sebatang besi panjang. Hujungnya seakan kuku kambing, tapi agak membengkok sedikit. Hubby kata besi tu digunakan untuk membuka penutup kotak kayu besar2 yang biasanya terdapat di kilang2 atau pelabuhan. Biasanya disalahgunakan untuk mengumpil pintu atau tingkap rumah untuk merompak. Mungkin, suspek nie telah dikenalpasti dan kebetulan dijumpai oleh polis.

Satu kejadian yang menarik dan menyegarkan minda di awal pagi. Kami teruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan, kami bercerita dan berbual. Tanpa sedar, dah sampai ke Paka. Waahh..cantik sungguh pemandangan di Paka waktu malam. Kita tak ada camera canggih, jadi gambar tak cantik. Walaubagaimanapun, kami sekeluarga sentiasa terpukau dengan kecantikan bandar Petronas tu di malam hari. Bak kata Adam : "macam bandar masa hadapan..". Sayangnya Adam tak ikut.

Yang sebenarnya di larang ambil gambar di kawasan ini. However, please forgive me dear Petronas. I am your loyal customer.

Kami teruskan perjalanan. Singgah sekali di gas station untuk beli bekalan minuman untuk hubby. Tapi, menjelang jam 5 pagi, hubby dah tak tahan mengantuk. Kita pun sama. Perbualan makin slow. Untungnya, kereta tak banyak sangat serta bas dan lori pun sangat sedikit, maka melancarkan perjalanan. Jam 5 pagi, kami berhenti di Petronas Merchang, Terengganu dan terus rebahkan kerusi untuk tidur dan berehat. Lena sungguh tidur berbekalkan bantal dan selimut dari rumah. Tapi bila sedar, dah jam 7 pagi. Rupa2nya hubby dah bangun lebih awal lagi dan dah selamat ke toilet dan segalanya. Itulah pentingnya berehat di Petronas. Ada shop, boleh beli air dan roti atau keropok, ada toilet, sentiasa ada petugasnya maka keselamatan dalam kawalan, serta ada surau untuk solat.

Kami teruskan perjalanan.

Tapi pelik, kenapa laut sebelah kiri ekk? Bukan ker kalau nak ke Kelantan laut sebelah kanan? Sekali tu baru perasan...terbalik daa...salah jalan! U-turnlah semula sambil tergelak2 kami sebab masih mamai rupanya...hahahhaah.

Kemudian, kami cari port untuk sarapan. Waahh..jumpa jalan baru dan warung yang best untuk sarapan. Nanti kita sambung cerita yer....



HASRULHASSAN.COM - Inilah Blog Saya

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua hari ini? Kita dah rasa sedikit sihat hari ni. Syukur Alhamdulillah. Malam tadi tidur awal dan rehat secukupnya. Tak makan pun ubat selsema yang doktor bagi sebab takut ting tong lagi.

Oh yer...semangat sket hari nie nak join segmen En Hasrul Hassan dari blog Bangku Kosong. Sila klik SINI untuk turut serta.

Permulaan story kita buat blog ialah bila terjumpa kawan lama kita semula, Dd. Terlalu banyak nak tau tentang dia dan nak cerita pun mungkin ambil masa. Dia perkenalkan pada kita blog dia dan kita baca segala kisah dia sejak kali terakhir kami berjumpa. Walaupun x detail, tapi rough idea tu ada. Kejadian ini memberikan kita kesedaran bahawa blog ini amat berfaedah untuk merekodkan journal kehidupan kita. Dan kita baru tahu bahawa setiap orang boleh menulis apa sahaja melalui blog. Cerminan kepada diri mereka sendiri.

Sejak dari itu, kita mula explore tentang blog sedikit demi sedikit dan mula mengorak jari menaip sehinggalah sekarang.

Dorongan basically adalah daripada komuniti blogger sendiri. Sertai segmen, bermakna kita semua bersedia untuk bergaul dengan masyarakat blogger. Terima kasih semua...

Rabu, 19 Oktober 2011

Kisah Seram : Pejabat 2

Assalamualaikum.....

Ok..mari kita tambah sedikit kisah seram. Baru 2 hari tak meriah entri kat blog nie, kita rasa suram dan sunyi. Sebelum jadi blog berhantu, mari kita bercerita pasal hantu...

Oh yer, kita masih tak sihat. Hidung tak berlari lagi..tapi ada jalan2 sikit2. Cuma tekak sakit, kepala pening dan otak jadi ting tong jer. Doktor suruh rehat semalam dan kita patuh arahan dia sehari suntuk, namun masih ting tong lagi. Apa2 hal pun, ada rasa kurang, kita paksa diri ke opis sbb x nak manjakan diri sendiri. Nnt antibodi kita jadik pemalas...

Eh...citer pasal antibodi pula...

Ok...selain daripada bunyi2an tu, adalah beberapa kali kita dengan kawan baik kita dulu Ita, selalu stay back. Bunyi2 tu mcm2 ada. Dah 2-3 kali kena, kami buat derk jer.

Tapi, pada suatu malam nie, sedang kusyuk kami membuat kerja masing2, tiba kita 'rasa' macam ada sebuah kotak yang berisi kertas2 A4 tu jatuh bebetul sebelah kaki kita. Dengan hembusan angin kesan jatuhan tu, dengan kain baju kurung kita bergerak2 kena 'kotak' tu dan dengan bunyi yang kuatnya.... Tapii... X ADA KOTAK APA2 LANGSUNG!!

Kita diamkan saja sebab dah tau 'dia' dah mula nak gurau kasar. Tapi dalam hati sudah goyah.

Kawan kita pun x sedap hati. Tak lama kemudian, dia ajak balik. Kami pun mula berkemas2 dan kunci pintu opis. Tapi sepanjang berkemas, kunci pintu dan sampailah tiba ke kereta masing2, kami 'diiringi' dengan bau yang cukup semerbak harumnya. Tapi kami faham dah dengan 'mainan' itu, maka kami diamkan jer.

Sampaiii jer kat rumah, kelam kabut telefon sesama sendiri... : Ada bau x tadi?? Isshhh...syukur x ngikut sampai ke dalam kereta...

Walaubagaimanapun..debaran dan dub dab dub dab hati kami tu memang nyata dan kuat.... Dan syukurlah kami tidak lemah semangat...

WW

Assalamualaikum.....


Isnin, 17 Oktober 2011

Journey to Kota Bharu 2011 - Intro

Assalamualaikum.....

Ok..ada kisah sebenarnya yang buat kita flu dan fever nie. Tak cukup rehat sebab kita dgn hubby buat kerja gila, pergi melancong ke Kota Bharu tanpa perancangan. Adoiihh.. x larat kalau nak di ikutkan, tapi seret juga laa whole body nie. Yang penting seronok sebab kami mcm couple baru kawen plak..honeymoon la kononnya tu (perasaannn...!)

Sebenarnya minggu ni Adam ada final exam untuk tahun nie. And last Saturday pula, dia ada tuition. Malam pula tu. So, kalau nak bawa balik Kuantan atau Melaka pun mcm terkejar2. Solutionnya, soh dia duduk diam2 kat PD tu. Boleh study, boleh rehat dan boleh pergi tuition. Biar mama jer yang pergi jumpa papa kat Kuantan.

Friday last week, kita woke up early sebab nak pergi kerja awal dan siapkan beberapa kerja yang tertangguh. Maybe dalam pukul 5 pagi dah bangun dan 6.30 pagi dah ada di opis. (rumah dekat jer dengan opis)

Sebaik habis kerja, terus bergerak balik ke Kuantan. Tiba di Kuantan, dah pukul 10 malam. Itu pun boleh dikatakan awal juga. Sampai di Kuantan, mandi dan duduk kejap. Badan dah rasa menggigil sebab tak ada rehat langsung. Tapi sakit mata tengok rumah tak berkemas. Bangunlah kemaskan segala apa yang boleh. Rendam kain baju kotor sikit. Tak ada washing machine, basuh manual jer pakaian yang penting. Yang lain2, hubby hantar dobi jer. Tepat 12 tgh malam, hubby baru sampai rumah. Dia terpaksa stayback di kilang sebab ada kerja urgent. Bila hubby sampai, baruu nak keluar carik dinner. Lewat sangat, kira supper la agaknya kan....

Tengah asyik makan dan bergurau senda, hubby suggest nak pergi ke KB. Kita terkebil2 jer pandang dia. Biar betul? Larat ke? Saper nak drive? Bukan apa, kita takut kami tersadai di bahu jalan jer sebab x der rehat. Drpd tidur dlm kereta, baiklah tidur kat rumah. Tp hubby kata dia boleh drive rasanya. Eisshhh... betul ker?

Bincang punya bincang, keputusan masih tergantung. Tiba di rumah dah pukul 2 pagi. Tapi kita cepat2 basuh kain baju. Packing baju sedikit sebanyak dan siapkan beg. Standby jer... Kalau pergi pagi esok pun ok..pergi malam tu..err..ok kottt....

Keputusannya?

Yer..sila nantikan episod seterusnya nanti... Tataaa....

Hidung Berlari

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Kita doakan semua nya dalam keadaan sihat sejahtera. Agak sedikit kurang selesa bila tak sihat macam kita nie. Yer, hidung yang berlari tu, kita punya. Hehehhe..direct translation from running nose. Maksudnya tengah selsema...berhingus. Demam since Sabtu, tapi ada kurang sikit dah last nite. Cuma selsema nie baru nak start pula.

Ada tak petua tradisional untuk menghentikan selsema nie..?

Sabtu, 15 Oktober 2011

He Helped Me...Thank you

Assalamualaikum.....

How's your weekends, readers? I hope you are all going through the weekend with lots of happiness.

However, I am about to do a confession. No..no...not about the shopaholic because I'm not.

It's because of this handsome guy.... TOMMY PAGE.





He was famous during the 90's. I knew him from New Kids on The Block group. If you were born in 70's you surely heard about them. Friends and me has been under their spell back then. But I was not obsessed. Most of my friends were. Because of that interest, Tommy Page did invite a few NKOTB kids to be his back-up singers in his album and I straight away fell in love with his music, his soothing voice and definitely that cute face.

I bought his albums then and started to learn all of the songs. This was the part when he actually helped me.

I came from a kampung family back then (and still). My parents seldom talk English, so does my grandparents of course. It was tough for me to learn English especially in boarding school. No family can help me. Furthermore, children in my school were those coming from wealthy family. Not all, but most of them. They have no problem in English. There was 6  level (level 1 was the highest) of English classes during that time and I was about to sit for the SRP (PMR) exam. I came to Level 5. It was that bad. I do not even know how to pronounce sentence, let alone all the grammars.

So, these songs of Tommy Page made me started to be a best friend of a bilingual dictionary. I learnt bit by bit about English with interest so that I could understand the songs. And from songs, it was upgraded to magazine, and soon I was reading English novel!

Now, though I am still not excellent in English, but I managed to understand those Mat Saleh people's talk whenever they call me or attend a meeting with me. Grammar? Don't ask..still hancur.

A few people borrowed his album from me and it had became a history. I have been searching for his cds, but what I've found were only compilations. I'll keep searching. Owh yes, My SRP English result was a shockingly good credit that even my teachers couldn't believe that, let alone my family. I excell in my SPM as well for English paper.

I know, it was me and my hardwork (bluek) actually, but he was the one who drove me to English.

So, what about you guys? Who helped you in a way or two..?

Jumaat, 14 Oktober 2011

Makan di Seremban : Nasi Arab Damsyik

Assalamualaikum.....

Ha..esok dah hujung minggu kan.... Apa perancangan anda semua? Ha..kita nak suggest satu tempat makan yang best di Seremban. Nasi Arab Damsyik.

Lokasi dia di Senamang. Kalau keluar daripada tol Senawang, ambil kiri di traffic light ke-4, menghala ke Tmn Guru dan Pusat Islam. On the way, nampak Petronas sebalah kanan, slow down sikit. Kedai nie sebalah kana depan sikit dari Petronas tu.

Kedai nie buka tgh hari kejap dan buka malam jer. Dia x buka sepanjang hari yer.

Choices of food memang x banyak sebab dia hanya jual Nasi Arab Damsyik nie semata-mata. Lauknya ada dua jer, sama ada nak ayam atau kambing. Atau boleh juga 2-2 sekali kita order. Asalnya makan disini sebab setiap kali lalu kalau balik ke Kuantan atau PD, mesti tgk ramai sungguh orang datang makan kat sini. Kebetulan, FIL kita dah 2-3 kali dok ulang kata Nasi Arab Pak Lim di Kuantan tu sedap. Tapi dia x mau ke Kuantan..jauh sangat katanya. Jadi, hubby teringat kedai nie. Kami pun cuba2 lah 'kidnap' Ba and Mommy untuk try makan di sini. Mula2 Ba dan Mommy ingatkan nak ke Ayer Keroh jer, belakang masuk hiway dan ke Seremban.. heheheh...kitrorang husband n wife nie memang suka kidnap parents sbb susah sangat nak bawa diorang round. Macam2 alasan. Parents tu konon x nak susahkan kita, tp kita nak happy2 dgn diorang sbb kita tahu diorang mesti akan rasa happy kan.

Ok..cukup bebel..meh tengok gambar.


Kami ambil set untuk 5 orang makan. memandangkan kami 6 orang, tambah satu set individu untuk Firdaus. Set 5 orang nie, satu dulang, dengan ayam seekor. Banyakk nyerrr....


Yang kat atas nie, portion untuk hidangan individu. Order khas untuk Firdaus sebab dia tak makan ayam. Kami order set nasi dengan daging kambing. Daging kambing dalam timbusan nasi tu.


Ini pula daging kambing yang kami order sekali dengan set untuk 5 orang tu. Mak aiii..sepinggan penuhhh. Kita dengan mommy makan seketul jer, rasa sikit. (Sebenarnya kita tak berapa suka dengan kambing.)

Review? Uishh..nasi dia memang panjanggggg. Eishh..sedaplah. Sangat sedap. Lembut, rempah campurannya cukup memikat selera dan sangat moist. Maknanya nasi dia memang tak kering. Mommy kata orang tu pakai minyak sapi yang sedap dan x kedekut. Tapi tak ler rasa ke'sapi'annya tu sangat. Sedap sangat lah. Makan nasi dia jer pun boleh lupa ada ayam ada kambing. Lepas tu, ayam dia..di bakar sempurna. Tak kering langsung dan sangat sedap. Rempah yang diperap tu sampai hingga ke tulang. Maknanya kalau kita makan isi bahagian dalam tu, tak kering dan tak rasa tawar beleser... Oh..dia ada bagi sos putih, probably yogurt yang dicampur dengan bahan rempah atau halba. Tak lupa juga ada sos cili yang istimewa. Tak pandai la nak cakap mcm mana, tapi memang lain dari yang lain.

Tempat duduk ada variasi. Ada atas kerusi biasa, yang moden, yang kayu..dan ada juga ruang untuk bersila.


Tapiii.....

Yang paling istimewa ialah teko teh nyer. Teko Aladdin uollss.... Cer tengok nie...





Air tu biasa jer. Teh 'O' Lipton jer..hehehhehe. Kalau nak rasa arab2 sket, nnt diorang letakla daun pudina. Tapi ya ampuunn..manissss sangat. Kami semua terpaksa campurkan air suam dek kerana manis sangat. Kita hanyak ambil 1/4 air tu dan campur dengan air suam. Itupun terasa lagi gulanya. Orang lain tak taulah...maybe teko kami tu diorang lupa dah letak gula ke belum agaknya... Maka jadik double and triple portion air gula...

Anyway..conclusionnya...recommended. Masa makan2 nie beberapa minggu yang sudah. Last weekend, hubby kita soh beli utk dia...nasi nya sedap dia kata. Dia makan dalam kereta sambil memandu dengan kita suapkan. Owh.romantikkan... (ker manja...hihihi).

Segmen NasZ : Kumpul dan Serang

Assalamualaikum.....



Wiiiii....join segmen lagi. Adohh..tamak haloba betul kan. Segmen Ben pun x abis BW lagi..dah join lagi. Takper..janji address list dah ada...boleh BW bila ada time...

Ok...boleh klik SINI kalau nak join...better kita join beramai2 kan.

Mari..mari,,,