Khamis, 27 Februari 2014

My First Lee Child....

Assalamualaikum.....



I have been communicating with this girl since a few days ago. She responses from my previous entry about my english language level. And so, she let me borrow her book entitled The Enemy by Lee Child. I received it yesterday and has just started to read it.

Tata, thank you.

Rabu, 26 Februari 2014

Makan di Melaka : Steamboat Api-Api

Assalamualaikum.....

Hari ni, no English version. Hari ni, entry santai2. Penat yer nak baca english entry. Statistic visitor blog ni drop mendadak kalau buat entry English. Well, tak apalah. Selang seli lah kan.

Hari ni nak balik Melaka. Esok malam ada tahlil untuk arwah Ba, Insya Allah. Kalau ada kawan2 blogger di Melaka, jemputlah datang sekali yer. Lepas Maghrib di Jalan 2, Taman Bertam Jaya. Dekat seberang Tesco Cheng tu je.

Hari ni, cuci mata dulu dengan pilihan steambot. Ramai yang dah selalu makan kan. Kita makan di sini pun dah lama juga. Tapi tak kisah lah, janji dapat kongsi2. Steambot Api2 ni lokasinya di seberang jalan AEON Bandaraya Melaka. Round jer lah shop lots kat situ, mesti senang jumpa punya.



Steamboat kat sini, bukan terhad kepada yang rebus2 dan grill2 saja. Ada buffet makanan lain. Tengok kat atas ni, ada kupang masak cili. Sedap. Tak yah kelam kabut berebut parking kat medan ikan bakar kan. Kat sini pun ada. Maklumlah, kat Melaka ni kupang fresh dan mentah tu di jual merata2. Peniaga2 ni buka payung tepi jalan jer untuk jual kupang.

Ada potato wedges goreng tau. Budak2 suka lah kan. Mak bapak budak pun sukaaaa. Sos nya pula ada berbagai jenis...so memang boleh layan.


2 jenis lauk yang sinonim dengan Melaka. Kat atas ni ada ikan pari masak asam pedas dan ayam masak lemak cili api. Tau tak, kita terus teruja dengan 2-2 jenis lauk nie. Memang sedap. Asam pedasnya pekat, seimbang rasa dan ikan parinya pun sedap. Masak lemaknya pula, ayam fresh, lembut. Kuahnya pekat dan kepedasannya pun memang sangat sesuai. Tak lah pedas menyengat dan tak juga tak terasa cilinya. Aduhai...sedapnya.



Ha...nampak tak kat atas ni. Semua daging dan sea food yang telah diperap. Sedaplah juga. Tapi kita tetap suka Chim Chum di Food Village Kota Bharu lagi. Nak lepak2, sembang2, boleh lah.... Lauk pauk nasi campur tu lagi sedap pada tekak kita.


Macam biasa, semua benda2 yang ada dalam yong tou fu pun ada juga. Tapi kami tak ambik pun yang ni. Entah kenapa, tak berapa ada peminat benda2 ni semua. Kita cuma ambil sayur jer.


Yang tukang ambik ialah hubby. Lepas tu si Firdaus pun rajin bangun ambik itu dan ini. Adam hanya ambil apa yang dia nak jer. Kita tak berani nak ambik apa2 lagi sebab gerun tengok yang kat atas nie. Ya Allah, minta2 lah habis makan. Jangan lahhh membazir. Tapi Alhamdulillah, habiss. Yang kat atas ni, yang first batch...tu yang penuh semacam tu. Bila second batch, dah kurang la...sebab dah kenyang.

Kuah sup boleh pilih tomyam atau biasa. Kami ambil sup biasa. Tapi memang kurang kick la....

Pembakaran di bantu dengan minyak masak. So, ada unsur2 goreng di situ. Another inconvenience for me.

Kalau setakat nak lepaskan rindu pada Chim Chum, bolehlah kami datang sini sebab Kelantan tu jauh dari Melaka kan.

Tapi kalau sebab nak celebrate ke apa ker, agak kurenggg sikit.




Apa dia Chim Chum? Reader baru blog nie dipersilakan godek2 entry2 kita yang lepas yer. Ada beberapa entry pasal Chim Chum. Atau google pun boleh. Ada juga entry kita tersenarai.

Esok sampai hujung minggu, kita cuti. Tak pasti ada masa nak update atau tak... Kalau ada, maknanya yang schedule punya. Kalau takder, minggu depan jer lah yer...

.

Selasa, 25 Februari 2014

English Class (Kelas Bahasa Inggeris)

Assalamualaikum.....

Since my english language is far from good, the company has decided that I should be enrolled in the English class. Not only me, but all the first and second level of management employees in my company are included too. Hehehehehe. Happenned to be that almost all of us are about at the same level, except mine is a bit lower than them... sob..sob.

Our teacher, Miss Martha in action. No, she's not Martha Steward. 

But that's fine. At least I've been given opportunity to improve my level. Yes! Let's do it, girl!

So, our class from British Council is a 30 hours course. We break it down to Tuesdays and Thursdays, 2 hours each session.

So, does this entry answered a few questions for why I have been writing in English frequently and why did I wrote 2 versions? Well, practice makes perfect.

I hope this practice won't stop and I hope I can improve my English.

Why do I need to improve my English?

Well, from all of the reasons, i am being driven by my son. If I want him to excel in his study and English, I need to equip myself with the skill first before I could teach him to be a better person.

Wait, don't I have a homework to do? Oh no...! I need to do my homework..!!!!




Versi Bahasa Melayu

Disebabkan tahap BI kita agak menyedihkan, pihak syarikat telah memutuskan yang kita kena masuk kelas Bahasa Inggeris. Bukan kita jer lah, semua level 1 dan 2 pengurusan kena join sekali. Dah kami pun sama2 level juga...heheheheheh. Cuma kita punya level ke bawah sikit dari mereka.

Tapi tak apa. Syukur alhamdulillah sebab kita berpeluang untuk memajukan diri. *Chaiyok!*

Kelas ni 30 jam semuanya, tapi kami pecahkan kepada 2 jam setiap sesi. Setiap Selasa dan Khamis.

Jadi, menjawab tak persoalan sesetengah kawan yang bertanya? Lagipun, kita rasa terpanggil untuk belajar sebab kita dok push Adam untuk jadi pandai. Tapi mamanya sendiri tak tunjukkan contoh yang baik kan? Sekarang, bila weekend, bila kongsi nota dan boleh belajar sama2 dengan Adam. Nak dia jadi pandai, mama kena pandai dulu untuk jadi guru peribadi dia kan....

Kejap...rasanya ada homework la. Petang ni ada kelas pula tu. Kena siapkan homework dulu....!










.

Isnin, 24 Februari 2014

I Need The Motivations.....

Assalamualaikum.....






Quite pack and busy today....

May all of you have a good day....


.

Jumaat, 21 Februari 2014

Kerepek Durian? (Durian Chips)

Assalamualaikum.....


Selalunya kat pejabat ni, ada jer lah yang bermurah hati bawa snacks atau makanan. Tak lah selalu, tapi dalam seminggu tu adalah beberapa kali. Kadang2 ada yang baru pulang dari bercuti lah, ada yang baru balik kampunglah, ada yang pergi bertugas outstationlah... So, kami nie pernah lah makan makanan yang menarik2 ni.

Macam dalam piring kat atas ni, yang kuning tu ialah kerepek durian dan yang sebelah tu, buah jeruk salak. Buah salak jeruk ni di kirim oleh salah seorang bekas petugas kami. Beliau orang Indonesia. Rindu kat kami, dia datang sini dan bawa sekali salak ni. Kita pernah cerita pasal dia ni dalam blog kita. Pak Hery nama dia.

Yang kerepek durian tu pula di bawa oleh salah seorang petugas kami yang berkahwin dengan orang Kelantan. Mak mertuanya berasal dari Patani, Thailand. Maka bila hari raya, mereka balik Patani untuk beraya. Kerepek durian nie, di bawa oleh beliau dari Thailand.

Ada bau durian, tapi tak kuat. Manja2 gitu jer baunya. And rasa durian tu pun manja2 jer. Tak manis, tapi sangat lemak rasanya. Sedap. Rasanya ini jenis durian mengkal, diorang proseskan menjadi kerepek. Jadi, tak lah membazir kan. Siap boleh jadi duit lagi.

Rasanya Malaysia kena ikut lah jejak langkah nie kan. Tapi kita ada kerepek nangka kan...hehehehehe.





THE ENGLISH VERSION

We always have generous friends bring food and snacks from all over places. Not daily, but at least a few times in a week. Some bring it from their vacation, some from the trip back to visit parents in their hometown, some bring it after their works outstation trips. Thus, we have opportunity to taste the variety of interesting food.

Picture above is showing a small plate of chips and a few preserved salak fruit. The preserved salak fruit was from our former employee. He is an Indonesian. He missed us, thus he visited us in the office and brought the salak fruit. I wrote about him once in this blog. His name is Pak Hery.

The chip was an interesting snack. The flavour and smell of durian was very mild and they are not as sweet as the normal durian. I think this chip was made from the unripe durian. Rather than throw it away, they transform it into a delicious snack. Not only the durians were not wasted, it furthermore generates income to the people.

This chip had been brought by one of our friends. She's being a Johorian married to a Kelantanese. Her mother in law originated from Pattani, Thailand. She will join her in laws to celebrate Hari Raya and one after another occasion in Pattani. So, this durian chips came from Thailand.

I think Malaysians could be more creative. Though we already have the jackfruit chips now....

.

Khamis, 20 Februari 2014

Beautiful Malaysia : Ratham Parade

(Since my English level is not satisfying, this entry is written in English for me to practice. Please pardon my mistakes.)


Assalamualaikum and Good Day to all...


I spent my previous weekend in my hometown, Port Dickson in Negeri Sembilan. Hubby was in Kuantan, thus that weekend was entirely for my only child, Adam.

On Saturday evening when I was on my way to fetch him from the tuition class, I met with this parade. I was raised by my late grandfather and grandmother since I was a baby until now in this village and town.

Since I was able to walk and run and talk, my late grandfather always took me to watch this parade from the side road at the entrance junction to our house. And since then, whenever I was at home, once we hear the festive musics on the road, all the village children including me and my siblings, cousins and neighbours would run or cycle to the roadside to watch the parade. My late grandfather called this as 'Kudu-Kudu' until recently I've found out that this parade's ritual is being called Ratham.

Ratham is a Hindu parade for the festival of Adi Puram. A chariot, traditionally pulled by 2 big and strong cows carrying an image of deity will be maneuvered on the streets around the town . For a better explanation you can read it in Anirudh's Blog.

I passed the parade and rushed to fetch Adam from his tuition center and told him about this parade. He gave me a blank expression. And then I realized. He lived with my father, not with my grandfather. When I asked him whether he had ever watched this parade, he questioned me back with what is Kudu-Kudu? Well, I grew excited knowing that I could reminisce my childhood happy memories with my son. I raced the road and drove Adam back to our village and waited by the road side.

The Ratham parade was approaching. 

Our former house was on the left side beyond red signage. That red signage was our nearest grocery store that time and I used to wait for bus to town on the right side during me teenage years. Anyways, you can see a group of devotees walking with the parade. 

 There were 2 chariots on the road. No bulls, no cows. It's modern living. The chariots were pulled by pick-ups and followed by small lorry carried a big generator for electrical supply. They need the electricity for the speakers which played musics and for colorful lights at night.



The priests, the helpers and the devotees were marching with the chariots. Picture above shows the main chariot. Do you see the speaker at the back of the chariot?

Even the pick-up was beautifully decorated.

This one was a smaller chariot. 

This parade went the whole day long. Along the route, there were a few tents for their pit stops. These pit stops served drinks, snacks and coconuts. I have no clear idea though on the purpose of the coconuts. Must be some kind of offerings for this festival.

Adam was happy. He looks astonished. He asked me many things and I answered my best within my limited knowledge. He has been saying repeatedly that it was his first experience to watch this parade after all these years of him living right on the route of this parade.

I believed many Malaysians have no idea about this festival. After you read this entry and Anuradh's, you have add up your knowledge as well.

Malaysia is Truly Asia.......



.

Rabu, 19 Februari 2014

A Death Threat...





Assalamualaikum.....

Yesterday was a hectic day in the office. We had payroll's problem with data corrupted and it was the due date for us to submit it to the bank, with training matters, with meetings and bad news announcement from the CEO, and it was still not enough to break my hearts and body.

 A moment just before the training started yesterday, our colleague collected mail from the company's letter box. One of the letters attracted our attentions.


Picture source from Google Image


It was the normal envelope as pictured above, but the length was longer than that. It was bulky... When we opened it with high level of curiosity, we found a piece of used car maintenance service reminder sticker, the one that normally stick to your car's front window, a used bottle cork, a piece of our company's name torn from a local newspaper and a rusty surgical knife just like the following illustration.





Picture sourced from Google Image

It sent panic message to us. My bosses were confused and couldn't believe that these things were intended for us and me was shivering inside. The envelope was stamped from Sabah, but it was impossible delivered by mail. Pos Malaysia won't let it through. Furthermore the stuffs inside the envelope would be scattered along the way. So our guess, it was sent by hand, but they covered the trail by using a used envelope. Or, they could just order a simple rubber stamp similar with Pos Malaysia's for the price of RM1.50 from shops.

After discussing it, we decided that we should lodge a police report. Since I was fully occupied, some other colleagues carried the responsibility. The police officers classified it as crime case. They took all and asked many questions. The advice : Be careful.

And now I am too scared for not to think about it. Every one of the employees is in danger.

There's nothing else that we can do other than du'a.










.


Selasa, 18 Februari 2014

Ibu Bapa Pun Kena Belajar UPSR....!

Assalamualaikum.....


Ibu bapa untuk pelajar tahun 6 di sekolah Adam sering di ajak berbincang tentang meningkatkan mutu akademik anak2 kami. Alhamdulillah. Pada salah satu hujung minggu yang lalu,. kami di jemput ke sekolah untuk memberikan motivasi dan semangat kepada anak2 dalam seminar menjawab peperiksaan UPSR untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Bila sampai, bersemangat lah mak2 dan bapak2 berkumpul dengan anak masing2. Bila tiba masanya, eh, anak2 kena naik ke dewan di tingkat atas...kena asing dengan ibu bapa. Ok lah, tak nak mengganggu mereka. So, kami di minta berkumpul di kantin. Ingatkan ada ucapan, rupa2nya kena belajar.



Ibu bapa yang datang, terpinga2. Kena belajar? Memang sungguh tak disangka. Hahahahhahaha. Namun, kita tabik spring pada usaha dan niat murni guru2 ini. Pandai juga taktik mereka..hahahahaha. Kita memang tak ada masalah. Sentiasa bawa buku nota dan alat tulis. Lagipun, tak ada apa yang nak dikejar. So, bersemangatlah juga....




Tapi kebanyakan ibu bapa yang lain memang terperanjat dan mengomel2 di belakang. Yerlah, ramai yang bawa anak kecil, pangku anak, menyusukan anak segala kan... Ada juga yang dijaga oleh nenek dan atok. Maka terkelip2lah mata nenek2 dan atuk2 ni nak memandang tulisan di kertas.

Jangan tak tau, kami di berikan kertas kosong dan pensil. Semua ibu bapa kena turut sama menjawab kertas peperiksaan dan diberikan panduan oleh guru bagaimanakah cara yang betul untuk menjawabnya. Semua orang kena tulis karangan, semua orang kena bina ayat berpandukan gambar dan sebagainya. Ditunjukkan ejaan baru, kesalahan tatabahasa dan bagaimana nak dapatkan markah yang baik.

Alhamdulillah, berjaya juga kami mengharungi 2 jam tersebut. Banyak yang dipelajari. Semua ibu bapa boleh turut sama duduk dan ulangkaji pelajaran dengan anak2.

Macam kita dan mak, kami memang dah biasa. Demi nak mengajar Adam, mak sanggup bangun awal pagi.
Selepas tahajud, mak mesti belajar dulu, supaya senang mak nak tunjuk ajar Adam. Setakat ni, mak tutor peribadi Adam untuk semua mata pelajaran kecuali English. English, mak serahkan pada kita.

Kalau ada yang mak tak faham seperti matematik atau sains, mak akan tanya sepupu2 kita yang lain2 untuk penyelesaiannya dan kemudian barulah diterangkan kepada Adam.

Mak memang dari kita kecil sangat ambil berat tentang pelajaran kami. Tapi dulu mak kerja, so tak lah sampai belajar subjek kami. Sekarang mak dah pencen, mak nak pulun Adam.



Sampai jer rumah, Adam kelam kabut mandi dan tukar baju. Nak menghadiri kenduri kawannya yang khatam Al-Qur'an. Alhamdulillah.

Oh, kita mengharapkan ada seminar lain disekolah untuk subjek2 lain. Aktiviti ini memang sangat berguna dan bagus.

Kita rasa terharu sangat kerana usaha dan keikhlasan guru2 ini semuanya beyond expectation...

Syabas Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson.

.

Isnin, 17 Februari 2014

Mengail Si Sepit Biru Lagi....

Assalamualaikum.....

Hubby pergi memancing lagi. Untuk beberapa bulan kebelakangan ni, memang ramai orang yang memburu udang galah. Musim bulan2 awal tahun ni pula, air sungai semua sedang 'cantik' dan sesuai untuk mencari udang galah dengan kuantiti yang banyak.


Udang galah pertama. Besar..sepitnya dah panjang membiru.


Macam biasa, hubby kalau pergi, mesti dengan kawannya yang berbaju biru tu. Eh, matching pula warna baju abang tu dengan warna sepit udang galah ni yer.

Tangkapan untuk hari itu.

 Lepas jer dapat udang2 ni, hubby call kita. Suruh balik ke Kuantan semula, padahal, malam sebelumnya tu kita baruuuu jer sampai PD dari Kuantan. Hubby kata tak best nak makan udang nie sorang2. Dia nak celebrate dengan kita. Kegembiraan dia dengan tangkapan dia. Demi hubby, kita redah semula 4 jam perjalanan ke Kuantan. Tapi, bila lihat keriangan dan kegembiraan dia,
TATA, ada mak dengan bapak udang jer. Yang lain semua anak2 ia...


Tapi si bapak udang, lihatlah saiznya..... Tu tangan hubby yer...saiz tangan dia XL tau. 

Dah sedia dibersihkan. Hubby rajinnn bersihkan udang galah ni. Dia pandai...hehehehe

Kita tinggal duduk dan ngap jer...hahahahaha....

Udang tu, kami minta kedai masak pedas jer.

Of course sedap. Udang segar, masakannya pula dimasak sempurna. Mestilah jadi sedap kan. Tapi dek banyaknya, kami tak terhabis juga. Tapau bawa balik... Lagipun, lately nie banyak sangat makan udang galah...dah boleh imagine dah betapa membuak2nya kolesterol berkumpul dalam body. Aduhai.... Esoknya, berhempas pulas exercise. Kemas rumah, bersihkan rumah, basuh baju manual...berus, perah dan sebagainya... And...minumlah juga teh hijau secawan... Kalau pun tak menghapuskan, tapi dapat kurangkan beberapa persen kolesterol pun jadilah...

Oh, kami suka ke kedai ni. Kalau makan2 biasa ke, rasa nak puas hati, kami ke kedai ni juga... Nantilah kita review sikit kedai nie... Insya Allah.


.

Jumaat, 14 Februari 2014

Mohon Sumbangan dan Bantuan. Maahad Tahfiz di Kuantan Terbakar...

Assalamualaikum.....

Dugaan dan ujian dari Allah, kita tak tahu bila akan berlaku. Yang penting, aqidah mesti terus mantap walau apa keadaan sekali pun.

Malam tadi (13hb Feb 2014), Maahad Tahfiz Muhammadiah di Bukit Rangin, Kuantan telah musnah dalam satu kebakaran.

Ada 17 orang pelajar anak yatim ketika itu dan syukurlah mereka semuanya selamat. Namun, kerugiannya adalah 100%.



Sempena hari yang mulia ini, sudilah kiranya ada sesiapa yang sudi menghulurkan derma seringgit dua kepada mereka. Buat masa ini, pelajar2 telah dipindahkan ke Permatang Badak untuk sementara waktu.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun-akaun berikut :

Nama Pemegang Amanah : Amnan Asri Abdullah (Bendahari MMG Pahang Terengganu)

Akaun CIMB : 7036 5980 65

Akaun Maybank : 1560 9415 3154


Sila e-melkan butiran sumbangan anda kepada : ch3d33n@gmail.com dengan tajuk Sumbangan Kebakaran.



Kita dapat maklumat ini dari Whatsapp group pegawai Sumber Manusia kita. Dan telah di sahkan oleh hubby di Kuantan dengan disaksikan oleh Bendahari PAS Kuantan.


Kita menyeru kepada blogger2 sekalian untuk turut membantu menwar-warkan tentang sumbangan ini. Sekelumit jasa kalian, hanya Allah saja yang membalasnya.



Insya Allah....


.

Ikan Selar Berlada

Assalamualaikum.....


Ikan selar lagi. Sebab beli kat kedai runcit jer. Tengok ikan lain semua macam dah lembik2 kecuali ikan selar ni jer yang elok segar dan kental lagi. Shining lagi... Sebab tu lah, beli beberapa ekor...dan sepanjang minggu dok makan ikan nie jer..hahahahaha.

Masak guna cili boh jer weh. Kat kedai runcit kita ni, dia ada jual sejenis cili boh hasil penduduk sekitar situ yang sedap. Sedap la...segar, pedas nya pun berpatutan dan halus. Tak ada pun nampak biji2 cili. Kita suka cili ni.

Mudah jer lah... tumis la bawang sikit, masukkan cili boh nie, tu,is sampai garing dan masukkan 1-2 sudu air sikit. Curah jer atas ikan. Jangan tak perasakan garam pula yer.

Kita makan dengan daun salad tu.

Hari ni Jumaat. Weekend ni ada banyak agenda yang menunggu.

.

Khamis, 13 Februari 2014

Episod Akhir Ariana Rose

Assalamualaikum.....

Sebelum apa2, sajerlah nak rekodkan, hari nie Anniversary pertunangan kita dengan hubby. Bila ekk... Errmmm... Tahun 2000. Wow, 14 tahun lepas...hahahahhaha. Ok, dah jadi couple tua pun...

Anyway, hari nie teruja sebab ada final episode drama Ariana Rose. Entah kenapa, kita melekat tengok drama ni walaupun tak pernah baca novel dia. Baca la a few chapters, tapi kita rasa drama is much more better than the novel. No offense Evelyn, you did a great job. After all, this is your first baby, right?

Oh, ok....memang jarang nak follow di tv. Masanya kurang sesuai. Banyak urusan pada masa tu. So, drama2 ni biasanya kita follow online jer lah. Tak kisahlah lewat pun, yang penting dapat feelnya.

Kita suka Fathia berlakon. Dulu dia ada berlakon sebagai isteri Fizo Omar dalam drama Musang Berjanggut rasanya. And kita suka sangat lakonan dia. Same goes to this drama. Bila dia kena kidnap, dia langsung tak control ayu macam heroin Malaysia yang lain. Macam Fasha Sandha. Dia menendang, menjerit, lari, mencakar dan segala2nya dengan bagus sekali. Sampai merah2 muka, telinga dia semua..menjerit sampai ke puncak suara.

Bila buat scene romantik, dia buat real macam isteri2 lain. Tak ada geli geleman pun tengoknya. Tapi feel tu sampai.

Keith Foo ialah nama baru di Malaysia. Good acting. Tapi entah kenapa, seperti yang diakui sendiri oleh beliau, agak kaku sikit. Sikitttt la. Definitely boleh improve lagi. But I prefer lakonan Hisyam tu lagi. Just by staring pun, berbagai message boleh sampai. Probabaly, Hisyam mungkin lebih sesuai jadi Adam Kamil kot...

Anyway, endingnya hari ni. Mestilah teruja sebab drama nie jalan ceritanya agak berlainan dengan novel. Ada sesiapa yang lepak kat One Utama untuk menonton bersama2 dengan pelakon2nya hari ni...?

.

Bekal Simple Ke Pejabat

Assalamualaikum.....


Ikan selar seekor (part ekor jer dua ketul), nasi putih dengan terung masak lemak cili padi putih. Teringat lauk masa zaman kecik2. Kita kan dibesarkan oleh atok dan nenek, sama macam Adam sekarang. So, nenek dulu selalu masak macam nie. Atok suka. Masak terung sampai lembuttttt gitu. Tu pasal lah dah tak nampak terung nya dah...hehehehe.

Sajer buat pedas sikit, memang puas hati betul makannya. Ish..ish..ishh...

Simple, mengenyangkan dan murah. Lagi yakin dengan halalan toyyibannya. Alhamdulillah.

Tapi malangnya, tak selalu rajin macam ni. Minggu ni lagiilah tak rajin. Tak berapa sihat sebenarnya. Dengan letih lesunya lagi....

Tengoklah next week macam mana pula....


.

Rabu, 12 Februari 2014

Basuh Kereta Yang Cepat dan Ringkas

Assalamualaikum.....

Kadang2 kereta kita kotor sangat sebab baru lepas langgar lopak ke, atau berdebu sangat walaupun baru jer basuh. Maklumlah, cuaca kering sangat sekarang ni kan. Tiba2, ada appointment pula. Atau, nak kena ikut rombongan pengantin. Takkanlah nak pergi dengan kereta comot. Nak pergi basuh kat car wash...kang duduk berjam2 pula.

So, cara yang ekspress ialah masuk jer car wash automatik ni. Kat Kuantan ada 2. Kat Melaka ada satu, itupun kejap on, banyakkkkk off. Kat PD, ilek.. Kat KL, tak pernah teringin nak survey..hehehehehe.


Mula2, beratur. Masuk sini, setiap checkpoint, ada Bangla. Hehehehe...

Kereta kita di basah2kan dulu. Haip...kereta putih tu kereta orang lain la. Kita kan dok snap dari dalam kereta sendiri ni....

Berus dulu lumpur2 kat tayar.

Nak masuk tempat auto, jangan macam2. Jgn pegang stering, jgn tekan brek, freekan gear dan lepaskan handbrake.
Kereta akan lalu atas railway yang berjalan sendiri. 

Bersihkan part2 yang celah2 tu.

Yeay...dah masuk. Kita dalam kereta bestttt jer. Rasa macam mandi sekali walhal kereta jer yang mandi.

Lepas tu ada berus gergasi yang berus kereta kita depan belakang, atas bawah....seronokkkk jer. 


Lepas tu, kenalah pegang stereng. Lepas bilas, kereta kita di lap kering secara manual dan vrooom get going. Ops, kat gate keluar, final checkpoint. Kilatkan tayar dulu.....

Harga?

RM5.00 jer...


WW : Crocodiles' Tea Cake

Assalamualaikum.....




Err, ada sesiapa pernah makan? Kongsi sikit rasanya.

Selasa, 11 Februari 2014

Mee Goreng Biasa-biasa Je...

Assalamualaikum.....


Minggu lepas punya ni. Dah selamat makan minggu lepas...cuma entrynya jer hari ni.

Teringin nak makan mee goreng yang dimasak sendiri. Kita dulu2 pernah goreng mee and it was a total disaster. So, macam fobia. Tapi ada la juga sekali sekala terrrrrpaksa masak kat rumah mak. Tapi bahannya mak atau ayah dah siapkan. Consider tolong2 jer lah.

Last week, dek teringin sangat, hantam sajalah. Buat sendiri untuk sendiri makan, jadi ke tak...nasiblah. Dasyatkan...? Nak goreng mee pun fobia ke? Hahahahaha...  Turn out ok jer.... apa yang susah sangat... Susah sebab fobia 12 tahun lepas jer rupanya....

Tak yah resipi lah...semua orang pun pandai. Yang ini, kita tumbuk cili api 7 ulas yang kecikkk tu, bawang putih dengan bawang kecik seulas each. Tumis...masukkan air sikit, masukkan ayam dan batang sawi. Lepas tu masukkan mee, daun sawi, tauhu dan pecahkan telur. Gaul dengan kicap sikit. Settle!

Hubby dah request... Tu lagi satu yang buat kita fobia. Hubby is extremely high taste. So, bila masak kurang sedap...hubby kondem kaw2 punya. Mak fobia nokksss.... Takutttt nak masak lagi. Yang mana dishes pernah kena kondem memang kita blacklist terus. Huh...lemah semangat okeh...

Lepas ni kena banyakkan praktis la.. Adam kan nak duduk dengan kita. Dah berangan nak masak2 selalu untuk dia...yeaayyy..!!

.

Isnin, 10 Februari 2014

Nanti.....

Assalamualaikum.....

Busy sikit lately. Tapi stay tune yer.... Nanti dah kureng bz...kita share gambar makan2 lagi. Yg dah pernah share, tapi kami repeat lagi. Yang baru pun adaaa.... Dun worry...

Ok...cuti sekolah bulan tiga ni...ada yang dah mularancang holiday kan? Share sikit destinasinya...boleh?


Ahad, 9 Februari 2014

Seminar sekolah di hari Sabtu

Assalamualaikum.....



Guru Besar berucap

Slide


Demi anak tersayang....korbankan saha apa yang perlu.....


.

Jumaat, 7 Februari 2014

Back to Gym... Yess!!

Assalamualaikum.....


Thank you blog....thank you blog....

Hubby reads my entries and he finally understand that I need a new pair of shoe.

So, he asked me to chose, but being grateful, I decided to find the cheapest shoe in store so that I can frequently change the shoe and get to buy new design each time. Hahahahha. I like the color, though. Feel comfortable in it. Very light and kind of motivates me to go to gym.

My gym time is actually only once a week. Hahahaha...nothing to shout about. But at least, beside the house chores and daily walking of 20 minutes, this gym activities could slowly add up the amount of calories burnt.

Oh, thank you husband. I love you....... cat.


.

Mahal, Atau Berpatutan?

Assalamualaikum.....


Semalam punya semalam, dekat kafe opis ni, ada berbagai booths yang jual macam2. Salah satunya jual benda ni. Ini adalah lasagne. Memang dia tapaukan dalam polisterine tu. So, anda semua dah boleh agak saiznya besar macam mana kan.

Harganya RM8.00

Kita agak terkejut... tapi beli jugaklah sebab nak tahu apa yang special. Beef intinya. Rasa, so and so...tak berapa mewah dengan cheese and kualiti daging pun, yang biasa2 tu. So, apa pendapat anda?

Oh, sewa booth tak mahal pun. Sehari baru puluh2 ringgit jer kat sini...bawah RM50 rasanya.

.

Khamis, 6 Februari 2014

Cara Nak 'Tegur' Anak2 Jiran Yang Nakal...

Assalamualaikum.....

Semalam balik dari kerja dalam keadaan penat dan mengantuk dan oerlukan rehat dalam kedamaian, tapi diganggu pula oleh suara2 yang nyaring di tepi rumah. Oh, di KL ni kita duduk di rumah pangsa jer... Janji dekat nak pergi kerja, dapat tidur, mandi dan masak dengan selesa...cukup lah..

So, bila duduk di rumah pangsa nie, sedia maklumlah dengan community nya. Ada yang ok..berhemah sangat...ada yang "Apa aku kisah...?"

Petang semalam pula, budak2 kecik yang sekolah rendah nie, boleh pulak main bola kat koridor rumah. Adoiii...punyalaaahhh bingitnya.

Mula2 kita cuba nak sabar..tapi bila diorang terpekik2 tu sampai kita pun nak pengsan dengar, mula lah otak cari jalan nak buat macam mana.

Berlegar2 kita dalam rumah sambil mata dan otak sama kerja keras. Nak buat apa nie yer...

Selongkar dapur...yess! Dapat idea.

Buka peti ais..kelaurkan sebungkus besar kerepek...beberapa peket biskut coklat dan beberapa peket coklat yang dapat kat rumah orang kawen.

Buka pintu...tunggu jap...nampak jer sorang budak yang tengah menjerit, terus panggil dia.

Dia datang dengan muka gengster. Umur dalam lingkungan 8-11 tahun.

Dia sampai jer, dia tanya "Nak apa?!"

Wah..ganas....

Kita buat muka tegas....

"Ni, nak keropok tak? Makan dengan kawan2, nak?"

Mata dia terus fokus pada bungkusan2 di tangan kita. Terus dia angguk2.

Kita kata dengan dia : "Makan dengan kawan2, main kat padang mainan kat bawah, ok? Tak boleh bising2 kat sini yer... Ramai orang nak rehat, ada baby yang tengah tidur, ada yang tengah belajar.... Tak baik ganggu orang kan..?"

Dia pandang muka kita sambil angguk2 lagi.

Kita hulur semua makanan tu pada dia... dan pesan lagi.. "Jangan main jerit2, ok?"

"Ok". Ringkas jawabnya.

Dan lepas tu, semuaaaa aman damai.

Alhamdulillah. Walaupun kena umpan sikit, tapi sekurang2nya mereka patuh.

Maknanya, mereka tu kanak2 yang baik...cuma nak kena pantau dan guide sikit,

Tapi, rasanya taktik ni tak berjaya kalau kanak2 tu super nakal...

Ada cara lain...?

Makan di Port Dickson : Naan Cheese Mannusalwa

Assalamualaikum.....

Jarang2 kita bercerita tentang tempat2 makan di Port Dickson kan. Pertamanya, sebab kita jarang nak berlama-lamaan di PD. Keduanya, kalau kat PD, dah tentu lah makan kat rumah, atau sekadar beli lauk sikit2 atau lepak2 kedai tomyam malam2. Kalau ada pun kedai, semuanya biasa2 jer. Nothing to share. Tak ada yang beyond expectation.

Tetapi.....

Baru2 ni, ada satu kedai mamak baru di PD yang dah mula mendapat perhatian kami. Baru jer mula beroperasi beberapa bulan yang lepas.

Restoran Mannusalwa
Sebelah kanan yang signage hijau tu ialah pusat tuisyen Adam.

 Lokasi restoran ni, berhadapan dengan stesyen minyak Shell di Batu 5, Port Dickson. Dekat2 dengan hospital daerah. Senang cerita, kalau nak pergi Telok Kemang, kena lalu roundabout kan? Sekitar2 roundabout tu jer lah....

Restoran ni adalah anak syarikat Restoran Haji Tapah. Siapa pernah dengar? Dulu, masa kita study, kita dengan kawan2...dan kemudian dengan tunang (hubby ler..) selalu lepak di Haji Tapah dekat Ong Tai Kim Gombak tu. Rupa2nya, Mannusalwa ni adalah cawangannya, anak syarikatnya. Yang bestnya, owner Mannusalwa ni rupa2nya pernah serve kitorang masa kitorang bercintan cintun dulu..... Dia lepak borak2 dengan kami, kata macam pernah nampak...story punya story...maka sampailah ke zaman 14-15 tahun lepas. Dan dia pula masa tu masih belasan tahun dan masih belajar menguruskan perniagaan dengan bapa dia...sehinggalah sekarang, dia dah berjaya ada restorannya sendiri. Hahahahha...

Oh, ownernya ni, permastautin tetap Malaysia. India mari...jenis yang macam hindustan tu. Yang tu selatan ke utara ekk? Lepas tu, kahwin dengan perempuan Melayu...beranak pinak semua kat sini lah.... Siaplah adik beradik dia pun ada yang kahwin India Muslim Malaysia, ada yang kahwin Melayu juga.... dan semua pun ada restoran sendiri juga. Kaya betul lahhhh....

Apa yang istimewanya kedai nie...?

Masa minggu ke-2 dia baru di buka, kita dengan hubby cuba lunch di sini. Nasi beriyani dan lauk pauknya. Something different. Karinya tak pekat melekat macam kebanyakan mamak, tapi lebih ringan sedikit rempah2nya. Nasi beriyani pun tak kuning atau cekelat macam biasa. Tapi colourful..macam nasi hujan panas pula. Tapi bila makan, memang terasa beriyaninya... Tapi, nope, nasi beriyaninya tak outstanding sangat. Sedap2 biasa jer... Mommy punya nasi beriyani lagiii sedap... heheehehhe.

Then, kami datang malam pula... First time datang, kami suka. Suasana mesra...lapang, dan paling penting, bersih. Kerusi, meja lantai semua berkilat. Ke, sebab baru ke..tak tau lah kan....

Bila datang malam, kami order roti naan. Adam sangat suka dengan naan. Paling feveret ialah naan cheese. So, kami order sorang sekeping. Lepas dari malam tu, boleh kata selalu sangat lah kami repeat kat situ semata2 sebab nak makan naan cheese nya... Berhantu okehh...



Naan Cheese

Kat atas ni, contoh naan cheese. Cheesenya kat dalam ler...mana nampak. Cheese kat naan restoran ni, tak ada leleh punya. Cheesenya sedang2 elok ada rasa cheese. Tapi entah kenapa, cheese dalam naan ni macam menambahkan perisa pada naan dan juga melembutkan naan ni. Perisanya tak strong....tapi kita akan rasa nak makan lagi dan lagi sebab nak determine rasa yang ada. Sort of food trap. Trap kita untuk makan lebih..hahahahaha.

Bila borak2 dengan ownernya, cerita pasal kesedapan naan dia...owner dia mengaku naan dia memang sedap. Dia memang cari tukang masak naan nie. Tukang masak naan ni ialah orang Pakistan. Pernah kerja dengan bapak dia dulu...lepas tu balik negeri. Datang semula, kerja kat kedai lain di Jalan TAR, tapi owner Mannusalwa berjaya jejak dia dan offer baeeeekkkk punya, bawak datang PD.


Set Roti Naan Cheese

Kadang2, kami tak dinner kat rumah dan makan nasi. Kami purposely datang sini untuk dinner roti naan cheese ni. Bila dinner, kenalah ada tandoorinya sekali.

Nampak tak kuah kari tu? Kuah tu adalah kari dhal campur kacang kuda. Aduhai, the right amount of spices, the softly cooked of chick peas in lentil curry..wallah! Oh, bear in mind. This curry is a little bit spicy and fiery. Which is sangat disukai ramai di PD tu. Maklumlah, orang nogori semuo eh nak podeh. Tapi, no worries, kalau tak nak pedas, minta jer lah kuah dhal yang biasa. 

Chicken Tandoori

Chicken tandoori...kalau kami makan 3 beranak, selalunya ambil dua jer ayam tandoori. Oh, Adam kan ke makan portion orang dewasa kan... Anyway, 2 tandoori pun selalu bertolak2 untuk nak dihabiskan. Ayamnya memang garing..crunchy tapi isinya lembut dan moist. Boleh terasa rempah perapnya sampai ke isi ayam. Tak lah sampai overspiced, tapi just nice. And paling best, boleh rasa kemanisan daging ayam tu menandakan mereka menggunakan ayam segar. Kuah tu adalah special mixture antara mint (pudina) dan rempah2 lain. Kita belum dapat detect lagi apa bendanya, tapi tak lah menyengat dan masam macam pure mint sauce tu kan.

Adam pula, dia sangat suka dengan kuah tosei yang sambal tu. Kuah cicah tosei kan ada 2 jenis sambal selain dhal kan? Ada yang putih (kelapa) dan satu lagi yang merah. Adam suka yang merah tu. So, makan naan ni, dia memang minta sambal merah tu....




Ha, macam dalam gambar tosei yang kat atas ni, ini tosei Restoran Aliff di Kuantan. Adam suka yang tengah2 tu. Kadang2 merah pekat, kadang2 dia macam oren2 sikit...

Bila makan sorang sekeping naan ni, dengan tandoori yang di kongsi, dah cukup mengenyangkan untuk dinner kami.

Mula2 ayah yang inform pasal kedai nie masa dia baru2 dibuka. Tapi ayah tak pernah try naan dia lagi. Sekali, bila kami bawa balik naan ni....ayah rasa sedap. Dah, dia pun suka. Everytime ambik Adam balik dari tuition, atau hantar Adam tuition, kadang2 ayah lepak sini dulu...hehehehehe

Tapi, harus di ingat. Naan nie, pukul 5.00 petang ke atas jer tau.

Kalau agak2 nak lepak2....pekena naan cheese kat PD...bolehlah singgah kedai nie yer...


Kalau ada lagi tempat2 best di PD untuk makan, kita akan kongsikan yer.. Insya Allah.


.

Rabu, 5 Februari 2014

Our CNY This Year Is Not As Festive As Before......

Assalamualaikum.....

No pictures this entry. No pictures for CNY entry this year as well....

I don't have a good feeling to celebrate CNY this year. Ba is not even 100 days yet leaving us. The memory of Ba is still here. Everytime CNY, Ba will be the liveliest person in the family. Though Mommy is the Chinese one, but Ba loves Mommy's family as much as he loves all of us.

So, we started quite late this year. Usually as early as 10.00 am we will surely be at Uncle Ah Huat's house, but this year, it's late afternoon. Besides, it's Friday..so after Friday prayer we went to Auntie Nyaros' house. Stay there for a while and chat with Danny's new bride. Then, meet Ah Teng after several years didn't meet her. Her daughter is 3 years old already with a beautiful face just like the mother.

After that, we went to Kuala Sungai Baru and visited Grandpa Ah Heng with Grandma Em Chi. Grandpa was so sad. Both of them keep on talking about Ba. Mommy's siblings also keep on talking about Ba. Reminiscing the moments when Ba was still around.

Usually Ba will always be the 'keypochi' one. 1 miles before entering any house, he will shout , "Auntie, Uncle...Happy New Year..!!!" And everybody will smile broadly and start talking just like in a pasar.

But this year, it's all very quiet. The other grandma with a gold teeth in which we discreetly call her "Nenek Sumbi' was the saddest ever. She loves Ba dearie. She is old and not able to walk properly anymore, thus she didn't attend Ba's last day at home. We came, and she started asking questions. Her children and grandchildren all sat quietly listening to our narrative story about Ba's condition.

And she keeps on saying "Siannn dia. Baiikkk orangnya. Siannnn dia..."

And I cried silently. Tears started to flow down my cheeks and I can feel a big lump choking my throat.

Well.... that was it. Things are not the same without him anymore....


.

WW: Kontra

Assalamualaikum.....




Pssstttt....... Betul ke?


Selasa, 4 Februari 2014

Kejap Jer Dah Besar

Assalamualaikum.....


Anak buah yang baru. Danish dah mula meniarap sejak umur 2 bulan. Ish..ish..ish...cepat betul. Badan dia besar, although tak ler chubby sangat. Tapi ringan, orang tua2 kata. Baju untuk bayi umur 18 bulan, dia dah selesa pakai walaupun umur dia baru 3 bulan lebih.

Rangka dia besar. Parents nyer pun besar2 dan tinggi2. Bukan main manja lagi... Now, tinggal dengan atuk dan nenek. Penyambung legasi Adam. Weekends, baru parentsnya datang ambil. Arahan tegas dari atuk dan neneknya juga. Maka parentsnya pun terpaksa pasrah. Hahahahah..Dik, welcome to the club!

Dulu2 masa Adam kecik, adik kita yang nie selalu 'sound' kita, apasal tinggalkan Adam dengan mak ayah. Walhal mak ayah yang berkeras suruh tinggalkan. Now, dia pun rasa juga...hehehehehhee. Adam, Insya Allah tahun depan akan mula bersekolah di KL dengan kita. Akhirnya, dapat juga kami tinggal sebumbung...

Oh, apa2 pun, kita semua ada pilihan. Pilihlah yang terbaik. Bukan pilih mengikut pendapat orang lain...


.