Khamis, 28 Februari 2013

Mohon Doa Tulus Ikhlas Untuk Abil Fikri dan Isteri Tersayang.

Assalamualaikum.....

Beberapa hari yang lepas, kita semua dah membaca perkhabaran ringkas Abil Fikri tentang perkembangan terbaru isterinya yang tersayang iaitu Kak Gee. Sesiapa yang belum baca, sila klik SINI.



Sejak membaca entry itu, entah kenapa hati ini tak tenang.

Seringkali teringat2 kepada mereka berdua.

Kita tak pernah lagi bertemu mereka. Belum berkesempatan menziarah. Tetapi, komunikasi melalui alam maya ini pun dah cukup mengeratkan persahabatan yang tidak pernah terzahir di mata kasar.

Tengahari tadi, sebelum Zohor, kita gagahkan juga untuk menghubungi En Abil Fikri dan bertanya khabar tentang Kak Gee.

Menurut En Abil, pada pandangan mata kasar manusia, selain daripada apa yang ditulis oleh beliau di dalam entrynya, isteri kesayangan beliau telah sampai ke peringkat final stage. Keadaan Kak Gee masih kurus, tinggal kulit dan tulang saja kata beliau. Kak Gee juga telah menjadi semakin pendiam. Hatta panggilannya kepada suami tersayang pun sangat susah terzahir.

Walaupun begitu, tiada tanda2 kronik seperti suhu badan yang meningkat atau tanda2 jangkitan.

Kak Gee menurut En Abil sangat tenang. Sangat calm.

Sebaik mendengarkan itu, entah kenapa hati kita rasa pilu. Air mata tanpa di undang terus bertamu. Belum putus lagi doa kita untuk mereka berdua.

Kak Gee, kuatkan semangat. Bangunlah Kak Gee. Sebarkanlah kekuatan cinta kalian ke seluruh pelusok dunia.

Mengikut kata En Abil, ahli keluarga mereka berdua pun dah berada bersama mereka. Sekadar persediaan. Tetapi, doa dan harapan tak kan putus, kan.

En Abil ada berkata bahawa talian internetnya ada sedikit masalah, jadi beliau tak dapat nak updatekan perkembangan terkini. Oleh itu, atas dasar persahabatan sesama insan, kita kongsikan dengan anda semua. Sebarkanlah..... Memang inipun tujuan blog kan.

Kawan sekerja kita tadi ada beritahu kisah rakannya yang mana disahkan akan pergi bila2 masa sahaja kerana organ tubuhnya mula berhenti berfungsi satu demi satu, hanya kerana demam denggi. Tetapi, berkat doa dan harapan yang tidak pernah putus, di saat para doktor mengesahkan beliau hanya menanti ajal, secara perlahan2 dan tiba2, setiap organ itu mula berfungsi kembali satu demi satu. Dan sekarang beliau bahagia dengan keluarganya meneruskan kehidupan.

Subhanallah....

Miracles do happen.

Marilah kita panjatkan doa bersama2.


.




Sambal Tumis Udang Dan Beras Perang

Assalamualaikum.....





Ada suatu malam tu, kita rasa macam nak memasak sesuatu. Selalunya kita masak untuk dinner bila hubby ada atau masa bulan puasa kalau weekdays nie. Hari yang lain2 tu, biasanya makan simple2 jer.

Kebetulan ada beli udang. Konon nak masak spaghetti, tapi spaghettinya pula tak ada stok. Nampak ada cili boh sedikit dalam fridge, teruslah kupas bawang, hiris sana sini sikit, operatekan si udang tu, lebur dalam kuali. Tanakkan nasi sedikit, dan makan dengan ulam.

Makan seorang. Manalah terdaya nak ngap semua. Esoknya bawa bekal ke office.




Oh, sejak kebelakangan nie, dah mula cuba makan nasi beras perang. Brown rice nie katanya lebih berkhasiat dan lebih fiber. Sebelum nie, kita guna beras Herba Ponni Taj Mahal tu. Sedappp. Tak banyak kanji dan makannya puas jer. Beras perang nie pula memang sangat mengenyangkan. Nasi separuh dalam pinggan tu tak habis tau, sebab rasa dah kenyang. Ke, kita tak biasa dengan rasa dia ke...tak taulah. Pada lidah dan tekak kita, nasi nie memang tasteless. Mesti semua orang pelik kan, sebab nasi putih memang tasteless. Tak apa, nanti cuba sendiri jer. Tasteless nasi putih beras biasa, dengan beras herba ponni, dengan beras perang. Sangat berbeza rasanya. Pada kita, beras perang nie rasa macam biji2 barli yang direbus. Pernah minum air barli tak? Bayangkan barli tu direbus tanpa gula dan daun pandan sehingga rasa barli tu hilang. In short, rasa macam hampas biji barli lah kiranya. Tawar beleser (kata orang Melaka). Tapi mengenangkan khasiatnya tu, telan jerlah kan...


Anyway, syukurlah sambal tumis yang main lebur apa yang ada tu sedap rasanya. Heheheheh. Tak complete ikut resepi pun, janji boleh jadi lauk. So, dah tau dah, lepas nie kalau buat macam mana rasa apa, buat macam itu, rasa macam tu. Eksperimen kan...


Anda suka bereksperimen tak?



.



Rabu, 27 Februari 2013

Apam Lambong

Assalamualaikum.....

First of all, tak ada kena mengena dengan Mael Lambong yer...



Apam Lambong nie ialah salah satu kuih yang dijual di pasar malam Taman Gelora, Kuantan. Orang Kuantan mungkin dah tak heran kot. memang makanan tradisi ker nie ek? Kita pun tak pasti. Tapi di N9, atau Melaka, memang kami tak pernah jumpa kuih nie.

Since ini adalah kali pertama kami jumpa, kami pun belilah satu. Nak rasa.



 Inilah rupa Apam Lambong tu. Kira, kalau dibeli, beli sekeping tu terus. Tak silap kita, harganya hanya RM2.00 sekeping. Bolehlah balik rumah dipotong2 untuk di makan sekeluarga kan. Kalau tak nak potong, hidang terus dalam pinggan pun boleh. Sama2 cubit sedikit2 untuk mengeratkan ukhuwah kan. Macam lagu Mas Idayu tu lah... Cubit-cunitan, Senggol-senggolan... Ha, sambung sendiri!




Rasa kita lah, yang di beri nama lambong nie sebab bila apam ni dah masak di bakar, maka ianya akan dilambong untuk mengeluarkannya dari acuan. Memang unik. Maka dengan itu, resepinya harus tepat. Kalau tak tepat, pasti takkan boleh dilambung. Suhu dan jangka waktu memasak juga harus tepat untuk memudahkannya 'meloncat' keluar daripada acuan.

Apam ni, di taburkan dengan kelapa parut yang di gaul bersama sedikit garam dan gula. So, manis la yer. Apam tu tak manis, sebab akan di cicah dengan kelapa parut tu.

Tapi, baru sekali makan, berdua jer dengan hubby. Maybe next time kena makan ramai2 baru boleh terasa lebih istimewa kot kan...





P/S : Walaupun semalam tiada entry, tetapi masih ada yang sudi berkunjung ke My Rainbow. Terima kasih.





.

Isnin, 25 Februari 2013

Kenangan Kampus : Motivasi Untuk Pelajar Sekolah

Assalamualaikum.....

Pada penghujung semester akhir kita berada di matrik, kita di undang oleh beberapa rakan seuniversiti tetapi dari sekolah menengah yang sama dengan kita untuk bersama-sama mereka menjalankan program motivasi untuk pelajar dari beberapa sekolah terpilih di Negeri Sembilan. Program di jalankan di Kem pasir Panjang. Setengah jam dari rumah kita dan of course kita mahir dengan kawasan itu. Kita dan seorang rakan lagi dijemput untuk menjadi AJK Welfare. Macam biasa.

Tapi kita seronok jer. Tambahan lagi, mereka2 yang mengajak nie antaranya ialah antara 'golongan atasan' di sekolah menengah kita tu. So, bila tiba2 mereka mengajak, tersenyum, berbual dengan mesra walhal sepanjang 5 tahun sama2 bersekolah siang malam tak pernah pula nak bertegur sapa, kita rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah, mungkin mereka sudah berubah. Atau, mungkin mereka rasakan yang kita sudah setaraf dengan mereka sebab menjejakkan kaki di kampus yang sama dengan mereka. Tapi kalau kerana taraf mereka menerima kita, itu juga suatu kekecewaan untuk kita.

Tapi, tak pedulilah semua tu. Yang penting, kita telah mula bergiat dengan aktiviti kemasyarakatan ini.

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Kami semua sama2 berusaha untuk memastikan program berjalan lancar dan berjaya.

Beberapa bulan selepas program tamat dan kita menjalani kehidupan biasa seorang pelajar, kita dimaklumkan bahawa ada satu jamuan penghargaan berlangsung untuk semua yang berusaha bagi program itu. Tapi, jangankan kita dan rakan kita dijemput, di maklumkan pun tidak langsung. Paling teruk, selepas tamat sahaja program tu, mereka yang 'golongan atasan' ini kembali tidak bertegur sapa dengan kami seolah2 tak pernah kenal kami langsung.

Bukan jamuan tu yang kami hadapkan!

Tapi bila hampa, sedih dan kecewa bila senyuman kami tidak dibalas dan diperlakukan seolah2 kami melukut di tepi gantang, kita sedar yang kami telah dipergunakan oleh mereka. Sedih kan, bila keikhlasan kami sebenarnya adalah untuk kepentingan mereka.

Kita memang ikhlaskan dan halalkan sesungguh hati segala usaha kita untuk program itu. Semoga mereka semua menjadi pelajar yang berjaya. Tapi, untuk manusia2 yang senang dan mudah memperlekehkan orang lain seperti kami hanya kerana mereka rasa mereka lebih kaya dan berpangkat tinggi, memang langsung tak boleh diterima attitude itu. Islam tak pernah membezakan umatnya!

Sejak daripada itu, kita terpaksa keraskan hati bila mereka sekali lagi mempelawa kami yang mereka pinggirkan untuk program lain. Maaf, kami tak mampu nak ikhlaskan hati bila mengenangkan sikap mereka. This time, kami pula yang meminggirkan mereka, in which tak memberi kesan langsung kepada mereka.

Tak apalah.

Allah itu ada. Allah Maha Adil. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Melihat.



.


Ahad, 24 Februari 2013

Kenangan Berharga Aziela Adam

Assalamualaikum.....

Dalam pada membaca semula entry blog My Rainbow nie, kita seronok, sedih dan gembira bila mengimbau kenangan lama. Ini hanyalah segelintir sahaja. Dan kata ganti kita pun masa tu masih agak kasar sedikit.



Kalau ada yang sudi, bolehlah intai2 yer...


1. Accident Hubby

2. Majlis Khatam dan Khatan Adam

3. Satu-satunya Jambangan Bunga

4. Gift Trip For Parents

5. Kereta Kena Pecah

6. Bangkok Trip

7. Adam dan Dua Puloh Sen

8. Pembedahan Adam

9. Birthday Adam Yang Grand

10. I Miss You, Kak Rubi.

11. Ancaman Bunuh Untuk Saya

12.  Situasi Slip Disc Hubby

13. Operation Slip Disc Hubby

Jumaat, 22 Februari 2013

Family PD Gathering 2013 : Aktivitinya.....

Assalamualaikum.....

Sambungan daripada entry semalam. Entry nie, panjang tau, dan penuh gambar.

Dah kenal lokasinya, dah boleh bayangkan tanah dan langitnya, baru boleh bercerita inti patinya.

Sebelum tu, kita mohon maaflah. Entry2 kita selalunya memang bercerita detail. Most of the bloggers, biasanya kalau bercerita tentang trip, atau food atau apa2 aktiviti adalah secara ringkas dan dirumuskan. Tapi, kita tak puas hati. Salah satu sebab ialah kita sendiri sering terlupa tentang details perkara. Sedangkan perincian itulah yang mampu mengembalikan senyuman, atau mungkin memberi sumbangan lebih besar dengan kembali mengeratkan ukhuwah sekiranya renggang di masa hadapan.

So, back to the topic.

Bila dah bergathering nie, memanglah aktiviti utama ialah makan.

Hari pertama, check-in Sabtu afternoon, ada macam2 makanan. Of course nasi dengan sambal, dengan ayam masak lemak cili padi, dengan sambal terung dan berbagai2 lagi. Ada juga bubur pulut hitam yang mak masak. Sayangnya mak dan ayah tak join sebab tak berapa sihat. Mak Ngah dan Pak Ngah pun tak join sebab ada program. Adik perempuan kita yang ke-3 pun tak join juga sebab clash dengan wedding sepupu husbandnya.

Kita dengan hubby tiba di situ dah petang, dalam pukul 5.00 lebih. Pagi tu sebenarnya uruskan beberapa hal dulu di Melaka dan lunch dengan Mommy dulu. Adam datang dengan group mereka so kita tak pergi fetch Adam Jumaat tu. Lagipun Adam kena hadir tuition ganti dulu pagi Sabtu tu.

Kami ditugaskan untuk supply arang untuk BBQ. Sonang yo...sebab arang kat rumah pun banyak lagi. Kami bawak jugalah junk food sikit... Memang x sempat nak prepare apa2 langsung pun.



Yang duduk sebelah kiri tu ialah Pak Su, the organizer. Dia memang main sangkut jer baju kat bahu dia. Orang kampung... terpaksalah kita mewarna badan dia. Janji nampak sopan kan.

Yang tengah terbongkok2 menyusun arang tu ialah adik ipar baru kita. Dia memang dah biasa memBBQ sebab family dia laaagiiii ramai dan lagi selalu buat BBQ.

Malam pertama tu, Menu BBQ ialah meat. So, ada chicken meat dan lamb. Disamping tu, ada lauk pauk yang berperiuk2 dah prepare dari rumah.




Dua orang cousin kita yang dah bujang. Sangat boleh diharap. Kenduri kendara ke, majlis apa2 pun, dua orang nie lah yang disuruh ke sana ke sini. Asymeer baju hijau dan Ridhuan baju merah. Kedua2nya bersekolah menengah. Adam sangat rapat dengan mereka nie.


 Inilah tenaga kerja yang gagah perkasa keluarga kami. Hubby of course, bersungguh2 nak set-up BBQ. Hubby memang sangaattttt suka BBQ. Sampaikan dia bina sendiri BBQ place di rumah kami. Bersungguh hubby membancuh simen dan menyusun batu. Begitulah sukanya hubby dengan aktiviti BBQ nie.

Yang bersangkut tuala di tengkok tu, cousin kita Apis. Diorang nie sebenarnya baru naik dari mandi laut.



Ha, tengoklah, 'dapur' dah jadi tunggang langgang. Semua caca marba ada kat atas meja nie. Nun di hujung, Asyrol si adik bongsu Asymeer yang berbaju hijau gigih mengipas api.



Adam bersama Pak Long Asyraf iaitu abang sulong Asymeer dan Asyrol. Asyraf baru selesai diplomanya dan sedang berehat panjang sekarang. Mereka nielah penyambung warisan Pak Su. Anyway, Asyraf yang kita jaga sejak dia bayi lagi, sampai dah boleh jadi bapa orang nie, sedang cuba menghidupkan unggun api. Bukan apa....kami diserang oleh nyamukk. Adoihhh...kita sampai ke tahap memegang ubat nyamuk kerana dikerumuni. Maghrib kan... Tapi, bila lepas Isya' hilang semua nyamuk.




Apis dan Man adik ipar baru kita adalah pemanggang berjaya malam tu. Tapi memang superb lah. Semua ayam dan lamb memang masak dengan sempurna. Tak kering dan tak mentah. Daging kambing pun sangatttt sedap. Walaupun daging kambing limited, tapi banyak yang kami dapat makan. Maklumlah, orang2 dah pencen semuanya kena jaga kolesterol. Kanak2 pula tak suka kambing. So, kita dengan hubby dan a few cousins lah yang kenyang makan kambing.



 Kanak2 semua makan di beranda rumah. Mudah. Sepanjang disini, makan semua guna paper plate dan polisterine. Yer, kami menyumbang kepada penipisan ozon..huhuhu


Kita temann jer orang memanggang. Beri morale support. Sebenarnya sambil bergosip2 santai dengan mereka2 nie. Itulah tujuan gathering pun kan. Masa nie lah kita beri idea untuk mereka buat games. Simple games pun tak apa, saja nak bagi meriah. Beri idea jer sebab kita kan nak beraya esoknya. Maybe tak sempat join. Syukurlah ada 2 orang guru. Adik kita yang baru kawen tu dengan cousin kita yang bert-shirt merah nie.

Selepas selesai makan, kita dan hubby bergegas balik ke Alor Gajah. Esok pagi2 dah nak pergi raya kan. Adam dah moncong2 sebab dia nak join cousin2 kita tidor dalam khemah. Tapi of course tak boleh kan. Terpaksalah dia ikut kami balik dengan kecewa.



Esoknya, mereka nie, sedang berbincang untuk melaksanakan games. Sayangnya tak ada gambar untuk games tu. Memang kita anak beranak tak dapat join. Kami hanya tiba pada jam 9 malam. So, tak tahu apa menu dan story mereka. yang pasti, memang diorang mandi laut puas2.

Dengar katanya, Mak Uda kita suami isteri sponsor hadiah. Semuaaa orang dapat hadiah, termasuk kita sekeluarga walaupun x sempat join. Dan, nenek yang jadi VVIP menyampaikan hadiah di penghujung acara. Dah kata dah, pasti seronok. Mereka kata memang meriah. Sampai bergolek2 jatuh atas padang. Main musical chair jer pun sampai senak perut tergelak katanya.




Malam tu, sambung BBQ. This time seafood pula. Tapi seafood choice limited sebab pasar sampai habis produk. Tapi dapatlah juga enjoy dengan seafood spread yang ada. Yang pakai baju putih tu ialah makcik kita. Panggil Acik jer. Aciklah cook rasmi gathering nie. Dan dia tak komplen langsung pun. Relax jer dia campak sana sini, wallah dah ada food spread yg marvelous.


Macam biasa, pemanggang yang berjaya...Apisss!


Dan malam tu, kita penuhi permintaan Adam. Kami tidur di situ. Tapi Adam keluar dengan pakcik makcik yg lain. Tak larat kita nak tunggu. Sedar2 jer Subuh tu, dia ada tergolek sebelah kita dengan papanya. Beriya2 konon nak tidur dalam khemah, sudahnya sebelah mama juga dia landing.

Hubby pula, pergi trip memancing dengan cousins kita yang lain, sekali dengan abang ipar kita. Abang ipar kita senyap2 keluar rumah, takut Mommy marah sebab dah malam2 pergi memancing. Hehehehehhe. Tapi sebab join dengan family kita, dia nekad juga.

Esok paginya, Acik buat breakfast mee hoon goreng yang marvelous. Lepas jer breakfast, terus semuanya terjun dalam laut. Walaupun tak best macam di Pulau Redang atau Perhentian, tapi kami semua tetap berseronok. Sebelum check-out, kami lunch. Lauk yg sangat simple. Nasi putih makan dengan sup ubi kentang dan soo hoon plus tauhu kering, ikan goreng yang sangat fresh dan sedap, sambal tumis yang sangat addictive bersama ulam2an. Aduhai, penangan air tangan Acik, memang terbaik. Tahu tak, masa kita pregnantkan Adam, kita pernah mengidam nak makan betik muda masak lemak yang di masak oleh Acik. Tak mau orang lain. Gigih hubby hantar kita ke Seremban menebeng kat dapur Acik sebab masa tu Acik masih kerja di Seremban.

Seriously, next year punya gathering, kita kena menyumbang lebih banyak. Tak puas hati sangat sebab tak dapat bantu sangat. Tapi itulah, syukur dapat juga attend.


Semoga aktiviti ini akan berterusan hendaknya...


.

Khamis, 21 Februari 2013

Family PD Gathering 2013 : Lokasinya...

Assalamualaikum.....

Pak Su kita memang rajin organize family gathering atau family trip. Especially bila adik beradik mak tinggal sorang 2 jer yang belum pencen. Bila ramai yg dah pencen, maka selalulah ada free time plus anak2 semua dah besar2.

Masa CNY holiday, Pak Su dah sewa sebuah homestay di pantai Pengakalan Balak, di Melaka. Mujurlah di Melaka, dapat juga kita and family join walaupun terkejar2.



Pak Su sebenarnya tak puas hati dengan home stay nie sebab dia kata dalam internet nampak cantikk jer. Tapi bila kitorang sampai, Allah haii...bobrok (buruk) jer. Rumah tu macam dah usang. Ada 2 bilik yg kecil, tapi ada air cond. Ada dapur kecil dan hall yang sangat kecil. Tapi, beranda nya besar..dan bersambung dengan 2 lagi beranda lain dengan koridor kayu yang panjang tu. Mujurlah a few of us bawa khemah.. Kita pun supply satu khemah juga.



Yang buat syok tu, ada gazebo yang besar. Kami pun apa lagi, kumpulkan segala ration makanan kat gazebo nie jer lah. Kerusi, meja dan kanvas tu semua Pak Su bawak. Pak Su siap sewa lori sebuah untuk angkut segala barang. Bersemangat sungguh kan.



Tambah syok lagi, kawasan halaman homestay nie memang sangat luas. Semuanya berpagar. So, kami sekeluarga tak perlulah nak sibuk2 cari parking di jalan tepi pantai yang sempit tu. Boleh parking kereta dalam pagar dengan senang hati. Dan, ada toilet serta shower room di halaman. Sangat convenient.
Almost 10 biji kereta trip family kami. Nampak lori itu? Memang betul2 perancangan telitilah Pak Su ni. Masa dia kata nak bawa lori, kami semua gelak2...sebab rasa macam over pula. Tapi memang sungguh bagai dikata, segala tok nenek barang yang dia bawa tu memang sangat2 berguna untuk trip nie.



Most of the times, kami semua lepak kat luar rumah jer. Barulah namanya bergather2 kan. Nenek pun ada. Among the objectives is to make nenek happy. Nenek pun seronok jer lepak2 kat luar.

Walaupun daif jer rumah tu, tapi kami tetap beraktiviti dengan riang gembiranya. Kegembiraan berkumpul bersama tu yang seronoknya kan...

Oh, esok kita sambung dengan aktiviti kami yer...


.


Rabu, 20 Februari 2013

Ziarah Kali Terakhir : Mak Uncle Ah Chai

Assalamualaikum.....

Entry yang lama tertunggak.

Lebih kurang 3 bulan lepas, ibu saudara Mommy telah meninggal dunia. Kita memang tak tahu nama dia. Tapi dia memang friendly. Selalu kami panggil dia Mak Uncle Ah Chai sebab Uncle Ah Chai yang tinggal dan jaga dia since jadi anak pertama lelaki.


Nenek tu duduk di tepi sekali sebelah kiri, berbaju merah dan hitam. Tahun nie, tak pernah2 kami terima kunjungan masa Hari Raya Aidil Adha. Tapi, mengikut kata Uncle Ah Chai, nenek nie ajak datang ziarah kami juga sebab tak sempat datang masa Aidilfitri. Manalah kami tahu yang dia dah nak 'pergi'.

Nenek nie 'pergi' disebabkan kemalangan semasa melintas jalan untuk ke kedai makan yang dipunyai oleh anaknya di Tanjung Minyak. Walhal, dia masih sihat walafiat lagi. Anak2nya memang sangat rapat dengan kami. Cuma cucu dan cicitnya masih agak segan2 dengan kami.


Kami ziarah selepas 2 hari kematiannya. Katanya, mereka 'simpan' nenek nie seminggu dulu sebelum upacara seterusnya. Nenek ni dah pesan suruh tanam dia, jangan bakar dia.


Masa di sini, Mommy jumpa dengan kenalan lama iaitu Auntie yang baju biru tu. Yang pakai baju hitam ialah Aunty Wai iaitu anak nenek. Dalam tempoh berkabung nie, anak pakai hitam, cucu pakai biru dan cicit pakai hijau.


 Antara ahli keluarga dan tetamu yang menziarah. Kami pun tak berapa tahu sangat, tapi yang penting kami semua datang menziarah sebagai ahli keluarga.




 Macam biasa, ada kuih2 dan kacang2. Kami makan kacang dengan minum air mineral jer lah.



Ini pula Aunty Bo yang baru jer buat open house masa Raya Cine Ke-2 yang lepas. Di pangkuannya ialah cucunya, merangkap cicit nenek yang meninggal tu. Sebab tu lah kena pakai baju warna hijau.

Ini adalah kali ke-2 kita menziarah kaum Cina yang mati. Kali pertama adalah ibu kepada boss kami. Di Nirvana Center di Sg. Besi, kemudahannya lebih teratur dan tersusun. Tapi dengar khabarnya, pakej untuk kematian di Nirvana tu boleh mencecah ke ratusan ribu seorang. Waahhh...

Alhamdulillah kerana kita semua rakyat Malaysia yang hidup rukun dan damai walau berlainan agama dan bangsa...


WW : Polisi Beristeri-isteri

Assalamualaikum.....



1.Sumbangan Tabung Kebajikan untuk petugas bagi anak-anak yang baru lahir tidak tertakluk sehingga anak ke-lima sahaja. Selagi petugas itu menerima kelahiran anaknya, maka dia layak untuk menerima sumbangan itu. Anak-anak petugas juga tidak hanya tertakluk kepada anak daripada isteri pertama sahaja. Selagi petugas tersebut mendaftarkan nama isteri yang lain, maka ianya akan diiktiraf syarikat.

Selasa, 19 Februari 2013

Bye Bye Optraman. Hye Hye Abang Baru...

Assalamualaikum.....

Kisah kereta hubby sebenarnya.

Masa breakdown dan tersadai di tengah2 hutan belantara tengah2 malam 3 bulan lepas, hubby memang dah rasa 'penat' dengan kereta tu. Tapi kitalah yang berkeras suruh hubby sayang2kan kereta tu sebab kita pun sayang sangat dengan kereta tu.
Tapi, disebabkan selalu travel jauh dan tak nak perkara macam nie berulang lagi, hubby buat keputusan untuk tukar juga kereta lain. Kita dengan Adam memang rasa sedih sangat.


 Optra yang gagah perkasa. Walaupun sekadar 1.6, tapi ketahanan fizikal dan mental kereta nie memang kita tabik sangat. Mileage, dah almost 300, 000km. Duration dah 6 years. But yet, full engine block masih kukuh di situ. Wear and tear macam biasa lah... Tapi, bila nak tolak ke used car dealers, alahaii..sedihnya. Memang   rasa tak worth langsung harga tu.

So, abang ipar kita offer untuk take over kereta tu. Dia ada plan dan idea nak proseskan kereta tu macam mana. So, hubby pun dengan senang hati dan kami dengan bersyukurnya lepaskan kereta tu pada beliau. Alhamdulillah.



And now, actually dah almost 2 months, kami dah ada cik abang kereta baru. Harap2nya yang ini lebih perkasa lah hendaknya. Walaupun ikut calculation kita, macam kurang kemampuan jer nak memiliki cik abang baru nie, tapi hubby confident. Insya Allah katanya.





Maaflah, gambar tu tak sempat nak edit dah. Main printscreen jer...


Owh, kalau ada yang tak tahu kisah, bolehlah ke link yang tersedia di bawah untuk menyusuri cerita ini yer..



1. Kisah Tersadai

2. Kerosakan

3. Pemulihan



Isnin, 18 Februari 2013

Hari Tahun Baru Cina Kami : Terbang ke Rumah Lain

Assalamualaikum.....

Ok..sambungg!!. Eh, mana ada terbang. Drive jer...x sampai 5 minit dah tiba. Rumah seterusnya, kami pergi ke rumah Auntie Nyaros, kakak Mommy yang sulong. Selalunya dia pun berkumpul dekat rumah Uncle Ah Huat, tapi this year, dia suruh kami datang rumah dia pula...hehehehhehe. Oklah auntie..no hal punya.



 Yang wanita berdiri tu lah Auntie Nyaros. Bukan main happy lagi dia sebab kami meriah2 berkumpul kat rumah dia. Auntie Nyaros anaknya 2 orang. Brother Darren dengan Brother Danny.



Kaum lelaki memang rancak jer borak2. Yang berdiri tulah anak sulong Auntie Nyaros, Brother Darren. Yang sebelah kiri duduk tu ialah Bapa Darren. Hehehe..kita tak tau nama dia. Semua orang dalam family panggil dia Bapak Darren jer, kita pun ikut juga. Hehehehehe.




Ini pula ialah Brother Danny dengan hubby. Memang ada iras rupa kan? Perut jer tak sama. Tapi, kamera trick nie, tu yang nampak hubby kita 'prosperous' jer tu. Kita yang tolong jawab bila cousin dia semua tanya hubby : Apa sudah jadi? Kita jawabkan, Paul banyak prosperous maaa...hihihihi.

Kat sini pun, diorang masak2 sayur jer. Sama juga, puasa daging sebab sembah tuhan yang sama kot. So, kami makan fastfood lagi. Makan Dominos pizza pula. Aduhh..naik sendat perut jadinya.


Lepas rumah Auntie Nyaros nie, kami bergerak ke Kuala Sg Baru pulak. Visit 4 rumah nenek saudara kat situ dengan satu rumah auntie lagi, cousin rapat Mommy. Habis raya, dah Maghrib. Letih betul rasanya. Esoknya pula, salah satu uncle buat open house di Masjid Tanah. Diorang saja buat 2nd day sebab first day kan vegeterian. So second day dah boleh makan ayam kambing. Nasi beriyani dengan macam2 lagi. Superbbb. Katerer Melayu, macam biasa. Hubby's friend's wife and the gang punya group yang masak.

Ok, selesai dah 2 hari beraya. Itupun skip banyak rumah sebab salah satu family tu, maknya baru mati 2 bulan lepas. Nenek tu mati accident di Tanjong Minyak. Kebetulan masa Raya Haji, nenek tu ajak anak2 cucu semua datang rumah Mommy sebab katanya masa Raya Puasa tak sempat datang. Gambarnya ada di ENTRY INI. Nenek tu duduk di tepi sekali sebelah kiri. So, keluarga anak2 nenek tu semua tak beraya lah tahun tu. Tapi pergi raya rumah orang lain, boleh cuma tak boleh di rumah nenek tu jer.

Nantilah kita share sikit pasal kami ziarah dia untuk kali terakhir.


Yang sebenarnya, sepanjang kesibukan kami beraya, kita dan hubby juga terkejar2 ke Pengkalan Balak sebab family kita dari PD ada buat family gathering. 3 hari 2 malam di situ. So, raya pun layan, gathering pun layan. Semput dibuatnya. Pasal gathering, cerita nantilah yer...


.

Sabtu, 16 Februari 2013

Tak Suka Gaya Bahasa Blog Saya? Shooh!

Assalamualaikum.....

Sebenarnya kita ada receive komen dari Cik Anon yang komplen gaya bahasa kita yang sangat rojak dalam blog nie. Dan yes, kita delete terus.

Anon tu tak suka kita rojakkan Bahasa Melayu dan English dalam blog ni.

Bukan maksudnya kita tak boleh menerima teguran. Teguran itu kita terima dengan hati yang terbuka. Tapi bukanlah dengan cara baling batu sembunyi tangan tu. Tak nak tanya ke kenapa kita menulis dengan bahasa rojak?

Mungkin ada di kalangan anda pun sependapat dengan Anon nie. Kita mohon ampun dan maaf.

Blog ini adalah blog santai kita. Macam mana kita berkomunikasi dengan orang lain di sekeliling kita, cara itu jugalah kita pamerkan dalam blog ini sebab kita value follower kita seperti sahabat rapat kita sendiri.

Siapa yang tak boleh menulis dengan Bahasa Melayu standard kan? Semua bangsa Melayu dan rakyat Malaysia pun boleh. Tapi, back to the objective of blogging.

Kita berblog untuk berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, tips dan apa saja dengan pembaca sekalian. Untuk mencapai objektif itu, kita rapatkan hati pembaca sekalian dengan blog ini dengan tidak berformal.

Kalaulah objektif kita untuk menaiktarafkan Bahasa Melayu, atau untuk mendidik English di kalangan pembaca semua, sudah tentu approach dan isi kandungan My Rainbow ini berlainan, bukan? Dan nama blog itu pun bukanlah My Rainbow.

So, sekali lagi kita mohon maaf kepada pembaca yang menyampah dengan bahasa rojak kita. Kalau benar bahasa kita menyakitkan matanya, kita tak ralat kalau dia pangkah blog ini daripada dikunjungi.

Sekurang-kurangnya kita bahagia dengan jalan menuju objektif blog ini. Hasil kita, luahan jiwa kita, perkongsian minda kita.

Terima kasih anda semua kerana walaupun menyampah dan benci dan kondem, anda masih sudi bersusah payah mengetuk keyboard untuk meninggalkan komen.



.

Jumaat, 15 Februari 2013

Hari Tahun Baru Cina Kami : Rumah Pertama

Assalamualaikum.....

Kita sambung yer....

Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah adik kepada Mommy. Uncle Ah Huat. Mommy nie 5 beradik, and Mommy no. 2. First ialah kakak, iaitu Auntie Nyaros dan adik2 Mommy semuanya lelaki.

Biasanya kami semua memang akan berkumpul di rumah Uncle Ah Huat sebab dia anak lelaki pertama. Atok dan Nenek hubby kan dah meninggal, that's whylah kami berkumpul di rumah Uncle Ah Huat. Malam raya, pagi raya biasanya di rumah mereka.

Pagi raya, biasanya tak pagi sangatlah. Dalam pukul 10.30 atau 11.00, kami semua dah berkumpul di situ. Maklumlah, mereka kan ada makan besar dan aktiviti lain malamnya, so biasanya cousin2 hubby tidur sampai matahari tegak sikit lah..hehehhehe.

Pernah juga masa kami tiba, mereka semuanya baru bangun tidur. Hahahahha. Tapi dah biasa kan, so buat rumah macam rumah sendiri la. Tapi this year, kita awal2 dah cakap dengan Mommy, ajak semuanya datang lewat sikit. Bagi chance family yang lain bangun tidur dan settle down. Mengada2 kita kan? Dahlah menantu, request macam2 pula. Hehehhe. Menantu ke anak ke, kita tetap anggap Mommy and Ba sama seperti mak dan ayah. Macam mana kita dengan mak ayah, macam tu juga lah kita dengan Mommy and Ba.

Anyway, pukul 11.00 kami amsih di rumah Mommy lagi. Maklumlah, bila abang ipar ada anak kecil 2 orang, agak havoc sikit jadinya kan. Tapi, Auntie Alan iaitu wife Uncle Ah Huat call tanya kami kat mana. Kenapa tak sampai lagi. Hahahahha. Gelak besar kami semua. Tak pernah2 kami di telefon sebab lewat datang. kelam kabutlah gerak ke Ayer Keroh lepas tu.

Macam biasa, kami masuk rumah orang, terus kecoh2. Hehehehe. Buat macam rumah sendiri. Adam dan Firdaus dah memang bebas dalam rumah tu. Ikut suka diorang la nak duduk mana, nak buat apa. Tapi tahun nie, kurang meriah sikit. Adik lelaki Mommy yang lagi 2 orang iaitu Uncle Ah Seng dan Uncle Chin Hock tak dapat join. Both families pergi raya kat Australia. Family Auntie Sharon iaitu wife Uncle Chin Hock memang menetap di sana.

Oh, dah pening yer? Tak per, layan jer lah yer...

Ba dengan family abang ipar kita.


3 mak orang.

Yang kiri sekali ialah Auntie Alan. Sangat2 friendly and warm. Everytime jumpa hubby, directtt jer dia tembak : Paul, lu jangan makan daging banyak2. Eat a lot of vegies. Aiyyoo...look at you lah....
Hahahahha. Tapi hubby selalu sengih jer kalau dia tegur2 tu.


Ba and Uncle Ah Huat

 Inilah Uncle Ah Huat. Dia firendly, tapi pendiam sikit. Tapi, kalau hubby start buka topik business dengan dia, bukan main rancak lagi dia bersembang. Ba memang close dengan ipar2nya semua.


Siang Siang and Yvone

Ok, seriously, kita tak pernah ingat full name cousin hubby nie. Cousin hubby ialah Siang Siang, yang lelaki. Wifenya nama Yvone. Sama nama dengan adik Siang Siang yang bongsu, Yvone. Siang Siang ada 4 beradik.  No. 2, Elaine ; No. 3, Shermin ; dan yang bongsu Yvone. Elaine sedang menuntut lagi, ambil Master. Shermin pula terlibat dalam industry bakery. Menarik sangat sebab Shermin ialah seorang lelaki. Yvone pula baru Form 5 tahun nie.

Anyway, Siang Siang dah berkahwin 3 tahun. Majlisnya memang meriah la. Memang kami semua pun happy dalam majlis tu. Tapi belum ada rezeki untuk baby lagi. Since Siang Siang ialah anak lelaki pertama, maka dia tinggal dengan parents dia. Dalam family Cina, tak pasti lah Hokkien saja atau sama macam tribe lain, semua anak lelaki pertama harus bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka sampai ibu bapa tu mati. Sebab tu lah biasanya orang Cina sangat value anak lelaki. 

Kita sekadar explain. Anda semua pun boleh fikir dan bandingkan dengan kecantikan Islam, kan? Dalam Islam, lelaki atau perempuan, anak atau menantu, harus sama2 bertanggungjawab ke atas ibu bapa suami dan isteri.

Since 2 tahun berturut2 sebelum ni kami tak beraya, maka Uncle Ah Huat dan Auntie Alan tak order food. Tapinya, memang kami dah kenyang bersantap macam2 kat rumah Mommy pun. Tapi, diorang memang tak puas hati kalau kami tak makan kat rumah diorang. So, Siang Siang dan Shermin keluar beli fast food untuk kami. Kesian diorang. Buat susah2 jer. Dah bagi tau kami dah makan pun, diorang paksa makan juga. Walhal diorang tak makan pun ayam KFC tu. Uncle Ah Huat dan adik beradik Mommy yang lain, sembah tuhan yang patung perempuan tu kalau tak silap. So, first day raya, diorang tak boleh makan daging. Vegeterian jer. Tapi, kami pun setakat jamah lebih kurang jer, sebab kenyang lagi.

Anyway, lepas Adam dan Firdaus habis makan macam tak kenyang2 makan kat rumah, kami pun gerak ke rumah berikutnya. Next entry baru story lagi yer. Ker...sambung next week jer?


.

Khamis, 14 Februari 2013

Hari Tahun Baru Cina Family Kami : Berkumpul Dulu

Assalamualaikum.....

Based pada introduction kita tentang hubby sebelum ini di SINI, maka kita mulakanlah story sambutan kami. Acara rutin sejak kita melangkah masuk keluarga hubby. Walaupun ada tahun yang kami skip sebab nak pergi holiday, tapi biasanya akan cuba kekalkan rutin ini.

Pada malam new year, jaranglah kami join. Dulu2 mungkin ada, tapi ada rasa tak syok sikitlah, sebab food dan a few traditions lain yang tak seiring dengan kita semua.

So, biasanya kami hanya pergi berziarah masa hari pertama jer.

of course, kena berkumpul kat rumah mommy dulu. Mommy biasanya masak breakfast heavy untuk kami sekeluarga. Almaklumlah, belum tentu lagi boleh makan apa untuk hari tu kan. Dulu2 masa kita baru jadi menantu, memang menahan lapar sebab rumah sedara mara biasanya serve biskut2 dan kacang2 jer. Sampai kembong air kotak. So, bila Adam lahir, percaya tak, kita pergi raya bawa bakul bekal. Hahahha. Air panas, Nestum Adam, dan selitkan food untuk kami sikit. Janjiii, anak dapat makan, dan kami pun dapat beraya.

Tapi, a few years ago, a few uncles and aunties biasanya ada tempah food daripada caterer Melayu untuk kami family members yang Muslims nie makan2.


Dah makan, dah kenyang, semua dah bersiap sedia untuk nak beraya. Adam every year akan beli baju raya untuk CNY ni. Tahun nie dia nak jersy kaler hijau nie. Tapi, abang ipar kita dok lepak lagi. Bila semua orang dah nak keluar pintu, baru dia kelam kabut perasan dia tak bersiap lagi.

Lepas nie, kami pergi rumah pertama. Nanti sambung entry lain yer. Panjang sangat pula nanti kan.


.

Rabu, 13 Februari 2013

Al-Fatihah Untuk Mereka Semua

Assalamualaikum.....

Dari minggu lepas lagi, kita dah terima berita tentang 'pemergian' insan2 ini.

1. Azli Paat.
- Kita kenal beliau sejak 17 tahun yang lalu. Walaupun tidak rapat, tapi kenangan dan ilmu yang beliau berikan dengan ikhlas dan bersungguh2 kepada kita semua sangat memberi kesan dalam hati. Terima berita 'pemergiannya' dari rakan sepejabat. Malangnya, kita tak dapat turut serta menziarah. Beliau adalah pengasas sistem DAPAT dan pakar IT media di Malaysia. Ada yang lain lebih pakar? Tak apalah. Bagi kami, beliau tetap pakar.


2. Datuk Yahya Sulong
- Membesar sejak kecil dengan lawak beliau. Memang kita hanyalah satu daripada berjuta peminat beliau, yangs ering terhibur dengan 'hidangan' yang beliau persembahkan kepada penontonnya. Namun yang paling berharga, kenangan menonton beliau bersama arwah datuk kesayangan kita. Tiada apa yang dapat dibandingkan nilai kenangan itu.


3. Blogger Jejai
- Kita tak pernah kenal beliau, cuma sekadar menjadi follower beliau secara diam saja. Namun, perjalanan beliau di atas dunia ini berhenti semalam. Kita dapat informasi dari Kak Ida 1001 Resepi dan Nurul Siezuka.


Tiada apa yang pasti, melainkan kematian.

Semoga semua mereka dikurniakan rahmat Allah tanpa sempadan. Amiin.

Al- Fatihah.

Selasa, 12 Februari 2013

Kalau Sama, Betul ke Panas?

Assalamualaikum.....


Ha, sama kan anak dengan bapak. Orang kata kalau anak lelaki serupa dengan bapaknya, panass. Iye ker? Adam dan hubby, bukan setakat serupa wajah, tapi siap perangai, kegemaran, yang tak suka, skills, minat dalam subjek semuanya sama.

Yang jadi mangsa... Mama lah kan. Ada 2 orang yang perangai sama berebut Mama. Haihlah....


Isnin, 11 Februari 2013

Movie Review : Parker

Assalamualaikum.....


Cerita nie kanak2 tak boleh tengok. Ganas! So, kita pergi dengan hubby jer. Itupun di suggestkan oleh budak kaunter tiket sebab kami tak plan nak tengok movie.

Gambar semua from Google yer...

Jason Statham nie kita memang minat dia sejak dia berlakon dalam Transporter. Suka sebab dia selalu bawa watak hero yang cool dan bijak. Matang cara dia. Dia memang tak hensem kan? Dengan kepala botaknya, dengan muka semak penuh janggut tu kan? Tapi serius, kematangan, kebijaksanaan dia memang sangat mencairkan hati.

(So men, jangan ingat tak hensem tak boleh tackle pompuan, ok..)

Cerita nie mengisahkan perompak kecil2an yang baik hati sebab dia merompak tapi tak nak bunuh2 orang awam dan cederakan orang. Siap jadi consultant dan psychologist lagi amsa tengah merompak sebab salah sorang polis tu macam akan mati dek terlalu takut.





Tapi, bila dah berjaya, rakan2 geng perompak dia yang dia baru kenal tu ajak dia rompak something bigger. Tapi dia tak nak. So, diorang bunuh dia. Malangnya bagi mereka, dia tak mati. Dia sempat diselamatkan oleh sekeluarga peladang.

Bila dia sihat, dia mulakan misi untuk ambil bahagian dia dalam rompakan pertama tu. Masa nie lah jumpa Jennnifer Lopez yang tengah sangat2 tersepit dengan masalah kewangan. Akhirnya dia berjaya dapatkan kembali hak dia, siap dapat untung berganda. Setiap orang yang berjasa pada dia pun dapat untung berganda juga. Walaupun J. Lo jatuh cinta dengan dia, dia tetap setia dengan girlfriend dia.



Yang menarik ialah mission dia dan implementation dia. Kecekapan berfikir dan bertindak semasa dilanda konflik, bagi kita itu kekuatan jalan cerita nie. Stunts are ok..so and so jer.


Ahad, 10 Februari 2013

Sedih, Namun Pasrah

Assalamualaikum.....

Sekadar luahan hati dan perasaan.

Bila dapat khabar dari orang2 tersayang dan rakan2 blogger tentang berita baik kehamilan mereka, kita rasa sangat gembira. Kita faham kegembiraan dan kebahagiaan itu. Dalam masa yang sama, rasa sangat sedih kerana rezeki anak untuk kita hanya satu tu lah.

Adam pula sejak kebelakangan nie sangat selalu bersedih kerana katanya dia perlukan adik beradik yang lain. Apa nak buat, tak berjaya untuk dapatkan walaupun kami telah berusaha. Hubby pun kata bersyukur kerana ada Adam seorang walaupun tak ada rezeki untuk tambah.

Memang di akui, kita ada sedikit masalah kesihatan yang agak memustahilkan untuk mendapat anak. Kelahiran Adam adalah suatu rahmat untuk kami. Sedar tentang kekurangan diri kita, pernah beberapa kali kita suarakan kepada hubby option2 lain untuk menambah anak, termasuk untuk hubby menambah 'cawangan'. Namun hubby kata sayang dan kasihnya hanya untuk kita. Alhamdulillah.

Option yang lain pun telah kami bincangkan, namun semuanya tak sesuai dengan kami. Hubby sering mengingatkan, ada hikmahnya di sebalik kejadian. Jangan di paksa ketentuan alam. Betul, kita pun terfikir begitu juga. Bukan bermaksud tidak berusaha, cuma kami tidak mahu obses. Lagipun umur kami bukannya muda lagi. Sejak Adam berumur 3 tahun kami dah mula berbagai usaha.

Maafkan Mama, Adam. Mama tak mampu memenuhi permintaan Adam untuk memberikan adik kandung pada Adam. Bersyukurlah, sayang.


Jumaat, 8 Februari 2013

Tahun Baru Cina : Perjumpaan Keluarga Kami

Assalamualaikum.....


Esok dah mula cuti panjang kan, sempena sambutan Tahun Baru Cina. Paling2 tidak pun, sehingga Selasa minggu depan. Ada pula sesetengah sekolah yang cutinya sehingga hujung minggu hadapan.


So, apa plan anda? Bagi yang ingin bercuti atau pulang ke kampung menggunakan lebuhraya, bersedialah dengan mental dan fizikal. Pengalaman kita bercuti ke Langkawi tahun lepas, bertolak dari Melaka jam 8.00 malam, kami hanya berjaya tiba ke Kuala Perlis pada jam 8.00 pagi esoknya. Lebuhraya sesak teruk. Setiap hentian melimpah keluar dengan kereta 1 km sebelum dan selepas jalan masuk dan keluarnya. Jadi, bersedialah dengan air minuman, makanan, minyak kereta yang mencukupi dan paling penting, rehat yang cukup untuk driver dan co-driver.

Oleh kerana tahun lepas masa sambutan CNY kami sekeluarga ke Langkawi, dan tahun sebelumnya pula kami berada di Kuantan, maka tahun nie kami wajib menyertai sambutan.

Kita tak pernah berkisah secara terus terang tentang hubby yang mix Chinese. Mungkin dalam entry2 kita yang lepas, kita hanya selit2kan sahaja. Sempena Perayaan Tahun Baru Cina nie, eloklah kita buka sedikit lagi tentang keluarga kami.

MIL kita berketurunan Cina, maka oleh itu pakcik makcik kebanyakannya memang Cina. Family yang besar sebab atok dan nenek saudara semua masih rapat dengan kami. Oleh itu, bila tibanya CNY, 2 hari itu memang penuh dan padat jadual dengan menziarahi mereka semua. Sama macam Hari Raya Puasa juga.

Hubby's atok dah lama meninggal. Cuma kita sempat berjumpa dan kenal dengan nenek hubby. Selepas bertunang dengan hubby, mereka dah bawa kita untuk introducekan dengan nenek tu. Last kita jumpa beliau, kita sedang sarat mengandungkan Adam. Adam adalah cicit pertama beliau. Satu2nya cicit yang beliau tunggu kelahirannya. Sayangnya, 3 minggu selepas kita melahirkan Adam, beliau pun menghembuskan nafas yang terakhir. Oleh kerana kita masih dalam pantang, memang tak sempat bawa Adam jumpa beliau. Tapi, masa Mommy dan Ba ziarah dia di hospital, dalam keadaan yang tenat, dia masih sempat tanya lagi :

"Bini Paul dah beranak belum? Aku nak tengok cicit aku. Aku dapat cicit lelaki yer?"

Walaupun kita taklah rapat sangat dengan beliau, tapi mungkin beberapa kali pertemuan itu, beliau sayang kita sebagai menantu keluarga seadanya. Bila Mommy cerita dia tanya macam tu, sebak sangat rasanya. Of course kita tak dapat hadir pengkebumian dia...masih dalam pantang. Hubby jer yang pergi masa tu.

Sayangnya.... sebab tak sekeping pun gambar beliau ada dalam simpanan kita. Maklumlah, masih segan2 lagi. Oh, nenek hubby biasanya memang campur cakap Melayu dan Hokkien di rumah. Pakaian rutin dia pula ialah kebaya pendek dan kain batik. Begitu juga dengan atok2 dan nenek2 saudara yang lain. Semuanya berbahasa Melayu dengan lancar.

Keluarga Mommy, boleh kata open juga. Setiap keluarga, pasti ada yang anaknya masuk Islam, ada juga yang kahwin dengan India, ada yang bawa balik isteri dari Kemboja dan berbagai2 lagi. Yang penting, semuanya saling memahami dan menghormati. Pertukaran agama tidak memutuskan kasih sayang anak dan ibu serta adik beradik.


Oleh itu juga, bila tibanya masa keluarga berkumpul masa Tahun Baru Cina, pasti setiap rumah ada makanan daripada katering Melayu/Islam. Maklumlah, ramai ahli keluarga yang dah memeluk Islam. Bahkan ada juga makcik hubby yang anaknya dah dapat doctorate dari Mesir dan Jordan. Pendek kata, ramai yang kuat dalam jaluran Islam sendiri. Tapi, kami semua tetap berkumpul bersama kerana kami semuanya sekeluarga.

Adam masa kecik2 agak susah nak terima yang dia dari keturunan Cina. Dia asyik tanya kenapa dia kena panggil Cina tu atok dan nenek.....hahahhaha. Tapi, bila dah besar, dah bersekolah, dia dah pandai value diri dan keluarganya. Now, dia yang seronok everytime nak CNY.

Masa kecil2 dulu, Adam nie memang orang lain semua ingatkan dia anak Cina. Tapi dia tak putih pun. Dia cuma cerah sikiit jer. Cuma 'sauk wajah' dia memang macam Cina orang kata. Naik lif, kat playground, kat supermarket, semua orang cakap Cina dengan dia. Kanak2 yang main dekat playground pun cakap Cina dengan dia. Tapi dia terkebil2 jer lah. Tapi, bila dah besar nie, semakin gelap kulitnya, semakin Melayu jadinya. Tapi kalau suruh dia pakai kopiah, memang nampak sebijik macam Mualaf jugaklah..hehehheehhe. Hubby pun sama. Hinggakan ada sekali tu kami berhenti membeli ubi kayu dari orang Asli di tepi jalan, orang Asli tu boleh tanya hubby : Lu Cina ka..? Hahahhaha. Dah terang2 bini dia kat sebelah nie pakai tudung segala. Apa, ingat kita nie maid Indon ker?

Mommy pun sebenarnya x berapa pandai Hokkien sebab dari kecik banyak cakap Melayu jer. Sikit2 jer boleh, tu sebab anak cucu pun karam di lautan kalau suruh berbahasa Hokkien atau lain2 dialek Cina. Cuma pakcik makcik yang kahwin dengan Cina jer yang dah expert speaking. Anak2 of course ke sekolah Cina. tapi bila dengan kami, Bahasa Melayu masing2 lebih fasih dari sesetengah Melayu yang tak hafal lagu Negaraku.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kerana kita dikurniakan keluarga yang berbagai latar belakang. Tak pernah terlintas seumur hidup kita yang dahulu bahawa jodoh kita dengan Chinese mix. Paling2 tinggi jangkauan pemikiran pun, mak kata dulu kawen dengan orang Jawa jer lah..hahaahhaha. Senang mak kata sebab satu bangsa.

But, as usual, love is blind. Jodoh yang Allah tetapkan tu lah yang terbaik. Alhamdulillah.

Ok, bila menulis entry nie, rindunyaaa dengan Hubby. Malam nie, kami bertemu kembali selepas seminggu terpisah. Insya Allah. Semoga dipermudahkan.







.

Kenangan Sekolah : Kepala di Tepuk!

Assalamualaikum.....


Sementelah bercerita kenangan kampus semalam, kita tiba2 teringat waktu sekolah2 dulu.

Masa tu di tingkatan 3. Kita duduk di meja hadapan sekali dan di tepi sekali. Tepi tingkap dan dinding.

Biasanya, prep malam akan selesai jam 10.00 malam. Dan asrama kami cikai sikit waktu tu. Menu supper biasanya biskut kering cream crackers 5 keping sorang, atau kek seorang satu slice. So, kami selalu menghabiskan duit dengan membeli nasi lemak atau mee bungkus2 dari makcik kantin. Makcik kantin parking van depan asrama, buka  bonet dan start business bungkus2 makanan tu. Tapi, diorang datang lewat sikit, dalam 10.30 malam. Masa tu nasi lemak atau mee sebungkus harganya RM0.50.

So, kita dengan kawan2 selalulah jadik customer malam makcik kantin sebab selalunya lepas prep mesti lapor sangat. Tambah lagi nak stay up untuk persediaan SRP (SRP okeh...bukan PMR!).

So, bila bunyi jer loceng habis prep pukul 10.00 malam, biasanya kami akan lepak2 dulu dalam kelas. Masa nielah biasanya kami ambil kesempatan untuk lelapkan mata sekadar untuk hilang penat di atas meja dalam kelas.

Kebetulan, tepi tingkap kelas kami tu adalah korridor laluan untuk abang2 form 5 pulang ke asrama. Uish, masa tahun nielah badge form 5 lelaki yang paling lasak, paling ganas dan paling berani dalam sejarah sekolah. Macam2 kes ada. Tapi memang mereka semua jadi VVIP negara sekarang nie dalam pada ganas dan lasak tu.

Kita tak tahulah macam mana mereka boleh tahu nama kita, sebab biasanya yang glemer ada 3-4 orang jer gadis2 cantik dalam kelas kami tu. Kita kan comoot. Tapi, diorang nie, setiap kali balik ke asrama, akan 'kejutkan' kita.

"Woii Aziela, bangun! Bangun! Nak tidur dalam kelas ke?"

" Aziela, pergi siapkan air dengan biskut. Kejap lagi abang datang."

"Aziela, nak abang teman ke?"

"Aziela, jangan tidoooorrrr!"

Ha, macam2 lagi pesanan.   Sambil2 tu diorang gelak ramai2. Tapi kita tak menjawab pun. Sehinggalah suatu hari, salah seorang dari mereka, berhenti tepi tingkap kita, hulurkan tangan dan tepuk kepala kita dengan sebuah buku latihan di tangan.

Memang marahh betul kita masa tu. Lepas kena tepuk tu, diorang chow sambil gelak ramai2. Kita sampai nangis2 dalam kelas. Kawan2 semua berkerumun pujuk kita sambil sumpah seranah abang2 tu.  Bengong jer kita kan?

Entah macam mana, sampai berita kepada abang2 tu yang kita sampai menangis kena tepuk kepala dengan buku. Walhal, langsung tak sakit pun. Dia layangkan jer buku tu. Tapi abang yang tepuk kepala kita tu, dengan gentlemannya datang jumpa kita personally dan mohon maaf. Dia hanya bergurau sebab dia betul2 anggap kita dan a few friends macam adik dia sendiri.

 Mulanya rasa marah dan malu sebab macam dihina, macam dibuat bahan lawak pun ada. Tapi lama kelamaan, bila kenal mereka dalam kelab2 dan persatuan2, baru tahu mereka nie memang suka bergurau. Time serius, memang serius betul. Time dalam kesedihan dan kesusahan, mereka bertukar jadi abang dalam erti kata sebenar. Takder langsung terpesong jadi adik angkat ke, makwe angkat ke.

Instead of rasa marah dan malu, sikit2 mula rasa bangga sebab ada payung besar! Hahahahaha. In fact gadis2 yang comel dan tak comot macam kita and a few friends pula rasa jealous sebab 'payung' sekolah lebih rapat dengan kami. Of coz tak rapat sangat, tapi sekolah kita dulu, kalau ada yang ingat nama kami dan boleh tegur sepatah dua sekali seminggu, dah di kira rapat sangat dah tu. Apatah lagi sampai kena tepuk dengan buku kan.

Sayangnya, kita betul2 tak ingat nama2 mereka semua, apatah lagi contact details. Yang ada hanyalah kenangan.

.

Khamis, 7 Februari 2013

Aktiviti Kampus : AJK Minggu Orientasi

Assalamualaikum.....


Gambar memang blurr. Tak perlu teranglah kot. Yang tinggi tu kita. Kami 2 orang sedang kepit First Aid box.

Masuk second year matrix, entah macam mana nama kita di pilih untuk menjadi committee untuk pelajar2 baru. Entah siapalah punya kerja agaknya. Terpaksa korbankan cuti semesta 2 minggu sebagai persiapan dan untuk minggu tu.

Tapi kita suka sebenarnya.

Pelajar lelaki dan pelajar perempuan, asing. Cuma malam jer bila ada briefing atau talk, combinekan semua dalam hall.

Kita jadi Welfare Committee. Hahaha..tu sebablah usung First Aid Box ke hulu kehilir. Tak berapa glemerlah sebab hanya orang yg sakit dan cedera jer yang kenal kami kan. Tapi, kami happy sebab selain merawat luka dan sakit, kami juga berikan mereka kasih sayang. Maklumlah, ramai yang tak pernah duduk asrama. So walaupun dah habis SPM, mereka masih rasa tak selesa berjauhan dari family. Bila kami dari Welfare Team memberikan perhatian dan senyuman, adalah sedikit kekuatan untuk mereka menyambung perjuangan dalam minggu tu.

Kita dah mula rasa selesa dan seronok bergaul dengan masyarakat di sini. Sangat berbeza dengan alam persekolahan yang mana kita dipandang sepi hanya kerana status quo yang lebih rendah dari 'mereka yang mulia'.

Akan ada lagi story2 lain yang akan menyusul. Insya Allah. Cuma kita selit2kan sekali sekala jer lah yer...


Rabu, 6 Februari 2013

WW : Dah Lama Tak Dimanjakan

Assalamualaikum.....


Lunch in hotel's room...


Selasa, 5 Februari 2013

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3

Assalamualaikum.....



Kita dapat invitation daripada Mselim. Sebenarnya, bila dah bukan remaja dan kanak2 ribena lagi, kita rasa kurang bersemangat sikit nak join segmen. Tapi, demi sahabat maya, apa salahnya kita enjoykan diri, kan. Nanti boleh dapat ramaiii lagi kawan, Insya Allah.

Nak join?

Klik SINI yer....


Terpengaruh dengan Doktor Zoul

Assalamualaikum.....



Kita tak tahu macam mana nak eja nama dia dan tak tahu nama sebenar dia (tak ingat sebenarnya). Tapi, jumpa blog beliau dari blogger lain. Maybe dari Dr. Daddy Ziyyad.

And Dr. Zoul baru saja buat entry pasal makan sate untuk breakfast di Muar. Dalam hati dah rasa meronta-ronta nak explore tempat2 tu. Cuti CNY tahun nie, dah tentu2 busy. Dengan family PD ada trip di Melaka (mujur di Melaka), dengan nak raya lagi, dengan open houses raya lagi.

Cuba anda baca juga entry tu di SINI dan cuba bayangkan anda berada di Muar.


Aduhaii, bila nak pergi Muar nie.

Isnin, 4 Februari 2013

Memancing Di Pekan, Pahang

Assalamualaikum.....

Bukan kita yang memancing, tapi hubby. Biasanya kita teman jer. Takperlah kita tak minat memancing, tapi demi hubby kita temankan juga dan jauh sekali melarang. Hobi masing2, macam mana nak larang kan? (Tapi hubby larang hobi kita mandi laut..sob..sob..).

Kalau balik Kuantan, akan cuba sedaya upaya mencari masa untuk memancing, walaupun sekejap.

Di Pekan, Pahang nie hubby memancing di jeti ikan Tanjung Selangor.

Selalunya, hubby pakai umpan udang jer. Kalau rajin, cari jugalah orang yang jual udang hidup, tapi kalau setakat nak lepas gian baling mata kail, beli jer udang dan sotong di supermarket. Selalunya, tugas membeli udang nie, memang kita lah.

Tapi, kita sebenarnya selesa bila hubby memancing di Tanjung Selangor, Pekan, Pahang nie sebab di jeti tu ada satu warung makan yang sempoi. Mintak mee goreng, nasi goreng...semuanya marvelous. Betul2 rasa macam masak di rumah. Home style. Alaa, keluarga nelayan juga yang berniaga di situ. Di samping tu, ada toilet dan surau juga. So, sambil tunggu hubby memancing, biasanya kita lepak di warung atas air di jeti tu sambil membaca novel. Santai dengan hembusan bayu laut, pemandangan nelayan, makanan sedap dan juga berbual2 dengan komuniti nelayan di situ.


Hubby berdiri memancing di jeti lama.

Ini pula jeti baru. Ada beberapa bot nelayan parking.


Tak ramai. Hanya hubby dan seorang lagi kaki pancing.

Ikan2 yang boleh dipancing ini adalah spesis yang biasanya boleh ditemui di muara. Tapi, muara di sini tak sama dengan muara di Melaka, atau Port Dickson. Di pantai barat, lautnya tak ganas, maka jenis ikan pun berbeza. di pantai timur, lautnya luas, jadi walaupun di muara pemancing boleh dapat siakap dan kerapu dengan mudah. Bergantung kepada arus air, musim dan suhu.

Untuk hari kami disini, suasana tak menyebelahi kaki pancing. Ada banyak gangguan dari sesirat iaitu sejenis ikan yang biasanya datang berkelompok. Ikan ini menyerupai belut dan ia secara dasarnya mengusir ikan2 lain.

Jadi, hari tu umpan dihabiskan oleh sesirat bersama2 dengan 2-3 mata kail yang putus.

Tapi, dah lepas gian, oklah tu. Dalam bonet kereta hubby, memang sentiasa ada batang pancing dan peralatannya.

Kalau dah kaki pancing, kan....



Ahad, 3 Februari 2013

Tak Pernahhh Merasa CPUV Nuffnang

Assalamualaikum.....

Kena buat entry jugalah jawabnya.

Dah jenuh hantar tiket, dah jenuh upkan traffik, tapi tak pernah merasa CPUV. Kenapa ekk?

Bukanlah kita mengharap pada Nuffnang earnings, sebab memang tak pernah merasa pun. Tapi nak lah juga nampak kotak CPUV berpenghuni selepas bertahun2 setia dengan Nuffnang.






Jumaat, 1 Februari 2013

Hari Wilayah, Weekend di Kuantan dan Saman

Assalamualaikum.....

1. Oleh itu, kita cuti lagi hari nie. kerja kat sempadan Selangor n KL, tapi company decided kami kena ikut KL. So, cutilah kan.



2. Hari ni dah ada kat PD. Tunggu Adam habis sekolah tengah hari nie, nak gerak ke Kuantan dah. Minggu nie berweekend di Kuantan. Adik kita si Abang Ngah and family pun join, bawak nenek kita sekali. Mudah2an semuanya dipermudahkan dan kami beroleh kegembiraan dan kebahagiaan weekend nie.



3. Oh yer, next week dah bolehlah bayar saman.

Huhuhuhu...kena saman masa nak ke klinik bulan lepas. Saman DBKL. By rite, harga kompaun, RM100.00. Punyalah mahal. Kalau di Kuantan, atau melaka, kompaun saman parking hanya RM15 ke RM30 jer. Tapi, disebabkan bulan Hari Wilayah, DBKL bagi diskaun kompaun ke RM30 jer. Syukur. Inilah first time kena saman. Bukan kita jer lah...satu deret kereta tu semua kena juga.