Darlene ngan Pijot dah expert dah masak sambal nie. Siap sedara mara and jiran tetangga pun dah berkenan...hahahhaha.
Ok Baya...aku bagi resipi nie, hang kena selalu praktikkan...kalau tak..hang lupa....
Sambal Cili Api Nenek
Cili Api - segenggam
Bawah Merah ( bwg kecik, bukan bwg besar ) - segenggam
Bawang putih ( tak yah buang kulit ) - 5-6 ulas besar
Ikan bilis ( bersihkan ) - setengah genggam
Belacan ( tak yah bakar..biar mentah jer ) - 3 x 5 cm
Caranya :
- Tumbuk semua bahan2 nie. Lebur jer semua. Macam biasa, tak yah tumbuk sampai lumat (kecuali belacan yang mesti lumat). Tumbuk pecah2 jer.
- Tumis dalam minyak. Jangan banyak sangat minyak...agak2 ngam2 cover bahan2 nie jer. Kalau nak best, tumis pakai minyak lebihan goreng ayam.
- Goreng pakai api sederhana, and kacau2. Jangan tinggalkan, nanti hangus. Agak2 dah garing sikit, kira dah masak laa tuh.
Ok...those yang nak try pun, dipersilakan. Simple jer sambal nie. Kalau nak pedas, lebihkan cili padi. Tapi ikut resipi nie dah memang pedas dah nie. Ikan bilis tu, boleh laa kalau nak ganti ngan ayam ke..ikan goreng ke, atau telur. Tapi tak yah lah tumbuk sekali. Bahan lain jer tumbuk.
Makan nya....dengan nasi panas2 + telur goreng + ulam timun. Itu jer pun dah cukup. Atau ada orang, dia suka makan dengan sayur bening. Tau ke sayur bening? Alaaa...sayur rebus jer...Mcm sup, tapi plain sup. Hisshhh....best sungguh. Aku biasanya buat satu tupperware, pas tuh letak dlm peti ais kat opis. Bila nak makan, panaskan sikit dalam microwave, pastuh balance simpan balik. Biasa, kalau satu tupperware 4 segi yg biasa transparent tu, boleh tahan seminggu. Tapi kalau dah makan kat opis, 2 hari dah langsai dahhh. Banyak peminat ler katakann....heheheheh.
Ok bebeh...selamat memasak.
1 thoughts..:
best best...tenqiu zila...
ni zaman2 mak aku tarak umah bole buat ni...simple tapi sodap...hmmmmm
Catat Ulasan