Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tinggal 2012. Welcome 2013!

Assalamualaikum.....


Hari nie adalah hari terakhir kita semua berada di dalam tahun 2012. Insya Allah kita semua akan melangkah ke tahun 2013 esok. Hari nie, kita nak kena uruskan pendaftaran sekolah Adam dan membeli beberapa lagi buku yang tiada stok minggu lepas. Kena beli vest juga sebab tahun pertama dia jadi pengawas. Tak taulah ada size ke tak. Maklumlah, ukur lilit pinggang Adam tu, setara dengan lelaki remaja dan dewasa.

Bagaimana penilaian anda untuk kehidupan anda di tahun ini? Secara lahiriah dan batiniah. Ada pencapaian apa2 tak tahun nie? Kadang2 penat berazam, tapi x tercapai. Yang tak disangka2 pula kita raih kan...?

Personally untuk kita, tahun nie adalah tahun yang sangat mencabar. Mencabar kesabaran, intelektual, kematangan dan cabaran penguasaan minda.

Ada yang pedih, ada yang gembira. Antaranya :

- Kita menghuni hospital sampai seminggu
- Hubby pula kena slip disc
- Kereta hubby destroyed (partly)
- Perkahwinan adik bongsu
- Jalan2..makan2
- Kejayaan Adam

dan tak lupa juga, ukhuwah dengan bloggers bertambah mantap. Kenalan dari kalangan blogger bertambah ramai. Syukur Alhamdulillah....



Bagaimana dengan anda?

Jumaat, 28 Disember 2012

Taktik Perompak Ke Atas Orang Berkhemah

Assalamualaikum.....

Baru2 ini, ada seorang sahabat (XY) yang menceritakan kepada kita tentang bahaya di rompak ketika berkhemah. Asalnya, kita borak2 kosong dengan beliau. Konon teringin nak camping di kawasan sungai. Selalu camping di pantai...panas. Kalau tepi sungai, mesti malam2 sejuk jer.

Beliau nasihatkan, kalau nak camping, eloklah pergi beramai2 dalam satu kumpulan besar. Beliau pernah mendapat cerita bahawa kawannya, A mempunyai seorang kenalan B yang selalu merompak dan mencuri. B kata, orang yang berkhemah jauh dari tempat umum untuk dapatkan privasi adalah mangsa mudah mereka, especially kalau tak ramai.

Modus operandinya ialah mengendap penghuni khemah itu. Especially couple. Tak kiralah suami isteri atau tak, Melayu atau tidak, rakyat Malaysia atau orang luar. Dia dan gengnya (ada geng tau) akan merakamkan perbuatan dan gambar2 privasi penghuni khemah. Kemudian mereka ugut, berikan mereka duit sekian2 jumlahnya atau gambar/video itu akan diedarkan merata2. Upload internet, jual pada kedai telefon dan sebagainya. Sekiranya tiada cash money, apa sahaja akan diambilnya. Telefon canggih, barang kemas, jam tangan atau apa sahaja.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkhemah dalam kumpulan yang besar, tapi tak sedar kereta mereka tiada pengawasan. So, sama ada kereta itu hilang (especially Hilux dan seangkatan dengannya), atau dirosakkan agar mereka boleh dapat komisen dari workshop berhampiran.

So, bila dapat cerita ini, kita teringat untuk kongsikan di sini. Mungkin ramai lagi yang tak tahu tentang bahayanya atau boleh disampaikan kepada kenalan lain.

Berhati2lah yer....


Khamis, 27 Disember 2012

Tirana Aduka Promot My Rainbow

Assalamualaikum.....

Lucu pula rasanya bila belajar Bahasa Jawa dengan Tirana Aduka, tiba2 dalam salah satu bab tu, ada diselitkan blog My Rainbow nie sekali.

Owh, kita ni, memang ada keturunan darah Jawa, tapiii dah moden kan. Generasi moden nie semua dah tak pandai cakap Jawa. Tambahan lagi bila atok sorang jer yang speaking, nenek ikut2 jer sebab nenek pun just half Jawa jer.

So, bila Tirana Aduka buka sesi kelas bahasa Jawa dalam blognya, kita terujalah sikit. Now, dah pandai sitik (sikit).

Tapi, dalam pada kita cuti dari blogging during weekends, ada juga entry Jawa Tirana Aduka nie selitkan sekali entry kita dalam blog nie. Cubalah jenguk kat SINI.... Tirana Aduka kata kita NGELEWET! Hahahahahah. Ngelewet tu apa? Ha, pergi jenguk lekas..


Movie Review : Tai Chi Hero

Assalamualaikum.....

Yer...memang betul lah sangkaan anda semua. Tai Chi Zero tu memang ada sambungannya. Cheh...buat suspen jer. Bila tengok dalam Astro First dia keluarkan sambungannya, kami terus purchased. This time, baru puas hati tengok endingnya. Tapi macammm akan ada sambungan juga.

Hero yang nak belajar kung fu taichi tu kahwin dengan anak Master Chen. So, dia jadi ahli keluarga Chen dan ianya tiket yang selamat untuk dia belajar kungfu tu. Walaupun bini dia tak suka dia, tapi sebab dia nie memang jujur dan lurus, akhirnya bini dia falling for him juga.


3 heroes

Pasangan misteri
 Pada wedding day dia, ada satu couple yang misteri datang. Siapa, dan untuk apa...semua orang tak tau. Sampailah ke saat dia nak masuk dewan mesyuarat, baru semua orang tahu dia tu anak sulung Master Chen yang dah lama merantau. Tapi banyak betul tindakan dia yang misteri. Isterinya pula adalah seorang wanita yang pekak dan bisu, tapi handal berkungfu.


The bad guys
Segala onar dan kacau bilau di kampung Chen tu ialah kerana dendam Fang ni. Girlfriend dah terkorban, muka dah calar balar pun masih nak balas dendam juga. Balas dendam sebab apa? Sebab sejak kecil lagi, dia selalu sangat kena buli dengan teruk di kampung Chen tu sebab dia tak pandai kung fu. Kira konon macam budak bebal la. Padahal dia expert bab2 mekanikal sampai akhirnya dapat jadi engineer. So, konon nak berlagak dengan orang kampung, dia dah ada pangkat besar. Tapi everytime dia nak berlagak, everytimelah dia kena buli balik.

Yang jelas dan nyata :

- Setiap manusia ada kelebihan dan skills masing2. Jangan perkecilkan kelemahan orang lain hanya kerana kita tak nampak kelebihan dia.

- Tak semestinya kena jatuh cinta pada orang yang romantik dan jiwang jer...

- Sentiasa beri peluang kepada orang lain untuk berubah kerana ianya akan membawa kebahagiaan kepada kita juga.

Ada lagi..nanti tengok yer.

Rabu, 26 Disember 2012

Banjir Hujung Tahun 2012 di Kuantan

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah. Hari ni dapat bersiaran kembali.

Hujung minggu lepas, kami berada di Kuantan. Sabtu gerak dari Melaka ke Temerloh untuk menghadiri jemputan kahwin officemate di Temerloh. Perjalanan lebih kurang 5 jam sebab sangat banyak gangguan lori di tengah jalan. Explore jalan kampung jer.

Alor Gajah --> Rembau --> Bukit Miku --->Senaling --> Kuala Pilah --> Batu Kikir --> Simpang Durian --> Mancis --> Telemong --> Karak --> Lanchang --> Temerloh.

Kemudian, teruskan perjalanan tanpa highway ke Kuantan. Tiba di Kuantan, dah Maghrib dan lepas Maghrib dah mula hujan.

Adik kita datang dengan familynya dari Seremban sebab anaknya merengek2 ajak ayahnya datang rumah Mak Longnya nie di Kuantan. So, esok paginya, Alhamdulillah, matahari muncul, tapi macam segan2. Syukur tak hujan. After lunch, adik kita pulang ke Seremban.

Kami pula teruskan perjalanan ke Tanjung Selangor, Pekan sebab hubby nak lepaskan gian memancing. 3 jam hubby berdiri atas jeti dan dapat seekor anak ikan duri, hujan mula beri introduction kepada bumi dan isinya. Bergegas kami pulang ke Kuantan.

Sepanjang malam hujan lebat sampaikan nak keluar dinner pun tak sanggup. Maka hari Ahad berakhir dengan keselesaan tepat tidur di dalam rumah sendiri sambil mendengar dendangan bunyi hujan di luar.

Subuh Isnin terjaga dan terkejut sebab hujan masih mengganas. 8.00 pagi hujan sedikit reda walaupun tak berhenti langsung. Sekadar memudahkan kami menyelesaikan urusan pagi. Sarapan bersama di Alif Curry House dan terus hantar hubby kerja di Padang Lalang / Tg. Api.

Kita dan Adam konon nak ke EC Mall. Masih belum beli kasut sekolah Adam. Tapi, tengok hujan lebat sangat, takder mood pula. Nak selesaikan urusan2 bank pun sangat tak selesa dalam hujan lebat tu. Maka kami pulang ke rumah sementara tiba lunch hour untuk lunch dengan hubby nanti. Tapi, jam 12.00 tgh hari, hubby sms dan mms gambar kilangnya yang dah banjir. Jangan datang dulu katanya...

Wah, jenguk luar tingkap, longkang di hadapan dah hampir penuh air. Panik juga. So, kami pantau closely water level.

By 3pm, hujan sedikit reda dan kita keluar juga rumah. Cuba2 nak pantau boleh kidnap hubby tak...

Sebelum tu, hantar laundry di bandar. Jalan di area KPJ hospital semua dah tenggelam. Bot dan cruiser Pertahanan Awam penuh dan orang ramai mengharung air di situ. Kita bersimpati pada yang rosak harta bendanya.

Syukur, bila sampai di padang Lalang, air dah surut kembali. Tapi sungai dan laut memang garang dan ganas. Takut sangat melihatnya.

Kami lunch sekejap, dan kemudian hubby kemas barang2nya dan kami mula bergerak untuk balik Melaka. Macam biasa, ikut jalan pintas di Sg. Soi untuk ke Gambang. Malangnya, jalan tutup sebab air dah naik. Patah semula. Sangat berharap Sg Isap tak banjir atau dimana2 tak banjir. Alhamdulillah, semuanya masih berfungsi seperti biasa.

So, kami selamat dari banjir. Alhamdulillah.

Tapi, perasaan panik dan bimbang dilanda banjir tu memang satu pengalaman baru. Dengan siren polis, bomba dan Pertahanan Awam merata2, dengan bot penyelamat dan orang ramai di tepi jalan dengan payung yang berbagai corak... Sesuatu yang tak dapat di beli...

.

Jumaat, 21 Disember 2012

Makan di Kuantan : Little Croc Deli Cafe

Assalamualaikum.....

Salah satu cafe yang hubby bawa kami makan. We came here for lunch. Memang mudah jumpa kedai nie. Di jalan besar. Kalau dari Jln teluk Sisek nak u-turn ke pusat bandar tu, mesti jumpa punyalah. Antara deretan kedai di tepi sungai, tapi taklah betul2 mengadap Sungai Kuantan tu.


Adam di paksa jadi pak pacak.


The interior

Food dia memang western choices. So, western la for lunch tu kan. Air pun macam2 nama ada and memang bukan the usual drink. Masalahnya, dah tak ingat nama semua drinks and dishes. So, cuci mata jer lah yer.


Adam minta banana milk shake lah rasanya. 


Ini, kita punya Olio Spaghetti dengan apa nama air entah.


Hubby request marinara seafood spaghetti. 

Adam pula request seafood pizza. Small size.


Kita punya spaghetti, olio yang sangat sedap. Ada hirisan cili padi.. so lagilaa macam bodek selera kita. Tapi, walaupun ada hirisan cili, spaghettinya tak pedas langsung. Kalau nak pedas, baru gigit cili2 tu yer. Rasa olive oil pada olio spaghetti tu pun just nice and surprisingly it's moist. Most olio spaghetti akan jadi dry bila dihidangkan dengan spaghettinya mengeras. Boleh cuba di SR dan Pizza H. Tapi here, it's so yummy. Even the spaghetti pun tak keras and not that lembik as well.

Hubby's marinara pula memang sedap, cuma bila tengok linangan minyak tu, kita jadi sereemmm nak makan. Boleh nampak ka? Hubby siap minta pinggan lain dah toskan minyak tu sebelum makan. But the taste besides oily, taklah mengecewakan. The seafoods...oh my...sangat fresh. Even kupang pun tak berbau langsung.

The pizza is a crispy crust type. Adam memang suka macam tu. And the filling...oh my, melimpah ruah. Sama juga, tak kedekut cheese dan seafood. Bukan main tebal lagi filling dia. Dalam lapar2 tu, konon Adam memang imagine mcm tak cukup. Dia siap kata nak order benda lain, tapi kita suruh dia try habiskan dulu. Nanti membazir. Ha, memang betul pun. Pizza tapau 2 keping, itupun hubby tolong makan sikit. Olio pun tapau more than half sebab portionnya besar. kenyang tak hengat.

InsyaAllah weekend nie ke Kuantan lagi. Kalau x ke mana2, maybe repeat lagi.

Owh, blog nie akan bercuti sampai next year. InsyaAllah kalau sempat awalkan, kita akan bertemu lagi dengan semua.

Happy New Year!




.

Terima kasih Yusnida Tajudin dan Eliza Ab

Assalamualaikum.....

Semalam kita terima hadiah yang dimenangi daripada blog Biar Jemari Berbicara milik Yusnida Tajudin seperti mana yang pernah kita ceritakan di SINI dulu.

Dan, sememangnya, kita terima novel terbaru daripada Eliza Ab.

Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih kepada 2 orang wanita tabah ini.


Parcel yang baru tiba

Dapat macam2. Shawl yang berwarna purple, Frame gambar khas, Novel Eliza Ab, Penanda buku dan Keychain yang sangat comel.

Frame gambar Biar Cinta Bertaburan. 


Ada sedikit ralat...sebab frame gambar nie, cerminnya dah berderai masa kita terima. Bukan salah Kak Yusnida, kita yakin. Pengalaman bekerja di pejabat pos dulu2 memang kita yakin cara mereka handle surat dan bungkusan macam mana. Tak apalah... nanti boleh cari cermin lain. Yang penting, frame nie sweet sangat.

Terima kasih sekali lagi.




Khamis, 20 Disember 2012

Makan di Jerteh

Assalamualaikum.....

Sunyi pula blog kita semalam kan. Maaflah, sibuk di HQ. Balik office pun dah petang sangat. So, ingat hari ni nak cerita tentang sebuah restoran di Jerteh, Terengganu.

Sebenarnya, dah 2 kali singgah di sini. First time singgah dulu dah rasa sedap sangat makanannya, so singgah lagi kali ke-2. Dan juga kita pun tak berapa pasti lokasi yang sebenarnya. Dulu masa mula2, kita tertidur, hubby stop kat sini. So, ingatkan di Pasir Mas lagi. Tapi, 2nd time cari ianya di kawasan Jerteh rupanya. Tak pasti dalam Besut ke, atau Jerteh, tapi lebih kurang la kan.

Oleh kerana masa ke RP tu kami tak berapa makan sangat sebab tak pandai lagi cari kedai makan yang best, so perut masing2 memangs angat laparlah masa tu. Rancangan azal, nak makan di KT, tapi on the way tu, nampak pula kedai nie macam meriah sikit.

Inilah kedainya. Gelapp jer kan, sebab malam. Hehehehe. Tapi kedai nie macam kawasan rehat. Ada signboard besar Keropok Losong kat depan kedai tu. Kedai nie pula, attached dengan sebuah surau.



 Ini bahagian dalam kedai. Semuaaaa meja batu tau. Set 8 orang punya meja. Kerusi kayu semuanya. Ha, kat hujung tu, suraunya. Ada ceramah agama kat situ. Ramai juga jemaahnya. Syukur...


 Ini, masa datang berdua dengan hubby. Tomyam, udang black pepper dengan sotong celup tepung. Semuanya sangat sedap. Tom yam dia memang sedappp, melekat! Tengok kaler pun dah tahu kan? Sotongnya pula memang exactly seperti amna yang kita idamkan. Cruncy but yet soft and a bit chewy. Langsung tak mcm cekodok. Sedappp....


 Kami order ikan juga. Stim asam rasanya nie. Sedappp sangat. Kuahnya tu bila dihirup memang sangat menyegarkan. Rasa macam masam2, tapi mild jer dengan broth ikan yang soothing sangat bila masuk ke mulut. Ikan pun fresh...isinya kental dan segala rempah stim tu meresap ke dalam isi ikan.



Oleh kerana rasa sedap, kami singgah lagi. This time dengan Adam pula. Tapi this time, kami kan dah kenyang, makan kat Cafe Maraschino di Rantau Panjang tu kan. So, singgah di sini sekadar berehat dan untuk solat jer. Adam dia ikut jemaah sekali sebab dia tak berapa confident nak buat solat jamak. Bukan main seronok lagi dia dapat berjemaah kat sini. Owh, lagi satu, Adam sangat seronok berjemaah di Masjid Besar Kuala Terengganu tu. Tapi masa tu dia belum berkhatan lagi, so kena la diri di saf belakang. Hahahahaha. Bila dah berkhatan, dia lebih seronok ke masjid untuk berjemaah. Haih..Adam...Adam.

Since, dah kenyang, maka kami order simple food jer. Just alas perut sebab perjalanan masih jauh lagi.


Kuey Tiaw Tomyam kita

Mee Goreng Adam

Hubby pun makan bihun goreng jer. Cuma, kami teringin nak rasa ikan bakar Indonesia yang ada di jual di situ. Orderlah satu, tapi rasanya sangat so and so jer. Nak snap gambar pun tak selera. Order lagi stong goreng tepung, sebab terkenangkan yang hari tu, tapi yang datangnya cekodok sotong. Keciwaaa sangat. Cook dah bertukarkah? Sebab kuey tiaw tomyam kita tu pun cair bair jer... Eishh, ralat sangat rasanya. Hubby dok cemuh kita...dia kata dah tau sotong tu dia goreng mcm cekodok, buat apa order lagi? Masalahnya, kita bertekak2 dengan hubby kata yang dulu punya sedap. Hubby jer yang dah tertukar dengan kedai lain punya kot. Mujur ada bukti.... tu, gambar kat atas tu.

So, dalam masa beberapa bulan, restoran yang sama, dish yang sama, rasa yang berbeza?



.




Rabu, 19 Disember 2012

Ejaan Insya Allah Salah ke?

Assalamualaikum.....


Kalau nak cerita panjang pun, sama juga dengan apa yang diceritakan oleh Rai Ourkizuna. Untuk yang belum membaca entry beliau dan ingin menambahkan ilmu pengetahuan, atau membaiki, sila terjah SINI.

Dah beberapa kali kita semua terpengaruh dengan asakan informasi dari FB yang kita tak pasti betul atau tidak.

Dulu tentang puasa di bulan Rejab, sekarang nie tentang ejaan pula..


Selasa, 18 Disember 2012

Panduan Asas Menerima Tawaran Kerja : Siri 1

Assalamualaikum.....

Hmmm...dah lama juga kita tak cerita2 tentang dunia pekerjaan nie. Last sekali pun masa tahun lepas rasanya. Lagipun, bulan nie kita ada buat recruitment sikit, so kita selitkan sekalilah dalam blog sikit yer.

Anyway, kita dah pernah cerita tentang permohonan kerja dan juga tentang temuduga, so sambung tentang tawaran kerja pula.

Katalah, anda telah berjaya dalam temuduga. Anda menerima panggilan telefon dari syarikat terbabit yang memberikan berita gembira tu. Mesti anda nak tanya tentang banyak perkara bukan? Yang paling penting ialah gaji yang ditawarkan. Oh, jangan tak tanya. Mesti tanya. Adakah gaji itu seperti mana yang dipersetujui di dalam interview? Ada sesetengah syarikat, tak bincang tentang gaji amsa interview, so masa nie lah anda mesti tawar menawar. Of course kena letak gaji tinggi. Tapi berhati2. Sometimes gaji yang tinggi sangat pun, melebihi dari bajet syarikat itu, maka syarikat itu terpaksa melepaskan anda dan cari calon berikutnya pula. Tapi kalau gaji yang ditawarkan tak masuk akal rendah, tak perlulah anda rebut2 lagi. Mungkin ada peluang yang lebih baik. Namun, daripada menganggur, eloklah terima gaji yang rendah tapi agak munasabah itu.

Selain daripada gaji, sebenarnya ada beberapa lagi aspek yang perlu anda titikberatkan. Antaranya :

1.) Taraf Jawatan.
- Yang paling penting sekali ialah taraf jawatan. Tetap.../ Kontrak.../ Sementara...? Yang mana satu? Kalau kontrak, harus dinyatakan berapa lama, atau sehingga apa-apa kerja selesai. Katalah anda digajikan sebagai pekerja kontrak untuk menyelesaikan sebuah website. Atau anda diberikan jawatan itu untuk kontrak setahun, 6 bulan, atau 3 bulan?

Kalau jawatan tetap pula, kena tengok, ada tempoh percubaan (probation period) tak? Kena clarifykan, sekiranya anda lulus tempoh percubaan tu, adakah anda akan menerima kenaikan gaji? Selalunya tiada, tapi ada sesetengah syarikat ada polisi ini.


2.) KWSP
Adakah syarikat akan menyumbang kepada KWSP  sepertimana yang tertakluk kepada undang2?
- Ini sangat penting. Kepada adik2 yang baru tamat belajar, ada yang dimomokkan oleh syarikat2 ini. Kononnya tak perlu KWSP, dan mereka boleh beri gaji lebih kepada anda. Anda pun boleh dapat gaji bersih lebih tinggi. Ha, jangan terpedaya! Potongan KWSP adalah untuk simpanan hari tua anda. Macam iklan, but it's true. Anda jamin ke, bila dah umur 60 tahun nnt boleh menyimpan berpuluh atau beratus ribu? And, kena ingat, katalah gaji anda RM1,000.00, anda kena menyumbang sebanyak RM110.00 dari gaji anda ke KWSP DANNNN majikan anda kena mencarum untuk anda sebanyak RM120.00. So, setiap bulan, dengan hanya membayar RM110.00 dari gaji anda, anda sebenarnya telah menyimpan RM230.00 untuk bulan itu. Berganda dari simpanan anda, bukan? Kalau setahu, 10 tahun, 50 tahun?

3.) PERKESO
Sesetengah syarikat tidak membayar caruman bulanan PERKESO untuk anda. Anda WAJIB menuntutnya. PERKESO ialah insuran untuk pekerja. Sangat penting. Kalau di tempat kerja lama anda telah menjadi ahli PERKESO, bermakna anda akan menajdi ahli PERKESO seumur hidup sepanjang anda bekerja. Tetapi, sekiranya pekerjaan pertama anda setelah tamat belajar MELEBIHI RM3,000.00 sebulan dan anda tidak pernah mendaftar, maka anda diberi pilihan untuk menjadi ahli ataupun tidak.

TAPI.....

Kita nasihatkan, daftarlah sebagai ahli PERKESO. Kita semua tak tahu apa yang akan berlaku kepada kita di masa akan datang. Katalah dalam perjalanan ke tempat kerja, di waktu pagi, hujan lebat tiba2 motor yang anda tunggang tu 'dicium' sedikit oleh sebuah kereta kerana pemandu tu rabun di waktu hujan. Lutut luka teruk, betis melecur kena ekzos dan lengan anda bercalar balar. Anda dapatkan rawatan di klinik berhampiran, dapat MC untuk 3 hari. Hari ke-3, follow-up untuk cuci luka, dapat MC lagi 2 hari. Dah 5 hari  MC. Straight away, anda dah boleh mendapat faedah hilang-upaya sementara daripada PERKESO yang merupakan pembayaran wang tunai maksimum 80% dari gaji harian anda. Ha, katalah gaji tadi RM 1000.00 sebulan kan? Paling2 tidak pun dapatlah lebih kurang RM155.00 dari PERKESO. Bolehlah nak buat tambang pergi klinik kan? Ha, tu baru sikit tu. Ada banyak lagi faedahnya.


4). Jadual Berkerja
- Jadual waktu bekerja anda mesti dijelaskan di dalam surat tawaran itu. Dan anda harus agree dengan jadual tu. Sekurang-kurangnya dalam seminggu, anda mesti ada satu hari untuk rehat.

5.) Cuti tahunan
- Cuti tahunan minimum mengikut undang-undang ialah 8 hari setahun. Ada syarikat yang menyatakan anda tak boleh ambil cuti dalam tahun pertama, which is true sebab syarat minimum undang2 ialah mesti cukupkan 12 bulan perkhidmatan sebelum layak untuk mendapat cuti tahunan. Tapi, most of the companies, tak lah tunggu sampai setahun baru beri cuti. Tengoklah macam mana kan...



So, untuk siri pertama ni, cukuplah dulu sampai di sini. Nanti bila2 kita sambung kepada faedah2 yang perlu anda terima selain daripada yang tersenarai ini.

Oh, yang paling penting sekali, semua yang ditawarkan oleh syarikat tersebut, MESTI dalam bentuk bertulis. Ada perjanjian yang sah. Jangan tengok dalam surat tawaran tak ada, bila anda tanya dia main jawab ada jer. Nanti nak claim semula, susah. Pastikan semuanya bertulis. Kalau taka da dalam surat, minta syarikat tu buat surat lain dan nyatakan semuanya secara bertulis.

Ini yang paling asas sekali lah yer...



Boleh juga refer entry yang dah lepas.

1. Tips Memohon Kerja

2. Persediaan Temuduga

3. Tips Menghadapi Temuduga






.

Isnin, 17 Disember 2012

Foodies Blogger Award

Assalamualaikum.....



Hari nie terima award nie from my lover. Dia selalu menjadi pendorong kita untuk menjadi food blogger, tapi wife dia nie ikut suka hati jer letak entry caca marba. Tetaplah, hubby suka kalau kita masukkan entry pasal food. Contohnya semalam ada buat kerepek, tapi tak sempat nak buat snap snap. Nak posingkan pun x sempat. Hubby sibuk suruh buat entry, tapi dah tak sempat kan. Next weeklah kalau ada masa untuk buat.

To hubby, Mohd Saiful Hezry... love you so much. Thank you darling...


Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun

Assalamualaikum.....




Adik kita, Miss Banu buat segmen di hujung tahun nie. Adik di alam maya sebab birthday kami tarikhnya dekat2, cuma tahun jer jaauuuuhhh. Hehehehehhehe


Ada syarat2 dia. Tak berat langsung pun. Cuma akak takder FB and twitter la yer adik sayang, so tak boleh nak penuhi syarat yang itu.

Follower setakat sekarang ialah 533 orang jer. Actually, tak kejar sangat follower. Tak larat nak active sangat. Cuma, kalau ramai followers, mudah sikitlah nak menyebarkan ideologi kan...

Target, tak ada. Sebab blogging pun seronok2 jer.

Siapa yang nak join, boleh ke blog Miss Banu yer... Owh, Miss Banu nie single lagi and sangat bersopan santun. Memang kita suka sangat dengan dia yang berhemah nie. Even dalam blognya pun boleh tahu dia sangat berhemah orangnya. Kalau berkawan dengan dia, confirm tak rasa terabai lah...




Kalau Tak Sanggup, Jangan Kerja.

Assalamualaikum.....

Sebenarnya, dah lama kita teringin nak luahkan perasaan tentang ini di sini. Sebenarnya ia adalah secara general yang mana kebanyakan kita sering mengeluh tentang kerja. Penat lah, pening kepala lah, tension lah, gaji x cukup lah. Setiap keluhan tu sebenarnya ada penyelesaiannya. True, sometimes kita perlu luahkan apa yang dirasa dalam hati. Tak salah pun. Langsung tak salah. It's healthy to pour out your emotions. Tapi, not constantly. Sampaikan pagi petang siang malam, hari kerja hari cuti, dengan kawan dengan family, asyik nak mengeluhh jer. Orang yang mendengar pun naik meluat.

Kalau penat, tension, dan segala bagai tu, tak perlu kerja. Duduk rumah, tanam ubi kayu, makan pucuk ubi rebus cicah garam hari2. Senang kan..? Tapi kalau perlukan duit untuk masa depan, untuk hidup selesa, and kerja makan gaji ialah apa yang anda termampu buat masa ini, hulurkan tenaga anda dengan ikhlas. Supaya gaji yang anda terima setimpal dengan apa yang anda berikan. Bukan gaji yang anda terima tu berlebih dari apa yang anda berikan secara ala kadar tu.

Kalau rasa gaji tak cukup, carilah kerja lain. Tolong jangan sebarkan aura negatif kepada alam sekitar anda. Aura negatif yang anda sebarkan tu akan kembali kepada anda dengan berlipat kali ganda lagi ketebalan negatifnya.

Sepanjang berbelas tahun kita mengharungi alam pekerjaan, memang tak akan pernah sunyi dari orang2 yang begini. Pernah tak mereka berfikir dengan matang, dengan rasional dan jadi bijak sikit?

Ok, sebenarnya geram dengan cleaner kat office building nie. Pantanglah corridor tu berdebu sikit, pantanglah toilet tu kotor sikit, punyalah dia nak bebel2 nak marah2 semua orang tak tentu masa. Ada ker orang yang sengaja pergi kotorkan? Sometimes baru balik dari site visit, masuk toilet, of course terlekat tanah kat kasut. It's your job. Buatlah. Kalau rasa tak sanggup nak buat, jangan buat. Berhenti jadi cleaner. Cari kerja lain yang lebih sesuai dengan tekak dia.

Bukan tu jer, sama ada di pejabat, di bangunan awam, di tandas awam mahupun di stesyen minyak... selalu saja cleaner masuk ke toilet, pegang batang mop, buat muka tapai basi dah 10 hari terselit dalam bonet kereta dengan mulut bebel2 non stop komplin busuk! Siaplah kata...Siapa yang berak sampai busuk sangat nie..? Aikk? orang berak boleh control ekk bau boleh busuk ke, wangi ke?

Owh, ada sekali, masa Adam umur 3 tahun, dia tengah demam, tonsilitis and diarhea yang sangat heavy. Masuk petrol stesyen punya toilet. Masa kita tinggalkan dia sekejap dalam toilet dan berlari ambil pampers dan seluar dia di kereta, dia yang umur 3 tahun kena marah dengan cleaner tu sebab busukkan toilet dia. What!!!! To a 3 years old kid? Terus kita cari petrol stesyen punya manager in-charge. Masa tu lah berlagak, guna badge orang media. Padahal, bukan reporter pun. Duduk dalam HR jer pun. Tapi geram punya pasal dengan orang yang tak ada adab macam nie, apa pun boleh la.  Komplin tak hengat. Semoga cleaner tu dapat pengajaran.

Begitu juga dengan alam pekerjaan nie. Tak kiralah apa warna kolar anda. Hatta warna pelangi sekalipun kolar anda, jalankan amanah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab. Jangan bandingkan gaji anda dengan rakan, workload anda dengan rakan. There must be reason kenapa anda dapat begitu dan dia dapat begitu. Nak lebih, improvekan diri, buktikan anda layak dapat lebih dan kalau majikan tak mampu beri anda lebih, carilah majikan yang mampu. Tapi, at the mean time, ikhlaskan diri untuk menjalankan amanah anda.

Hah...Monday Blues ke? Tidak kot. Hati tengah resah. Ayah kita, atok si Adam sedang berada dalam Operation Theathre di hospital untuk surgery mata. Buang katarak. Tapi, kita tak dapat berada di sisinya. Sangat2 ingin berada disitu.... tapi, takutt sangat nak drive kancil adik ipar ke PJ. Owh, kita pinjam  kereta dia sejak hubby punya kereta breakdown kerana hubby guna kereta kita. Setelah berpuluh tahun tak drive manual car, bila time macam nie nak drive manual, menggigil tau. Every time nak pergi kerja, jantung berlari laju. Hari tuh enjin mati masa tengah naik bukit. Panik ohkeyyy! Itu baru 5km ke opis tu, kalau berpuluh km nak drive ke PJ nie, aduhaiiiii....

Apa2 pun, kalau hati dah rasa tak tahan nanti, kita akan redah juga kot. Demi ayah tersayang...

Opss...kerja dengan ikhlas yer kawan2.



.

Jumaat, 14 Disember 2012

Udang Sos

Assalamualaikum.....

Aktiviti memasak di hujung minggu. Kebetulan dapat beli udang yang fresh dari pasar Kuala Sungai Baru. Nelayan baru bawa naik dari laut. Nak gulaikan, sayang pula. Macam nak makan udang tu macam tu jer rasanya.

Teringat pula hubby pernah mention nak suruh masak nasi lekit2. Adam kata nak makan macam kat Japanese rest. , makan nasi dalam mangkuk, guna chopstick. Kalau nak makan macam tu, tak boleh berkuah la lauk jawapnya.

So, udang nie kita goreng jer dan buatkan sosnya. Simple sangat buatnya. Nasi tu kita masak guna beras wangi siam. So, memang berkanji dan melekit sikit. Tak ada beras Jepun, beras Siam pun ok kan...



Goreng udang yang digaul dengan sedikit garam dan kunyit.


Kemudian, curahkan sosnya. Siap.




Gelap la pula gambar last tu. Nasi dalam mangkuk Jepun yang selalu isi misoshiru tu, lepas tu tenggekkan udang. Bukan main berselera lagi my heroes makan. Bersungguh2 guna chopstick.

Sosnya tu, kita just tumiskan bawang putih dan cili yang ditumbuk halus. Lepas tu masukkan sos cili dan sos tiram secukup rasa. Didihkan hingga pekat. Senang jer.


U all nak masak apa weekend nie?


.


Khamis, 13 Disember 2012

Makan di Kuantan : Akob Ikan Patin dan Krai Eksotik

Assalamualaikum.....

Hubby bawa kami makan kat sini. Before this kami makan di kedainya yang di tengah bandar tu. This time pergi ke main branch nya di tepi Sungai Kuantan. Cari hotel Sentral, masuk ikut celah hotel tu ke tepi sungai. Confirm jumpa kedai nie.


kedai nie menghidangkan juadah lauk kampung seperti biasa. Tapi, yang paling dikejar ialah ikan patinnya. Masa kami sampai, beberapa minit sebelum jam 12.00 tengahari.

Kawasan kedai luas dan open. Memang seronok makan dengan angin dari Sungai Kuantan. Pemandangan pun cantik dan mendamaikan.

Meja kerusi pun banyak. Nak ambil lauk pauk pun selesa.


Untuk kami 3 beranak, kami ambil hanya seketul ikan patin buah. Patin buah sepotong ni harganya RM20.00. Ada beza patin buah dengan patin biasa. Kalau patin buah, bila kita ambil isinya, ia akan terlerai seketul seolah2 berbuah isinya. Takadalah seketul macam fishball tu, tapi seketul laa... And the taste... Halus, but yet kenyal. Memang lain sangat rasanya dengan ikan biasa. Lagi satu, masak tempoyak ikan patin kat sini, memang lain dari yang lain. Kuahnya pekat, dengan rasa lemak, rasa tempoyak, masam dan masinnya semua seimbang. Of course, rasa tempoyak dan masamnya sedikit outstanding di samping keharuman bunga kantan.


Sambal tempoyak tetap ada sebagai cicah untuk ulam2 dan sayur. Tapi, sambal kat sini ditumbukkan cili padi dengan ikan bilis kasar2 baru digaulkan dengan tempoyak. Tapi tak berapa rasa tempoyak lagi. Rasa macam durian fresh. Ha...sedap tau.


Ini pinggan Adam. Dia tetaplah makan ayam di samping ikan. Syukurlah Adam pun suka makan sayur juga. Memang kami didik dia dari kecil untuk makan sayur dan tidak memilih. So, everytime makan di luar, Adam akan ambil nasi dan lauk pauk pilihan dia sendiri. Alhamdulillah, usia dia 7 tahun dia dah pandai uruskan diri sendiri. Kami hanya pantau di sebelahnya dan memberi panduan sedikit sebanyak.


Ini pula pinggan kita. Nasi, ulam dan kerabu jantung pisang yang sangat yummy, lembut dan juicy. Pandai betul tukang masak dia pilih jantung pisang. Bukan semua jantung pisang sedap di buat kerabu tau. Silap2, dapat jantung pisang yang rasanya kelat, pahit dan bergetah. Hubby pun lebih kurang sama isi pinggannya dengan kita. Nasi dan sayur.



So, inilah star of the day selain ikan patin tu. Ikan nie namanya Ikan Krai (Kerai ke?). Tak ada atas buffet table tu. Kalau nak ikan nie, kena order. Cakap nak ikan krai goreng seekor. Ikan nie memang eksotik. Sangat mahal. Percaya tak, harga seekor ikan ni ialah lebih dari RM60.00. Berhati2 makan ikan nie sebab durinya banyak. Walaupun durinya tak sepenuh macam ikan terubuk, tapi rupa paras duri tu memang sama macam ikan terubuk. Isinya sedikit tawar, tapi sangat lemak dan halus. Halusnya tak sama macam halus ikan patin. Hmm..susah sikit nak explain, kena makan sendiri baru tahu kot. Tapi tu la, kena betul2 menikmati dan peka. Kalau yang kurang peka, mungkin akan kata ikan krai nie sama jer macam macam ikan kembong.

All in all, termasuk air, hubby end-up bayar RM100++. Perghhh...nasib baik hubby yang bayar. Tapi, nak rasa kan. Syukurlah. Hubby kita nie, apa2 jer yang dia makan kalau kat mana2, dia mesti teringat kat family. Kalau boleh, dia nak aksi semua orang dalam family makan dan rasa food yang amcam dia makan. In laws ke, siblings ke, parents lagi la...mesti dia akan bawa. Loving kan dia...? Oppss...terpuji hubby sendiri pula.

So, kalau nak rasa pengalaman yang lain dan istimewa sikit, bolehlah datang menjelajah menu di sini.



.

Novel Review : Kalau Memang Harus Begitu

Assalamualaikum.....



Sebenarnya, dah lama beli buku. First batch customer, order direct dari publisher Kaki Novel. Yang specialnya, dapat signature and love kisses dari penulis sendiri, iaitu Acik Lana.

Memang kita minat sangat2 dengan karya Acik Lana nie. Dia ada pendirian. Dia tegas dan tulis ideanya. Kita suka. Semua cerita dalam blognya, sampai boleh repeat bacalah kiranya.

About the novel. Kisah cinta biasa pada sesiapa yang tak suka dilamun perasaan cinta. Tapi pada kita, apa saja kisah cinta, tak kisahlah biasa ke, tidak ke, tetap beautiful.

Adara adalah anak yatim piatu yang dibesarkan oleh atuk dan neneknya di kampung bersama dengan 5 orang adik2nya yg lain. Demi meringankan beban atoknya, sebagai anak sulung, Adara mengikut temannya ke ibu kota untuk mencari pendapatan lebih. Disebabkan tiada kelulusan tinggi dalam pendidikan, maka Adara diterima bekerja sebagai tea lady (pembancuh air) di sebuah syarikat korporat yang besar.

Big boss di pejabat Adara bekerja ialah anak kepada owner syarikat itu yang mempunyai perangai yang sangat dibenci oleh kakitangannya kerana sombong dan sering berkasar dengan pekerja bawahan. Tapi dek kerana kaya dan hensem, maka Tuan Putra sering didampingi gadis2 cantik yang mengejarnya.

Adara sering menjadi mangsa herdikan dan tengkingan Tuan Putra. Bossnya itu memandang Adara, seorang perempuan kampung yang sering berpakaian lusuh dengan jelik dan jijik.

"Hoi pompuan, baldi kau ni buat apa kat sini? Nak aku baling kat kepala kau ke? "  - Tuan Putra

Tapi, dalam masa yang sama, sepupu Tuan Putra iaitu Riyad yang juga menjawat jawatan tinggi di syarikat itu mula jatuh hati dengan Adara saat kali pertama melihatnya. Riyad boleh lihat kecantikan asli Adara dan kesucian hati gadis itu. Maka, setelah dia berjaya menukar penampilan Adara kepada yang lebih bergaya dan membelikan stok baju2 baru, secara tiba2, Tuan Putra mula memberi perhatian kepada Adara. Maka persaingan secara senyap di antara dua lelaki ini bermula.

"Adara, seriously... saya memang sukakan awak. Kalau awak belum ada yang special, boleh tak awak bagi peluang pada saya? "   - Riyad

Tapi, gentlemen ini mula bermain taktik kotor satu demi satu demi merebut seorang Adara.

Sesuatu berlaku yang menyebabkan Adara mula menjauhkan diri dari Riyad kerana kecewa. Tapi, tak lama kemudian, Adara mula rapat dengan Tuan Putra.

"Apa kena dengan aku ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati bila Tuan Putra bolayan aku? Aku nie gilakan perhatian dia ke? Tidak...tidak, takkanlah dengan lelaki tu? Tuan Putra tu kan spesies lelaki kasanova, buaya darat dan hidung belang, takkanlah aku nak perhatian daripada dia pulak. " - Adara


Ding dong sana dan sini, akhirnya Zidan Adiputra berjaya menikahi Adara dan mendapatkan cinta Adara.

'Dia yakin Adara diciptakan untuk dirinya dan dia tercipta untuk gadis itu. Hari ini, esok dan sampai bila-bila!' - Zidan Adiputra.

Dan cinta Adara juga utuh buat suaminya.

"Selamat malam, suamiku.... Dara cintakan abang."  - Adara


Namun, keindahan percintaan itu cepat saja disinggah dengan dugaan yang sangat hebat. Mampukah mereka kembali menyulam kasih dan berbahagia?



Anda pasti dibuai perasaan romantik dalam cerita nie. Oh yer, memang sangat kelakar bila Putra cuba meluahkan isi hatinya dan Adara yang naif tu sampai pengsan2 terperanjat.

Cuma, kita tak berapa setuju dengan tindakan Adara masa di timpa konflik. Memang dia muda lagi dan tidak berpelajaran tinggi, tapi didikan agama dalam diri dia tak kan mungkin membuatkan dia mengambil 'keputusan itu' hingga menghancurkan hati suaminya. Tak seiring keputusan itu dengan watak Adara.

Itu sajalah satu2nya bahagian yang kita tak berapa bersetuju. Yang lain2...superb!

Tak sabar nak tunggu buku terbaru Acik. Paling kita tunggu Pelangi Cinta Buat Suami dan satu lagi terbitan beliau sendiri iaitu Perempuan Yang Paling Aku Cinta.



.



Rabu, 12 Disember 2012

Movie Review : Tai Chi Zero

Assalamualaikum.....


Subscribe dari Astro First. As usual. Nampak macam best kan..ada lawan2, ada kungfu2.

Bestla juga....

Cerita nie pasal sorang budak kecik yg dilahirkan dengan "Mahkota Tiga Dewa' yang tumbuh kat kepala dia. Ala, macam bintat jer...hehehehehe. Tapi, konon orang kungfu kata sesiapa yg ada tanda nie ialah orang yg gifted dalam kungfu. Which is dari kecikk lagi, dia dgn senangnya absorb langkah2 kungfu dgn sekali pandangg jer.

So, sampai satu masa nie, dia sampai ke sebuah kg yg penduduknya sangat terer berkungfu dengan cara tai chi. So, dia mohonlah nak belajar dari sana sini, tapi semuaaa tak nak ajar dia. In fact asyik kena pukul, kena hentam jer.

Along the story, ada something happenned yang memerlukan penduduk kg tu untuk bangun berjuang. And this pemuda bersungguh2 membantu.

Tapi endingnya... entah. Cerita tu macam tak habis. Giler sakit hatilah tengok cerita nie sebab ending dia sangat2 tergantung. Ending cerita nie, as if cerita baru sampai setengah.

Hubby pun sakit hati tengok. Yer laaa...tengah khusyuk2 tengok and menunggu apa solutionnya, tetiba dah habis. Waahhh...

Tapi maybe ada yg suka mcm nie kot.
 Kami?
Tak suka.




.

Kenapa Stats Dashboard dan Nuffnang Berbeza?

Assalamualaikum.....

Dah lama sebenarnya persoalan nie berlegar2 dalam otak kita. Kita cubalah cari jawapannya, tapi x tau nak cari kat mana. So, x jumpa jawapan (dalam bahasa mudah, tunggu di 'sudu'kan jawapan).

Contohnya : Statistik dalam blogger dashboard, katalah ada 10 orang views semalam, tapi kenapa dalam Nuffnang pula, baru ada 3 orang views? Bukan unik view tau, views jer.

So, macam pelik. Yg mana satu betul nie ekk?


Selasa, 11 Disember 2012

Bermalam di Rantau Abang, Terengganu

Assalamualaikum.....

Semasa bawa Adam jalan2 beberapa minggu yang lepas, kita ada mention yang kami singgah bermalam di Rantau Abang. Kalau ikutkan hati dan daya body kita sendiri, Rantau Abang bukanlah tempat persinggahan, tapi tempat untuk u-turn dan balik semula ke Kuantan. Maklumlah, amsa tu memang x sihat sangat.  Tapi hubby kesiankan anak bujang kami tu.

Before this dah pernah try chalet nie. First time masuk, of course tidak seindah hotel yang ada bintang2 tu. Tapi untuk lepaskan lelah, luruskan pinggang, memang lebih dari boleh.

Kami tinggal di Awang's Beach Resort. Nama jer resort, tapi actually chalet. Family room berharga RM120.00 satu malam. Ada 2 katil queen size. Ok lah. Very cheap. Tapi, bilik nya memang sangat ala kadar.

 Ada beberapa blok chalet. Yang di atas nie, blok chalet yang ada air cond. Rasanya lah. Sebab ada chalet yang tak ada air cond, pakai kipas jer. So memang murah. Rasanya dalam RM60.00 jer kot. Tapi, walaupun ada air cond, jenis air cond yang lama tu la yer. Jenis yang kalau switch on jer, dengar bunyi macam enjin motorbot tu. Walaupun macam tu, kawasannya bersih. Tak ada sampah merata2 pun.

Ada dewan makan. Tapi bukanlah kafe atau restoran. Sekadar dewan untuk makan, makanan sendiri bawa. Heheehhee. Sometimes ada rombongan sekolah. So, mudah untuk beri makan anak2 murid kat sini. Boleh juga buat aktiviti untuk kem motivasi kat sini kan.


Inilah biliknya. Nampak tak betapa simplenya bilik nie. TV pun, kalau nak tengok memang kena fokus betul2. Oh yer, kita tengok cerita Mariam Kampung Putat lakonan Hanis  Zalikha kat sini lah. Tapi kan, dalam pada simplenya bilik nie, ianya sangat bersih. Toilet pun bersihh sangat. Sangat jauh berbeza dengan hotel 3 bintang di bandar Kuala Terengganu yang pernah kita ceritakan kat SINI dulu. And, bila tidur atas katil tu, walaupun tak ada bantal harga ratusan dollar dan katil tak tenggelam bontot, tapi sangat lena. Kita rasa, sebab selesanya kain cadar cotton bercorak batik tu. Sarung bantal pun kain batik tau. Memang selesalah.

Selain daripada tu, janganlah harap ada kettle, welcome drinks, peti ais segala bagai tu. Memang tak ada. In fact, ada signage tak dibenarkan makan dalam bilik. That's why ada banyak meja kerusi merata2 di sekitar resort nie. Menjaga kebersihan. So, tak adalah semut bersarang kot kan. Kami pun x makan dalam bilik sebab dah kenyang makan kat Hentian Penyu tu kan.

Walaubagaimanapun, the most valueable element di chalet ni ialah scenery. Betul2 di tepi pantai Rantau Abang. Beberapa langkah dari bilik, anda dah dibentangkan dengan samudera Laut China Selatan.

Kita kongsikan sikit scenery yang sempat di capture dengan camera cabuk tapi banyak berjasa.



Adam happy walaupun belum mandi lagi. 

Pantai memang sangat bersih. Cuma, nak mandi manda tu, kita tak galakkan. Ombak besar dan pantainya sangat curam. Melainkan anda memang betul2 perenang yang handal, bolehlah menikmati air laut nie. 

Owh, salah seorang swimming trainer kita pernah join pasukannya berenang dari Pulau Kapas ke Marang. Kita sangat kagum. Tapi, tak habis belajar dengan dia. Dapat teknik asas jer. Alahai, janji boleh bergerak ke depan dalam air, jadilah kan. Heehhehe. Adam pun dah boleh berenang sikit. Lebih jauh pergi dari kita walaupun tak pernah ada formal training. Tapi untuk dia berenang di sini, memang tak kan dibenarkanlah yer. Kalau nak, mama terpaksa cari masa untuk spent 3H2M di Pulau Perhentian. Entah bilalah agaknya. 

Anyway, untuk persinggahan, kita recommend tempat nie dengan syarat anda tidak meletakkan high expectation yang ianya sama macam di hotel2. Maaflah, kami sekali lagi terlupa savekan nombor chalet nie. Kalau jumpa, kita akan update kemudian, ok. 




.

Life Is About .....?

Assalamualaikum.....


Life is about....? There are so much interpretations about life. But, all in all :

Life is an opportunity, benefit from it
Life is beauty, admire it
Life is a dream, realize it
Life is a challenge, meet it
Life is a duty, complete it
Life is a game, play it
Life is a promise, fulfill it
Life is a sorrow, overcome it
Life is a song, sing it
Life is as struggle, accept it
Life is a tragedy, confront it
Life is an adventure, dare it
Life is luck, make it
Life is life, fight for it


Isnin, 10 Disember 2012

Makan di Rantau Panjang, Kelantan : Cafe Maraschino

Assalamualaikum.....

Cafe nie kepunyaan ibu mertua officemate kita. Baru di buka beberapa bulan yang lalu. Kebetulan, lepas tidur di Rantau Abang, hubby ajak juga ke sini. Hubby kan suka explore. Walaupun baru pergi, tapi Adam tak pernah merasa ke Mundok lagi. Itulah hubby nak bawa dia juga ke sana. At least once in his lifetime.

Dah bajet nak makan di sini sebab officemate kita, Shazna dah pernah beritahu. Lagipun, tak tahu nak makan kat mana yang selesa dan sedap waktu lunch kat sana.

Kafenya betul2 bersebelahan dengan bank BSN di pekan Rantau Panjang tu.


Ada cupcakes

The menu

Green Tea Latte and Ice Chocolate Drinks

Phad Ka Pao (Rice with minced beef)

Chicken Parmesan - Signature Dish

Cold water


Dalam cuaca panas terik dan keadaan yang sesak di Rantau Panjang tu, melangkah jer masuk dalam cafe nie terus rasa sangat2 lega. Relief sangat sebab cafenya dalam aircond condition. Badan yang panas terus rasa nyaman sangat. Susun atur kedainya pun sangat mendamaikan. 

Ok, kita jujur dalam review, remember? But of course, mengikut standard citarasa kita sendiri. So, jangan kata review ini adalah sebab kita bantu kawan kita bodek mak mertua dia. Nope..never..never. Kalau tak sedap, kita bentangkan sebab tak nak tipu pembaca blog nie.

Anyway, kita order air green tea latte. Adam order choc. Hubby belum masuk sebab susah sangat cari parking. Tapi hubby suruh kami masuk dulu. Air kita sangat sedap. First time minum green tea yang tak didominasikan oleh rasa daun dan rumpai. Balance rasa green tea dan lemaknya dan manisnya. Bear in mind,  air nie tak manis. Just nice. Manisnya sangat mild. So, a very good choice as the thirst quench. Ice Chocolate drink Adam pula sangat sedap. Same, manisnya mild, tapi rasa chocolatenya sangat outstanding. Padahal nampak macam tak pekat sangat. 

Tekak Melayu kita mesti nak cari nasi untuk lunch. So try Phad Ka Pao. Something new for me. Nasi putih dengan daging cincang yang dimasak dengan daun selasih and other condiments. Alamak ai...sedapnyaaa. Kalau nak pedas, gigitlah cili padi tu. Tapi memang sangat sedap. Nasinya lembut dan wangi. Guna beras wangi siam rasanya. Hubby masuk, sementara tunggu order dia sampai, dia jamah kita punya. After one bite, dia terus suap dan suap dan suap. Meaning? Ha, of course sedap (ke lapar?).

Adam pula order dia punya signature dish, Chicken Parmesan. Hubby ordered the same dish and drinks dengan Adam. Surprisingly, accompanied with Spaghetti. Rasanya olio, but with personal touch. Ada a lot of mushrooms. Yummy sangat. Chicken parmesan tu ialah kepingan fillet ayam yang dimandikan dengan sos bolognese yang sedap dan tak extreme masam macam selalu tu. On top, the dish is fully covered dengan cheese secara extravaganza. Takder kedekut2 punya cheese tu. Aish, children kalau dapat food macam nie, tak payah nak paksa2 makan. Pelawa mamanya pun tak, dia terus tundukk jer enjoy the dish sampai ke sudah. 

Cafe nie ada western food and Thai food. Dengar khabar, cooknya pun memang orang sana sebab mak mertua Shazna nie, familynya ramai di sana. So, boleh rasa original taste of Thai food kat sini. 

Sesiapa yang ke sana, jangan bimbang, Harga foodnya taklah mahal sangat. Compatible. Nasi lemak ayam dalam RM5.00 sepinggan. Sama macam harga di warung kan? And nasi kita tu, harganya RM7.00 in which kita rasa sangat berbaloi. Chicken Parmesan tu mahal sikit, tapi still berbaloi2. Dalam belas2 ringgit rasanya. Tak ingat dah. 

So, anyone heading to Kelantan?




Jumaat, 7 Disember 2012

Makan di Terengganu : Hentian Penyu Rantau Abang

Assalamualaikum.....




Sebelum kereta hubby breakdown, that weekend kami bawa Adam jalan2 ke Pantai Timur. After lunch di Kuantan on Saturday, kami terus gerak ke Terengganu. Sangat banyak pit stop sebab kita tak sihat masa tu. Batuk teruk and tonsilitis. So, kejap2 nak pergi toilet, nak cari plain water, nak makan ubat, etc..etc.

So bila hubby bercadang nak terus ke KT, kita tak berapa agree. Ajak hubby stay overnite di Rantau Abang like last time. Adam tak pernah stay di Rantau Abang lagi. So, kasi experience pada dia. Stay at Awangs Chalet. Nanti cerita dalam entry lain. For now cerita apsal dinner.

Rantau Abang is a stop by place on the way to Kuala Terengganu. Famous di sini ialah kawasan penyu bertelur. So, nak makan pun so and so. Nak banyak choice sikit, bolehlah ke Dungun about 30 minutes drive from there. Tapi sebab dah penat dan tak sihat, kami just makan dekat2 situ jer.

Selepas Petronas Rantau Abang, ada satu hentian yang ada a few shops. Ada 2 kedai makan and kami chose yang sebelah kanan kalau berdiri menghadap food court tu.

Those were the foods. Tak taulah sebab lapar ke, atau memang dia masak sedap, kami rasa sedap sangat food dia. Telur dadar, tom yam seafood, siakap 3 rasa, sotong dan udang celup tepung and kerang bakar. End up at about RM90.00. Pada kita agak pricey. Kami makan 3 orang. Tapi of course la, udang dan sotong tapau sebab tak habis. So, basically kamilah yang tamak yer...

Tapi, environment agak selesa, food pun sampai cepat, servis bagus sebab bila kita panggil, cepat jer diorang datang and attend. Drinks pun according to the order. Takderlah order teh o ais laici no sugar dapat air limau nipis.

So, untuk isi perut, recommended sangat so far.


Movie Review : PE3

Assalamualaikum.....

Ada banyak kontroversi cerita nie kan.... Cerita pasal samseng, tapi as usual tentang kehebatan polis.

Filem arahan Farid Kamil dan diterajui oleh Farid Kamil juga di samping Kamal Adli.

Tengok di Astro First jer. Basically genre aksi komedi. Bab aksi, bab komedi, not bad. Bab jiwa2, macam biasa sampai di hati. Kamal Adli memang ada kualitinya yang tersendiri. Farid Kamil macam biasa, bab aksi memang best dan bab lawak dia pun memang boleh pecahkan ketawa. Pelakon2 yang lain pun semuanya ok2 belaka. Even David Teo pun sangat best dalam cerita nie.

Yang tak bestnya.....


Segala2 yang berkaitan dengan polis!

Sangat sakit hati tengok operasi polis dalam cerita nie. Nak serbu rumah penyangak, polis pun jadi penyangak. Main redahh jer.  Bab2 prosedur polis ni, Yusof Haslam lah yang expertnya. Maybe Farid Kamil kena fokus lebih dalam bab prosedur nie. Bukti ketidakpedulian Farid dalam prosedur nie pun kecoh baru2 nie yang dia memakai pakaian seragam tentera masa majlis resepsi perkahwinannya. Dahlah tu, ikut suka hati topi pakai unit lain punya, baju dan badge bahu indicator lain, badge di dada unit lain. Campur aduk. Pakaian tentera dan pakaian polis ada undang2nya sendiri. Nak detail, sila baca di blog wartawan profesional yang menulis dengan hati dan berlandaskan etika kewartawanan iaitu Hazrey. Etika wartawan dan cara jadi wartawan di Malaysia adalah lain, ok...



Hah, lagi satu. Simple things. Sangat2 simple. Kamal Adli adalah 'tuan besar' dalam pasukan polis kat sini, tapi sangatlahhh selekeh! Siapa make-up artis, siapa jaga wardrobe? Fine, buat kerja undercover, tapi tak yahlah selekeh macam tu sekali. Rambut panjang. Sangat tak menggambarkan watak komando polis ok.

Maaflah. Kita review jujur dari hati. Moral of the story? Nothing much. Biasa2 jer. Tapi kita value message Farid Kamil dalam menentang dadah. Dia punya gengster besar tu pun, dia tak mau bisnes dadah. Dapat rompak dadah pun dia buang dalam laut. Ok, fine, cerita saja. Kalau gengster betul, rasa2nya dia nak buat ke macam tu?


Khamis, 6 Disember 2012

Movie Review : Ponti vs Omi

Assalamualaikum.....

Back to back. Lepas tengok Breaking Dawn itu hari, terus sambung tengok Ponti vs Omi pulak. Disamping menonton filem Hollywood, filem tempatan pun kita mesti sokong juga kan.

Kita pilih cerita nie sebab Afdlin Shauki. Afdlin selalu beri satu kelainan dalam filem2nya. Kita suka. Selain daripada tu, sebab Adam pun request nak tengok.

Sinopsis ialah pasal Nabil yg transform jadi Pontianak dan Johan yang transform jadi orang minyak. Bezanya, Johan memilih secara sukarela sebab hasutan syaitan iaitu boss besar org minyak (Harun Salim Bachik).
Nabil pula, terrbunuh diri sendiri sebab nak berkaraoke di warung kopi Farah Fauzana yang sedang sarat mengandung sulung. Patutnya Farah yang mati dan jadi Pontianak, tapi dah Nabil pulak ter mati. Salah sasaran. Jadilah Nabil pontianak kerana terpaksa.

So, mereka berdua sama2 belajar menjadi hantu dalam bidang masing2. Of course dalam belajar, ada test. Sebabkan dengki ngan diorang oleh rakan2 sepengajian, mereka ditest melaksanakan misi dan skill hantu mereka di Kg. Puaka.

Kg Puaka nie ketuanya ialah Afdlin, jadi Pak Rejab. Penuh dengan pawang2 dan bomoh2 handal. Semua hantu takut nak masuk kampung nie sebab 'dipagar' dengan jampi berkuasa. Heheehehhe. Pak Rejab nie pun sikit punya power. Bini dia ada 3. Nama bini2 dia, Satu, Dua dan Tiga sebab mereka ialah wanita cantik yang berasal dari pontianak. Pak Rejab dah paku tengkuk diorang. Heheheehe.

Disebabkan kaya rayanya Pak Rejab nie, adik iparnya iaitu bomoh handal sudah cemburu dan dengki. Nak take over. So, dia dan bininya iaitu adik Pak Rejab menjalankan misi take over. Mcm mana? Kena tengoklah endingnya kan.



Pak Rejab dan Assistant

Farah Fauzana yang sedang mengamuk di warungnya.

Ponti dan personal tutor, Senior Ponti. 

Adik ipar Pak Rejab dan adik Pak Rejab. 

Cerita nie memang cerita tahyul. Nama pun komedi. Seram pun memang tidak lah. Sangat2 bahan hiburan ringan berserta moral story yang biasa2. Tapi, berani lah Afdlin buat filem nie. Confirm bnyk yg kritik. Pada kita, nak kritik buat apa lagi. Dah nama pun hiburan ringan. Mmg dari awal cerita nie cerita tahyul. Bukan macam certain filem yang konon berkualiti dan bagus, tapi di bawah sedar sebenarnya membodohkan penonton. At least cerita nie jujur.

Afdlin, sama macam Mamat Khalid. Filem2nya jujur.

Yang menarik ialah semua pelakonnya hebat2 belaka. Tengok Farah Fauzana jer dah rasa teruja sangat2. Walaupun sedikit, tapi kualiti lakonannya much..much..much more better dari filemnya Jin Notti. Itu belum tengok lagi Adibah Noor dan anak2 daranya. Belum tengok lagi Sharifah Shaheira dan Sharifah Amani. Tapi kesian Nabil. Dahlah muka pontianak dia yang paling buruk antara pontianak lain, dia nak bercakap pun susah sangat sebab pakai gigi double dengan taring. Itu belum terperanjat lagi tengok wanita jelita Vanida Imran baca jampi tu.

Tapi kan, pelakon perempuan semuaaa gorgeous. Pelakon lelaki, tak ada yang boleh buat desert. Erkk..!!

Sesiapa yang nak tengok cerita nie, harus buka minda anda. Buang sifat pesimis. Maintain optimis. Kalau tak boleh, tak perlu tengoklah. Tunggulah lagi 2 tahun nanti keluarlah kat tv masa raya. Tengok pun, tak ada hasil, melainkan anda rasa nak berhibur dengan aspek baru industri filem Malaysia.