Selasa, 3 Julai 2012

Susahnya Nak Cari Urat....

Assalamualaikum.....

Gambar tiang botol drip jer..


Memang susah nurse, doktor and even orang lab nak cari urat darah kita.
Siap berkumpul 3-4 orang mencari urat yang sesuai untuk ditusukkan jarum. Tepuk sana tepuk sini nak kasi urat timbul. Last-last, dapatlah juga di tangan kanan. Lupa pulak nak snap gambarnya. Halus sangat urat kita sampaikan bila dimasukkan antibiotik terasa sakit sangat sebab kepadatan cecair antibiotik tu lebih pekat dari air.

Tapi tu lah, nama pun orang x sihat... Dari pagi sampai ke petang, kita jaga diri sorang2 jer. Adik kita datanglah pagi sebelum dia masuk kerja about half an hour. Lunch hour dia lepak bilik kita lagi. Petang lepas asar, baru mak and ayah datang bawa Adam sampai malam. Disebabkan itu, adalah sekali kita nak ambil sesuatu dari side table, wayar drip tersangkut pada remote katil. Terus tercabut jarum drip dari tangan kita dan darah pun memancut.


Ini yang tumpah atas lantai dan masa nie, nurses dah taburkan serbuk chemical kat darah2 tu semua. Kat baju..? Habisss basah baju dengan darah. Masa picit button panggil nurse, sorang nurse datang lenggang2 kangkung. Bila dia nampak darah dah menyimbah, kelam kabut dia berlari keluar, panggil nurses lain sekali. Kelam kabutlah diorang betulkan balik semua...

Ishh..macam budak2 kita nie kan...

Second last day, urat dah bengkak sebab dah tak boleh tahan dimasukkan antibiotik dan ubat-ubatan non stop. Last2 terpaksa cari urat di tangan lain.

Nurses semua x berani nak buat sebab x jumpa. Terpaksa panggil Sister tolong cucuk. Sister sendiri pun, puaslah Bismillah, tiup, tepuk, putar, cucuk sampai 3 times, baru jumpa. Itu pun bila jarum dah masuk kulit, dia sungkit juga ke merata2 arah untuk cara urat darah. Punyalah sakit. Tapi tahan jer. Cucuk kat mana tau...? Jari kelingking sebelah kiri. Sister kata kalau x jumpa juga, sebab dah 3 kali, mereka terpaksa panggil pakar bius untuk carikan urat pula...


Balut, siap letak kayu lagi bawah jari tu sebab urat tu sangat halus dan pendek sebelum ianya pecah dua. Yang nie...? Lagiiiii sakit bila masuk antibiotik sebab uratnya lebih halus lagi.

Tapi, nak sihat kan..? Tahann jer lah.

6 thoughts..:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

OMG nak pitam tgk darah
ai mmg fobia ngan darah n jaraum ni kaka....seriau nyer bc n3 ni TC

:: Mrs.Eady :: berkata...

Allah...sure sakit nih!

kamu tak sihat ye?semoga kamu cepat sembuh,amin ~

Rai berkata...

sakit apa kak? semoga cepat sembuh ya..ada orang uratnya memang halus.. tapi kalau dah hari2 nak kena cucuk urat besar pun merajuk kak..

dyabunga berkata...

sakitnya.. macam dya dulu..tak jumpa urat

Azham Vosovic berkata...

alamak sakitnya....

kenapa tak boleh telan ubat antibiotik? Mungkin sbb sakit kali ni serious kot...sebab tu la kena cucuk....

Oh, sy sendiri penah kena cucuk lengan sbb nak cari urat...waktu tu sy anemia tahun lepas....urat darah tak timbul....sakitnya masa nurse tu cucuk kt urat yg halus.....

Aziela berkata...

Lady Ayu : Dah ok dah sekarang dearie.... TQ yer...

Mrs. Eady : Alhamdulillah, dah ok. TQ

Rai : Urat halus nie, memang nurses pun takut nak cucuk.

dyabunga : Ha, sakit kannn...?

Azham : Antibiotik makan x cukup strong... Aduhh, memang sakit kan...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink