Wednesday, July 25, 2012

Nak Berbuka Puasa Masakan Kampung?

Assalamualaikum.....

Bila tiba bulan puasa nie, tak banyak sikit, selera kita pasti terarah kepada lauk pauk tradisional. Sebab tu lah juadah2 di pasar ramadhan kebanyakannya menu tradisi. Bukan itu saja, restoran2, hotel2, dan kedai yang menawarkan juadah berbuka puasa biasanya menyajikan menu tradisional.

Antara restoran yang tekak kita confirmkan sedapnya ialah Restoran Rebung di Bangsar. Anda boleh ke website restoran itu di http://www.rebung.com.my/ untuk mengintai tentang restoran itu.

Secara peribadi, memang dah lama betul kita dengar tentang restoran nie dan memang teringin sangat nak pergi dan mencuba makanan di situ. Syukur ada rezeki bila menghadiri majlis penyampaian GA 1001resipi Woww yang dah banyak kali kita ceritakan. Mesti ada yang dah naik jelak. Maaflah, tak berdaya nak tulis semuanya dalam satu entry sebab confirm akan jadi panjang berjela. Kita nie kan suka tulis entry panjang2...

So, kesempatan mencuba makanan di situ memang peluang yang di tunggu. Secara keseluruhan, tiada langsung kualiti makanan yang mengecewakan. Daripada kerabu, kuih muih hinggalah ke bahagian bakar dan panggang, semuanya melampaui kualiti yang kadang2 restoran di hotel pun tak mencapainya.

Paling perfect ialah semua lauk pauk tradisionalnya. Masak lemak daging salai, rendang daging, asam pedas, semuanya mempunyai kombinasi rasa yang tepat.









Ok, kita bukan nak bodek, tapi ini realiti. Kalau tak sedap, memang kita akan mention. Owh, anda akan jumpa entry makan x sedap dalam blog nie. In fact ada a few dah. So, mengikut aras kualiti rasa diri kita sendiri, pure lauk kampung kat sini. Original macam mana di masak oleh nenek2 dan opah2 di kampung. Nak cakap mak, sekarang nie mak2 kita semua dah moden2 sikit kan. Lauk pun dah banyak fusion. Tapi kalau pangkat nenek2 tu, dia akan strictly follow cara tradisi.


Sempena Ramadhan nie, Rebung buat special buffet promosi. Harganya ialah RM65.00 nett untuk dewasa dan RM43.00 nett untuk kanak2 (5-11 tahun). Nampak macam mahal? Nett tau, bukan ++. Percayalah, kalau ada ++ dibelakang harganya, expect extra berpuluh ringgit dari harga yang dipaparkan. Ataupun cubalah comparekan variasi dan kualiti makanan di Rebung dengan pilihan lain yang sama harganya. Atau, boleh cuba bandingkan kualiti dan variasi yang sama di tempat lain, harganya berbezakah?


Details :
Buffet Ramadhan
Terkenang masakan nenda dan juadah kampung ketika berbuka puasa?
Kembalikan nostalgia anda dengan menikmati berbagai juadah berbuka puasa di Restoran Rebung, Rembau House atau Rebung Villa bersama rakan dan keluarga.

Dewasa : RM65.00 nett
Kanak-kanak : RM43.00 nett (5-11tahun)

Telefon : 03-2283 2119    /   03-2282 4776


Kita dah cuba beberapa tempat dan ini antara yang terbaik. Kita dan hubby agak cerewet, so kami selalu jujur dengan selera kami.

Untuk keselesaan, surau memang disediakan.

Jangan lupa cuba pulut duriannya, atau kuih buah melaka yang di uli langsung di depan anda, atau roti jala bersama kuah kari.

7 thoughts..:

Zurina said...

btul tu aziela...sedap dan berbaloi2..;)

Rahmah Ram Ram said...

tengok gambar je dah sedap...HARUS saya cuba untuk berbuka di sana ni...TQ awak for the info :-)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ya ampun sedapnyer tgk menu
ai pun suka menu kg ni...sedap mmg teringat ayaq tangan umi d desa uwaaaaa....buffet ni byr mahai2 tapi mkn x byk mana pun...minum air segelas perut dah full...

Rai said...

adeh..memang best kan masakan kampung.. bagi la moden macam mana pun..saya tetap suka masakan kampung..

err..tapi rm65 utk berbuka puasa tu macam rasa membazir pulak..sbb bukan boleh makan banyak mana pun..nak makan banyak pun tak elok..pendapat peribadi saya je..sbb saya mmg tak pernah pegi buffet ramadhan..

Aziela said...

Zurina : sedapp kan. Terbayang2 lagi sampai sekarang

Rahmah : Cuba lah wak. Taste kita tu wak...

Lady Ayu : Ha...tu lah yg kurengg sikit kan.

Rai : Betul Rai. Tetap pilihan kita kan. Kalau once in a while, it's a good choice sebenarnya kalau compare dengan tempat lain. Though, agree, masak sendiri di rumah is much more practical.

Azham Vsvc said...

Dua tahun lepas hampir-hampir berbuka kat sini...tapi kami tak buat tempahan so tak ada tempat...kempunan nak merasa masakan Nogori dgn jumpa Chef Ismail hehehehe

Nur-nba said...

Kalau ada kesempatan memang nak datang lagi ke Restoren Rebung.. Juadah enak dan lazat.. itu sememangnya pasti.. Terbayang kesedapatan serawa durian air tangan Dato' Chef Ismail.. yummy.. :)

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink