Susahnya Nak Ucap : I Love You

5 comments
Assalamualaikum.....



Sebagai seorang manusia normal, khususnya seorang wanita, pasti kita semua akan rasa gembira bila mendapat ucapan I love You. Tak kiralah dari siapa pun. Ibu bapa, suami, anak, boyfriend, mahupun rakan-rakan.

Semestinya ucapan ini amat berharga. Tak mudah untuk di ucapkan.

Namun, ada individu yang lancar mengalunkan I Love You kerana baginya penting untuk mengekspresskan perasaan itu. Ada juga yang amat payah melontarkannya. Entah kerana apa. Mungkin kerana ianya terlalu istimewa, hanya untuk momen-momen tertentu saja, atau secara mudah dia sendiri tidak biasa dengan 'pakej' yang datang dengan ucapan itu.

Personally, kita sering bertukar-tukar ucapan I Love You dengan rakan-rakan. Namun, dari lelaki-lelaki tersayang dalam hidup kita, belum ada sekalipun kita terima.

Yer, tak perlu di ucap. Dari body language, dari attachment dan dari kerinduan (itupun kena paksa mengaku rindu kat kita..), memang jelas kita layak dapat ucapan itu. Namun, tak pernah kunjung tiba, walaupun di momen-momen penting dalam kehidupan kita.

Secara zahir kata tak mengapa, cuba memujuk hati untuk pasrah. Namun dalam hati meronta alangkah indahnya kalau dapat menerimanya, sekurang-kurangnya sekali sebelum kita menutup mata selama-lamanya.


P.S : Mengada-ngada sangatkah kita nie...?
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

5 thoughts..

Unknown berkata...

Hehe....para lelaki yg tersayang dlm hidup akak tu masih segan la tu hehehe....biasalah....kita orang timur...ramai yang malu nak buat benda baik...tapi tak segan buat benda yang tak disuruh hehehhee

Unknown berkata...

mmg cnta dr hati & melalui perlakuan lg pnting drp tutur kata.....tp, kdg2 ati kte tsentuh klu kluarnye 3 pkataan tu..sbb kdg2 org yg kte syg tak tau yg kte sygkn dier klu kte sndri xluahkan

RamRamCute berkata...

bukan mengada-ngada cuma adakalanya kita juga perlu dibelai dan dimanja...saya suka di manjakan sebegitu :)

Aziela berkata...

Azham : Mayyybeeee....

Mira : Words tu memang memberi kesan kan..

Rahmah : Kan...kita suka kan...

Tanpa Nama berkata...

I love U all...