Rabu, 11 Julai 2012

Hari Sukan 2012 Sek Keb SiRusa Port Dickson

Assalamualaikum.....

Tajuk bukan main formal lagi kan... Tak perlah, sekadar rujukan sesiapa saja...

Actually event nie adalah pada hari Ahad, minggu pertama bulan Julai yang lepas. Baru sekarang nak update kan...

Adam join sukan kali nie. Biasalah, setiap murid kan mesti ada satu sukan kan. Tapi acara Adam tu, lontar peluru. Maklumlah, kalau nak lari memang payahlah nak menang nampak gayanya. (Sama macam maknya dolu2) Selain daripada tu, dia masuk sukaneka juga dalam acara bawa bola hoki.

Disebabkan hari Sabtu tu rumah kita dikunjungi oleh adik2 dan parents kita, maka Ahad pagi tu, nenek dan atuknyalah yang bawa Adam ke sekolah dulu. Lepas subuh terus mereka bertolak ke PD daripada Alor Gajah. Kesian Adam. Terpisat2 bangun. Dahlah malam sebelum tu, kami seluruh sekeluarga pergi berurut di Topic Massage Center di Melaka tu. Habis satu kedai kami booking untuk family jer...hehehehhe. Selesai berurut, dah almost pukul 2 pagi. Tak apalah, janji semuanya happy. Memang adik2 dengan parents kita datang Melaka untuk berurut pun sebenarnya. Aduhh..dah drift keluar dari laluan pula...

So, kita dengan hubby tiba di sekolah Adam dalam pukul 10 pagi. Kami berharap sangat sempat tengok Adam beraksi. Adik2 di rumah tu, kita main tinggal jer mereka selepas siapkan sarapan.

Bila sampai, tengok Adam dah standby duduk dalam barisan.


Adam rumah hijau. Sebelah dia, rumah biru, merah dan kuning.


Behave. Mama dah sampai!


Alahai...apa ada hal? Meh posing ramai2. Sporting betul kawan2 dia.




Suasananya...


Pihak sekolah dapatkan khidmat sukarelawan dari adik2 PLKN.


Ok, standby..standby...


Yes...Go Adam Go!


Alahai...bola dah nak melencong dah tu Adam...


Kawan sepasukan menyambung perjuangan


Yess.... pusingan terakhir!

Horeyy...Mama overacting! Mama seronok sebab team Adam dapat tempat pertama.

Kita tak kira malu dan segan masa tu. Nak support anak punya pasal, kita seorang jer ibu yang bersorak2 kat tepi padang tu. Yang lain semua kaum bapa. Puas kena pandang dek semua. Aaahh...bukan buat maksiat pun nak malu2. Bagi moral support jer pun kan..

Sukan nie di adakan di padang ragbi tentera. Maklumlah, sekolah luar bandar, padang sekolah tak ada. Tumpanglah padang tentera. Lagipun, ramai pelajar sekolah tu adalah anak tentera. Paling best, pihak tentera bermurah hati buatkan show pancaragam sebagai perasmian sukan tu. Siap ada lagu Anak Kampung oleh Jimmy Palikat tu lagi tau. Bergema2 padang sebab murid2 seronok nyanyi lagu tu.

Keseluruhannya, rumah Adam iaitu rumah Hijau membolot semua markah2 tinggi sekaligus melayakkan mereka mendapat tempat pertama. Syabas..!

Owh...tak ada pun acara melontar peluru. Ker...dah dinilai..?


4 thoughts..:

Mira Adzlia berkata...

hihi...tahniah la kpd adam & grupnye..sume nih ats skongan ibunye..hihi :)

NASZ berkata...

tak sempat tengok acara lontar peluru la tu. hehe. anyway, tahniah rumah hijau. dulu saya rumah merah. hehehe,.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

Rahmah Ram Ram berkata...

hihihi...kalau saya pun mesti bersorak tepi padang ..rasanya parents paling over boleh kasi kat kitaorg kot laki bini...hihihi..GAMAT!!

Tahniah pada Adam dan kawan-kawan.

Azham Vsvc berkata...

fuhyooo!!! congrats kt Adam and Akak di atas sokongan yg tlh diberikan hehehee......sy dulu sgt malas nak join sukan sekolah...tp tgk skrg, dah nak jadi cikgu so kompom2 kena turun padang nanti...hahaha #KARMA

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink