Monday, July 30, 2012

Buffet Ramadhan di Kuantan : Rocana

Assalamualaikum.....

Actually ini adalah masa puasa ke-3. Kita dengan hubby jer. Kami tiba di Kuantan dari Melaka dah petang. So, nak pergi mall, atau kedai2 yang sedap, dah tentulah dah penuh kan. Ternampaklah signage buffet nie kat hotel yang baru sebulan di buka di seberang jalan Berjaya Mega Mall. Hotel Rocana. Harganya RM40 nett seorang.

Hubby suruh call, tanya ada apa yg special dalam menu. Bila di tanya, katanya siap ada kambing panggang di samping lauk pauk kampung yg lain. Malas nak merayau Kuantan lagi, kami pun decided untuk cuba jer di situ. Badan pun dah penat memandu jauh.

Hotel baru, ok lah. Tapi buffet tu, kami 2 orang jer masa tu. Rupa2nya orang semua x tahu lagi sebab hari tu baru start. Kita tengok food dulu yer...

Desert yang ada termasuklah buah-buahan, puding roti, kuih muih tradisional, berbagai jenis agar-agar dan bubur. Ada coctail buah yang sedap juga.


Berbagai jenis kerabu yang dibuat fresh. Entah macam mana kita suka betul dengan kerabu telur dadarnya. Hampir separuh portion tu kita ratah...hehehehhehe


 Yeap, ada tahu sumbat juga. Malangnya tak sempat nak rasa sebab dah rasa full sangat.


Kari Kambing. Kita tak makan. Hubby jer makan.












Ok...lauk pauk utama nyer hanya itu. Lupa, ada lauk labu masak lemak juga.

Frust juga rasanya sebab kami di tipu. Dalam phone tadi katanya siap ada kambing. Kami complaint pada Food & Beverage Manager hotel yang berbual dengan kami kemudiannya. Mungkin staff baru, maka informasi yang diberi salah. Katanya grilled lamb adaah menu untuk hari lain.

Overall, food quality is good. Lauknya semua sedap. Cuma bergedilnya hanyalah kentang semata and so dry. Sorry, but my bergedil is 10 times better than that.

For us, kami x akan repeat lagi kat sini kot sebab frust kena tipu. Furthermore, kalau nak bawa Adam pun mesti dia tak enjoy sebab food choices yang attractive untuk youngsters tak berapa banyak.


1 thoughts..:

Rozita said...

tq for info!

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink