Buffet Ramadhan Chakri Express Alamanda

7 comments
Assalamualaikum.....

Last Monday, hubby kita turun KL from Kuantan. Kebetulan dia on leave. SAja nak buka sama2 katanya (walhal Isnin pagi tu kita baruu jer gerak dari Kuantan ke KL).

So, habis jer kerja, kami bergerak ke Alamanda. Konon dah aim nak makan Kenny Rogers. Di samping tu, kita nak singgah MPH usha novel baru dan nak beli groceries di Carrefour.

Sampai di Alamanda, baru pukul 6 petang. So, jalan2 dulu. Hantar repair jam dan shopping di MPH. Almost 7, baru ke Kenny Rogers. Seronok betul tengok Kenny Rogers kosongg jer. Sekali bila kata nak buka, diorang kata dah full kena reserve. Aiseh...sedihhh sangat.

We then decided makan Nandos pula. Sampai di Nandos, dapat table kecikk jer sebab kitorang 2 orang jer. Sangat tak selesa. Hubby ajak usha outlet lain sebab dia nampak macam ada buffet kat luar tu. Sekali bila tanya, rupanya Chakri Express buat buffet.

 Harga di banner RM58++. Semalam kita cerita dalam entry Rebung kan, kalau ++ nie ada extra charges kan? Ha, resit kat bawah nie buktinya. End up jadi RM67.00. Tapi tak adalah ralat sangat sebab we all dapat harga promosi. Harga RM58++ tu utk 2 orang. Buy 1 free 1. Untuk minggu nie (minggu pertama Ramadhan) jer and mesti masuk before 7pm. So, utk sesiapa yang nak pergi Alamanda, worth try la.




Anyway, antara menunya :

Tom Yam Noodles.

Nasi putih dengan pilihan lauk pauk ala Thai.

Ikan bakar

Sate

Desert air longan

desert coctail buah nangka madu

Selain daripada itu, ada juga otak2. Tapi kami x ambil sebab dah biasa makan. Tom yam dia memang sedap. Almost sama macam yang kami pernah makan di Bangkok. Nasi putih ada dan ada nasi goreng nenas in which kita tak suka. Nasiblah ambil 1 sudu jer sekadar nak rasa. Lauk pauk dia pula, ada 2 jenis udang yang cara masaknya tak sama dengan org kita sama. Ada sotong masak kicap kot, and ada sayur2an. Ada macam gulai sayur Thai. Ok juga lah rasa dia. Tapi nasi dan lauk pauk tu tak berapa menarik selera kita. Atau maybe masa tu dah kenyang dengan tom yam dan sate kot, hahahahhaah.

Ikan bakar tu ada berbagai jenis. Pari pun ada. Tapi kita ambil sepotong ikan keli. Sedap lah pula. Nampak jer hitam, tapi rasa dia sedapnyaaa. Juicy sangat isi dia, and luar ikan tu garing.

Sambil2 menunggu nak masuk waktu berbuka, nampaklah gambar di bawah nie kat wall kedai tu. Kita tunjuk hubby, kita kata itu dish orang Siam makan dengan daun kaduk. Hubby pula pelekeh kita. Dia kata daun kaduk dengan daun sireh pun kita x reti nak bezakan. Lepas bertekak2 kaduk, sireh, kaduk, sireh, kami panggil waiter untuk jadi pengadil. Yess...kita menang! Daun kaduk. Waiter bawa menu tunjuk dish tu nama dia ulam kaduk apa entah. Tapi nama siamnya Mieng Kham kalau x silap. Adalah a few times kita tgk kat tv orang makan dish nie. So, kami orderlah sebab nak try. Satu set nie harganya RM17++ (ada ++ yer).


 Jom kenal komposisi dish nie. Pusing ikut arah putaran jam. Atas sekali, helaian daun kaduk. Next ialah isi kelapa yang di hiris halus dan di sangai sampai brownish. Jadi rangup bila di makan. Bawah ialah limau nipis di hiris halus, hirisan cili padi, halia yang di dadu dan bawang merah di dadu. Kiri pula kacang tanah yang di sangai buang kulit serta udang kering yang disangai. Tengah2 tu sos dia. Ada rasa manis dan lemak.

Cara makan dia.


Sapukan sos atas daun dan isi dengan bahan2 yang disediakan ikut selera sendiri.

Last, dropkan lagi sos atas dia

Bila dah complete, lipatkan untuk bungkus isi tu dan terus masuk mulut.

Surprisingly, memang sedap. Combination semua bahan tu jadikan dish nie sedap sangat. Biasanya kalau daun kaduk tu nak makan sebagai ulam saja, memang kurenggg, tapi bila buat mcm ni, sedap la pula. Next time definitely boleh try lagi.

Walaupun harga buffet nie berbaloi, tapi kalaulah diberi pilihan, kita prefer ke Restoran Rebung walaupun harganya lebih mahal sedikit. Apa-apa pun, terduduk kenyang juga lah kat sini. Cuma kenyang dia tu tak lah sampai padat perut sebab menu dia light jer.
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 thoughts..

Unknown berkata...

wah...atok ponah makan menu ni...memang sodap

NzA berkata...

dish daun kadok tu feveret akak....maklum la akak ni org brketurunan Patani + Pakistan ..so mknan siam mmg jadi pilihan

Unknown berkata...

Haha...akak selalu lepak Alamanda eyh? Entah2 umah akak pun dekat dgn Alamanda ni hehe...nanti bolehlah kita "lepak" kat Alamanda hehehe....wah lepak gittew, ayat orang muda hehehe....

Hurm, RM 57 utk dua orang kira okay la tu, saya pon berminat nak pegi tp tomyam dia pedas x? Sy x leh mkn pedas la akak hehehehe

Nur-nba berkata...

Salam. Kak Aziela, Nur pun terbayang2 makanan dan juadah lazat di Restoren Rebung hari tu.. Nak makan macam2 tak sempat, sebab ralit bersembang.. :)

Zurina berkata...

kaduk, sireh,kaduk sireh...amboi...sempat gaduh2 manjer lg sblm bbuka...eheh...;)

Unknown berkata...

eee uniknye cr makan die

da mcm korea lak

#akak nak? pm iffah. 15 je termasuk postage kak

Cik Bambam berkata...

teringin nk mkn yg daun2 tuh.. heheheh.. pahit x kak daunnya??

pssstt... rindu kita eh..??!! hua hua hua.. mls menaip skang nie..hehehe