No wad..
Pemandangan dari tingkap wad kita
Oklah, daripada gambar WW minggu nie dan entry 2 minggu lepas, tentang blog tergendala, kita ceritalah sikit kisahnya.
Kita di masukkan ke wad pada Isnin, 18 Jun 2012 selepas beberapa hari menahan sakit dan tak sihat. Tak adalah sakit teruk pun, cuma ada infection dalam darah. So, antibiotik dari klinik tak cukup kuat untuk menentang, maka kita diwajibkan mendapatkan antibiotik di hospital melalui IV. IV adalah drips yer, atau injection secara terus ke dalam salur darah. Sekiranya tidak di rawat, ianya akan mebahayakan kesihatan sejagat kita.
So, kita pilih KPJ Hospital di Seremban sebab dekat sikit dengan rumah di PD dan adik kita yang ke-3 bekerja di situ.
Anyway, masa registration, memang nasib kita agak kurang baik sebab di layan oleh seorang kakitangan kaunter yang tak faham bahasa. Dahlah penat drive dari Kuantan selepas 5 jam, sakit pula tu, di susahkan pula dengan soalan2 yang tak masuk akal, mengamuklah kita. Ok, kita memang boleh jadi incredible hulk kalau perlu yer...
Syukurlah ada kakitangan yang bijak sikit menyelesaikan masalah kita. Bila dah jadi mcm tu, terpaksa panggil adik kita minta dia tolong solvekan masalah. Ha, barulah keadaan nak jadi mudah sikit.
So, nak masuk wad, memang dah standby beg isi baju2 dan peralatan lain2. Beratlah juga sebab tak prepare beg tarik. Main ambik jer beg mana ada sbb dah emergency. Siapa nak uruskan kita kan, sendiri jaga dirilah walau sendiri yang sakit.
So, dari tingkat bawah, sampai ke tingkat 3, walaupun guna lif, tapi staff yang tolong hantar ke wad tu langsungg x offer nak tolong angkat beg. Pergh...baikkk punya layanan KPJ pada patient yang sakit kan....
Dah masuk wad, baru nak buat sweet2 tanya, Boleh angkat beg ke Puan? Ceh, dah masuk wad baru nak tanya....?
Hah, dun worry. Kita dah buat laporan komplen bertulis kepada pihak KPJ. Janjinya akan selesaikan masalah tu..Entahlah. tapi next time kita ke follow up check-up, staff yang tak faham bahasa di kaunter tu dah x ada. Maybe dah pindah department lain...
3 thoughts..
sepatutnyer servis kena tiptop la khen sebab semua kiter bayar bukannyer GH...now kaka dah sihat ker blom...TC ekk
Huhu....oh akak sakit rupanya....berapa hari kena tahan tu? skrg mcm na, da lega sikit?
Have a speed recovery ya kak!
Lady Ayu : Ha, tu yang buat hangeenn jer tuh. Even GH pun better lagi servisnya.
Azham L 5 days in hospital. Now dah ok.. Alhamdulillah..
Catat Ulasan