Entry tertunggak.
Alhamdulillah, Adam akhirnya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahunnya yang lepas. Inilah kali pertama dia dapat menjejakkan kaki ke pentas untuk menerima Anugerah Kecemerlangan tu. Syukur Alhamdulillah.
Adam nie sebenarnya ada mood. Walau macam mana sekali pun kami push dia, dia akan tetap mengikut pe'el dia sendiri. Ada kala dia di atas, dan separuh laginya dia selamba bawa balik keputusan yang boleh menyebabkan mama dia jadi Hulk Hijau! Tapi dia tetap dengan sikap tak kisah dan cool dia. Kadang2, dia tanya semula : "Ada masalah besar ke kalau tak dapat keputusan cemerlang?" Erk..!
Tapi, semakin usianya meningkat, Alhamdulillah kesedaran tu dah ada. Dia sendiri yang corakkan jadualnya. Kalau dia penat, dia akan rehat. Kalau dia geram nak 'potong' kawan sekelas yang lebih pandai, dia usaha dengan gigih. Tapi, sejak tahun lepas, masa dia darjah 3, kami tak lagi beri tekanan untuk dia dapat nombor cemerlang dalam kelas. Kami hanya sokong dia untuk fokus pada subjek UPSR sekurang-kurangnya.
And Adam, dia REQUEST untuk tuition beberapa subjek yang dia rasa dia lemah. Semangat dia sendiri.
So, tanpa disangka2, sebelum majlis kenduri kahwin bermula, dia sampaikan berita gembira kepada kami. Katanya dapat no. 1 dalam kelas. Mula2 tak percaya juga sebab keputusan online pun belum keluar. Tapi esoknya dia bawa balik surat jemputan dari sekolah untuk majlis tu. Ngam2 majlis tu masa hari Isnin lepas majlis persandingan. Tentatively kita bekerja hari tu, so atoknya lah yang attend.
Tapi, Isnin lepas majlis tu, kita tak sihat. Pening kepala sangat2. Setakat sakit2 badan tu, biasa jer. Tapi bila pening, nak drive ke KL dari PD tu sangat menakutkanlah. Takut tertidur atau pitam masa drive jer.
Bila ke klinik, doctor kata BP kita low. Sikitlaaa. Owh..x cukup rehat dan tak cukup tidur a few days. That's y pening. Tapi bila dah mak dan ayah tengok kita ada di rumah, di suruhlah pergi ke majlis tu. Iyalah, mak ayah pun penat juga. Demi mak ayah dan anak, kita agree.
Syukurlah mak su pun ikut sekali sebab anaknya, cousin kita pun terima Anugerah Lonjakan Prestasi. Tapi dah memang tak sihat, paksa diri juga, semasa dalam dewan, kita pitam. Tak sempat pengsan, sebab Mak Su cepat2 urut dengan minyak angin, bagi minum air dan sebagainya. Sempatlah telan ubat lagi dalam dewan tu. Syukur dapat bertahan hingga ke akhirnya.
Paksa diri senyum dengan Mak Su. Nampak muda jer lagi Mak Su kita kan..
Anak bongsu Mak Su, Asyrul.
Tarian Inang
Tarian pembukaan ialah Inang. Khabarnya team tarian nie sering mendapat jemputan hotel2 di sekitar PD untuk acara2 rasmi mereka. Yer, Adam bersekolah di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson. Alaa, sekolah dia dekat2 dengan Muzium Tentera tu.
Di saat Adam menerima hadiah. Selekehnya anakku ini...
Gambar blur. Mamanya berdiri tak stabil sebab pening2 lagi.
Kawan baik Adam. Ini stabil sebab ambil sambil duduk
Kawan baik Adam pun terima hadiah. Mereka terima hadiah Lonjakan Prestasi juga.
Yang kami tahu, Adam kata dia dapat hadiah untuk No. 1 dalam kelas, sekaligus No. 1 dalam darjah dan juga untuk markah tertinggi BM Kefahaman. Tapi bila baca buku aturcara majlis, dia juga dapat hadiah untuk markah tertinggi Sains. Alhamdulillah. Cuma sedikit kecewa sebab prestasi Englishnya merosot teruk. Selalunya dia dapat tertinggi juga untuk English, tapi sikap ignorance dalam diri dia on English menyebabkan prestasinya menjunam jatuh. Hope he learned a lesson.
Hadiah2 yang diterima
Secara automatik, Adam di lantik untuk menjadi pengawas sekolah bagi sessi tahun depan. Kita siap terperanjat tepuk bahu cikgu dia. Betul ke cikgu? Adam nie jenis tak berapa ambil berat penampilan diri di sekolah. Tali leher menggelebeh pun dia selamba jer. Cikgu tu gelak2 bila kita tanya sebab anak kita nie selekeh sikit. Puas kami nasihatkan dia. Papanya lagilah naik angin kalau nampak dia selekeh. Tapi itulah Adam. Belum tiba masanya untuk transform lagi kot.
Walaupun gembira dan bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat ini, kami semua tetap bimbangkan prestasinya di masa hadapan. Paling menakutkan ialah UPSRnya nanti. Short term punya ketakutan.
Ya Allah, berilah rahmatMu untuk Adam.
Amiin.
17 thoughts..
Tahniah Adam. :)
TAHNIAH Adam, mama dan papanya...saat yg terindah bila anak2 hadiahkan kejayaan.
InsyaAllah Adam mampu meraih 5A dlm UPSR nnti.Adam anak yg bijak n cemerlang....amin..amin..aminn....
Anak lelaki lain sikit kot...farouk pn mcm tu..amat merisaukan akak sbb prestasi dia xmacam 4Farah..kalau 4Farah mampu hadiahkan kecemerlangan setiap kali exam sejak tadika ttp farouk biasa2 je......menurut cikgunya dia bijak dlm math n sains ttp bila exam dia buat main2 je....huhuhu....
alhamdulillah..tahniah adam.. semoga terus cemerlang..
Tahniah buat Adam di atas kejayaan cemerlang.. Moga Adam dapat mengekalkan prestasi cemerlang pada tahun2 yang akan datang. Insya-Allah Adam boleh memikul tugas sebagai pengawas tu dengan baik.
Kak Aziela pun jaga kesihatan ye..Jangan lupa makan ubat. Take care sis..
tahniah untuk akak dan adam. moga adam akan terus berjaya. amin. salam kenal.
tahniah...mesti ibunya yg byk membantu
Taniah Adam..Jadi pengawas nanti biar smart tau..Tegas sikit n belajar rajin rajin...and, sayangkan ibu selalu...
Kakcik : Terima kasih Kakcik..er, bagi pihak Adam. Hehehehhe
NzA : Amiin..amiin..amiin kak. Samalah Farouk dengan Adam. Ikut dia jer kan...
MV : Terima kasih...
Rai : Amiin Rai.
Nur-nba: Terima kasih Nur. Aminn. InsyaAllah. Dah berbotol ubat dah nie Nur, dok macam nie juga...
Tq yer Nur
Muhd Raziq : Terima kasih. SAlam perkenalan juga. Nanti akak balas kunjungan yer.
Fendy : terima kasih. Ibunya tidak membantu langsung. Kesiankan...
Alhamdulillah syukur!!! You must be a proud mother....sakit-sakit pun masih menggagahkan diri attend majlis Adam hehe...mesti Adam terharu akak datang juga hehe :)
@Azham Vsvc I am. Thank u. Hopefully Adam appreciate that.
@Abil Fikri Ahmad Ha, Adam, dengar tu Pakcik Abil pesan.
Catat Ulasan