Apa khabra semua? Kita doakan semoga semuanya sihat2 belaka walaupun kita dan orang2 di sekeliling semuanya agak kurang sihat. Ujian kesihatan kan..
So, InshaAllah majlis perkahwinan terakhir dalam keluarga kita. Akhirnya, adik kita yang bongsu bertemu dengan jodoh pilihan hatinya yang ditemukan oleh rakan sejawat beliau.
Setelah setahun bertunang dan membuat persiapan, maka berlangsunglah majlisnya.
Majlis bermula dari hari Jumaat, 2hb Nov 2012 dengan kenduri tahlil untuk arwah atuk kesayangan kami semua. Sedihnya kerana beliau tak sempat untuk menyaksikan majlis ini. Dah 6 tahun pun dia pergi meninggalkan kami, tapi seolah2nya dia masih ada dengan kami.
Anyway, of courselah di kampung, semuanya masak sendiri kan. Dari pengalaman yang lepas, bermula dari adik ke-2 berkahwin yang penuh kecoh dan kelam kabut, kita ambil iktibar dengan membuat persiapan awal. Kita implementkan pada adik ke-3 dan ianya berjaya. Maka untuk yang bongsu nie, kami guna pendekatan yang sama.
Paling lewat, seminggu sebelum all-out majlis, kita akan kumpulkan adik beradik bersama pasangan masing2 untuk meeting. Bincangkan menu, aturcara majlis, tugasan setiap daripada kami sehingga majlis selesai. Hasil perbincangan akan di print outkan dan setiap siblings akan ada satu copy seorang. Jadi, semua dah tahu tugasan masing2. Ianya juga untuk memudahkan kami memantau perjalanan majlis dan meringankan beban mak dan ayah.
Selalunya, saudara mara dan orang kampung yang datang rewang akan sering bertanya kepada kami adik beradik selaku tuan rumah tentang berbagai perkara.
Bawang nak kupas berapa banyak? Nak blend ke?
Udang yang dah kupas nak simpan kat mana?
Daging nie nak masak apa?
Rempah kari mana?
Cili boh dan santan ada berapa kilo?
Telur nak rebus bila?
Kambing sembelih kat mana?
Dan beribu macam soalan lagi.
Mak dan ayah dah tentu sibuk, jadi kami adik beradik mentadbir yang lain2nya. Ternyata sangat2 berkesan bila ada meeting, ada list dan pembahagian kerja.
So, hari Jumaat tu, sebelum Subuh lagi kami dah mula bergerak untuk buat persiapan. Kenduri tahlil lepas Isya' tapi persiapannya, persiapan untuk esok dan berbagai macam kerja harus disiapkan. Sedikit meriah kerana adik lelaki kita menyumbangkan seekor kambing untuk hidangan kenduri tersebut.
Kambing yang redha dan pasrah.
Tiba2 mak kata telur belum beli lagi. Tak ada dalam list tugasan pun sebenarnya. Secara adhoc, kita sambar seorang cousin untuk teman kita borong telur yang berjumlah lebih dari 1000 biji. Aduh, takutnyaaaa telur2 tu pecah dalam kereta.
Sendal dengan segala bantal dan kain yang boleh.
Tapi berhasil la jerih payah kami tu. Telur pun kami pilih yang segar. Alhamdulillah, tak ada yang pecah sepanjang perjalanan kami ke rumah tu.
Pecal. Hidangan sayur untuk lunch.
Untuk kenduri, ada kari kambing, sambal tumis sotong dan masak lemak kering kobis dan soo hoon di samping hidangan lain. Tugasan utama kita? Ha, masak nasi. Sepanjang hari masak nasi. Nasi untuk org rewang, nasi untuk kenduri sampai bertong2 (flask nasi tu lah). Syukurlah nasi yang kita masak tu turn out good. Alhamdulillah. Cousin2 yang muda tu tanya2 juga. Macam mana Kak Long sukat air untuk beras banyak2 tu, macam mana nak masak jangan lembik dan keras. Entahlah. Tak pernah buat pun masak banyak untuk kenduri nie. Masak jer macam masak untuk family macam biasa. Paling penting, jangan gelojoh. Hormatkan beras, sayangkan rezeki beras tu. Berhati2 dan niat mesti ikhlas dari masa kita cedok beras dari guni.
Selain daripada tu, selaku anak sulung, kita pantau segala aktiviti dalam rumah. Paling tak tahan, kejap2 mak dan ayah dah order buat teh susu berjag-jag banyaknya untuk tetamu dan jiran yang membantu. Wah, dalam pada tak yakin tu, laris juga teh susu kita. Orang kampung kita gelar teh susu yang kaw nie, teh ketat. Tapi tak la buat kaw sangat. Sederhana jer. Cuma nak balancekan teh dan susu jer. Kalau buat ketatt, ada pulak yang diabetic dan darah tinggi tu terus admit hospital kang. Tak pasal2 jer.
Alhamdulillah majlis tahlil berlangsung dengan lancar. Makan buffet bawah khemah, mudah sikitlah dari buat hidangan dalam dulang macam selalu tu. Kalau buat hidangan, banyak nak guna dulang, piring, mangkuk, sudu dan macam2. Buat buffet, guna pinggan jer. Settle! Pakcik2 yang dah sakit lutut pun seronok sebab boleh makan dan sembang lama2 atas kerusi. Kalau bersimpuh, mula laa semua mengaduh sakit lutut.
Kebetulan, birthday anak buah kita yang montel si Adlina Umairah. Bapanya tumpang lah kek sekaki.
Kek Angry Bird ker Adlina?
Atok dan cucu paling bongsu, si Miasara.
Lewat juga selesainya sebab nak kemaskan apa yang patut dan masih teruskan merebus daging sebagai persiapan esok.
Alhamdulillah, selesai chapter 1.
12 thoughts..
pecal tue sedap
Perghhh..1000 biji telur dibawa..memang ngeri! alhamdullilah tak pecah..
Selalunya majlis utk adik bongsu ni lebih meriah..majlis penutup lah katakan..;)
rewang di kampung ni mmg bagi saya memenatkan badan, tapi best, sebab time ni lah boleh berkumpul saudara mara
MV : memang sedap...heheheheh
Daddy Ziyad : Nowadays, dah tak berapa relevan untuk rewang. Dulu penat dan meriah, now penat dah sakit hati. Hehehehehhe
Kat kampung pakchaq memang masih rewang.. Best dan depa biasanya bersatu hati.. Masih ada syarikat kenduri yg ahli2 boleh pinjam pinggan mangkuk dan kebanyakkan kelengkapan kenduri.. Yg datang menolong pun ramai..
Kat tempat makchaq dari zaman makchaq kawin makanan dah bertempah masak sikit2 untuk sedara mara kat rumah saja..
Waa betul lah, terer juga Aziela masak nasi banyak2 tu, bukan senang kalau tak biasa.
Meriah dengar cerita kenduri adik Aziela ni, tentu seronok kumpul ramai2, dan yang penting kerjaaasama..hehe.
makchaq : Makchaq, terima kasih banyak2 kerana sudi masuk sini. Yerlah makchaq, bila rewang, lama sikit dapat bergaul mesra dengan ahli keluarga. Kalau tak rewang, jadi macam limited time jer pula.
ummiross : Ya Allah Ummi, masa tu tak taulah nak cakap apa. Betul2 bergantung dengan Allah jer. Ikut nasihat Kak Nza memasak..baca Fatihah banyak2. Hehehehhe. Panik saya masa tu.
sedapnya pecal!!!
seronok nya rewang mcm tu kan
Rai : Suka pecal yer Rai..?
HaniAsyira : Seronok tapi penat.
Catat Ulasan