Selasa, 6 November 2012

Penat and Thank You

Assalamualaikum.....


Pic from Google


Hari nie kita masih lagi lembik. Letih sangat2 dan rasa sakit2 satu badan sebab majlis perkahwinan yang baru berlangsung. Semalam kita tak sihat. Blood pressure jadi sangat low sebab tak cukup rehat dan tak cukup tidur beberapa hari dan malam. Muscle pain tu jangan cakaplah.... Walaupun hari nie belum back to normal lagi, tapi dah cukup kuat untuk melangkah, maka gagahkan diri ke opis. Insya'Allah...semoga hari nie akan berjalan dengan baik.

Namun, di sebalik segala keperitan tu, syukur ke hadhrat Ilahi sebab majlis telah berjalan dengan baik. Walaupun tak lancar mengikut piawaian peribadi kita dan hubby, tapi mak dan ayah sangat berpuas hati. Alhamdulillah. Maaflah, kalau untuk adik2, kita sebolehnya nak semuanya smooth dan perfect mengikut kemampuan yang ada. So, bila tak berjalan seperti yang diharapkan, kita rasa kecewa sebab kita gagal memberikan yang terbaik untuk mereka. Kakak apa lah kita nie sebab tak boleh nak berikan yang terbaik untuk mereka.

Terima kasih banyak2 kepada yang sudi hadir, kepada yang  sudi mendoakan kebahagiaan adik kita dan mendoakan perjalanan majlis berlangsung dengan baik. Alhamdulillah. Syukran jazilan...

Belum boleh nak ceritakan lagi sebab tak sempat nak transfer gambar2 lagi. InsyaAllah, u all semua akan membaca rentetan cerita yang berjela nanti...




0 thoughts..:

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink