Akhirnya, tibalah ke final chapter kisah ini. Kita mohon maaf kepada mana2 pembaca yang rasa bosan nak baca disini. Tapi kita mesti juga selitkan sebab blog ini antaranya bertujuan untuk merekodkan momen2 indah seperti ini.
Finale untuk majlis ini mestilah majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki. Pengantin lelaki orang dekat jer. Kuala Pilah. Dari Port Dickson ke Kuala Pilah, sejam driving dah sampai dah.
Kat sini, of course kami pula tetamu. So, dapat rehat lahkan. Lagipun majlis ini selepas seminggu majlis di rumah kami.
Rombongan kami datang dengan 15 biji kereta. Heheheh..biasalah kan. Family ramai.
So, kami ber'angguh' (berehat sementara sementara menunggu majlis dimulakan) dulu di rumah saudara terdekat pengantin lelaki.
Bawa juga penganan sedikit..
Adik lelaki kita dengan familynya serta Adam yang menempel.
Pengantin muka penat dah nie
Meja makan pengantin
Yang sebenarnya, keluarga pengantin lelaki dah tarik tangan kita dulu suruh duduk di meja pengantin. Katanya mak ayah dan adik beradik duduk di situ. Tapi kita rasa yang lebih layak untuk diberi penghargaan itu ialah pakcik makcik yang bertungkus lumus menjayakan majlis kami hingga berhari2 lamanya. Maka kita paksa mereka, sampai tarik2 tangan paksa mereka duduk di situ. Seronok sangat rasanya bila tengok mereka ceria di situ.
Kami sekeluarga dengan pengantin
Selepas jer kami bergambar di atas nie, tanpa menunggu majlis selesai, kita dan hubby bergegas pula ke KL, menghadiri majlis perkahwinan anak kepada boss kita di pejabat. Yang penting, pengantin dah selamat.
Syukur, Alhamdulillah.
Selesai dah catatan rekod majlis. Tapi sehingga ke hari ini, kalau duduk2 dengan family, kami masih lagi berbincang tentang majlis. Post mortem tak rasmi. Sekurang2nya, next time kalau ada sepupu yang kahwin, bolehlah kami kongsi experience kami.
11 thoughts..
mmg penat kalau majlis mcm ni..muka pengantin nampak dh letih
dalam majlis macam ni kan..saya paling terharu bila tengok makcik pakcik jiran yang takde pertalian darah tapi bersusah payah bergotong royong bagi nak make sure majlis berjalan lancar..hebat sungguh diorang kan..
salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
Betul tu...pakcik makcik yg bertungkus lumus bekerja masa majlis di rumah kita yg patut dpt penghargaan makan di meja beradab tu..;)
"Penganan" tu hantaran ke maksudnya?
Penat tapi seronok kan Aziela dapat menjayakan majlis besar macam majlis kawin ni kan. Selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai..
MV : Nampak letih kan diorang.. Syukurlah ini yg terakhir.
Rai : Hebat. Sometimes, lebih concern dari yang darah daging sendiri.
Daddy Ziyad : Penganan dalam bahasa N9 maksudnya manisan actually, Doc. Tapi in this case, macam buah tangan la sikit.
Ummiross : Alhamdulillah Ummi. Terima kasih for the wish yer.
Saya pernah terlibat dua kali je untuk majlis perkahwinan....so banyak lagi yang saya perlu belajar ni hehehe.....adat resam bagai hehe :)
Azham : lain padang, lain belalangnya.
Catat Ulasan