Rabu, 21 November 2012

Denggi Tak Semestinya Ada Tanda Typical

Assalamualaikum.....

Minggu lepas, kita sekeluarga ke klinik di Cheng Perdana, Melaka. First, hubby dah mula batuk2 dan selsema yang agak teruk. Second, kita punya tonsil dah semakin melarat. Sampai nak telan air liur pun meleleh air mata sebab sakit. Kenalah ambik antibiotik juga.

Kebetulan, kami sua kan Adam sekali. Adam dah seminggu demam on and off. Doctor on duty kat klinik tu ialah doctor locum. Biasalah, bila hari cuti memang doctor2 muda nie rajin buat locum kan. Sempatlah tanya doctor tu, sekadar berbahasa.

"Doctor locum yer kat sini?"

Muka terkejut. "Yer, hari cuti." katanya.

Oklah..

Bila cerita pasal Adam demam dah seminggu on and off, dia tanya 2-3 kali. "Tak pernah bawa jumpa doktor?"

Kita geleng2. Jelaskan yang bila temperature naik, just bagi panadol and dia pun ok semula. Kita assume sebab Adam masih penat dek padatnya aktivity dan function kenduri kahwin. Yerla, kita rasa tonsil kita mencanak naik pun sebab tak cukup rehat.

Doctor tu cerita.....

"Saya bertugas di ICU. Baru minggu lepas, seorang kanak2 berusia 10 tahun meninggal sebab denggi. Sama juga, tak ada tanda2 typical seperti kebiasaannya denggi. Sekadar demam biasa2 tapi dah lama. Bila bawa ke hospital, dah kritikal. Ibunya menangis2 sebab tak sangka anaknya ada denggi hingga meninggal."

Wahh...kami terpempam. Adam dah mula resah.

Doctor kata lagi..

"Saya ambil darah sikit yer. Just untuk confirmation tak ada denggi. "

Wah, dengar jer macam tu, Adam dah nangis2. Bukannya takut sebab tangannya nak kena cucuk, tapi dia takut dia ada denggi dan...... Na'uzubillahiminzalik.

Tak ada berita dari klinik, makanya keputusan darah beliau normal lah tu. Alhamdulillah.

Tapi kena beringat. Demam berlarutan walaupun tak teruk dan luar biasa, tetap berisiko denggi.

15 thoughts..:

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

salam..
setuju. sepupu saya meninggal akibat denggi mcm tu juga. demam seminggu.tup2 adik dia kena denggi berdarah check dia tgk2 dia dah kritikal.adik selamat dia meninggal.

ummiross berkata...

Alhamdulillah Adam tak apa2..
Moga Adam dah baik demamnya..

Daddy Ziyyad berkata...

benar..Silap kebanyakkan org ialah tunggu demam dah berlarutan 5-6 hari..or tunggu ada ruam...Kalau di Malaysia ni, nasihat saya, apa apa demam yang dah masuk hari ketiga tak baik2, pls check darah...

:: Mrs.Eady :: berkata...

semoga cepat sembuh~

Aziela berkata...

LM : Subhanallah. Aturan Allah kan kan. Thanx for sharing yer.

Aziela berkata...

ummiross : Alhamdulillah. Dah sihat sepenuhnya Ummi...

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : True doctor. Maybe ramai yang tak tahu kan. After this, akan lebih berhati2.

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : True doctor. Maybe ramai yang tak tahu kan. After this, akan lebih berhati2.

Aziela berkata...

Mrs. Eady : Thank you Azwa

Zurina berkata...

akak penah kena denggi dl masa bujang...2 minggu deman on off...tup2...disahkan denggi...huhuhu...hampir sminggu kt spital...mulut pahit xleh terima makanan langsung..kenangan tul

azieazah berkata...

Saya pernah kena denggi, sangat takut okey.

NzA berkata...

skrg hujan xmenentukan azie..risau cz kawasan taman akak ni selalu ada kes denggi.....minggu lepas jiran blakang rumah pn kena denggi.....

Rai Ourkizuna berkata...

betul kak..macam entry yg saya buat tu..ramai orang concern pasal suhu badan meningkat..dia makan ubat..suhu turun..lepas tu naik balik..patutnya bila jadi macam tu kena check balik simptom lain.. sbb suhu badan naik tu nak alert kita kata ada infection dalam badan..

Azham Vsvc berkata...

alhamdulillah tak ada apa-apa...alamak, dua minggu lepas pun saya ada demam on and off gak...dan tak jumpa doktor lg pun huhu....

Aziela berkata...

Azham : pergi jumpa doc cepat2 yer.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink