Aduhai, bukan main sibuk lagi lah saya kebelakangan ni. Bukan setakat ini saja, lagi 2 minggu, saya akan jadi super busy sebab adik perempuan saya akan bernikah. Seminggu kemudiannya, adik ipar saya pula akan melangsungkan majlis pernikahan. Memang super busy saya. Serentak pula dengan 2 orang sepupu rapat saya yang masing2 bernikah dalam dua minggu yang sama itu juga.
Anyway, kita teruskan perjalanan ke Sik, Kedah. Selepas heavy breakfast di Tapah, kami masuk highway. Tapi, daripada Ipoh dah jem teruk sampai tak bergerak langsung kereta. Maka kami keluar ke jalan lama. Ikut waze dan google map saja sepanjang jalan. Redah...berdoa dan enjoy the trip. At last, sampailah kami area Lenggong. Dah melepasi waktu lunch.
Berhenti di sini, nak merasa ikan2 sungai dan ikan air tawar Tasik Raban. Lagipun, berhenti untuk solat dan tandas. Agak selesa juga..
Ada ikan bakar yang besar2. Tapi kami tak ambil pun. Pertama sekali, mungkin kami masih kenyang lagi, tapi paksa diri untuk makan sikit sebab tak tahu bila boleh jumpa pecan lagi lepas ni. Kedua, kami dah biasa makan ikan bakar di Melaka. So, tak berapa mengujakan lagi.
Lauk pauk memang sangat banyak. Tapi, selain daripada masih kenyang, mungkin juga cuaca yang panas dan ditambah dengan sedikit letih dek perjalanan yang mencabar, kami agak kurang berselera. 4 kali saya tawaf untuk pilih lauk. Sama lah dengan Adam dan hubby...
Sambal tempoyak dan sambal belacan, dalam besen terus...
Ikan patin
Ini pinggan saya. Ikan goring, pekasam, dan sayur keladi masak lemak. Sambal tempoyak juga.
Masalahnya, kami sekeluarga agak kurang berselera di sini. Semua lauk2 pilihan kami di bawah standard yang kami selalu makan. Tak nak komplen, sebab ini bahagian lain, masyarakat lain dan budayanya lain. Kita cuma ambil pengalaman. Mungkin pada orang tempatan, ini lah standardnya. Saya juga membaca banyak review yang puji melambung makanan di sini. Tapi, sedikit mengecewakan pada kami.
Mungkin kami kena datang lagi dalam keadaan yang lebih selesa dan waktu yang lebih sesuai. Walau apa pun, saya bersyukur ada restoran yang jadi seperti RnR dikawasan pedalaman ini. Dapatlah kami melepaskan lelah. Alhamdulillah.
Maka, uncertain of our journey, we continued it anyways.
Till then.......
.
14 thoughts..
Yang dalam pinggan akak tu awat nampak sedap sangat.
Dah la tengah diet nie kak :)
Bila dah selalu makan ikan bakar ditempat sendiri..
Bila pergi tempat orang dah kurang teruja ye Ziela..
Boleh lah utk mengalas perut ye..
Takut kelaparan nanti..
Sekurangnya dah tahu bagaimana citarasa disitu..
Lunch dah lewat pun hidangan masih memikat
Kalau datang awal lagilah macam mana agaknya Ziela.
Hi Aziela, your various postings always brings back memories to me of long ago, the places, States, towns and kampongs I travelled by or stopped for lunch.
I love the food dishes you put up here. I really love small towns Malay foods.
And your mentioned of Lenggong in Perak brings back one hilarious incident.
It was wayyy back in 1978, I had passed Lenggong, heading towards Grik, before proceeding across the East/West H'way to Jeli, then Kota Baru.
The road after Lenggong was fairly straight, and was driving my Lipstick red Alfa Romeo doing about 90+ mph or 150kph when several chickens, I remember a white one...for whatever reasons suddenly ran across the road! I had no chance of slamming my brakes at that speed and hit all of them, about 5 chickens. Next thing I saw looking back at my rear view mirror, like snow falling...it was feathers!
And I could see some people raising their hands at my car!
I never passed or took that road to Grik for 3 months after that,
ha ha ha.
Oh ya, used to fish at that Tasek after Lenggong for Toman with a few Malay frends old days.
By the way, 'sayur keladi masak lemak' not on my food list, never appreciated keladi. But I love that Chuchuk or puchuk manis masak lemak.
You have a nice weekend, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Jauh jugak berpusing sampai ke tasik raban...
Makchaq pernah sekali singgah makan kat situ.. tapi sama macam ziela jugak.. rasa biasa2 ja...
kitakan.. terkagum baca komen dari Miss Lee..
tapi, kan.. akak kalau makan kat mana2 yg byk lauk mcm ni, memang lauk lemak juga yg jadi pilihan hati.. kalau tak ada lauk lemak (cili api) nak asam pedas.. atau kari
ya Allah kak..ni lauk2 lieya sgt nieh...lagi2 kalo ade sambal2 tempoyak ke budu ke ulam2 ke.....
tapi tu laa akak komen kate kureng piawai tu mungkin cara masak kot kan kak..tak kene ngan piawai kite.....tapi siyes teliur tgk menu2 yg akak snap nieh...
ni kalau lapar mmg byk juga saya amik hehe
dah kira sedap makanan kat situ. mungkin selera awak tak kena.
Isshhhh.. sepatutnya sedap gilee weiii.. mungkin penat dan stres di jalanan menyebabkan rasa takde mood kut. Meh ajak Che Mid sekali ..confirm banyak makan he he
Wah jauh perjalanan Aziela ye. Kak Yus naik sekali je ke Lenggong n Tasik Raban tu.. saja2 bawa anak meraban sambil2 hantar anak k.yus yg no. 2 tu ke maktab di K.Kangsar. Semoga segala urusan Aziela dipermudahkan ye. Tahniah bakal dpt adik ipar baru dan juga biras baru...
@Seri Kandi Tanah Jauhar
itu bukan miss la kak.. mr.. hehe.. uncle lee dari A Moonlight Rendezvous
selamat berpuasa kak.. lama tak dengar kabar... saya suka makan kat sini...sedap dan banyak pilihan...
sedap makanan situ sya kalau balik kg isteri di grik singgah makan..
Catat Ulasan