Assalamualaikum everybody...


Lamanyaaaaaa saya tak update blog. Harapan tinggal harapan azam yang tahun lepas tu kan..hahaha.

Alasan memang banyak. Tapi tak perlulah senaraikan...kita move on jer sama2, ya tak?

Ok...hari ni nak share experience makan2. Review? Bolehhh lah....

Kisahnya, ada satu weekend tu. Saya dan Adam setelah menyelesaikan beberapa urusan di Ayer Keroh, teringin la nak minum petang. Yang sebenarnya dah lapar. Lunch kami pujul 12.00tgh hari sebelum tu. Jadi bila dah pukul 5pm, opkos dah menjerit tali perut.
On the way nak balik ke Alor Gajah, kami melencong ke Sg Putat. Rasa macam nak try mustabak cheese. Tapi tak buka la pula masa tu. Terus ke station Mango Float Royale di Sg Putat. Setelah berbincang dua
beranak, kami ke station mango float. Duduk di salah satu meja kosong.

Tapi tak nak minum Mango Float pu. Masa tu panas terik. Terbayang tahap kemanisan Mango Float tu,seram pulak. So kami order air biasa jer...janji sejuk dan hilang haus. Tengok menu...wah macam2 ada rupanya. Ada western..ada mee kari...ada churros...perghhh.

 Firstly, order cheesy fries dulu. Sementara menunggu mee kari. Bolehlah ngap2 dulu. Fries biasa...dicurahkan dengan cheese dan mayo. Sedap gila tu tak ler. Tapi impressive la. So makanlah kami dengan sopannya walau tengah kebuluran.

Dan akhirnya sampailah mee kari ni. Mee kari special katanya. Ada udang. Sepinggan 15.00. Udang besar ada 6 ekor.
Well....utk minum petang, sesuailah kot. Kuah dia jenis kari tang cair, tapi adalah rasa mee kari. Kira petang2 tengah lapar,.mee kari panas2, minum air sejuk...slurpp....slurp...layan giler juga menghirupnya. Kami share berdua. Kalau x share susah nak habis rasanya sebab banyak.

Rupa paras mee kari tu memang menarik, tapi rasa bukan de bomb. Setakat nak memenuhi permintaan perut dan tekak dengan rasa bersyukur memang lulus dah...

Tapi ada banuak lagi menu lain. Laksa sarang next time nak try... And of course, the churros...

Until then....

.
Read More
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama