Memaparkan catatan dengan label Religion. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Religion. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Sambungan dari kisah semalam di SINI, kita nak kongsi kisah kedua pula...



Kisah Kedua

Pada suatu malam, sekepulangan beliau dari kelas bimbingan, Mommy berkongsi satu kisah yang agak panas.

Pada hari tersebut, kelas bimbingan Mommy dan rakan2nya menerima kehadiran pelajar baru. Pelajar baru ini ialah seorang muallaf berbangsa Cina dan berumur 38 tahun. Kita namakanlah beliau ini sebagai Lina yer.

Lina memeluk agama Islam kerana berkahwin dengan seorang lelaki Melayu berusia 38 tahun lebih kurang setahun lebih yang lepas. Menurutnya, mereka bekerja di kilang yang sama. Namun, minggu lepas, apabila di panggil untuk bekerja, suaminya memfitnah beliau mempunyai hubungan sulit dengan penyelia kilang, sedangkan bukan Lina saja yang dipanggil, bahkan satu jabatan itu dipanggil sama.

Oleh kerana cemburu, sang suami telah memukul Lina semahu hatinya. Lina mengambil keputusan melarikan diri. Mereka suami isteri bekerja dan tinggal di Negeri Sembilan, tapi oleh kerana Jabatan Agama Islam Melaka lebih dekat, maka Lina segera mendapatkan bantuan.

Mommy dan rakan2nya tak pasti apa tindakan terperinci, tapi JAIM telah menempatkan Lina di asrama JAIM yang dikhaskan untuk membantu saudara baru Islam bertapak dan memulakan kehidupan baru. Memang ketara pada pandangan Mommy dan rakan2 kesan2 lebam dan cedera di anggota tubuhnya.

Cerita Lina, suaminya adalah seorang pengamal silat dan menuntut ilmu dari seberang. Ajaran yang pada pandangan beliau yang mentah dalam Islam ialah bukannya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Dan, minggu lepas juga bukanlah pertama kali suaminya memukul beliau. Beliau memang sering kali di pukul sepanjang usia perkahwinannya yang lebih dari setahun itu. Namun, oleh kerana kuatnya dia dengan kekuasaan Allah, percayanya dia dengan ujian Allah, dia berusaha untuk tetapkan imannya.

Mengikut pendapat ustaz tenaga pengajar, pengarah JAIM akan memperhalusi kes beliau. Namun, secara kasarnya, talak telah jatuh. Ingat lagi dengan lafaz taklik di hari pernikahan? Kalau ada yang terlupa lafaz taklik tersebut, balik ni tolong cari sijil nikah anda dan baca apa yang tertulis di belakang sijil nikah tersebut. Dalam keadaan apakah yang membuatkan talak jatuh ke atas isteri....


Kita tarik nafas panjang. Allahu Akbar.

Selagi ada makhluk yang bernama manusia, tak kira di zaman apa sekali pun, penderaan kepada isteri, penghinaan kepada muallaf tetap akan berlaku. Tiada apa yang dapat merubahnya, kecuali diri kita sendiri. Kita mulakan dengan diri kita sendiri. Tukar persepsi, tukar minda kita ke arah yang positif. Bila kita dah halfway to that, slowly kita bawa keluarga, rakan2 dan jiran2. Itu namanya peringkat dakwah. Secara tak langsung, anda telah mula berdakwah dalam satu isu, satu aspek. Jadi ianya boleh digunapakai untuk isu dan aspek yang lain pula nanti.

Kita bukannya memilih kasih. Mentang2 ibu mertua kita seorang muallaf kan. Tapi, sejak di bangku sekolah lagi, kita sering kagum dengan muallaf. Sebegitu banyak rintangan yang mereka terima, namun at the end, tingkat iman mereka mungkin lebih tinggi dari kita. Bagaimana itu berlaku?

Sesuatu untuk makanan minda.


.


Read More
Assalamualaikum.....

Pertama sekali, kita minta maaf sebab dah lama sangat rasanya tak menjenguk. Tapi sebenarnya baru seminggu jer kan...hehehehehe. Alasan biasa lah...busy.

Oh yer, just a short note today to all friends.

Sepanjang minggu lepas, ada 2 kisah yang menyentuh tentang statement di tajuk entry ni. Kita teringin untuk berkongsi.


Kisah Pertama

Statement di atas...di tajuk entry ni ialah apa yang kita dengar pada minggu lepas daripada seorang makhluk Allah nie. Dan makhluk Allah yang mengeluarkan statement itu ialah seorang Melayu Islam.

Yang sebenarnya, minggu lepas kami menghadiri kursus management. Trainernya adalah seorang muallaf berbangsa Cina. Walaupun tak fasih bahasa melayu dan pelat menyebut Allah, namun kita patut bersyukur bahawa aqidahnya terpelihara.

Tapi kasihannya apabila beliau di panggil oleh petugas kami sendiri dengan nama Cina Muallaf. Kita terfikir, apakah mereka yang berkata2 ini tidak rasa bersalah? Tidakkah mereka ingin memikirkan yang hakikatnya bahawa trainer itu bukan sekadar muallaf, tetapi adalah seorang saudara baru, seorang abang atau adik yang memerlukan bimbingan dan kasih sayang kita selain Allah?

Yer, kita sentap bila Islam sekarang masih kolot pemikirannya.

Sila baca novel Melur Jelita yang bertajuk 'Awak Suka Saya Tak?'. Itu adalah kupasan terperinci tentang muallaf yang lebih jauh cemerlang dari muslim yang Islam sejak lahirnya.




Kisah kedua kita akan sambung esok, Insya Allah....

.




Read More
Assalamualaikum.....

Merujuk kepada entry semalam, Insya Allah kita akan cuba memeriahkan sambutan Maulidur Rasul dengan jemaah lain di Masjid Al 'Azim, Melaka. Sekadar memberi sokongan kepada Mommy yang merupakan seorang 'saudara baru'.

Anda, bagaimana?


Read More
Assalamualaikum.....


Kalau nak cerita panjang pun, sama juga dengan apa yang diceritakan oleh Rai Ourkizuna. Untuk yang belum membaca entry beliau dan ingin menambahkan ilmu pengetahuan, atau membaiki, sila terjah SINI.

Dah beberapa kali kita semua terpengaruh dengan asakan informasi dari FB yang kita tak pasti betul atau tidak.

Dulu tentang puasa di bulan Rejab, sekarang nie tentang ejaan pula..


Read More
Assalamualaikum.....

Di sana sini lagu raya telah mula berkumandang. Riang sungguh umat Islam kerana Hari Raya bakal menjelang.

Tapi......

Marilah kita memberi sedikit ruang untuk memaksimumkan amal ibadat kita setakat yang termampu dalam sisa2 terakhir Ramadhan ini. Dalam pada gembira nak pasang pelita, apalah salahnya kita sujud di sepertiga malam menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah s.w.t.

Janganlah ditunggu Lailatul Qadar. Anggaplah setiap malam ialah Lailatul Qadar. Yang penting, keikhlasan dan keinsafan dari hati kita semua.

Peringatan untuk diri kita sendiri juga.

Allahu'alam..
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama