Memaparkan catatan dengan label banjir Kuantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir Kuantan. Papar semua catatan
Assalamualaikum.....

Kepada pembaca yang sering masuk blog ni, pasti sedia maklum bahawa kita sering berulang alik ke Kuantan sebab hubby kita kerja di sana. Bila Kuantan di landa banjir, hati kami risau. Sebabnya, 3 tahun lepas pun Kuantan di landa banjir besar juga. Masa tu kilang hubby yang terletak di Tanjung Api, terpaksa di tutup kerana banjir. Maklumlah, dekat dengan sungai dan laut.

Namun, agak pelik pada tahun nie kawasan2 berdekatan laut macam Tanjung Api dan Tanjung Lumpur kering kontang. Kalau hujan, basahlah, tapi langsung tak banjir macam kebiasaannya. Jadi, dari mana datangnya air banjir ni?



 Kita dok follow fb page Kuantan sekarang ini. Memang mereka share gambar2 terkini untuk keadaan di Kuantan. Kalau boleh sharekan beramai2 banner kuning di atas nie, kita ucapkan terima kasih banyak2. Banner kuning ini adalah sebagai lambang menyeru bantuan dari seluruh rakyat Malaysia. Kalau mangsa nun jauh melangkah sempadan negara cepat kita beri bantuan, namun kenapa mangsa rakyat sendiri di Kuantan, dah seminggu banjir pun bantuan seolah2 tidak wujud.

Kita kongsikan di sini gambar2 yang di hantar hubby kepada kita.

Hujan lebat berhari2.

Jalan Sungai Soi, depan Petronas.
 Indera Sempurna dan seluruh Kempadang juga lumpuh.




Namun Alhamdulillah,  cuaca hari ini cerah dan terang benderang. Gambar di atas, petang tadi di ambil di kawasan kilang hubby. Langit pun cerah membiru. Moga berkekalan cuaca ini.




Tengku Puan Pahang yang dikenali kerana kehandalannya memasak, sudi mencemar duli dan membantu menyediakan hidangan untuk mangsa banjir. Beliau memang tak pernah ketinggalan dalam membantu rakyat jelata, walau apa sekali pun keadaan rakyat. Keluarga Di Raja Pahang di sayangi rakyat, biar apa pun tohmahan yang dilemparkan kepada mereka.


Namun, dalam pada kesusahan yang di alami, kesedihan, kekecewaan, kerisauan dan sebagainya, masih ada jiwa yang keras sampai hati mempersendakan keadaan banjir ini.

Dah cukup kelakar ke tampal gambar kapal selam kat area banjir nie?

 Banyak pusat bantuan yang kekurangan tenaga sukarelawan. Sama ada tidak di war2kan, atau tiada yang sudi membantu. Mangsa2 banjir, ada kalanya bergilir2 di kalangan ahli keluarga memantau rumah masing2 dari jauh. Masa inilah, banyaknya kes2 kecurian yang berlaku. Walaupun memang dah rosak barang2, namun manalah tahu masih ada yang boleh diselamatkan. Setiap sen adalah sangat berharga. Kos baiki kenderaan saja dah boleh mengosongkan akaun bank, apa tah lagi dengan barangan keperluan rumah yang lain.

Selain daripada itu, bantuan makanan juga sangat2 diperlukan. Sampaikan ada sesetengah kawasan, penduduk sanggup menanggung risiko mengharung air banjir yang tinggi untuk ke pasaraya yang juga di masuki air bagi membeli makanan untuk keluarga.

Ada ramai mangsa yang kelam kabut meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Bayangkan, dengan baju basah, hujan, sejuk2. Tiada makanan, minuman dan pakaian. Bahkan selimut sehelai sangat berharga.


Harap2nya, Malaysia dapat mencontohi Jepun di masa hadapan.




Sama2 lah membantu sedaya kita.....


Read More
Assalamualaikum.....

Alhamdulillah. Hari ni dapat bersiaran kembali.

Hujung minggu lepas, kami berada di Kuantan. Sabtu gerak dari Melaka ke Temerloh untuk menghadiri jemputan kahwin officemate di Temerloh. Perjalanan lebih kurang 5 jam sebab sangat banyak gangguan lori di tengah jalan. Explore jalan kampung jer.

Alor Gajah --> Rembau --> Bukit Miku --->Senaling --> Kuala Pilah --> Batu Kikir --> Simpang Durian --> Mancis --> Telemong --> Karak --> Lanchang --> Temerloh.

Kemudian, teruskan perjalanan tanpa highway ke Kuantan. Tiba di Kuantan, dah Maghrib dan lepas Maghrib dah mula hujan.

Adik kita datang dengan familynya dari Seremban sebab anaknya merengek2 ajak ayahnya datang rumah Mak Longnya nie di Kuantan. So, esok paginya, Alhamdulillah, matahari muncul, tapi macam segan2. Syukur tak hujan. After lunch, adik kita pulang ke Seremban.

Kami pula teruskan perjalanan ke Tanjung Selangor, Pekan sebab hubby nak lepaskan gian memancing. 3 jam hubby berdiri atas jeti dan dapat seekor anak ikan duri, hujan mula beri introduction kepada bumi dan isinya. Bergegas kami pulang ke Kuantan.

Sepanjang malam hujan lebat sampaikan nak keluar dinner pun tak sanggup. Maka hari Ahad berakhir dengan keselesaan tepat tidur di dalam rumah sendiri sambil mendengar dendangan bunyi hujan di luar.

Subuh Isnin terjaga dan terkejut sebab hujan masih mengganas. 8.00 pagi hujan sedikit reda walaupun tak berhenti langsung. Sekadar memudahkan kami menyelesaikan urusan pagi. Sarapan bersama di Alif Curry House dan terus hantar hubby kerja di Padang Lalang / Tg. Api.

Kita dan Adam konon nak ke EC Mall. Masih belum beli kasut sekolah Adam. Tapi, tengok hujan lebat sangat, takder mood pula. Nak selesaikan urusan2 bank pun sangat tak selesa dalam hujan lebat tu. Maka kami pulang ke rumah sementara tiba lunch hour untuk lunch dengan hubby nanti. Tapi, jam 12.00 tgh hari, hubby sms dan mms gambar kilangnya yang dah banjir. Jangan datang dulu katanya...

Wah, jenguk luar tingkap, longkang di hadapan dah hampir penuh air. Panik juga. So, kami pantau closely water level.

By 3pm, hujan sedikit reda dan kita keluar juga rumah. Cuba2 nak pantau boleh kidnap hubby tak...

Sebelum tu, hantar laundry di bandar. Jalan di area KPJ hospital semua dah tenggelam. Bot dan cruiser Pertahanan Awam penuh dan orang ramai mengharung air di situ. Kita bersimpati pada yang rosak harta bendanya.

Syukur, bila sampai di padang Lalang, air dah surut kembali. Tapi sungai dan laut memang garang dan ganas. Takut sangat melihatnya.

Kami lunch sekejap, dan kemudian hubby kemas barang2nya dan kami mula bergerak untuk balik Melaka. Macam biasa, ikut jalan pintas di Sg. Soi untuk ke Gambang. Malangnya, jalan tutup sebab air dah naik. Patah semula. Sangat berharap Sg Isap tak banjir atau dimana2 tak banjir. Alhamdulillah, semuanya masih berfungsi seperti biasa.

So, kami selamat dari banjir. Alhamdulillah.

Tapi, perasaan panik dan bimbang dilanda banjir tu memang satu pengalaman baru. Dengan siren polis, bomba dan Pertahanan Awam merata2, dengan bot penyelamat dan orang ramai di tepi jalan dengan payung yang berbagai corak... Sesuatu yang tak dapat di beli...

.
Read More
Previous PostCatatan Lama Laman utama