Semoga Kuantan Pulih Segera... Amiin.

8 comments
Assalamualaikum.....

Kepada pembaca yang sering masuk blog ni, pasti sedia maklum bahawa kita sering berulang alik ke Kuantan sebab hubby kita kerja di sana. Bila Kuantan di landa banjir, hati kami risau. Sebabnya, 3 tahun lepas pun Kuantan di landa banjir besar juga. Masa tu kilang hubby yang terletak di Tanjung Api, terpaksa di tutup kerana banjir. Maklumlah, dekat dengan sungai dan laut.

Namun, agak pelik pada tahun nie kawasan2 berdekatan laut macam Tanjung Api dan Tanjung Lumpur kering kontang. Kalau hujan, basahlah, tapi langsung tak banjir macam kebiasaannya. Jadi, dari mana datangnya air banjir ni?



 Kita dok follow fb page Kuantan sekarang ini. Memang mereka share gambar2 terkini untuk keadaan di Kuantan. Kalau boleh sharekan beramai2 banner kuning di atas nie, kita ucapkan terima kasih banyak2. Banner kuning ini adalah sebagai lambang menyeru bantuan dari seluruh rakyat Malaysia. Kalau mangsa nun jauh melangkah sempadan negara cepat kita beri bantuan, namun kenapa mangsa rakyat sendiri di Kuantan, dah seminggu banjir pun bantuan seolah2 tidak wujud.

Kita kongsikan di sini gambar2 yang di hantar hubby kepada kita.

Hujan lebat berhari2.

Jalan Sungai Soi, depan Petronas.
 Indera Sempurna dan seluruh Kempadang juga lumpuh.




Namun Alhamdulillah,  cuaca hari ini cerah dan terang benderang. Gambar di atas, petang tadi di ambil di kawasan kilang hubby. Langit pun cerah membiru. Moga berkekalan cuaca ini.




Tengku Puan Pahang yang dikenali kerana kehandalannya memasak, sudi mencemar duli dan membantu menyediakan hidangan untuk mangsa banjir. Beliau memang tak pernah ketinggalan dalam membantu rakyat jelata, walau apa sekali pun keadaan rakyat. Keluarga Di Raja Pahang di sayangi rakyat, biar apa pun tohmahan yang dilemparkan kepada mereka.


Namun, dalam pada kesusahan yang di alami, kesedihan, kekecewaan, kerisauan dan sebagainya, masih ada jiwa yang keras sampai hati mempersendakan keadaan banjir ini.

Dah cukup kelakar ke tampal gambar kapal selam kat area banjir nie?

 Banyak pusat bantuan yang kekurangan tenaga sukarelawan. Sama ada tidak di war2kan, atau tiada yang sudi membantu. Mangsa2 banjir, ada kalanya bergilir2 di kalangan ahli keluarga memantau rumah masing2 dari jauh. Masa inilah, banyaknya kes2 kecurian yang berlaku. Walaupun memang dah rosak barang2, namun manalah tahu masih ada yang boleh diselamatkan. Setiap sen adalah sangat berharga. Kos baiki kenderaan saja dah boleh mengosongkan akaun bank, apa tah lagi dengan barangan keperluan rumah yang lain.

Selain daripada itu, bantuan makanan juga sangat2 diperlukan. Sampaikan ada sesetengah kawasan, penduduk sanggup menanggung risiko mengharung air banjir yang tinggi untuk ke pasaraya yang juga di masuki air bagi membeli makanan untuk keluarga.

Ada ramai mangsa yang kelam kabut meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Bayangkan, dengan baju basah, hujan, sejuk2. Tiada makanan, minuman dan pakaian. Bahkan selimut sehelai sangat berharga.


Harap2nya, Malaysia dapat mencontohi Jepun di masa hadapan.




Sama2 lah membantu sedaya kita.....


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

8 thoughts..

Cik Puan Kocik berkata...

Bila tengok..kesian sangat. Semoga orag2 Pahang tabah hadapi ujian dr Allah swt ini. Semoga segalanya kembali pulih seperti sediakala

zila norazila berkata...

Dgr brita smkm bnjir smkin teruk..moga smuanye mangsa bnjir slamat..

t.a.t.a berkata...

kadang-kadang bila orang istana mencemar duli, pastu kita berada di sana bersama-sama gotong royong, kita akan rasa orang istana tu pun sama aje macam mak-mak kita kan?

bila dilupakan sekejap darjat, kita akan rasa seronok nak berbual mesra.

thumbs up for Tengku Puan Pahang!!

Unknown berkata...

mmg ramai mangsa yg terlibat kali ni kan kak..

terharu tengok kerabat diraja pahang yg sanggup mencemar duli masak utk rakyat..

NzA berkata...

sama2lah kita doakan agar bencana alam ni cpt berlalu...ada hikmah disebalik kejadian......

ellynadyra berkata...

thumbs up untuk tengku puan pahang, bagusnya mencemar duli diwaktu2 begini....tak tau nak gambarkan perasaan mangsa2 banjir...agak teruk banjir kali ni, alhamdulillah saya jua berkongsi kedukaan mereka dengan menyalurkan sedikit bantuan.....semoga mereka di dalam lindungan Allah, tq atas perkongsian gambar2 dari suami, more alive tgk gambar yang di ambil sendiri!

Aziela berkata...

@elly nadyra Elly, terima kasih banyak2.

Aziela berkata...

Terima kasih atas keprihatinan semua. Saya sangat menghargainya.