Ahad, 29 Disember 2013

Persembahan Pelajar Yang Kelam Kabut

Assalamualaikum.....

Dah lama sebenarnya ni. Masa hari anugerah pelajar cemerlang bulan lepas. Tercicirlah pula gambar ni.

Perkara yang menarik. Kesungguhan pelajar dan guru untuk mempersembahkan sesuatu dan cabaran2nya.



Ini persembahan dari kawan Adam. Menyanyi duet dengan seorang pelajar perempuan lagi Tegar tu. Gitar hanyalah prop. Kasihan dia sebab dia nak mainkan gitar tu, tapi cikgu tak benarkan katanya. Yang menjadi masalah ialah mikrofon tu kejap berfungsi, tapi lamanya tak berfungsi. Aduhai... Beria2 penonton semua hulur kepala ke arah pentas nak dengar nyanyian mereka. 


Ini pula persembahan dikir barat dari murid2 tahun 1. Aduhai..comel2 jer semua. Masalahnya, semuaaaa tak hafal lirik. Bila tak hafal, diorang diam jer lah. Ada bunyi tepuk2 dengan bunyi gendang jer. Sampaikan ada cikgu yang berdiri balik langsir lantang menyanyikan bersama lirik agar pelajar boleh ingat. Satu, liriknya panjang sangat. Tapi kalau tak boleh dipendekkan, apalah salahnya beri dia pegang kertas kecil. Sekurang2nya takder lah dia jadi patung cendana kat atas tu. Tapi kami semua tepuk tangan dengan gemuruh sebab walaupun jadi patung cendana, dia tetap di situ. Dia tak nangis, dia tak lari nyorok belakang tirai. 

Motivasi, latihan dan komitmen sangat penting dalam acara begini. 



14 thoughts..:

Daddy Ziyyad berkata...

hahahaha..part " cikgu belakang langsir nyanyi bersama"tu mmg lawak

Qashmere berkata...

cute je budak budak ni.

aizamia3 berkata...

Kita tak boleh salahkan anak murid tu.. mereka dah cuba buat yang termampu dalam usia mereka.. tahniah buat mereka yang membuat persembahan pada hari tersebut..

t.a.t.a berkata...

Dulu masa duduk asrama selalu jugak buat persembahan dikir barat. Masa kami di atas pentas, senior dekat belakang tempat duduk penonton bagi isyarat suruh kuat kan suara. Hehe.

Sukma Haron berkata...

teringat dulu-dulu masa sekolah rendah ada buat persembahan dalam bahasa English, terlupa dialog.... langsung bantai cakap jer....haha

Rai Ourkizuna berkata...

memang tabah budak yang jadi patung cendana tu kak.. cikgu pun kadang2 tak srmpat nak train diorang utk acara befini.. maklumlah.. dah hujung tahun sibuk pulak nak menanda kertas bagai..

gadisBunga™ berkata...

bagus budak tuh. bagus jugak cikgu dan penontonnya! :D

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad annoying sikit pun ada...hehehehehe

Aziela berkata...

@Qashmere cute dan kesiannn sangat...hehehehe

Aziela berkata...

@aizamia3 tak..tak salahkan anak murid pun...hehehehe

Aziela berkata...

@t.a.t.a La...mesti masa tu suara ala2 dalam kelambu kan...

Aziela berkata...

@Sukma Haron Janji tak jadi patung cendana kak...hahahahaha

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Budak tu memang tabah betul. Sempoiii jer dia.

Aziela berkata...

@gadisBunga™ Penonton pun bagus kan...hehehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink