Khamis, 12 Disember 2013

Udang Galah Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum.....


Hubby kadang2 beli udang galah daripada salah seorang rakannya di kilang. Rakannya ni rajin memancing udang. Kalau hubby order, dia pegilah carikan. Kadang2 order 2kg, dapat sekila setengah jer, kadang2 order sekilo, dapat 3 kg. Tak tentu kan.

Baru2 nie, hubby dapat beli 2kg, sekilo bagi Mommy dan sekilo lagi untuk mak. Kita cilok beberepa ekor, sekadar untuk kami 3 beranak.

Malangnya, masa masak ni kita kelam kabut. Banyak urusan yang ada. Santan pula tak cukup. Maka terhasil lah masak lemak yang cair bair. Tapi walaupun cair, sedap juga rasanya. Udang fresh, kuah tu pun rasa udang. Adam siap hirup2 kuahnya. Kalau kuah pekat, tak boleh hirup... tapi kalau buat cicah cekodok bawang memang sedap lah. Anyway, kita share resipi yang sepatutnya yer.



Udang Galah Masak Lemak Cili Api - Style Nogori

Bahan-bahan :

300 gm Udang Galah
500ml santan (kita guna santan kotak 200ml di campur dengan air)
11 ulas cili padi *
2 inci kunyit hidup *
1 sk garam kasar *
1 batang serai di ketuk
1 helai daun kunyit

Cara-cara :
1. Tumbuk halus semua bahan bertanda *
2. Masukkan dalam periuk santan, serai berserta bahan tumbuk dan didihkan dengan api perlahan.
3. Setelah mendidih, kacau-kacaukan selalu selama 3 minit kuah itu untuk mengelakkan santan pecah dan supaya bahan tumbuk dan santan benar-benar mesra.
4. Masukkan udang dan didihkan lagi selama 2 minit. Jangan lupa kacau-kacaukan kuahnya.
5. Masukkan daun kunyit. Terpulang sama ada mahu carikkan sahaja atau mahu di hiris halus.
6. Didihkan lagi selama 3-5 minit. Perasakan garamnya.
7. Boleh segera di hidang.


Senang kan. Tak perlu bawang dan tak perlu tumis. Nantilah, kalau ada rezeki lagi, boleh masak lagi dengan kuah yang lebih pekat dan proper.

Oh, hari ni hari Khamis. Minta maaf kepada sesiapa yang puasa. Atau, mungkin boleh dijadikan hidangan berbuka puasa?



P/S: Alhamdulillah, trip kami sebagai wakil syarikat ke Hulu Terengganu semalam berjalan lancar. Kita tiba di KL semula pada jam 4.00 pagi tadi.



.

27 thoughts..:

msredcheesecake berkata...

waa dap nya.... udang kalau masak tak berapa jadi pon sedap...

Pizli Mat Wazip berkata...

Sedapnya udang. Saya suka udang besar2 ni.

Rai Ourkizuna berkata...

kalau dapat udang fresh, kuah cair pun rasanya manis.. rindu pulak saya dgn masak lemak mak saya.

aizamia3 berkata...

dak Kakak memang hantu udang.. dia sorang je boleh habiskan udang2 tu.. ;)
tak macam dak Adik dengan dak Nuha.. takde udang pun takpe..

Abil Fikri Ahmad berkata...

Pakai udang Kertas pun 'kauu' gak..

Sylarius Yusof berkata...

Masak kalau tergesa-gesa ni tak seronok jadinya. Feel kita ke laut jadinya nanti. Hehe

che mid berkata...

Jaman saiki males la mangan udang galah.. mahal oii..kalau ada yang mancing ok le..harga kawan2.. cer bubuh belimbing buluh fuhh.terangkat beb!

Acik Erna berkata...

acik suka tambah tempoyak dan daun kunyit

Daddy Ziyyad berkata...

Kalau beli udang galah ni...kan best boleh " dibuang kepalanya sebelum timbang"...hahahahhaa..sebab kepala dia berat & besar !!

azieazah berkata...

Ini antara paberet Kak Azie!

Selalunya kalu masak gini, suka campurkan nenas atau peria.

Ahhh masak udang boleh hirup kuah!

NzA berkata...

huwaaaaaa....udang galah yg mengoda kalbu....lagi2 fresh. mesti manis rasa isinya tu.

t.a.t.a berkata...

kak, saya tengok gambar dulu. saya cakap, cair aje kuah nya. bila baca entry betul la apa yang saya agak tu. heheheh


saya ni tak pandai masak, tapi saya terror komen masakan orang. hahahaha

Aziela berkata...

@msredcheesecake Sebab udang tu sedap kan..hehehehe

Aziela berkata...

@Pizli Mat Wazip Pernah gi mancing udang galah tak?

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Itulah yang terjadi pada akak...hahahaha. Masak lemak mak2 kita memang terbaiklah kan Rai.

Aziela berkata...

@aizamia3 Adam pun sama...hantu udang gak..hahahaha

Aziela berkata...

@Abil Fikri Ahmad Janji udang kan...

Aziela berkata...

@Sylarius Yusof Betul...tapi sayang kalau tak masak. Lama2 nanti jadi tak sedap.

Aziela berkata...

@che mid Bubuh kambas pun enak kak... hehehehe

Aziela berkata...

@Acik Erna Daun kunyit tu penting kan Acik... saya pula tak ada stok tempoyak

Aziela berkata...

@Daddy Ziyyad Err...laki saya rajin buat kerja tak senonoh tu...tapiii, udang kecik2 la.

Aziela berkata...

@azieazah Pun, terasa nyamannya. Layaan

Aziela berkata...

@NzA Tak dinafikan...manissssss kak.

Aziela berkata...

@t.a.t.a Hahahah...kalau bab masak, akak memang ke laut. Eh, awak nanti lepas kawen mesti otomatik jadi pandai masak.

t.a.t.a berkata...

berkat doa kalian semua, insyaAllah terror masak. hehehe

Amanda Suria berkata...

Yang ni memang feberet ni...aduhai..terus terasa nak makan udang plak...x leh jadi ni..kena cari udang jugak ni...

Mohdsaifulhezry Mustapa berkata...

Boleh lah kalau nak makan.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink