Al-Fatihah Untuk Azean Irdawaty

6 comments
Assalamualaikum.....

Semua pun dah tahu tentang pemergian seniwati Azean Irdawaty malam tadi.

Kita membesar bersama filem2 beliau. Berilah apa watak sekalipun, beliau pasti dapat membawanya dengan sangat2 berkesan. Bila watak antogonis, meluat menyampah tengok muka dia. Bila watak kelakar macam dalam filem Anak Mami tu, tak lekang bibir dari menyengih. Bila watak sedih, pilunya sampai ke dalam jiwa.

Even watak anak gadis yang retarded seperti lakonannya dalam drama Aisah 50 sen, berjaya memberikan impak yang meletup kepada peminat seni tanah air.

Biarlah apa sahaja yang di caci dan di hina oleh segelintir masyarakat, namun beliau tetap terus berjuang untuk mencari rezeki. Hanya inilah yang dia tahu. Bidang seni ini lah the best she can do. Tak perlulah kita pertikaikan tentang itu kerana itu pilihan beliau.

Apa yang kita tahu, dia adalah seorang survivor. Dia tak nak mengaku kalah. Dia terus berjuang. Macam2 perjuangan yang dia persembahkan. Perjuangan seni, perjuangan seorang isteri, perjuangan seorang ibu, perjuangan menentang kanser yang mana akhirnya akur dengan panggilan Ilahi.

Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Al-Fatihah


Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 thoughts..

t.a.t.a berkata...

Alfatihah juga untuk arwah.

Unknown berkata...

innalillah..saya juga kenal rapat anak perempuannya..

Kakzakie Purvit berkata...

Begitulah bila izrael dtg tak boleh ditangguh lagi. Kita pun akan pergi menyusul entah bila Ziela.

Moga rohnya tenang di sana. Al-fatihah..

Cho Zila berkata...

takziah untuk keluarganya..

RamRamCute berkata...

al-fatihah.....

Unknown berkata...

innalilahi..semoga roh nya dicucuri rahmat amin..
alfatiha..