Selasa, 17 Disember 2013

Terima Kasih April Snow - Lafaz Cinta Di Jari Manis

Assalamualaikum.....

Dah lama tak bercerita tentang novel. Nak buat review novel, bukan main liatt lagi sekarang. Lama2, cerita tu pun jadi basi. Bukan apa, kalau nak buat review, kita tak suka sekadar salin sinopsis di kulit buku tu. Kalau sekadar salin sinopsis, itu bukan review namanya. Kita suka nak bentangkan novel tu dari sudut pandangan kita. So, memerlukan konsentrasi. Sekarang nie, sedang cuba menyusun semula kehidupan.

Anyway, kita suka baca novel bersiri daripada blog2 penulis. Antaranya ialah KUCC ni.

KUCC ialah seorang penulis novel yang mempunyai gaya tersendiri. Dia tak terikut2 trend penulis novel cinta zaman sekarang. Dia selesa dengan lenggoknya sendiri.

Novelnya yang paling kita suka ialah Nasi Lemak Buah Bidara. Ada kekuatan tersendiri yang harus dibanggakan oleh beliau. Sangat banyak pedoman yang tersirat dan tersurat di setiap helaian novel itu.

Novel terbaru beliau ialah Lafaz Cinta Di Jari Manis atau akronimnya LCDJM. Novel ini projeknya dimulakan di blog beliau, seperti biasa. Dari bab ke bab seterusnya, ianya semakin mendapat sambutan. Namun ada pada satu ketikan, KUCC mengalu-alukan pendapat dari pengikut novel ini tentang pengakhiran kisah. Maka kami semua pun berlumba2lah berkongsi pendapat. Wah, memang meriah betul masa tu.

Rupa2nya, antara pendapat yang terpilih tu, di hadiahkan novelnya. Dan pendapat kita antara 5 yang terpilih. Alhamdulillah. Tapi KUCC memang sangat bijak. Sebenarnya, semuaaaaa pendapat terpilih. Beliau olahkan dengan sangat cantik sehinggakan semua pembaca berpuas hati.


Inilah seperti mana yang di bungkuskan



Ada novel, ada tasbih hijau putih yang comel sangat, dan ada kata2 puitis...


Yang paling mahal dan tak dapat di beli ialah autograph dari beliau. Lihatlah...

Alhamdulillah..... seronoknya kita tak terkata. Hidup kita kalau boleh nak berkepit dengan novel jer.... Kisahnya? Kena baca sinopsis la kot kan....

Tapi, novel nie kita dapat rasakan kepuasan KUCC dalam menulis. Dia menulis mengikut alunan jiwanya. Tidak tertahan, tidak terbatas. Seolah2 beliau terbang bebas di langit bersama jiwa yang tenang.

Tak banyak dialog, tapi banyak monolog dalaman. Membaca novel ini perlukan penghayatan yang tinggi dan fokus yang bukan sedikit. Jangan ingat boleh skip. Kalau ada yang sekadar nak tahu apa ending, itu bukan membaca novel namanya. Membaca ialah mencerna setiap kata2.

Oh, pengakhiran yang sangat cantik. Plot cerita adalah tidak secara kronologi. Di masa2 tertentu, ada imbas kembali dan peristiwa imbas ini memberikan jawapan kepada persoalan di awal kisah. Sangat menarik.

Ok...cukuplah dulu. Ini bukannya review...sekadar layangan pandangan kita saja.

Maaflah, kita tahu follower My Rainbow tak ramai yang meminati novel, tapi mungkin boleh membantu kepada carian di Google mungkin.


.

20 thoughts..:

Nour Adieb berkata...

sy pun nak try gak la bca novel dia. sy ska bca novel Lynn Dayana & Hlovate. best! ^^

Shane berkata...

Hello Aziela, wow, I still remember that buah bidara.
My grandfather's house in Malacca had a tall tree and I used to climb up and pluck them. Looks like small apples...but the seed really hard!

Glad to see you enjoy reading novels, good for you.
Incidentally, what is the interpretation of, 'Cinta di jari manis'?
My thinking, 'love with a sweet finger'? Ha ha ha.
Doesn't make sense, right?
Ok , saya not be knowing.
You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Rai Ourkizuna berkata...

lama akak tak share pasal novel akak baca..saya minat sangat membaca novel.. tapi mmg tak berkesempatan sekarang ni.. tapi kakak saya mmg sampai sekarang mengumpul.. sesekali bila balik kampung saya jenguk jugak koleksi dia.. kalau dah melekat mmg berjam jam la mengadap..hahaha..

Kakzakie berkata...

Membaca novel ni bila dah mula tak boleh berhenti selagi tak jumpa ending. Puas hati bila dah habis.

Kakak tak ada novel ini walau rumah kakak banyak novel (kebanyakkannya anak kakak punyalah).

Cho Zila berkata...

saya suka baca novel dulu2 tapi sekarangni memang tak der masa dan kesempatan.. duk sibuk ada hobi lain kan..
baguih gak yerk mintak pendapat orang lain kan...

t.a.t.a berkata...

Book review? Saya pun dah lama tak buat. Tak cukup masa nak habiskan satu buku.

lizz berkata...

salam..saya dedulu suka juga layan novel ni..skang dah tak der kesempatan teringin juga nak bernovel2 kembali

aby berkata...

salam aziela ..
dalam lama juga la tk baca novel ..
satu masa dulu gila juga .. crita Lagenda Budak Setan dan baca 20 thn lalu termasuk la sambungan2 nya ..
sekarang klu nak baca pun cari novel ramlee awang mursyid .. thriller sket novel dia ..

Sukma Haron berkata...

serius ....dah lama tak baca novel...

Aziela berkata...

@Nour Adieb Percaya tak? Akak tak pernah baca Hlovate

Aziela berkata...

@Shane Shane darling....thank you for being here. Appreciate it so much. Novels suit me best, doesn't it? Hahahaha. Literally, the translation is exactly as you wrote, but it actually means marrying someone you love. Hehehehe.

Stay with beige, ok.

Aziela berkata...

@Rai Ourkizuna Akak pun terpaksa ketepikan novel buat sementara waktu nie. Tu yang dah lama tak share tu.

Aziela berkata...

@Kakzakie Saya selalu dengar (baca) orang kata anak2 kakak semua minat novel. Memang boleh geng lah dengan saya...heehehehe

Aziela berkata...

@Cho Zila Yang nak baca, yang nak beli...pembaca juga. Bijak penulis tu minta pendapat pembaca.

Aziela berkata...

@t.a.t.a Err, Tata buat English book review kan...?

Aziela berkata...

@lizz Sebenarnya ralit kalau dah mula layan kan....

Aziela berkata...

@aby Ha...saya dah agak dah....mesti minat novel RAM...hehehehehe

Aziela berkata...

@Sukma Haron Kat Melaka susah sikit nak beli novel kan kak.

t.a.t.a berkata...

Haah. Saya banyak beli English novels.

kucc_aprilsnow berkata...

tenkiu Aziela. tenkiu juga utk pendapat "yang manis". Moga terhibur & berpuashati dengan LCDJM.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink